Hari Raya 2011

Semalam adalah hari yang sibuk gilaaaazzzzz. Kalau ikutkan mata hati, mau aku bangun tatkala tengah hari saja. Haishh...dah la malam raya tido pukul 4 pagi. Seharian mama menyiapkan langsir dan aku sebagai anak solehah mestilah bertanggungjawab memasang besi-besi cangkuk langsir. Setelah itu dipanjat pula kerusi dan tangga untuk menggantungnya. Tapi bila dah siap....puas hati yang amat. 

Pagi raya aku pon macam biasa pegi la sembahyang raya. Tapi dengan rumah yang tunggang-langgang buat kali pertamanya aku blah balik tanpa mendengar khutbah. Seb baik jugak la dengar sayup-sayup dari rumah. Sambil berhempas pulas menyiapkan juadah soto istimewa sampai pukul 12 tengah hari baru boleh pakai baju raya. Jiran-jiran berpusu-pusu datang dan aku terpaksa volunteer jadi bibik sepenuh masa.

Jadi selepas pukul 12 barulah bibik bertukar menjadi wonder woman. HaHa. Lepas siap pakai baju raya, aku paksa Wani jadi photographer tidak bergaji. Baju raya taun ni last minute beli. Cari kat Alor Star takda yang berkenan. Last skali beli kat butik kesukaan Cik Jah kat Kangaq ja. Kaler purple yang kelassss gitu!

Pipi tembam sengaja simpan untuk raya korban. Kalau tak kurus jugak, perut dan paha aku tadahkan kat depan tok imam.


En. Abdul Talib dan Pn. Halijah yang turut suka berposing seperti anaknya. Papa cakap kaki jadi kecik dalam gambar ni. Maafkan photographer yang amatur ini.

Ariff dan Wani by the time aku baru nak duduk bersenang-lenang, diorang dah lesap. Bila balik masing-masing muka kekenyangan. Sampai toilet umah pon ada bau laksa, mee kari, nasi lemak, rendang dan macam-macam spesis bau lagi. Aku ngan mama bantai telan Teh Herba Orang Kampung sebab rasa bersalah kat perut. Wahahaha....8 jam kemudian tak cukup tanah berlari. Mulut apatah lagi. Memaki-maki la....gagagagaga.


2 comments:

Hey guys...thanks for dropping by here. I'll be glad to know your thoughts about this entry. Please leave your track ok ^___^