Cerita pasal durian crepe

Love, love and love. One can never have enough of this. Like me ^_^

Semalam tetibe aku mengidam durian crepe. Ouh fyi, aku memang penggemar durian sebab ayah aku penggemar durian. Kalau musim cempedak ke rambutan ke...takde maknanya nak balik kampung. Tapi kalau musim durian, terus pack beg dan balik kampung sebab nak feeling-feeling CSI cari durian luruh. 

So aku gugel durian crepe ni mostly takde jual yang siap dah. I mean, kau kena order and pick up later. Namun hasil aku gigih blog jumping, aku jumpe info yang kejadah ni ade dijual siap kat Mid Valey. Die jual kat booth Sumptuous Desserts yang terletak kat LG betul-betul depan Sushi Tae. Turun eskalator, then jangan belok kiri kanan macam aku tadi. Sebab nanti sia-sia je kau menapak. Instead, move forward dengan mendadanya..muahahaha. Dan kau akan terkinja-kinja bila nampak Sushi Tae, apatah lagi bila booth durian crepe kat depan tu. Oh yeah O_O




So ni lah ghope durian crepe yang telah aku Instagram kan. Kamon la..gambar sekarang kalau tak Instagram memang tak sah! Najis mughollazoh jadi nya kalau tak disamak dengan any photo editing software. Sumptuous jual 6 pieces ni dengan harga RM10.00 which can be considered as harga standard aroung KL. Yang tak standardnya ialah saiz bantal tu. Sesetengah penjual die letak sama harga tapi kurus cekeding je. In fact, yang ni pon takde la besar sangat. HaHa.

Masa aku nak naik eskalator tu ke atas, ade satu booth lain yang jual benda ni. Booth tu ade sign DURIAN. Sume desserts durian kot die jual. Durian crepe die kaler hijau tapi bapak mahal. 6 ketul kecik die jual RM 13.50 dan ramai plak tu kerumun. Aku macam nak tolong promote je Sumptuous kat depan tu. Maybe sebab turun eskalator je nampak booth tu. So orang lain yang lagi tahap menggigil ketagih crepe ni pikir, "That's it! Aku nak tapau 10 paket." 

Seyes, aku pon nak tapau 10 paket. Tapi poket la lobang-lobang. Abis duit cicir ntah mana-mana. Lols. Ouh korang tahu tak aku sampai Mid pukul 3.00 petang. Then pukul 3.20 petang aku dah gerak dari parking. Tapi still kena bayar first three hours parking flat rate sebanyak RM3.00.....takpeeeerrrr...Doyan punye pasal. I sanggup!

Yang tak sanggupnya ialah encik boifren yang memang tak makan durian. Emo die mengadap jalan jam. Aku duk dalam kete diammmmm je. Dah la kitorang dari Sentul, then jalan nak gi Mid tu jam, die pegi pusing ke jalan yang tak jam, tapi sebenarnye bukan jalan yang membawa ke Mid. Sampai begitu sekali! Pastu suh aku bukak Sygic nak cari jalan. Vodo punya Sygic tak hupdate satu simpang, terus aku diberi tekanan nak belok ke tak. At last tak belok dan nasib baik itu lah jalan kebenaran. Terus aku pon emo kat Sygic yang menyebabkan aku tertekan.

Anyway, aku sampai jugak and rembat 2 paket. Dah abis dah pon. Ade hati nak simpan sampai besok. Pas dah beli tu aku pon mulakan misi memujuk boifren. Kesian la jugak sebab paham-paham la KL kalau jam memang macam nak tercabut anak tekak maki hamun. So aku ajak la die g makan luar pas tu. Kitorang lepak mamak je. Then aku bukak Ipad, terus snap gambar die banyak-banyak. As in click, click, click and click! Dalam duk control tu sengih jugak pastu malu sebab orang tengok. Ala kuci-kuci, tomel plak haishh..



 Masih control.



Cover muka yang nak tersenyum.



Kenot cover by hand sebab diameter senyuman dah melebar.




Pandang kiri-kanan plak. Taktik je tu.


And that's it...I have my sweet boifren back! Huhu..Baru la senang hati nak bedal maggi goreng mamak tadi. Walaupon sebenarnya kalau teknik memujuk ni tak berjaya, aku bedal jugak la maggi tu dulu, then baru pikir. HaHa. 

Kepada encik boifren, thanks tunaikan hajat nak makan durian crepe hari ni. Jasamu dikenang ye. Thanks for everything ^_^ love. 

Ok lah...mulut dah berbau doyan. Tanak gosok gigi boleh tak? Nanti rasa die dah hilang =( Kalau mintak nak pegi lagi mesti tak dapat dah. Fine! Nanti kalau mengidam lagi, aku suh encik boifren hantar sampai komuter je. Pastu demi doyan, aku akan sanggup bergasak dalam coach wanita. Huh.


Dah pukul 12.07 tengah malam. Dua hari ni aku rest dari sebarang assignments. Esok adalah hari FYP sampai Jumaat nanti nak present. Oh yeah~

3 comments:

  1. hehehe. puas hati la tu dapat makan doyan

    ReplyDelete
  2. Puas..tapi macam x cukup. Nak ade stock 10 pakel jgk. Haha.

    ReplyDelete

Hey guys...thanks for dropping by here. I'll be glad to know your thoughts about this entry. Please leave your track ok ^___^