Intro tentang projek DIY

Aku sebenarnya perasan yang blog ni tak produktif. Haha. Tapi last month and insyaAllah these coming months aku akan sangat busy kemas umah, kemas umah dan kemas umah lagi. Sambil-sambil tu aku curi masa sket untuk jalankan projek DIY sempena majlis kesyukuran dan pertunangan bulan 6 nanti. Hee..

Alhamdulillah parents aku akhirnya bagi aku move on to the next step. So, tanpa banyak citer aku nak bagi teaser je dulu apa benda yang aku dah buat and tengah planning nak buat. Aku dari dulu sampai sekarang memang suka benda-benda seni kertas ni. Dulu masa sekolah konpem aku eksaited kalau kena buat scrapbook. Sebolehnya border setiap page tu aku design sendiri. Kalau rajin aku lukis and warnakan. Kalau malas, aku lekatkat jalur kertas warna kat atas kertas putih tu. 

Sebab aku merajinkan diri ialah dulu aku takde printer. Bila zaman adik aku, semua benda bantai print. Last kali sampai sekarang tak kreatif. Aku rasa laaa..haha. Tulisan pon siap kena tegur dalam buku rekod pencapaian. "Pencapaian cemerlang, cuma perlu baiki tulisan." Kah Kah Kah. Tragis buku rekod hang adik.

Okay. Projek pertama DIY aku ialah bantal hantaran. Berlambak tutorial kat dunia siber ni untuk buat menatang tu. Tinggal kau nak imagine colour combination je. So, hasilnya aku berjaya setelkan 5 bantal lelaki dan 7 bantal perempuan. Kat bawah ni macam teaser je..aku tak tau la menjadi ke tak teaser aku ni. Aha.



Tapi makin lama makin bertambah plak jumlah hantaran. Naik 8 balas 6 which is aku tau orang tak pernah buat tapi ada aku kesahhh. Dan last sekali ritu decide nak bagi kain nikah plak. Maka jadi la akhirnya 7 balas 9. Yang lain semua makanan sedap! Tak sedap tak boleh bertapa atas bantal hantaran handmade itu yer.

Then projek kedua ialah DIY bakul hantaran menggunakan surat khabar. Ini agak mencabar. Aku follow tutorial kat youtube yang nampak macam kacang bendi tapi bila kau dah start buat, there's no turning back uols. Sebab bilik kau dah bersepah. Karpet penuh dengan serpihan gam maka you have to endure this. Teaser kat bawah. 


Aku pon dah lupa berapa banyak yang aku buat. Cuma cita-cita nak buat pinggan je tak kesampaian sebab aku pon tak tau camne nak jalin supaya terbentuk pinggan tu. Next stage ialah spray cat. Bab ni toksah la aku nak memandai kerana sejujurnya aku hanya akan membazir cat tersebut. Warna apa itu kena tungguuuu...hehehe. Masa aku buat ni dalam kepala dah set apa nak letak. So, aku akan stress kalau mama ada idea lain. Pffftt..

Projek yang ketiga plak ialah DIY mini dais. Masa pegi tengok langsir, mula-mula nak play safe la kan. Nak beli cream jer. Tapi bila pusing celah bedah kain-kain tu, timbul satu idea gila. Mama pon masa first time tengok kain aku beli, dia tanya kenapa tak beli cream. So, korang paham tak yang aku sekarang tengah berjuang bersendirian?? Mama tak berapa paham camne deco hantaran yang ada dalam kepala aku, now dia tak paham plak konsep mini dais aku. Dan aku bajet banyak benda lagi yang dia bakal tak paham. 

Kalau korang tengok kain yang aku pilih, adakah korang paham? Or tak jugak?


Untuk memudahkan aku nak reka deco berikutnya, aku lukis cikai-cikai dalam Paint. Kalau lukis kat kertas, macam agak tidak bersemangat sebab tak nampak warna. Walaubagaimanapon kalau korang rajin nak pakai pensel warna, silakan ajaaa... So kat bawah ni kekononnya teaser la kan...


Tile umah aku ni kaler dark brown. Tu yang aku letak finishing tile senget-senget kaler coklat gelap tu. Melihat kepada kecondongan longkang tile yang lintang-pukang, konpem aku dilarang daripada menceburi bidang memasang tile. Kem salam la nak boleh cari makan camni. Tapi tile umah aku ni otai yang buat. Mabeles! Selow motion je dia pasang sorang-sorang. 

Aku plan nak letak tanglung kat tepi sebab aku dah muak tengok bunga. Plus, aku decide nak buat mini dais ni pon sebab nak bergambar nanti cantik la sket. Aku takde hire official photographer pon. Setakat ni plannya nak PAKSA beberapa orang untuk jadi photographer. Muahahaha. 

Sebagai frame yang nak support structure dais ni, aku dah submit proposal and drawing kat papa untuk pakai PVC putih. Ni pon aku tengok blog omputeh selalu buat photobooth pakai PVC. Since affordable la jugak, maka boleh proceed. Cuma aku design supaya ada 3 layers untuk menambah seni pada dais ni. Korang kalau sekali tengok mesti cakap macam penyidai towel. Kali kedua tengok pon tetap korang akan nampak macam penyidai jugak. Cuba tengok engineering drawing aku yang sedeyh ni.

Ni aku design dalam Paint jugak. Then aku transfer kat Word untuk buat dimension. Tapi sekarang aku malas nak print screen yang dah siap kat Word tu. So aku tepek je yang sedia picture ni. Basically aku guna langsir umah sebagai reference. Total height dalam 2.2m or lebih kurang 90 inches. Total length about 2m and width 0.5m. After discuss ngan papa, kitorang decide nak tambah satu pipe melintang kat bawah untuk support, walaupon aku dah penat explain yang kalau diameter besar, tak perlu kot extra pipe tu sebab dah kukuh. Plus langsir pon nipis je. Hmm..lantak lah. Janji benda ada depan mata.

Kesimpulannya aku pon konpius berapa banyak sebenarnya projek DIY aku ni. Hurmm..walaupon penat, leceh, lenguh badan, stress dan macam-macam lagi, tapi kalau semua ni menjadi, aku puas hati kot. Kalau tak DIY, mungkin warna yang aku nak tak dapat exactly, gubahan hantaran yang tak berkenan di hati and so on. Sewa dais plak beratus. Pastu kena pulangkan. Setakat ni untuk kain aku dah belanja RM33.50 dan DIY bunga crepe RM39 untuk 13 kuntum. Kalau nak jimat lagi, start from scratch dari kertas crepe biasa. Aku beli yang dah siap potong dan lipat. Tinggal nak kembangkan je. PVC frame ni maybe telan belanja lebih sket la..sebab aku nak pakai pipe 1.5 inches. Tapi boleh simpan untuk reception plak. 

Akhirnya, berakhirlah kisah bakal pengantin bajet ni. Memangkan aku tak keje sekarang, memang patut la aku DIY semua benda. Kalau aku hanya nak lepak goyang kaki, sila sepak terajang je okay?

Sekian, adios amigossss.


1 comment:

  1. sangat ohsem!!! sy suka sangat idea2 ni..betul2 kreatif dan inovasi ^_^ hehe

    ReplyDelete

Hey guys...thanks for dropping by here. I'll be glad to know your thoughts about this entry. Please leave your track ok ^___^