Tunggu sampai dia datang okay?

Dulu zaman sekolah, konpem ada crush kat mamat hensem tapi kelas hujung, atau pon yang nerd tapi top scorer sekolah. Walaupon aku dulu sekolah pompuan sajer, tapi naik bas together dengan budak sekolah lain. Dalam banyak-banyak tu, ada sorang abang ni ada rupa and dia memang budak pandai. Aku suka tengok dia. Hari-hari semangat nak tengok dia dalam bas. Kitorang terpisah (chewahhh...drama sangat) bila dia masuk MRSM dan aku ke SBP. Lepas sekolah dia fly ke UK, aku plak fly ke German. Walau bagaimapon, dedua buat engineering gitu. Ada chemistry tapi obviously takde jodoh. Hahahaha.

Masa aku kat German, aku dengar berita yang menyedihkan. Abang tu ditimpa kemalangan yang tragis and he passed away...on the day of his nikah. Allahuakbar. Sebab itu aku tak berjodoh dengan dia. Allah tahu aku tak mampu nak tanggung sedihnya pemergian suami beberapa jam selepas lafaz akad nikah. Kakak tu seriously seorang yang tabah. Aku ni Mr. D tak wechat dah sampai office pon aku dah gelabah risau. Tak boleh bayang situasi kakak tu, sampai aku pesan berkali-kali kat Mr. D "please don't you ever leave me alone" and bila dia jawab ya tu aku rasa lega, eventhough dah tahu yang itu bukan kuasa kita.  Kakak tu dah moved on now. Hebat.

Sekarang ni ramai yang confuse jodoh tu dah sampai ke belum. Is she/he the one? Ada yang setakat ada calon, tapi still ragu-ragu. Kahwin memang nak, cuma tak sure, betul ke itu jodoh dia. Kawan aku ada cerita pasal ni. Aku pon buntu nak cakap macam mana. Sebab kes aku lain, aku dah tahu he's the one, then baru nak kahwin. Yang mamat tu dah nak kahwin, tapi which one belum tahu. Hadoiyai. Last sekali aku belasah je la suruh dia kahwin dulu, pastu bercinta lepas kahwin. Setel.

Hmm...kisahnya entry ni sebab terkenangkan zaman dulu-dulu sebelum kenal Mr. D. Sikit punya banyak aku crush, sorang pon tak jadi, memendam perasaan sorang je. Tapi syukur sangat akhirnya kahwin jugak dengan boyfriend lapan tahun. Lagi sebulan lebih masuk la tahun ke sembilan. Tak nak kira anniversary dari satu balik boleh tak?? Huhuhu. Ada sebab kenapa crush kau tak menjadi, kapel pastu break, tunang pastu putus. Kau nak dapat yang lagi baik sebenarnya. Kau tunggu je la...alhamdulillah aku dah dapat.


1 comment:

Hey guys...thanks for dropping by here. I'll be glad to know your thoughts about this entry. Please leave your track ok ^___^