Assalamualaikum wbt.
Lama aku tak update blog ni. Busy dengan internship.
Latest news is, aku eksiden motor dua minggu lepas. Lutut terkoyak and kena jahit. Walaupon dua jahit je, tapi luka tu dalam. Lepas bukak jahit, luka tu still tak sembuh. Makin teruk sampai ada slough. Maybe antibiotik Fusidin tak sesuai. So beli Sofra-Tulle. Alhamdulillah..luka dah makin sembuh.
Tapi sampai sekarang aku tak boleh jalan macam biasa. Pegi Hospital Az-Zahrah untuk x-ray. Doc cakap kedudukan joint tulang tak bagus. Tapi sebab itu kejadian asal dan kedua-dua belah pon memang macam tu, doc cakap jangan tambah berat sebab possibility untuk sakit lutut nanti tinggi. Tapi actually sekarang pon aku ada masalah lutut. Tambah-tambah kalau buat lunges.
Doc bagi surat rujukan untuk jumpa Ortodentic. Maybe kena buat fisioterapi. Kat swasta kan mahal. So aku plan nak pegi GH Serdang. Ingat nak pegi cepat la..Tapi selangor announce cuti pilihanraya plak Isnin ni. So aku kena pegi hari Selasa.
Ya Allah...azabnya hilang nikmat berjalan, berlari, melompat, memanjat, berkuda-kuda. Aku dah lama tak pegi gym. Walaupon aku nak jalan ke dapur pon berpeluh, tapi still tak cover makan yang melampau. Mak jaga..memang la makan tido je. Tambah-tambah ubat kena makan 4 kali sehari SELEPAS makan. Hadoi...
Sekarang dah balik Bangi. Memang la gigih menapak tangga naik turun tingkat 5. Hari ni housemate ngan Mr.D balik kampung mengundi. So, aku kena denda diri, no dinner. Baik untuk kaki supaya tak berjalan sangat. Tapi kenapa aku lapar dan kenyang serentak? Macam kawasan perut bawah kenyang. Perut atas lapar.
Motor plak ingat dah baiki ritu. Tengok ada prob plak. Semput. Ntah la...pape je la. Yang penting, aku kena kuat semangat untuk kembali cergas seperti biasa. Orang cakap fisioterapi sakit. Mak cakap, jangan dengar cakap orang. Mak buat dulu pon sakit. Tapi kalau tak nak cacat seumur hidup, mesti tahan!
Baik. Aku nak sihat dan pegi gym. Chayok Moon!!
semoga cepat sembuh (^__^)
ReplyDeleteAmin...terima kasih =)
ReplyDelete