Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bosan-bosan kat rumah, korang buat ape jer?
Weekeng keluar dating pegi mana jer?
Dalam purse korang ade duit brape jer?
Kalau orang dh keje, gaji korang brape jer?
Yang blajar lagi tu, result sem lepas CGPA brape jer?
Ha! Annoying tak bila orang tanya korang macam-macam degan imbuhan JER kat blakang soalan tu? Gila sesak nafas kan? Ade jugak nak merasa penampar Asia aku ni. HaHa.
Aku memang selama ni tak paham banyak benda. Ni satu lagi benda yang aku tak paham. Ok fine. Malu bertanya sesat jalan. Tak kisah la kalau nak tanya, tapi apesal ahhhh orang suka sangat nak balun imbuhan JER tu dalam semua soalan?
Dengan penambahan imbuhan tak diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ni, setiap soalan boleh bikin panas JER! Mana tak nya, setiap soalan macam ada berbaur pen-downgrade-an. Forgive my language. Cari perkataan bahasa Melayu tak jupo-jupo.
Bila ada orang yang tanya soalan kat aku dengan tambahan imbuhan JER tu, aku terpikir, budak ni perasan die dah hebat sangat letew. Tapi die ingat die sorang je hebat? Huh! Geram aku.
Contohnya korang malas nak keluar rumah untuk tapau makanan. Pastu korang pon bantai la megi kari dengan telur. Minum plak air barli homemade. Sekali ade orang tanya, tengah hari tadi kau makan ape jer?
Hamboi Hamboi Hamboooiiiiiiiiiii...
Kau hingat megi tu tak standard? Ape kau hingat megi tu makanan murahan? Megi sekarang dah mahal tau. Dulu bleh la sebungkus 50sen. Sekarang tak dapat la der. Kalori sebungkus megi kari pon dah 340kcal. Tu belum calculate dengan telur sebijik.
Kalau aku nak, aku mampu JER breakfast Oldtown.
Kalau aku nak, aku boleh JER lunch kat Secret Recipe.
Kalau aku nak, aku start kete shoot pegi dinner kat Austin Steak House makan lamb chop.
Kalau aku nak, balik makan lamb chop aku lepak minum teh tarik kat mapley plak.
Tiap-tiap hari ok!
Itu kalau aku nak. Masalahnya dah aku tak nak. Aku kan on diet. Selalu aku pegi kedai, bila suh makcik tu letak nasik suku, emo plak makcik tu. Padahal takde menyusahkan die pape pon.
Tapi tu memang bukan sebab aku tak pegi tapau. Sebab utamanya ialah MALAS. Tapi aku malas, aku takde la tak redha bila makan megi selalu.
Namun, adat Melayu berbudi bahasa. Bila ditanya, aku pon jawab la makan megi dengan telur sambil tersenyum lebarrrrrr. Mudah. Kalau aku tak ikut adat ni, dah panjang lebar jawapan aku. Senyum pon jadi tak lebar sangat dah.
So korang pon mesti pernah dipersoalkan macam tu. Tension tak? Ke aku sorang yang terlebih reseptor?
Ape jer yang korang makan tadi?
Itu jer ker???? Ewwww....takde kelazzzzzz!
Result exam orang penah cakap dkt aku :setakat ni la yang awak dapat...
ReplyDeleteDan ramai org jumpa aku cakap adehe ni tak berubah pun, besar cam dulu (padahal aku dah turun atleast 5kilo). Nak juga aku balas balik, awak dah bnyak berubah, muka dah berkedut!
x pe dehe. turun lagi berkilo2 smpai selim-melim. bru org perasan. muka berkedut dh susah nk patah balik. lemak boleh dinyahtinjakan. haha.
ReplyDeleteYeah! Kite tengok ye mun sape yg paling banyak berubah start sem may ni
ReplyDeleteko nak diet tapi aku berjimat sebab no money. aku sedih wo, kalau orang tanye nape tak makan kedai :(
ReplyDeletedehe..akan ku tunggu transformasimu. chayok2 dehe!
ReplyDeleterepunzel..lain kali cakap je, kedai mne leh makan. banyak tanya sangat. haha.