Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni aku purposely update sempena 11.11.11 yang kat Fesbuk habis heboh dah. Banyak pasangan yang nikah hari ni pastu wat majlis esok. Hmm...kiranya rata-rata dalam Malaysia ni berkoyan-koyan jemputan kenduri Sabtu, 12 hb November 2011. Silap-silap satu taman pon ada 3 kenduri. Nak mengejar tarikh cun ni punya pasal.
Orang cakap ini adalah tarikh yang patut di-appreciate sebab lepas ni 100 tahun lagi baru jumpa. Anak cucu kita lah jumpa gamaknya. Hmm...terlebih dahulu tahniah la kepada pasangan yang diijab kabulkan hari ni. Sudah sah ikatan antara korang. Alhamdulillah...
Bagi yang menengok je orang kawin sambil meleleh air liur kat tepi pelamin, chill la. Tarikh ni sebenarnya takde great meaning sangat pon. Maksud aku, kalau dah terlepas tarikh ni, ape ade hal. Kan? HaHa.
_________________________________________________________________________________
Garis di atas berfungsi sebagai pembahagi entry ini. Sebab aku aku tak update 2 entries? Sebab entry atas adalah mukadimah. Dan entry ini adalah isi perutnya.
Hari ni aku nak buat entry kontroversi lagi. Aku memang suka bikin panas. Jadi mari lah kita panas bersama-sama.
Tajuk kali ini ialah:
KENAPA LAKI POMPUAN BOLEH STAY SERUMAH KAT OVERSEA, TRAVEL BERDUA KE MERATA BENUA TANPA MENDAPAT PANDANGAN SERONG MASYARAKAT MUSLIM SEKELILING, SEDANGKAN KAT MALAYSIA TIDAK?
Sebelum memandang serong kepada aku, sila baca dengan tenang dahulu. Orang kedah cakap, ni baru stage pelekat api.
Readers sekalian, perkara ini mungkin dianggap sebagai culture shock oleh sesetengah pihak. Tapi dalam kes ini, ia adalah spesis culture shock yang sangat express. Dalam erti kata lain, ia tidak mengambil masa bertahun-tahun untuk seseorang itu tetibe menukar prinsip 'konservatif' kepada 'moden sket'.
Hari ni kita dengar orang cakap die tak leh trime balak pompuan tu datang pastu tumpang tido bilik pompuan tu jugak. Pompuan tu plak walaupon ade kawan pompuan kat sebelah, tak nak jugak heret bontot ke sana. Tup. Tup. Esok orang yang berkobar-kobar cakap tadi naik tanduk syaitooon, die plak buat. Biasanya Musterloesung yang die bagi, "Well, people change."
Namun, jangan pula korang ingat semua yang macam ni konpem-konpem buat benda tak elok. Kita hendaklah bersangka baik. Kalau buat jugak benda tak elok, itu antara dia dengan Tuhan.
Isunya, ade plak pendapat yang macam ni:
"Aku kalau bab-bab ni kat sini tak kisah. Tapi kat Malaysia aku kisah."
Camtu plak dahhhh....Tapi, soalan selanjutnya ialah kenapa?
(A) Ala...diorang bukan buat pape pon. Tumpang berak se-jamban je pon.
(B) Dah konpem-konpem tu balak die. Takkan nak suh mamat tu tido kat bilik kawan die plak kan.
(C) Susah la pompuan tu nak ulang-alik. Balak die bukan datang selalu. Dah alang-alang 18 jam duk ngn balak die, ape salahnya genap 24 jam terus.
(D) Kat Malaysia ada JAIS dowh. Kau giler ape nak buat kat Malaysia?
Hmm..aku personally rasa jawapan yang tepat ialah D. Nak bercakap pasal hukum-hakam, aku bukan lah orang yang berilmu. So, stop it. Aku tak nak bukak subtopic tu.
Ape yang aku nak cakap ialah, komuniti di luar sana seolah-olah bersatu teguh dalam hal ni. Kalau bab lain, gaduh sampai sorang baling senduk, sorang baling berus gigi. Memang nampak depan mata laki pompuan keluar masuk umah yang sama, tapi rileks dan chill sentiasa. Bersangka baik tak sudah-sudah.
Ini sebenarnya bukan la perkara buruk sangat. I mean, kadang-kadang lelaki masuk umah just nak tolong betulkan kepala paip, betulkan lampu rosak ke. Tolong packing barang or whatever lah. Memang memerlukan khidmat bantuan kaum lelaki pon. So memang tepat la kita bersangka baik.
Kat Malaysia, kalau situasi tu berlaku depan mata, asik nak bersangka buruk je. Aku yang pernah menjadi salah seorang ahli mesyuarat tingkap di sana, bila balik banyak benda plak tak puas hati. Ye la.. lelaki masuk nak drill dinding pon kene lagak macam pencuri nak masuk umah. Sebab takut nanti jiran nampak lalu bersangka buruk. Isk. Isk. Isk.
Pastu kalau kapel pegi holiday together kat Phuket contohnya, orang lain yang tau tu mula lah cakap-cakap. Padahal, berlambak-lambak benda ni berlaku di luar sana. Ape ade hal, JAIS kan takde. HaHa.
Tetibe sampai perenggan ni aku rasa isi kandungan belok sana-sini. Maaflah kepada readers yang pening muntah darah membaca. Sebab benda tulis spontan, manusia kan berubah setiap saat. Tadi aku rasa macam nak tulis pasal lain, tetibe lain plak jadinya.
Kisahnya sekarang, kita sendiri konpius dengan prinsip yang kita pegang. Asik nak kena ada pihak yang mengawal kita. Semua orang akan cakap hidup ni tak suka dikongkong. Tapi kalau tak dikongkong, macam-macam jadinya. Ntah-ntah jiran kita tak kisah pon sebenarnya. Ntah-ntah die dulu pon budak oversea. HaHa. Tapi sebab kita cuak tak bertempat, benda yang patutnya tak yah nak suspicious pon boleh mengundang fitnah.
Aku rasa, kalau betul kita memang nak drill umah, just go on. Kalau tak bagi tukang drill tu masuk umah, tak bergantung lah langsir tu. Betul tak?
Budak-budak oversea kat luar sana, aku memang paham open minded korang. Tapi tak bestnya bila aku terpikir, masa aku selalu overnight luar dulu, macam-macam pandangan negative timbul. Sekarang, mana kata-kata nasihat mu yang dulunya dilemparkan kepada ku? Mana oh mana?
Chill la...aku bukan nak bakar lebih-lebih. Paham memang paham. Tapi cakap tetap cakap, hidup tetap hidup. HaHa.
Kesimpulan plak. Tak simpul kang nanti marah plak Cikgu Paridah yang ajar aku Bahasa Melayu darjah 6 dulu.
Kesimpulannya, people change dan manusia berubah. Hari ni cakap lain, esok cakap lain. Tak dapat dielakkan pon. Jadi, untuk diri sendiri, aku mengambil pendekatan, hari ni aku marah sana-sini, kalau esok orang marah aku atas sebab yang sama, aku marah je la die balik. Sape suke kene marah kan? Kalau die ungkit balik kita dulu cakap cenggini-cenggitu, aku cakap la, "Kau tak paham bahasa ke? Manusia sentiasa berubah lah!"
Sekian, thanks for reading this very long entry. Aku dah lama tahan sakit perut. Bye.
salah satu sebab aku tak mennyuarakan pendapat aku-takut someday i have to eat my words. mmg tapi pikir balik, ramai je cakap gegar2 buat bende 180 darjah drp kata2 mereka
ReplyDeleteps: panjang dan berapi mun post kali ni. adakah disebabkan oleh keyboard baru ala2 apple itu?
haha..dehe muncul lagi.
ReplyDeletetrime kasih kerana membaca entry berjela-jela ini. tu la...memang boleh dikatakan semua orang cakap tak serupa bikin. mungkin masa dia cakap tu, dia ikut rasional otak. tapi bila dh kena kat diri sendiri, lain plak reaksinya. nk menyuarakan pendapat tu boleh. tp kalau kita pon tergolong dlm kes mcm ni, get ready lah apa yg mendatang.
dan lagi satu, memang ohsem lah keyboard ni. tak perlu menjangkau tangan ke laptop. dan jarak selamat pandang skrin supaya tidak menambah tahap kerabunan. plus, memang perasaan macam pakai apple. haha.
senang kata moon masa org lain masih innocent hg dh advance.
ReplyDeleteAsmak..senang kata jugak sekarang orang lain yang dulunya innocent tu dah terlebih advance dari aku.
ReplyDeleteencik abdullah zaini.
(@_@)