Berdua ke Perth - Part 2


Lepas recover dari kepenatan and gather balik tenaga zahir batin, esoknya kitorang keluar tengok dunia yang di sebelah lain plak. So destinasi pertama ialah King's Park and Botanical Garden, walaupon aku tak interested sangat pon bab botanical whatever tu, tapi kalau pegi Perth, mesti jejak kaki sini.

Apartment kitorang tu location dia memang just nice. Keluar pintu depan tu, belok kiri untuk ke Perth CBD, belok kanan jalan naik bukit 'sikit' dah boleh sampai Kings Park. Betapa dekatnya park ni sampai kitorang pegi dua kali. Cumanya takde la masuk ikut main entrance, so signboard tu tak jumpa la awal-awal. Who cares. Park bukan ada pagar pon, maka belasah je la kan. 


Nampak tak bentuk muka bumi yang agak mendaki sikit. Sikit jer...don't worry, tak kurus punya.


Gigih husband aku mendaki. Nak tak nak kena tekan jugak. Pelancong bajet memang kena paksa pakai kaki ye.


Minah ni memang pantang kalau jumpak map. Sebab tu entitled untuk jadi Map Girl.


Finally habis mendaki yeay! So kalau korang tengok, apartment kitorang memang nunnnn di hujung sana. Tapi even tercungap pon, udara kat sini boleh sedut sedalam-dalamnya. So, sampai atas kejap je dah steady balik.


Jejak je kat rumput tu harus la welfie dulu. Syarat kitorang welfie ialah biar aku yang pegang kamera. Sebabnya kalau tangan dia, tak muka dia, muka aku yang sekerat.


Kalau tangan aku, gambar konpem just nice. Hahaha. Portion space kiri kanan sama, objek cantik kat center, maka gambar we ols pon kerlass gittew.


Pokok-pokok sini mostly ada signboard kecik camni. Aku perasan diorang letak nama orang yang tanam pokok ni berpuluh tahun dulu. Menjadi plak tu pokok diorang. Jakun aku tau. Sebabnya kat Melaysia tak jumpa. Muahahaha.


Pokok atas ni tinggi gila. Aku kelihatan kerdil bila gigih nak fit kan the whole pokok dalam gambar, Tapi aku rasa pokok ni senget la. 


Orang laki kalau jumpa meriam, memang gini gaya dia. Bajet macam retis berlakon Edge of Tomorrow la sangat kan.


Kalau pompuan plak, gini gayanya. Meriam hanya tempat melepaskan kepenatan sambil pejam mata.


Pokok-pokok besar berderet ni semua ada orang yang tanam. Lols. Harus la ada orang yang tanam. Takkan sebab mutasi rumput plak kan. Maksud aku ialah semua pokok ni ada signboard nama tokoh-tokoh Perth. Cuma aku tak kuasa nak ambik tahu la sape. Hahahaha,


Husband aku jumpa pokok, terus berangan aktor bollywood.


Kau tengok kemain feeling lagi mamat ni. Khia hua hei bhaiyya??


Ini namanya posing nikmat bersandar di dinding. Takde motip. Takde maksud tersurat dan tersirat. Hanya nak menghabiskan masa semata,


Dari King's Park ni korang boleh layan view Swan River yang cantik. Sebab taman ni atas bukit kan. So berbaloi la penat lelah kau memanjat.



Cantik okay view belakang tu. Aku tak maksudkan lalang tu la tapi. Kitorang pegi tu memang suhu just nice between summer to autumn.


Bila sebut park, aku dulu konpem bayang macam Taman Tasik Permaisuri or Tasik Cempaka kat Bangi. Haha. Gila tak bernafsu nak pegi kan. Tapi bila sampai sana, omaigod...kejap-kejap nak guling. Seyes! Rumput situ macam karpet. Orang pijak-pijak pon still terjaga. Rumput mahal kot. 


Suka gambar yang ditangkap dari bawah ni. Terpancar cahaya keimanan gittew.


Sakitnya tuh di sini di hujung sikuku...sakitnya tuh di sini terpotong sikuku...sob sob....


Orang sana kuat bersukan petang-petang. Diorang yang atas ni macam sedang bersukan dalam group. Comel je jogging dalam barisan macam itik pulang petang. Haha.


Seriously, park ni ada je tempat menarik untuk posing. Feeling maze runner pon boleh. Memang seswai sangat untuk aku yang kaki posing.


Isteri mithali volunteer galas beg plak. Biasa la tourist, segala mak nenek nak kena bawak sentiasa. Merenung ke arah Swan River, mesti sampai sana! Tak kira nak jugak!!


Jujurnya, aku tengok-tengok gittew je. Iols memang bukan rajin nak membaca tulisan kecik-kecik tu.


Ini tempat memorial untuk orang-orang yang terkorban masa world war. Untuk penjelasan lanjut, sila baca engravement di bawah.


Diorang memang menghargai para pejuang yang terkorban. Respect babe!



Dah kepenatan baru jumpa main entrance dia. Memang dasar masuk ikut bontot betul kitorang. Lantak lah. Asalkan sampai.


Rumput yang sangat terjaga, aku assume ni rumput mahal la kan. Sebab tu kat Malaysia takde sebab sini perut rakyat diutamakan. Nak datang lagi memang tak tahu bila, maka dengan itu mari kita melaram guling-guling sepuas hati yeay!


Tak senonoh betul husband ai. Maka harus retake ye.


Taraaaaaaa....muka happy gila kan? Alhamdulillah....moga berkekalan. Amin.




1 comment:

Hey guys...thanks for dropping by here. I'll be glad to know your thoughts about this entry. Please leave your track ok ^___^