Why I share my love life here

Ok..tadi dh promise nak tido kan? Sebelum tido ingat nak usyar beberapa blog femes tempatan. Sekali ada satu isu hangat kat satu entry tu. Aku tak nak sebut blog siapa sebab chicken ngan follower beliau yang dah berpuloh ribu tu. Entry ini adalah terbalik dari entry beliau. Walaupon aku rasa beliau bercerita dari sudut pandangan blogger femes, follower beliau yang tumpang letak link masa komen tu plak yang menokok-nambah sampai aku panas. HaHa. Ok, let's move on. 


Satu : Takde benda yang kita boleh simpan dalam hati sorang-sorang. 
Believe it or not, tak kisah la cerita tu sedih or happy, kita mesti rasa beban kalau nak simpan sorang-sorang. At least kita akan luahkan dalam diari. Tapi aku dah berhenti menulis diari. Dan aku rasa tak patut cerita face to face ngan orang sekeliling. Jadi kalau aku nak cerita, aku post dalam blog. 

Dua : Apa yang aku cerita tak mengganggu privacy mana-mana pihak.
Baik di pihak aku, pihak Mr. Boyfie atau pihak sekeliling aku. Aku bukan cerita benda dalam kelambu. Saiz kasut pon aku ingat-ingat lupa, ini kan pulak saiz boxer. Plus, aku bukan lah blogger femes seperti beliau. So takde paparazzi nak ambush. Jadi walau aku cerita banyak mana sekali pon, hidup berjalan seperti biasa.

Tiga : Aku tak guna bahasa takde gigi sama sekali.
Aku pon anti dowh benda-benda yang merosakkan gigi ni. Nanti gigi takde nak cakap pon tak betul dah. Lagipon penat je cerita panjang-panjang. In the end orang tak paham. Sebabnye mana boleh orang ade gigi buat-buat takde gigi. Tambah-tambah trang tang tang gigi die besar cam rabbit. 

Empat : Frasa 'macam die sorang je ade balak' sebenarnye lahir daripada perasaan dengki.
Follower beliau bising orang moshi-moshi kat Fesbuk. Aku tau diorang sebenarnye jeles sebab balak diorang tak nak respon bila diorang cuit-cuit. Takdenye diorang nak maki balak diorang sebab say I love you kat wall. Betul tak? Ape nak jeles...dah mereka itu mencapai keseimbangan terma dengan partner masing-masing. Asalkan tak gedik dewa sudah.

Lima : Long story short, nanti orang tak payah tanya macam-macam dah.
Yes, love is between two people. But last time I checked, sharing is caring. Boleh bayang tak kalau korang tetibe mendapat kad jemputan majlis perkahwinan seorang kawan yang ntah bila masanya bercinta? Nanti kat entrance kena buat kaunter pertanyaan. Kat mana  kenal? Bila kapel? Amboi...diam-diam je dah nak kahwin. Aisey...terkena plak lempangan maya. Tak ke susah? Baik buat short stories dan update selalu. Sape tanya nanti, aku bagi link blog je.

Enam : Aku memang tak nak play safe.
Orang cakap, kalau publish banyak sangat pasal love life ni, kalau break up abis la. Nak kene delete balik semua entry. Tapi, walaupon aku bukan penilik masa depan, aku tak nak ada thought pasal break up ni. Dalam erti kata lain, ini adalah first step dalam usaha memanjangkan jodoh. Kalau dari awal dah pikir kot-kot pas 6 bulan break up, memang sah la makbul. Be positive. 

Tujuh : Cinta itu anugerah maka ia boleh dikongsi.
Buat pe nak malu. Again, aku bukan cerita benda lucah. Nanti kot tetibe hilang ingatan, boleh baca balik semua post. 

"Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan "

-Al Hujwiri –Kasyf Al-Mahjub-

Kisah yang boleh dikongsi semestinya yang baik-baik belaka dengan harapan selepas orang membacanya dapat terselit sedikit doa. Plus, orang tak suke kalau asik buat ayat sedih dalam blog pasal duka lara sekalian. Tapi ape je yang membuat kita happy kalau tak si dia. 


Jadi kali ni aku memang dah ngantuk tahap gaban. Mata dah bukak separuh je ni. Arghhhh...tido lah. Good night lagi skali. Perlu diingatkan, issue ini subjektif. Lain orang lain pendapatnye. Daaa~

4 comments:

  1. Setuju dgn point 4 tuh.
    Dah lame terfikir org yang bising2 tu sebenarnye dengki.

    ReplyDelete
  2. eh..adham datang lagi :)

    pasni kene buat entry berkaliber sb adham baca. Hehe.

    ReplyDelete
  3. sapa weh sapa sapa? wohho panas ni! tp aku rs kalau org tu femes mungkin ada rasional la dia nk privatise kn love life dia. walaubagaimanapun, blog adalah public, terpulang kt blogger la nk tulis apa, as long as dia rasa apa dia tulis tu takkn merosakkan mana2 pihak..

    ReplyDelete
  4. ha...itu soklan cepumas. kalau habaq nama dia sat g kena serang plak ngn follower dia. ang pon tau blog tu.

    entry dia memang consider blogger2 femes cm dia la. tp naik hangin bila baca komen2 entry tu sebab terasa diri sendiri dikutuk2. haha...

    plus, untuk blogger kecil-kecilan, x effect org pon kot noh..aku baca blog ang, ang baca blog aku.

    ReplyDelete

Hey guys...thanks for dropping by here. I'll be glad to know your thoughts about this entry. Please leave your track ok ^___^