Review Dermalogica Selepas 5 Bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bulan Januari 2012 dah nak habis. Nampaknya aku sungguh tidak produktif kerana hanya satu entry saja yang aku publish. Loser gila! Fine, dah lama aku nak buat benda ni. Tapi asik tertagak-tagak dan tertangguh-tangguh. 

Entry ini adalah kesinambungan dari entry dahulu kala yang bertajuk Treat Your Skin The Best So That You're Sedap Mata Memandang.

Malas nak baca??? Takpe, aku buat sinopsis. Dalam entry tu kan aku cerita yang akibat nafsu kewanitaan yang meningkat, kulit muka aku dah jadi pelik-pelik. Gedik nak pakai eyeliner ngan eyeshadow tapi sebat eye makeup remover murahan je. Pastu siap nak pakai BB cream plak dahhhhhhh.....namun apakan daya, tak reti nak bersihkan balik muka plastik tu. 

Sebelum ni pakai Clearasil. Old formula memang sangat best. Dulu masa sekolah hingga lepas sekolah, tercari-cari pencuci muka yang seswai. Nasib baik that time a friend of mine yang bernama Ejad telah suggest pakai Clearasil + ubat jerawat Oxy. Within two days, muka clear habis. Consider my problem time tu tak la teruk sangat. Tapi still la bengang dengan that annoying whiteheads.

Apakan daya, Clearasil new formula hanya indah khabar dari rupa. Toner die lagi la MasyaAllah......Efek toner tu macam kau gesek muka dengan berus dawai. Sebelum Watson ngan Guardian clear habis the old formula, jumpe je semua aku rembat. Kalau ade tiga bijik, semua bawak ke kaunter. 

Ok lah. Long story short, lepas bawah mata aku kering dengan dasyatnya sampai pedih dan mengelupas, aku start concern lebih sket tentang kulit muka aku. Itu pon atas nasihat akak yang lentikkan bulu mata aku kat expo MAHA 2011 tu. Tahan la sebulan lentiknya. HaHa. Akak tu cakap, kalau tak treat, nanti berkedut. TIDAKKKKKK!! Plus, whiteheads dan jerawat besar tumbuh dengan melatanya di negeri beta. Kat bawah ni ade secebis gambar yang dasyatnya mengalahkan Kari Ngeri dowh...



Ini lah jerawat empat sekawan yang menawan pipi kananku. Sungguh menjengkelkan. Bila terlalu banyak letak Oxy, surface jadi kering tapi dalamnya ada aja dong. Geram tapi tak tau nak buat apa. 

Google punya google, bermalam-malam mengkaji review di Malaysian Babes, akhirnya aku berani mati nak cuba satu produk yang suatu masa dulu, aku nak lalu depan kedai dia pon jalan kepit-kepit. HaHa. Setelah memaksa diri untuk percaya reviews tu aku pon dah start buat bajet. User dia banyak yang dah bertahun-tahun pakai. Seperti yang aku dah cakap dalam entry dulu, aku pon dengan machonya masuk kedai tu kat Mines tanpa jalan kepit-kepit lagi. Aku pegi sorang-sorang weh. Betapa kentalnya hati aku. Terus aku cakap kat amoi situ, "Saya nak try produk Dermalogica." Amoi tu pon suh duduk lew sebab nak sembang panjang kan. HaHa.

Untuk pengetahuan, Dermalogica ada jual trial set or sebenarnya travellers kit. Satu set kecik tu kalau jimat boleh tahan sampai tiga bulan. So cukup la untuk mengetahui yang kulit kita ni seswai ke tak kan. Kulit aku ni amoi tu cakap Normal/Oily. So dia bagi la kit tu suh aku balik cuba. 

But then, aku ternampaklah pulak promotion 70% of for new customer yang nak buat facial ngan dia. Since amoi tu cakap macam mana pon, yang sedia menanak kat muka aku ni kena extract jugak dulu. Then baru produk tu boleh slowly baiki dan bedebahkan apa yang tak patut berada di mukaku. Aku pon saja gatal la nak try. Facial tu dari harganya RM400+ tinggal RM100+ je including eye and neck treatment. Kit tu plak price die RM180+ lepas tolak 5% diskaun. Cannot recall la harga dia eventhough aku simpan je semua resit dalam purse tapi malas yang amat nak bukak. HaHa. 

Seriously, walaupon mahal, tapi service dari therapist Dermalogica tiada tolok bandingan. Aku pegi dengan muka penuh whiteheads, bila pegang pipi mata berkaca-kaca je. Tapi lepas buat facial kat situ, terharu siot. Tanpa tengok cermin, bila pegang balik rasa macam pipi perfect gila. Benjol ke bonjol ke semua hilang. Tapi bila tengok cermin, gigih gila amoi tu nak keluarkan seketul-seketul. Jangan risau, itu lah bezanya buat sendiri ngan buat kat therapist. Kesan extraction tu last only for two days. Kalau buat sendiri, parut kekal la jawabnya...berserta kawah bulan la. 

Lepas habis trial kit aku, aku terus ke kedai untuk beli the real one. Ingin diingatkan, walaupon bapak mahal, tapi stok itu memang dicipta untuk bertahun setahun or lebih. Sebabnya aku memang jimat habis la pakai produk ni. Sebabnya aku student lagi. Tapi takpe, kena lah dengan misi aku yang sedang berdiet ni. Makan sikit, duit habis campak ke Dermalogica T_T

So, ini list produk yang aku pakai sekarang. Korang kalau berminat boleh kaji satu persatu kat website ye.

Precleanse 
150ml RM 187

Special Clensing Gel 
500ml RM 232

Multi Active Toner 
500ml RM 158

Skin Hydrating Booster 
30ml RM 252

Active Moist 
100ml RM 246

Age Reversal Eye Complex 
15ml RM 238

Skin Hydrating Masque 
75ml RM 181

Solar Defense Booster SPF 30 
50ml RM 258

Skin Prep Scrub 
75ml RM 181


Harga adalah plus minus dan mungkin berbeza. Namun most probably berada dalam range harga yang sama. Lepas lima bulan pakai dengan jimat cermatnya, ini lah lebih kurang hasilnya. Mungkin tak la impressive sangat. Tapi for the time being, foundation mampu cover all those blemish and uneven skin tone. Pengajarannya, jangan memandai buat facial sendiri. 


Ini adalah pipi yang sama seperti di atas. Alhamdulillah masalah boleh dikatakan 85% setel. Amoi Dermalogica cakap untuk uneven skin tone tu nanti boleh buat whitening treatment or try produk untuk whitening plak. Tapi tu nanti-nanti lah... Application of sunblock tu sangat penting. Dari situ lah kita nak prevent masalah-masalah lain. 

Aku rasa review untuk setiap produk tu tak perlu kot. Die greasy ke pekat ke cair ke, in the end hasil positive yang kita nak kan? Hopefully, info ni dapat membantu those yang really need help. Instead of cuba-cuba produk di Watson dan rosakkan kulit muka sendiri dengan lebih teruk, better seek for dermatologist. Lupe plak...aku ada amik pakej facial. Tapi pegi bila rasa perlu je. Die tak kol paksa datang. HaHa. 

Setiap RM 100 yang kita belanjakan untuk produk die akan dapat satu cop. Kumpul sampai 10 cop, kita akan dapat satu sesi facial free yang bernilai RM168. Yang ini adalah paling basic. Aku rasa amoi tu cakap macam extraction and a few basic stuffs je. Tapi really worth it. Terbaik lah extraction die. Daripada pegi kat saloon RM40 tu, takde perubahan pon. Alasan die, takut nak tekan kuat-kuat nanti berparut. Padahal tak reti sebenarnya. Separuh mati aku dikerjakan amoi kat Dermalogica tu, takde pon visible scars kat muka. Huh!

Macam dah panjang je aku crita. Hee...terima kasih sebab sudi baca sampai bawah. Harap dapat membantu @_@

#update:
Aku dah tukar pencuci muka Hada Labo Moisturizing set. Dermalogica ni bagus, cuma maybe tak cukup untuk moisturize surface kulit muka aku yang terlampau kering. So, even after months pon masalah whitehead tak hilang. Whitehead ni due to extra oil production. Extra oil production ni adalah kerana kering lah. Walaubagaimanapon, surface kulit aku tak oily. Sebab oil tu terperangkap bawah kulit menjadi whitehead. Setakat ni, Hada Labo best!

#update:
Now I know punca whitehead yang sebenar. Dulu aku pakai foundation Revlon. Then bila tukar ke Body Shop, alhamdulillah 95% whitehead gone. So aku akan stick kepada foundation ni. Sekarang ni continue balik Dermalogica. Precleanse memang tip top! Sesuai untuk muka kering yang nak buang make up. Then followed by the cleanser. Cuma moisturizer aku pakai Organic Aid. Jimat! Hehe. Lagi pon sesuai ngan muka dah. Tapi ada hati lagi aku nak try Scrub Vitamin C Body Shop. Katanya boleh memancarkan cahaya keimanan. Haha. Sebab seminggu kena dua kali jugak kan buang sel mati tu. We'll see camne nanti k.

13 comments:

  1. saya pon ada jerawat, dari f5..skg dah umur 20.sodih sgt....rasa down,..

    ReplyDelete
  2. kalau ada masalah jerawat, cuba proactive. ada kawan dulu quite bad masalah die. tp lepas pakai proactive, dh ok. now dh bertahun2 stick ngn proactive. try la. satu set tu tahan kot a few months.

    ReplyDelete
  3. Totally bersetuju! Dermalogica adalah produk terbaik muka yang pernah saya digunakan. Saya hanya ingin berkongsi dengan anda bahawa saya mendapat Dermalogica produk wajah dari LahBeauty.com. Mereka menawarkan harga yang terbaik di bandar.

    ReplyDelete
  4. Dekat mane nak cari proaactive ?

    ReplyDelete
  5. proactive boleh cari kat sinma..ada jual set n loose cleanser.

    ReplyDelete
  6. Salam, tumpang tanya..

    Muka akak berminyak tak sebelum ni?

    Saya skrg umur 20 thun, lelaki. Jerawat start naik sejak umur 16 thun. Sampai sekarang tak pulih pulih. Pernah pakai proactiv tapi masih tak elok lagi. Muka berminyak teruk, basuh muka kejap dalam 15 minit dah berminyak balik muka.

    Apa pendapat akak?

    ReplyDelete
  7. Kulit sy kering n naik jrwt..produk mn sesuai ea

    ReplyDelete
  8. Sy dlu muka jerawat batu penuh 1 muka.. Dh try pakar x jd sampailah ke pil sebiji rm6..x menjadi.. Last2 minum kollagen nurbeautyline improve bnyak..scra dalaman..then dh ok bru cri secara luaran..

    ReplyDelete
  9. Ada yang taukah kedai yang jual clearacil di mana nak cari

    ReplyDelete
  10. Saya setuju dermalogica is the best. Tak kira apa condition muka kita.

    ReplyDelete
  11. Setuju sgt... Dermalogica is the best. Cuba trial set dulu klu nk tau sesuai @ x. Mmg supeerrbb.

    Korang cari dermalogica products? Meh visit for great deals... Kompom korg puas hati.

    http://www.lahbeauty.com/rewardpoints/index/goReferral/referrer/163/

    ReplyDelete
  12. I had been using derma products for 9 yrs now.Superb product for those with skin problems.One should try..its the best skin solution.Its will makes u looks younger too.😀

    ReplyDelete
  13. I had been using derma products for 9 yrs now.Superb product for those with skin problems.One should try..its the best skin solution.Its will makes u looks younger too.😀

    ReplyDelete

Hey guys...thanks for dropping by here. I'll be glad to know your thoughts about this entry. Please leave your track ok ^___^