Kisah Dongeng

Rasa macam dah lama meninggalkan blog ini tanpa update. Sebabnya sekarang tengah cuti. So tak banyak kisah pon yang jadi. Hmm...jadi ape plak aku nak merepek kali ni?

Ok lah. Disebabkan aku mood puasa ganti + puasa sunat 6 hari di bulan Syawal ini, aku nak diskas pasal isu rapat-rapat ade niat. Isu ini bukan lucah ye kengkawan. Sila putihkan kembali otak itu. Disebabkan aku tengah berpuasa, jadi terhindarlah segala kancah itu daripada ku. HaHaHa.

Back to the topic. Ade pelbagai cara untuk satu percintaan itu bermula. Ehem...Betulkan tempat duduk. Jangan duduk senget-senget. Pastikan bila korang kentut, arah angin tepat 90 darjah ke dalam tilam. 

Salah satu cara percintaan bermula adalah dengan rapat-rapatkan diri dengan orang yang rapat dengan makhluk yang korang nak usyar. Tujuannya of course adalah untuk menggali segala maklumat secara easy, express and solid. 

Kalau nak tanya kat makhluk tu sendiri, seploh tahun pon tak berjawab. Plus nak eksyen kekunon well prepared lah. Besday mesti kene tau der. Fail la kalau itu pon fail. HaHa. 

Perkara penting yang mesti ditanya:

Makhluk itu dah berpunya ke belum?
Die ade suke sesaper ke?

Kalau jawab takde, berjela-jela plak soklan budak ni nanti.
Kalau jawab ade, silap-silap kene buat buku biografi.



Serba-salah.

Hidup mesti diteruskan! Atas dasar kesian, layan je laaaaa....

Selepas korang dah dapat info trafik seperti yang dikehendaki, korang pon menyepi tanpa memberi salam terakhir. Giler kentang ayat. Nak dramatis lagi? Korang pon kemudian BLAH tanpa Short Message Service lagi. 

Sebenarnya, aku TIDAK SETUJU dengan kaedah menjawab peperiksaan ini atas beberapa alasan munasabah:
Korang sepatutnya berkawan dengan ikhlas. Istilah friends with benefits tidak boleh diaplikasi dalam hal ini. Pada aku istilah tu sendiri bukan bermaksud mengambil kesempatan kat orang. Dah la amik kesempatan, tak ucap terima kasih plak tu. Sila lah ucap, "Terima kasih la...Susah-susah je bagi aku guling-gulingkan kau."
Even kalau tak dapat dielakkan yang korang memang nak mengambil kesempatan, korang tak sepatutnya show off sangat. Kamon la....orang-orang itu tidak bodoh untuk merasa cool dengan situasi itu. Contohnya, korang bias dalam segala hal. AFUNDI MAKHLUK ITU. Padahal tak dapat lagi der.. Dah dapat lain citer la.
Ceh! Cakap tadi beberapa alasan. Ade dua ketul je ni. Ok la daripada takde kan. The point is, don't try this at home. Tak suka arr..Menci tau! Kan lebih baik kalau dielakkan membina hubungan kasih sayang atas penderitaan orang lain. Walaupon takde la menderita sangat dalam kes ni, cuma hati terluka jiwa meronta saja. Teringat plak lagu Billy Zulkarnain. 


Jadi kengkawan sekalian, zaman sekarang manusia sungguh kreatif. Maka ciptalah permulaan percintaan yang lebih baik dan dramatis. Berpura-pura salah nombor telefon adalah lebih baik dan lebih macho. HuHuHu. 


Yeah!! Hidup Mr. D :)

6 comments:

  1. mun, mun baik kan. err kawan mun yang sorg tu dh berpunya ke belum?

    ReplyDelete
  2. soalan pertama : adakah ini adham sebenar?

    soalan kedua : kawan ramai. yang mana satu tu?

    ReplyDelete
  3. jawapan pertama: yup ini adham yg sebenar, adham uniten, me085966

    jawapan kedua: tiba2 saya rase saya tak patut tanye soalan tu. so sila abaikan

    ReplyDelete

Hey guys...thanks for dropping by here. I'll be glad to know your thoughts about this entry. Please leave your track ok ^___^