Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Melihat ramai kenalan jauh dan dekat mendirikan rumahtangga, hati berasa dengki dan jeles. Standard la kan? Akhirnya sampai juga ke jinjang pelamin setelah beberapa hari/bulan/tahun bercinta. Beberapa hari??? Ada ke? Pon boleh la...
Setelah 5 tahun bersama, of course la keinginan tu membuak-buak. Untuk pengetahuan semua, pasangan yang berkapel lama-lama ni bukan diorang nak pon mencecah anniversay ke 10. Yang jadi bertahun-tahun tu sebab tak mampu lagi nak kahwin sebab masih belajar atau duit tak cukup.
Mak aku cakap selagi tak habis belajar jangan kahwin. Sebab mak cakap bila dah kahwin tanggungjawab besar. Hmm...adakah mak aku ada pengalaman ngeri membesarkan aku?? Mungkin dari segi nak stabilkan diri kot..Hidup pelajar ni memang tunggang-langgang. Duit kerajaan bagi pon cukup-cukup untuk lepas satu perut bersaiz L.
Aku baru tengok satu video yang orang share kat Facebook. Tak kisah la dari minit pertama sampai sudah tu sweet, yang membuat aku berfikir ialah kata-kata pada minit terakhir tu. Tapi....aku tak ingat apa dia cakap. HaHa.
Hmm....aku rasa lebih kurang macam ni lah isi pentingnya. Bercinta lepas kahwin adalah lebih bagus. Ye la...dah sah tu nak romantik lebih-lebih pon dah halal. Aku pon tumpang gembira la kat pasangan tu.
Tapi...........
Aku rasa dipandang rendah beberapa sentimeter sebab aku bercinta sebelum kahwin. Tetiba semua orang nak bercinta lepas kahwin. HaHa. Walaubagaimanapon, kisah hidup semua orang tak sama. Makanya tak boleh dibanding-banding. Ada pasangan yang cuba bercinta lepas kahwin tu berjaya, ada yang tak.
Yes! Single but not available =)
Ada member share kat Facebook. Haishh..lambat lagi nak abis belajar. InsyaAllah hujung tahun 2013. Ada lagi tak tarikh cantik lepas tu?? HaHa. Tak kisah lah.. Berebut-rebut nak sangat tarikh cantik, buat kenduri takde orang nak datang. Lagi menyedihkan. Aku tak nak lah buat majlis time cuti sekolah. Set.
Berbalik kepada isu tadi. Ouh..perenggan yang atas ni hanya selingan. Mintak maap ye. Aku rasa before kahwin, mesti ada sesi mengenal hati budi. Jadi aku rasa tak wujud la bercinta lepas kahwin. Kot mana pon, memang dah kenal sebulan dua sebelum kahwin, and of course dah start bercinta time tu. Ye tak? Ada ke orang yang tak kenal langsung bakal suami/isteri nya sampailah beberapa minit sebelum akad nikah?
Cuma tempoh sesi suai kenal tu yang berbeza-beza. 10 hari atau 10 tahun tu yang menjadi pengukur tahap kematangan sebuah perhubungan. Memang secara lumrahnya, usia mematangkan kita. Hmm...pendek kata, nak buat cmna dah aku dipertemukan dengan dia awal. Walaupon aku tidak ditakdirkan bercinta lepas kahwin, doanya moga aku terus bercinta lepas kahwin.
Amin.
wujud moon cinta selepas kawen..
ReplyDeletemak and ayah aku...:)
kenal after kawen..haha
tp btollah, perjalanan hidup setiap orang berbeza..:)
org dulu2 ye la...hmm. x pe lah. aku harap aku x berpeluang nk bercinta lepas kawin. haha.
ReplyDeletesalah lah moon ayat ko tuh..
ReplyDeletesepatutnye macam neh..
"aku harap cinta aku akan bersambung selepas kawin"..
bkn pttnye camtu ke?haha
ahh..aku tak puitis macam kau man. maybe aku patut tukar semoga aku terus berpeluang untuk bercinta lepas kahwin. tp mcm x sesedap ayat kau je man..haha
ReplyDeleteHaha..sempat lg perli aku..puitis la sgt..
ReplyDeleteSemoga anda berdua bercinta hingga ke syurga..:)
Amin
ReplyDeletebercinta lepas kawen memang perkara satu dalam seribu. aku pun teringin. tapi aku bukan insan yang bertuah tu la. yang penting sekali, aku rase bahagia kenal si dia. tak boleh nak compare dengan mane-mane bende kot. huhu
ReplyDeleteman: bukan perli..tp kenyataan. kah kah kah =)
ReplyDeletemr d: (^_^)
cik repunzel: x pe. tuah boleh dtg dlm macam2 bentuk. x kisah lah bermula dari mana pon, yg penting semoga berkekalan =)