Satu family makan OR Chicken. Even mama papa pon suka OR ni. Sebabnya bila makan terasa bagai memakan ayam yang berlum ternoda. HaHa. Kalau makan spicy, dah rasa pedas rempah-ratus. OR ni pon for sure ada rempah, tapi maybe abang tukang masak KFC ni dah gaul 3 jam kat belakang tu supaya sebati. Kecik-kecik dulu memang KFC lah pujaan hati. Sekarang pon. Mama papa memang tak leh masuk ngn fastfood lain. Kalau jamu KFC, tak boleh tolak...selalu ambik Family Feast yang ada 9 ketul tu. Mama makan sikit. So die punye kuota seketul je. Kitorang yang lain semua 2 ketul sorang. Ishhh...terliur plak. Hmm...nak Kepci @_@
Selain tu, lately ni aku kan nak jadi calorie freak. So hasil google aku, OR chicken ternyata mempunyai kalori yang lebih rendah berbanding Spicy chicken. Ini adalah info yang aku copy paste sendiri dari website nutrition KFC.
OR Whole Wing - kat Malaysia kepak takde
Spicy Whole Wing - 204 kcal
OR Chicken Breast - 342 kcal
Spicy Chicken Breast - 353 kcal
OR Drumstick - 160 kcal
Spicy Drumstick - 179 kcal
OR Thigh - 287 kcal
Spicy Thigh - 313 kcal
OR Rib - 275 kcal
Spicy Rib - 328 kcal
Dengan ketinggian dan berat badan semasa aku, untuk terus hilangkan 1 kg dalam masa 1 minggu, aku hanya boleh top pup 1094 kcal sehari. Kalau nak makan lebih, aku mesti buat extra exercise untuk balance kan balik the equation. So, lagi la aku bersyukur aku memang sejak azali suka makan OR chicken ni.
Malangnya cheesy wedges ini mengandungi kalori yang sangat tinggi tetapi tidak mengenyangkan iaitu 310 kcal. Kalau campur ngn ayam 2 ketul, wah wah wah....abis la kuota top up aku. Deym! Tapi KFC sungguh tempting dan membuat aku drooling di kiri dan kanan >..<
Selain itu, aku suka makan OR sebab malas nak kunyah kuat-kuat. Takut terseliuh tulang rahang. Sebabnya bila aku cuba makan spicy, mesti kulit die keras atau pon dalam bahasa modennya crunchy. Tapi lagi dasyat kalau die liat. Adeh...at least aku dah takde gigi nanti still boleh makan ayam KFC. Hua! Hua! Hua! Akan ku gelakkan Mr. D sebab nanti dah umur 70 tahun, die hanya mampu amik bau je KFC aku =) Takpe, die makan jugak OR. So boleh share SIKIT.
Ouh..sedikit info. Air paling kurang kalori di KFC ialah 7 UP Revive. Hmm...nanti aku nak order air ni je. Jimat lebih kurang 20 kcal dari air lain. Paling banyak kalori ialah Iced Milo. Seperti diduga la. Nama pon minuman pembekal tenaga.
Kenapa? Kenapa tetibe ade gambar Zinger burger kat sini? Sebab ia adalah feberet aku? Memang pon! Berbanding McD (no offense McD die hard fans), aku lebih berselera menatap Zinger Burger. Kalau menatap pon dah nafsu membuak-buak, ini kan pula setelah masuk mulut. Silap-silap boleh tersumbat esofagus aku sebab tak sempat mengunyah.
Ouh TIDAKKKKK!!! Aku semakin craving. Dan jiran keliling umah aku ni tak reti-reti nak benti masak? Pukul 5 pagi pon aku boleh bau Maggi Ayam? LoLs...Dosa tau tak hulur. Isk Isk Isk.
Bercakap pasal Chicky Club ni, aku dulu punye la merayu-rayu nak join and dapat kad comel ni. Kalau tak silap, die untuk under 12 je kot. Yang pandirnye, setelah akhirnya mama papa bagi join menatang ni, umor aku dah lebih had. Melepas aku barang mainan yang die pamer dalam cermin kaca tu. How sad T_T
Ok fine. Dalam hati nak macam-macam. Tapi kalau dapat Snack Plate pon jadi la. Aku pelik asal die panggil snack. Padahal ini dah lebih separuh limit kalori aku. Haishh.... one find day, bila aku puasa lagi...baru boleh makan ni! Ada paham!
Credit gambar kat website KFC Malaysia. Aku tak dapat free Snack Plate ke buat advertorial tak berbayar ni? HeHe.
rasa nya x sampai umur 40 den dah mampuih..(^_^)
ReplyDeletehey! jangan mencarut boleh tak?
ReplyDeletesalam
ReplyDeletemcmana nak kira kalori mcm awk?
sy nak hilang 1kg in a week jgk.
tp kalau boleh 10kg in 1month ad tak?
hee.
salam
ReplyDeleteuntuk perempuan, formulanya mcm ni:
BMR = 665 + (9.6 x weight in kg) + (1.8 x height in cm) - (4.7 x age in years)
*BMR is Basal Metabolic Rate, which is the amount of energy u need to sustain your life.
Then, pick your activity multiplier to get your DCR (Daily Calorie Requirement):
No exercise/desk job: BMR x 1.2
Sports 1-3 days/week: BMR x 1.375
Sports 3-5 days/week: BMR x 1.55
Sports 6-7 days/week: BMR x 1.725
Extra active/Athlete: BMR x 1.9
Kalau your calorie intake equal to DCR, maksudnya u nak maintain. kalau nak kurangkan berat, then kena minus lah apa2 yang patut.
So, untuk kurangkan 1kg u must lose 7700kcal. Untuk hilangkan 1 kg dlm 1 minggu, sehari u must have calorie deficit of 1100kcal. A lot right? So this 1100kcal u can either eat less and exercise, or just an extreme exercise if u don,t want to eat less, or kalau tak nak exercise boleh reduce food intake dgn kadar yg extreme, which is i think not good for your body.
in the end, exercise dan diet pemakanan adalah yang paling sesuai. we don't want to be sick right. haha.
so, if u really want to lose 10kg in a month, just use this guide. 10 kg means deficit 77000kcal. pandai2 lah bahagi then tolak dari your DCR.
so contoh for me, after minus 1100kcal (like 700kcal from food, 400kcal from exercise), tinggal la 1000kcal++ je boleh makan hari2.
macam tu lah lebih kurang =)