Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Topik ni aku baru je terpikir jap tadi. Mengenangkan nasib diri la katakan. HaHa. Di seluruh pelusuk dunia, boleh dikatakan semua orang memandang rendah kepada orang gemuk. Tambah-tambah lelaki yang selalu sangat mengejek perempuan gemuk terang-terangan. Ok fine. Ada jugak la golongan wanita yang pandang pon tak hingin bila terserempak lelaki gemuk. Pelbagai istilah digunakan untuk menjatuhkan harga diri mereka yang berlebihan berat badan ini.
Namun, tiada siapa pulak yang bising dan mengejek orang yang terlalu kurus.
Kenapa??
Dulu masa aku sekolah rendah, final saringan lari 100m aku dapat nombor dua. Cikgu sukan yang in charge pada petang itu telah menyebut separuh nama aku untuk dipilih mewakili rumah sukan. Tiba-tiba ada seorang lagi cikgu sukan datang dari belakang dan mencuit cikgu tadi dan berbisik. Terus tak jadi dia nak panggil nama aku sampai habis. Diskriminasi yang tidak berkesudahan.
Masa sekolah menengah, sekali lagi saringan untuk 100m rumah sukan, aku dapat nombor tiga. Itu pon sebab dua meter terakhir tu runner sekolah potong. Well, saringan 100m tu nak pilih wakil untuk semua acara larian. Fine la kalau aku dapat nombor tiga tu tak cukup bagus. Habis tak kan dua orang kat depan tu nak wakil semua acara. Plus kalau 4x100 tak kan dua orang je nak bergilir-gilir lari.
Macam biasa, cikgu tak nak amik risiko gajikan aku sebagai pelari rumah sukan. Runner yang potong aku saat-saat akhir pon terkejut and instead lepas habis riadah petang tu datang tanya aku asal aku tak terpilih padahal aku lari laju jugak. Aku pon no komen la cik runner oiii...Diskriminasi terhadap orang gemuk.
Aku nak tanya kenapa?
Kenapa orang gemuk selalu je kena letak kat lontar peluru or lempar cakera?
Padahal aku tak reti sepatah haram pon nak baling bola besi berat tu.
Cakera yang aku hawin pon ntah mana landingnya.
Kenapa bakat orang gemuk diambil mudah? Padahal yang kurus berlambak tu bila suruh lari, nak angkat kaki pon tak larat. Macam dia pulak yang banyak lemak.
Ok. Nampak macam cerita kanak-kanak. Tapi mewakili rumah sukan adalah satu-satunya cita-cita murni zaman kanak-kanakku. Dan mereka itu ramai yang tidak adil kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Maybe cikgu-cikgu tak sampai hati nak singkirkan aku terus. Jadi diorang pon letak la nama aku kat lontar peluru dan lempar cakera. Sedangkan aku setiap kali memandang-mandang ke trek larian.
Macam mana cikgu-cikgu tu tak percaya aku boleh berlari di atas padang, tapi boleh konfiden aku boleh baling-baling benda? Homai....diskriminasi.
Aku ingin menyeru kepada semua, sila jangan pandang rendah kepada orang gemuk. Ada beribu perkara yang sebenarnya mereka lebih hebat dari yang tengah mengata tu. Manusia itu dicipta berlainan. Setiap manusia ada kelebihan dan keburukan masing-masing.
Peace!
moon, situasi ko amatlah berbeza 180 darjah dari aku. aku tak pandai bersukan lalu selalu dipaksa lumba berlari dan merentas desa. sampai aku jadi tak sabar nak abeskan sekolah supaya takde orang boleh paksa aku lari lagi. haha
ReplyDeletecikgu sekolah memang suka diskriminasi. ada sekali tu cikgu sekolah agama tanya aku dapat berapa A UPSR. aku cakap 5. pastu dia cakap dahlah PTS, UPSR dapat 5 A, tapi muka tak macam pandai.Haish..
Kesimpulannya cikgu sekolah biasanya suka murid yang extra pandai, cantik, pandai bersukan, suara sedap pertandingan karaoke dan popular. yang lain akan didiskriminasi.
maafkanlah mereka kerana mereka sesungguhnya tidak sempurna dan cuba mencari kesempurnaan pada murid2
(^_^)
ReplyDeleteasmak:
ReplyDeleteisk isk isk...ang juga didiskriminasi begitu. cop budak pandai pakai tengok muka plak tu. seb baik la tym tu kita murid kecil lagi. apa cikgu cakap kita follow ja. x pa asmak. cikgu yang ckp kat ang tu kemungkinan besar dia pon dah lupa weh...maafkan ja lah. haha.
mr.d:
ReplyDeletekalau awak senyum, saya mesti senyum skali ^________^
memg x adil kan..haish..sy dlu sebab gemuk cikgu slalu point me dlm class nak cri slh untuk didnda.pas 2 suh pdm white board hri2 n ckp kuat2 dlm class dia suruh sbb ktanya nk bg lemak cair.sukan pun asyik2 msuk acara l0ntar peluru..bru mgu ni pg tmuduga..dorg siap ckp.u tgk yg kat luar 2 smua kecik2.awk x malu ke nak keja kt sni kalu org kata awk gmuk nt?kalu u nk keja kt sini u kna kuruskan bdn..i think its t0o much sbb jwtn pun cuma operator call centre je.
ReplyDeletefirst of all...cikgu2 memang macam tu. even cikgu tu sendiri pon gemuk, tapi mesti tak sensitif jugak.
ReplyDeletesecond, why the hell job operator call centre pon nak tgk appearance? once i keje kat bank call centre, ada sis kat situ suara sedap and lantang, byk customer call cari dia, tapi sebenarnya dia oversize la jugak. maybe interviewer tu sbnrnya nk jadi steward/stewardess tapi tak dapattt..haha
hai...saya xpernah marah pun orang cakap saya ni gemok n hodoh...ini realiti
ReplyDeleteWah cik anon..u have such a wonderful confidence level. Keep up!
ReplyDeletesaya ni walaupun baru Form 3, tapi sering menangis sorang-sorang...selalu kena ejek dengan cikgu dan rakan-rakan. pernah sekali saya dimarah dan ditegur oleh seorang guru. yang tak puasnye, org sbelah saya yang buat benda tu tak pun kena marah...ni semua diskriminasi...kalau cakap cikgu saya cakap pasal kesihatan atau kuruskan badan, mesti asyik sebut nama saya dan tanya," bila nak kurus"? kalau beli makanan, cikgu tegur, " budak ni banyak makan ni"..walaupun makanan yang saya beli tadi untuk adik saya...kalau pasal sukan...hmmm.. tak pernah pun wakil sekolah sejak masuk sekolah menengah...pingat ? hmm. pingat hari sukan sekolah pun tak ada. kadang-kadang cemburu jugak dengan rakan yang wakil sekolah dan rumah...tapi sekarang ni saya dalam proses untuk menjadi kurus...doakan yang terbaik untuk saya//
ReplyDeletesure. keep it up! kata2 org memang menyakitkan hati. tp guna semua tu as a motivation. percayalah..nnti dh kurus, diorang yg sebuk tnya mcm mna kita kurus. haha.
ReplyDeletesedih kan bile org kate kite gemuk hahah.. alasan gemuk nnti bnyk penyakit but not once they ask sehat ke?ade msalh ke? sy penah rsa kurus keding tp org cop Anorexia bdan berisi skit org cop gemuk..huhuhu sy ni jenis rangka besar so bile bdan naik skit je dh nmpk berisi..even kurus pun berat bdan agak berat hahahah..suami nasihat or tegur memang sy xterasa sbb caraa die xkondem tpi bile family belah die pandang or ckp mcm kite ni hine sgt..wow sgt.hihihi enta la
ReplyDelete