Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bersenam ni tak payah aku nak crita panjang kan. Semua orang kat setiap pelusuk dunia ni tau yang bersenam ni adalah cara yang terbaik untuk kekal sihat dan membakar lemak. Sama ada di celah paha, di bawah lengan ataupon di lipatan perut.
Kalau korang cakap korang takde masa sebab hari-hari terkejar sana-sini, aku akan bagi solution.
Atau pon rumah korang kat tingkat enam pastu takde lift, don't worry sebab aku akan bagi solution.
Atau korang takde wang besar nak beli threadmill kat fitness concept, pon jangan gelabah sebab memang aku ada solution untuk masalah besar korang ni.
Tapi kalau korang sebenarnya memang malas, hmm...takpe. Aku try la kipas-kipas korang sampai korang tak malas ek.
Solution untuk segala-galanya ialah dengan bersenam hanya di dalam bilik. Tanpa sebarang alatan sukan pon no hal. Bilik kecik pon no hal. Kalau nak seribu daya, tak nak tu seribu dalih memanjang.
Apa mau pakai kalau nak bersenam dalam bilik?
Pakai baju la der...takkan kau nak bogel pulak. Bergoncang atas bawah la segala bagai. HaHa. Untuk perempuan, sports bra mesti pakai. Or sebagai alternatif, kau cari la benda yang boleh wrap keliling dengan ketat. Kat Avon ada jual. Dia macam ada pelekat ala-ala pelekat kasut sekolah kat hujung. Tarik kuat-kuat pastu zapppp jer pakai pelekat tu.
Then pakai sports attire yang betul. Seluar sukan, t-shirt dan yang paling penting kasut sukan. Even hanya bersenam dalam bilik, sediakan kasut bersih untuk pijak dalam rumah. Kalau tak pakai kasut sukan, nanti kaki mudah sakit. Tak kesah la kau tergelecek ke terkehel ke, efeknya sakit. Stokin tu optional. Pakai kasut tau.
Dah pakai baju sukan cun kaler pink, ape plak nak buat?
Ok. Sekarang beruntunglah sesaper yang ada cermin tinggi yang boleh nampak head to toe tu. Hanis Zalikha pernah berkata yang bila dia berjogging, peluh yang meleleh tu membuatkan dia rasa sexy. Sekarang aku upgrade lagi. Kalau korang bersenam depan cermin, bukan setakat rasa je sexy, tapi korang boleh nampak skali pergerakan badan yang sexy tu. Serious. Bila nampak badan sendiri bersenam, korang akan lagi semangat nak bersenam. Bila nampak peluh meleleh kat muka dan leher, semacam je adrenalin tu. HaHa. Motif bersenam depan cermin adalah supaya korang nampak the sexy side of your body.
Senaman gapo yang boleh buat dalam bilik je?
Banyakkkkkkk.......Aerobik boleh. Tapi kalau nak stay je depan cermin yang takde la besar mana tu, korang boleh jogging setempat. Tapi bukan yang jogging spesis lemah gemalai tu. Ni yang hardcore punya. Korang suka kan hardcore-hardcore ni....Ngeh Ngeh Ngeh. Jangan la setakat tapak kaki tu 2 cm je dari lantai. Target sudut antara betis ngan paha berlemak tu 90 degree. Ini bertujuan untuk bagi serangan maut kat muscle yang tido sepenuh masa tu.
Selain tu, selang seli la dengan senaman lain. Korang boleh search kat Youtube. Kat bawah ni aku bagi link kat korang senaman yang aku follow. Video ni tak boleh playback kat blogspot. So aku tak embed la kat sini. Selalunya aku akan tukar dari jogging setempat tu kepada rutin kat dalam video ni bila kaki aku dah rasa buku lali aku dah sakit-sakit sket. Maybe it's time untuk rehatkan jap buku lali tu.
Inner Thighs Workout Exercise: Leg Lifts for Inner Thigh Workouts
Inner Thighs Workout Exercise: Leg Lifts for Inner Thigh Workouts
Inner Thighs Workout Exercise: Figure Eights for Inner Thigh Workouts
Rutin yang aku buat first, leg lifts 20 kali each leg untuk 3 round. Second, tekan tubi 15 kali. Third, figure eights 30 kali untuk 3 round.
Berapa lama mau senam daaa?
20 minit untuk setiap sesi. Jangan pakai jam. Instead korang buat playlist lagu. Satu lagu average 4 minit. So letak lima lagu dalam playlist tu. Nanti takde la tension tengok jarum jam macam tak gerak je. Kalau nak lagi best, pilih lagu yang beat laju so that korang boleh jogging ikut beat lagu tu. Selain mengurangkan tension tengok jam, cara ni boleh buat korang maintain kelajuan tu dari awal hingga akhir. Tak kisah la lagu korea ke siam ke. Janji lagu feberet.
Tapi jangan lupa plak warm up and warm down. Kalau tak, esok konpem betis dan paha rasa macam bertambah 10kg. HaHa. InsyaAllah....kalau selalu senam macam ni, takkan lagi timbul sengal-sengal yang selalu korang rasa setiap kali lepas dipaksa merentas desa 4km masa sekolah dulu tu.
Aku dah amalkan bersenam dalam bilik ni selama lebih kurang 8 bulan. Walaupon aku sedang berdiet, ada banyak kalanya aku tewas dek makanan sedap seperti Pizza Hut. HaHa. Dulu pakai seluar size 32. Sekarang dah boleh pakai size 29. Dulu pakai baju size XL. Hari tu beli kemeja Voir dah muat size M. InsyaAllah aku akan meneruskan perjuangan. So rakan-rakan sekalian, apa tunggu lagi?
Kalau yang dah slim tu boleh la buat tiga kali seminggu untuk maintain sihat. Yang nak kurangkan berat tu at least buat la selang sehari dulu. Then upgrade setiap hari. Tapi give a day off untuk badan korang supaya takde penyakit lain plak yang datang.
So, takde apa dah nak cakap. Good luck lah ye ^____^
"Apa mau pakai kalau nak bersenam dalam bilik?
ReplyDeletePakai baju la der...takkan kau nak bogel pulak. Bergoncang atas bawah la segala bagai"
oh, dirty though came through my mind :P
ewww....apa ni cikgu dehe. contoh tak baik untuk murid2 la. isk isk isk. rosak la anak bangsa. haha.
ReplyDeleteMurid:Cikgu, cikgu tgh fikir psl ape tu? Lain mcm je
DeleteCikgu:err....ah diam semua! Dah buat example tu
perkongsian yang sangat menarik. Saya juga ada berkongsi tip untuk kurus tanpa perlu mengeluarkan wang di sini.. http://bit.ly/tipcantikdanlangsing
ReplyDeleteterbukti berkesan... sy yg dulu berat 70kg sekarang dah 39kg... Alhamdulillah...sy maintainkan je sekarang.
ReplyDeleteNak kurus sng je.. Beli sbiji bola sepak.. Kalau ada waktu lapang tndng bola tu dan kejar... Bnyk kali ko buat lama2 akn kurus... Aku dlu gemuk dan sado tp sjak amalakn tu aku jdi kurus dan sado... Huhu.. Bygkn..
ReplyDeleteNak kurus sng je.. Beli sbiji bola sepak.. Kalau ada waktu lapang tndng bola tu dan kejar... Bnyk kali ko buat lama2 akn kurus... Aku dlu gemuk dan sado tp sjak amalakn tu aku jdi kurus dan sado... Huhu.. Bygkn..
ReplyDeleteHi, apa pendapat workout dalam bilik ada kipas?
ReplyDeleteTips yg sgt baik utk di cuba.. Tqs for sharing..
ReplyDelete