Photoshoot at I-CITY Shah Alam

Yeehaaaa! Akhirnya aku dan Mr. D menjejakkan kaki ke I-CITY Shah Alam. Mr. D drive sampai pusat bandar Shah Alam pastu kitorang jegilkan mata luas-luas untuk tengok sign board. GPS phone Symbian kitorang sangat lah tidak memainkan peranannya kali ini. Tapi GPS aku signal satelit pon tak dapat. Ces! Mogok bebenau phone aku semenjak aku dah jadi orang Kolumpo ni. Tapi nak pegi Tol Jalan Duta sesat jugak la.

Sampai saja kitorang dah laburkan RM10 untuk parking. Aku berharap la dengan harga secekik darah itu, boleh la dapat parking berbumbung dan ber-air cond. Hakikatnya, yang ada hanyalah open air parking yang ditambak dengan batu yang menyebabkan sesape yang pakai heels susah nk survive tanpa bersujud sajadah. Walaupun semarhalah jaraknya dari lokasi lampu kaler-kaler tu, aku redha. Boyfriend kat sebelah redha memanjang la. Ngeeee heh heh >.<

Masa nak gerak tu, teringat jugak nak bawak DSLR digital camera. Tapi teringat phone ada, malas la nak bawak. Yang cantiknya, setelah aku sampai je dalam kete, bukak phone lalu tengok bateri ada 1 seteng bar lagi. Ces! Ini tidak adil untuk ber-cam whoring! Lalu aku rembat charger kete Mr. D. Terasa seperti bayi yang baru lahir ke dunia! Yezzzaaaaa~

Lepas bersungguh-sungguh jalan sampai kaki tak cukup tanah, tanpa segan silu terus photoshoot. Tapi kalau nak tunggu line clear takde entiti kat belakang, sape cakap tak boleh? Boleh je, tapi sampai ade batu karang pon belum tentu dapat der. Jadi kitorang selit je tepi sesape. Sebab tu gambar kitorang banyak entiti pelbagai rupa. Kitorang pon semestinya menjadi entiti asing kat memana DSLR ni. HaHa. Fair and square. 

Ok, layankan gambar photoshoot amatur yang aku pejam-celik-pejam-celik edit ni. Ye, memang gigih. 


Pembuka sesi photoshoot. Random pics.


 Yezzzzaaaaa!!!! Ini dia yang kita mahu. Go baby go!


Kalau posing macam Mr. D nanti tercabut pulak pokok ni. Tenggek gitu-gitu sudah...


Mr. D posing gaya silang kaki. Tengok la sape yang ajar teknik cam whoring tanpa sempadan. HaHaHa.


Posing kangkang ala-ala Next Top Model. Sudut kangkangan tu yang penting >.<


Ni la contoh entiti asing yang aku cakap tadi. Tonggek nape ntah. Takpe, fokus kat abang badan ketak-ketak je k.


Pose ini sebenarnya terhasil dari niat ingin membetulkan handbag yang nak slide dari bahu. Sebab tu macam nak tak nak je pegang bear tu.


 Lain yang kite suh buat, lain yang die buat. Isk Isk Isk >.<


 
Pose gaya menghantar signal kepada Mr. D supaya berhenti merokok.




Signal diterima dan diprotes serta-merta. Demokrasi la kata kan. Kalau dihimpun duit rokok selama ni, mesti dah dapat beli VW Polo.




Last skali tangkap gambar sendiri. Takde sape nak tangkapkan gambar korang. Sebab sume orang datang untuk tangkap gambar sendiri-sendiri pastu upload kat fesbuk.



Lupe plak nak cite. Ade pameran reptilia jugak. Ade dua pakej. Kalau nak free, tengok poster kat luar je. Kalau nak masuk, bayar sorang RM 5. Bro tu cakap berbaloi-baloi masuk. Ade 100 spesis reptilia. Tapi dah masuk, tak de lak aku kira betul ke tak.

Dan reptilia paling photogenic mengalahkan aku ialah.....

si cicak iguana ini! Aku duduk depan cermin tu 5 minit jgk la..kejung gini je sampai ke sudah. haishh...surrender aku last-last.


Kesimpulan :
  1. Puas hati dapat pegi akhirnya. Beyond expectations. Ingat kecik je tempat die. Besar rupenye. 
  2. Berbaloi la jugak bayar parking RM 10 sebab die pakai sejuta LED kot. Letrik kan mahal. 
  3. Masuk pameran reptilia tu, berbaloi jugak la bayar RM 5. Niatkan sedekah kat ular yang pemalas lepas makan, penyu yang boleh berdiri, tarantula yang menggerunkan, cicak iguana yang photogenic serta rakun yang gebu dan montel. 

Info tentang ular sawa batik merangkap satu-satunya info yang aku ingat lepas keluar pameran tu.
  1. Ular sawa batik tidak mendapat nutrien yang mencukupi dari makanannya. Ini menyebabkan bahagian kepala dan ekornya kecik tapi perutnya besar.
  2. Ular sawa batik hanya makan dua kali sebulan. Tapi sekali makan empat ekor ayam. Lepas belit bagi mampus, baru die telan.
  3. Info pertama hanyalah rekaan semata-mata >.<

Okey lah...minum teh ais malam-malam sakit perut sudah. Calo~



7 comments:

  1. tangkap gambau sampai penuh memori 8 GB..wee~

    ReplyDelete
  2. tu la sapal..eh, nanti email gmbau dlm phone b plak tau.

    ReplyDelete
  3. aku suka posing top model kangkang hg tu! nmpk kaki extra panjang, i loike hihihi. bleh try pasni ;)

    ReplyDelete
  4. kaki kangkang tp bend ke dalam..hehe..pas try macam biasa, hupload ;)

    ReplyDelete
  5. gambar no 8 tidak sesuai untuk tontonan umum la. hahaha. ganas bebeno.

    ReplyDelete
  6. aku tak bersalah, blogger bengong dia kluar smpai tiga kali. sobs.

    ReplyDelete

Hey guys...thanks for dropping by here. I'll be glad to know your thoughts about this entry. Please leave your track ok ^___^