BUNGA KRISTAL : Mama Kitew Kan Berseni Giler...Macam Kitew.

Hari ni nak tunjuk kat korang hasil kerja tangan mama. Mama sangat berseni dari dulu sampai sekarang. Macam-macam beliau boleh buat. Pokok bonsai, cross stich, melukis, menjahit, memasak, menggubah bunga, mengait and many-many more. Dan yang terbaru ni, membuat gubahan bunga kristal. Handmade tau. 

6 jenis gubahan bunga kristal yang terdapat di rumah Perlis.

........{*~*~*~*}........


........{*~*~*~*}........


........{*~*~*~*}........


........{*~*~*~*}........


........{*~*~*~*}........


........{*~*~*~*}........


........{*~*~*~*}........

Ok..ini baru yang ada di Perlis. Rumah Sungai Petani laaaagi banyak bunga kristal dan laaaagi cantik. Paling aku suke ialah pokok anggur. Very the beautiful! Sekarang ni mama dah minat nak bisnes balik. So aku tangkap gambar dan print untuk buat katalog. 

Aku pon mesti la take part dalam membuat bunga kristal ni. Keje aku tiap-tiap kali buat daun. Dah la banyak, sakit tangan woo nak menggentel satu-satu. Mama suke buat part bunga je. Esok kalau aku nak teruskan tradisi ni, aku jual pokok daun je ye. 

Price plak, setiap satu yang di atas ni mencecah ratus harga jual. Makcik jiran rumah dulu asik pujuk mama bisneskan benda-benda ni. Mula-mula tu tak nak. Tapi dah diorang sanggup nak keluar duit, ape salahnye kan. HaHa. Nak amik free, manaaaa dapaaaat ;p

Balik cuti sem ritu, projek terbaru mama ialah pokok orkid dan pokok bunga tahi ayam. Mencabar betul tahi ayam ni. Memerlukan 80 kuntum bunga, 160 daun kecik, 80 daun sederhana dan beratus daun besar. Kalau fokus, sejam boleh buat 20 daun kecik. Kalau sambil tengok tv, boleh la dapat 4 keping. Itu pon tunggu iklan baru buat. 

Tak sabar nak tengok tahi ayam dah jadi pokok. Mama, tabahkan diri. Berusahalah untuk membuat daun-daun yang Hanim malas tak sempat buat tuuuuuu!!! >.<


2 comments:

  1. hai dik...ada buat bnyk ke pokok kristal ni?? rm die untok 1 tuh brapa yer??

    ReplyDelete
  2. peekahcosmos@gmail.comMarch 23, 2012 6:18 pm

    leh email blek kat peekahcosmos@gmail.com....Selphee...

    ReplyDelete

Hey guys...thanks for dropping by here. I'll be glad to know your thoughts about this entry. Please leave your track ok ^___^