Tidak haram ke atas golongan bercinta untuk score Dean List

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku pening la tengok cara manusia bercinta ni. Banyak yang pelik tapi benar. Kebanyakan trend bercinta sekarang ni adalah kecundang dalam pelajaran. Kenapa wahai anak muda? Adakah haram ke atas kamu untuk score A dalam exam? Adakah rukun kapel tu mesti result yang suam-suam kuku sahaja?

Memang masa bercinta hati berbunga-bunga dan rasa sayang gila bangat melebihi segala-galanya. Esok ada exam tapi bila awek ajak teman pegi tengok movie, konon sanggup berkorban letew. Kalau dah tau kita tak prepare, cuba tegaskan diri tu untuk cover semua topik yang masuk exam supaya esoknya takda la kita rasa macam nak terjun bangunan.

Awek amik course lain. Tapi kita sanggup pegi masuk jgk kelas dia yang langsung takda kena-mengena dgn kita. Pastu kita buat-buat salin nota dan concentrate kepada benda yang tak patut. Kot ye pon nak sehidup semati, tak payah la sampai menyibuk kat kelas orang. Tempat yang kita duduk tu better bagi kat budak lain yang memang serius nak belajar. Betul tak?

In case lah kalau kita nak jugak keluar date walaupon esoknya exam, kita kena la mengaplikasikan strategi mendenda diri. Contohnya, sebelum keluar tu mesti jauhkan diri dari Facebook dan Twitter, then study hardcore punya. Sape pon tak boleh kacau. At least, balik date nanti tinggal nak photographic memory je. Takde la kita jadi macam orang gila malam tu.

Or better kuar la beberapa hari sebelum exam supaya kita still ada masa untuk cover semua topik. Tak kisah lah apa pon strategi. Tapi make sure kita puas hati dengan apa yang kita usahakan. Orang selalu salah anggap yang bercinta ni punca kecundang dalam pelajaran. Tapi semua tu sebenarnya atas sikap masing-masing jugak. 

Walaupon semua kefahaman ni mengambil masa yang lama untuk dicerna, tapi kalau kita start bercinta kat universiti, semuanya haruslah ekspress. Tak boleh la nak makan angin 3 tahun, pastu final year baru nak gelabah. Susah sebenarnya bila baru nak bagi komitmen. Lepas tempoh masa yang lama baru la kita faham apa bentuk komitmen yang patut kita bagi. 

Soal masa depan, jangan jadi bodoh. Sekali buat silap, takda jalan mudah untuk perbaiki kesilapan tu. Even dah baiki pon still takkan perfect macam yang kita harapkan. Cuma masa kita buat silap tu, kita sebenarnya terlupa kejap apa target kita. Semua orang kena belajar untuk seimbangkan cinta dan cita-cita. 

Jadi, jika belum salah langkah bersyukurlah. Jika rasa kita dah cacatkan result exam kita, maka insaflah. Takkan awek kita grad first class degree, kita pulak grad cukup-cukup makan. Kalau kelas pon nak sekali, takkan grad nanti nak duduk jauh-jauh or even hari lain-lain kan. Belum tentu lagi awek tu nak kat kita kalau begitu lah kisahnya. Takut nanti sia-sia je kita 'berkorban'.


4 comments:

  1. bercinta dengan bekerja a.k.a belajar dua benda yang berbeza. kalau pasangan tak memahami cara kita belajar or bekerja. tak pun kite sengaja nak tnjuk caring dengan cara macam tu, benda ni dah salah. bercinta kan bermaksud menyatukan dua hati... tu bukan bersatu, hantu kot...

    ReplyDelete
  2. haha..i loike komen ni. same thing applied utk org yang dah bekerja. kalau bercinta ni memusnahkan masa depan, baik tak payah lah...sedih bila tgk org yang asalnya dean list, tapi bila start bercinta result tak seberapa. ada potensi tapi diketepikan atas dasar pengorbanan. sayang sungguh...patutnya sama-sama beri ruang utk majukan diri. bukan drag untuk tenggelam ke laut dalam.

    ReplyDelete
  3. Yeah, sokong! satu masterpiece dari moon

    ReplyDelete
  4. yeah...dehe dtg dgn xperia arkk nya. yq dehe kerana menjadi penyokong setia!

    ReplyDelete

Hey guys...thanks for dropping by here. I'll be glad to know your thoughts about this entry. Please leave your track ok ^___^