Pernah tak dengar orang cakap, kalau beli kasut baru, sebelum pakai kena gigit dulu depan kasut. Kalau tak nanti kasut tu gigit kaki kita. Walaupon mengarut, tapi ini lah yang terjadi pada my husband. Dia bawak kasut hantaran, tak gigit dulu, separuh jalan dah melecet. Nasib baik dah expert Woolworths kat mana. Korang before pakai kasut baru, gigit je muncung dia sesaja.
Alang-alang tu, tapau sesiap roti, nutella dengan air sedap yang murah. Serious sedap diminum time panas camni. Tambah-tambah hari ni kitorang dah langkah panjang sket. Mengikut jadual, hari ini ialah hari melawat kangaroo dan koala! Aku memang chicken okay bab pegang binatang ni. Aku tabahkan aje la sebab dah sampai kan. So tempat yang dituju tidak lain dan tidak bukan ialah Caversham Wildlife Park yang terletak di Whiteman Park.
Tanya guard ketapi tiket mana yang jimat untuk return trip. Kena ramah sikit okay. Naik ketapi, turun ketapi, naik bas tu tanya dulu driver, betul ke idak bas ni lalu tempat kangaroo. Bas yang kitorang naik first salah rupanya, turun balik, Bas sebenar ada kat belakang je. Pastu tengok keliling harap ada locals yang bagi eye contact. Mintak tolong diorang alert bila dah sampai. Sebab dalam tu kau dah tak sempat dah nak tengok signboard ke ape. Pakai baju matching tau supaya diorang boleh agak kau tengah honeymoon. Hehe.
Dah sampai dah. Panas bak hang! Rasa macam duk gurun. Banyak pokok tapi rasa kering kontang. Dari main entrance ni nak jalan ke tempat kangaroo tu dalam 1km lebih. Better tunggu shuttle je. Nangis weh nak jalan. Dari tempat turun bas nak ke welcome tu pon dah meleleh.
Nak order shuttle, cakap kat mesin tu. Ex-squeeze me...we need a shuttle here. Sekali dia reply, wokeh. sat naaa...20 minit
Ada binatang lain jugak sebenarnya. Tapi kitorang tengok gitu-gitu je la. Bila nampak tempak kangaroo, dah eksaited. Tak lama lagi den nak pogang kangarooooooo.
Sebelum masuk sila baca cara-cara berhadapan dengan kangaroo. Be nice to them kalau tak nak dia datang melompat-lompat kejar kau.
Penat je aku nebes. Diorang pon tahu cuaca panas ni takde tenaga nak terkinja sangat. Cari port teduh, lepak sepanjang hari,
Aku tanya husband, bulu dia macam bulu kucing tak. Nak pegang sendiri memang tak la. Terbalik tong dedak tu nanti. Husband cakap tak...bulu dia kasar walaupon nampak fluffy.
Ini kena paksa eksyen je sebab nak tangkap gambar. Kemain jauh lagi aku duduk. Tangan dah standby untuk semua kebarangkalian.
Dah dapat gambar sebijik, nah amiklah korang. Makan sendiri ye. Jangan malas mencari rezeki.
Aku dah pilih sesiap nak eksyen bagi makan kat kangaroo remaja. Kalau bapak kangaroo camni, tak aku kejar dia, dia yang kejar aku. Rakus betul. Tak beri laluan kat anak-anak yang masih kemetot.
Ni mak kangaroo. Dalam poket dia ada baby. Memandangkan diorang dah warning awal-awal supaya jangan sentuh baby dalam poket, maka kitorang mengambil langkah berjaga-jaga iaitu jangan dekat langsung.
Besar jugak kandang kangaroo ni. Lebih setengah jam ada kot merayau-rayau dalam ni je. Maklum la agak jakun. Nasib baik kangaroo ni tak jakun jugak tengok kitorang. Macam dah ada mutual understanding gitu. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Aku tak kejar kau, kau jangan kejar aku. Haha.
Kalau tak silap, ada mention jangan sentuh kangaroo yang di sebalik pagar kayu ni. Mungkin kat dalam tu territory khas. Ntah la..aku tak banyak soal pon kalau orang dah cakap jangan.
Muka dah berlengas. Asik posing bergambar, depan tu disuruh mind your head. Nasib baik cepat perasan. Tinggi tak tinggi mana la, tapi boleh terjadi hidung sangkut situ.
Ini kangaroo pemalas. Sebab pemalas la gue berani dekat. Hahaha.
Ini tak tau nak cakap ape. Syahid dibuai mimpi sudeyh. Port baik plak tu bawah pokok. Dari zohor sampai ke asar dia bantai tido agaknya. Dah habis jalan-jalan kat kandang kangaroo ni, aku masih tak tau sekasar mana bulu dia. Boleh tak? Haha.
To be continued...
huhuhu.
ReplyDeletetengok ko post gmbr kangaroo, rasa nak bela sekor.
huhuhu.
ReplyDeletetengok ko post gmbr kangaroo, rasa nak bela sekor.
Haha....laman umah kalau sebesar ladang takpe.
ReplyDeletePanjang betul cite kanggaro ni. Hehe
ReplyDeletedah memang panjang perjalanan dalam kandang die. zzzzz.
ReplyDelete