Cinta Yang Membawa Masalah

Cinta dalam dunia, banyak jenisnya.
Cinta dalam dunia,banyak madunya.
Namun cinta dalam dunia, ada pahitnya.

Cinta kepada Tuhan, cinta yang terpuji.
Cinta kepada ibu, cinta yang tiada berganti.
Cinta kepada kekasih, cinta yang dicintai.
Cinta kepada mimpi, cinta yang tersembunyi.
Cinta kepada mimpi juga adalah cinta yang tak pasti.

Kita selalu mengeluh jika terjatuh.
Kita selalu berduka jika terluka.
Kita bingung jika bermasalah.
Kita rimas kerana hati selalu berbelah.
Namun kita sendiri sudi menjatuhkan diri, melukakan hati.
Kerana kita sendiri sudi mencintai mimpi.

Dia dianggap kekasih hati.
Ditempatkan di sudut mimpi.
Kita sebenarnya tahu jelas dan nyata.
Dia hanyalah kekasih khayalan jiwa.

Cinta tak sepatutnya membawa masalah.
Cinta tak sepatutnya membawa bencana.
Cinta sepatutnya memberi semangat.
Cinta sepatutnya peneman di kala gelora.

Tapi ada cinta yang bermasalah.
Cinta bertepuk sebelah tangan.
Cinta yang sudah terang tidak berbalas.
Hanya kita yang masih berpaut.
Pada ilusi cinta yang karut.

Memang baik jika mencintai.
Alangkah baik jika dicintai.
Masa terhabis mengulit mimpi. 
Tanpa disedar menghambarkan emosi.
Kita pasrah kerana cinta hadir sukar ditolak.

Cinta yang membuatkan kita lemah.
Cinta yang membuatkan kita tak tentu arah.
Cinta yang mengucar-kacirkan jiwa.
Cinta yang mendera emosi.
Cinta ini, cinta yang jahat. 
Cinta ini, cinta yang kejam.
Cinta ini, cinta yang zalim.

Cinta yang menenteramkan jiwa.
Cinta yang mengawal marah.
Cinta yang menghilangkan dendam.
Cinta yang merapatkan kita dengan Tuhan.
Cinta ini, cinta yang adil.
Cinta ini, cinta yang baik.
Cinta ini, cinta yang kekal.
Cinta ini cinta yang bermasa depan.

Kata janji mudah dilafaz.
Namun janji mudah dimungkiri.
Cinta itu subjektif.
Lain orang, lain cintanya.
Kita tak suka cinta yang bermasalah.
Namun ada antara kita tetap memilih cinta yang salah.
Kerana cinta yang salah itu sememangnya meragut logik.
Dan kita tak nampak jalan yang lain.
Selain hanyut dalam kemerepekan.
Dan sedih, kita tidak terdetik untuk berpatah balik.

_______________________________________________________________________________

Aku terkedu melihat dunia. Aku ingat cinta hanya satu. Rupanya setiap manusia ada cinta yang berlainan. Tak mungkin sama. Hanya yang mencinta dan dicintai mempunyai kisah cinta yang sama.




2 comments:

Hey guys...thanks for dropping by here. I'll be glad to know your thoughts about this entry. Please leave your track ok ^___^