Contact lense untuk astigmatism a.k.a rabun silau

Disebabkan aku tengah rimas dengan spec mata ni, maka aku nak cerita sket pasal astigmatism a.k.a rabun silau. Rupanya ramai jugak yang ada rabun silau teruk. Definisi teruk untuk rabun silau adalah sangat berbeza dengan rabun jauh atau dekat. Jika korang ada rabun silau lebih daripada 200, maka itu sudah teruk. 

Kenapa ianya teruk?

Well, ini bukanlah post dari seorang pakar mata tapi ini adalah melalui pengalaman. Rabun silau ni disebabkan oleh bentuk kornea yang camca merba instead of bulat kejung. So, kalau rabun jauh, means benda jauh blur. Kalau rabun dekat, means benda dekat la yang blur. Tapi kalau korang rabun silau, dekat atau jauh sama jer. Iaitu dedua blur! Haha..hebat tak?

So kalau pergi kedai spec biasa-biasa, mostly diorang akan cakap rabun silau power lebih 200 tak boleh pakai contact lense. Itu tidak benar sama sekali! Aku pon first time memberanikan diri masuk kedai nak tanya pasal lense ni, keluar dengan hampa jer. Padahal diorang yang tak cukup info or malas nak explain or nampak aku selekeh macam budak maka.....malas nak explain.

Power aku roughly kiri dan kanan 500 tambah tolak. Selain tu aku ada rabun jauh 200 tambah tolak. Second time aku memberanikan diri masuk kedai spec England Optical untuk tanya lagi. Tapi ni pon sebab Mr. D encourage memandangkan aku dah makin tak nampak dan degil tak nak pakai spec, or actually dia rasa aku buruk pakai spec?

Hmm...esok aku akan tanya.

So, orang England Optical tu cakap sebenarnya aku BOLEH pakai lense! Tapi bukan lense biasa yang dijual over the counter tu. Lense aku haruslah di-manufactured custom made. Ok. Sila abaikan bahasa tak ketahuan ni. Sebab aku nak emphasize benda tu, so bahasa rojak macam memberi impak terbaek. Yeke?

Dear my comrades, korang pon boleh ye nak pakai lense. Jangan tertipu dengan aunty kedai spec biasa. Tapi jangan eksaited dulu. Lense yang aku pakai ni bukan soft lense biasa, tapi soft toric lense. Perbezaan obvious yang korang boleh nampak or rasa bila pegang ialah:
  1. Toric lense lagi tebal dan keras. Sebab lense ni suppose untuk betulkan contour kornea. Kalau lense biasa, pelepap je dalam mata, dia terus ikut bentuk mata. So no point la kalau toric lense ni pelepap ikut bentuk mata. Maka, ianya hendaklah keras sket untuk resist contour mata.
  2. Toric lense lebih kebiru-biruan. Mungkin sebab dia lagi tebal.
  3. Toric lense tebal di satu bahagian dan nipis di bahagian yang lain. Nipis pon masih tebal berbanding yang biasa. Perbezaan ketebalan toric lense sangat la obvious. Masa nak pakai, yang tebal tu adjust supaya berada di bawah. Kalau tak nak adjust pon takpe, nanti dia terpusing sendiri. In case dia tak pusing, korang kena pusingkan. Sebab vision akan blur kalau kedudukan tidak tepat. 
Namun, ada berita buruk yang ingin aku sampaikan jugak. Maka bersedialah!
  1. Toric lense TIDAK BOLEH dibuat berkaler-kaler. So, kalau bercita-cita nak hazel ke kelabu asap ke, mintak maap lah yer. Jadi, aku membuat konklusi bahawa lense kaler-kaler yang bersepah jual tu sebenarnya telah mengabaikan power rabun silau. Memandangkan mostly rabun silau ni minor je, maka tanpa meng-consider silau, diorang still boleh nampak.
  2. Jangka hayat standard toric lense ialah setahun. Tapi kalau pandai jaga, boleh la nak lajak setahun lebih. Selalu yang dah experience macam aku..ehem..dah boleh detect ketidakselesaan lense aku tu sebulan sebelum masa wajib tukar. Aha...camne tu? Kalau korang tak pandai jaga, korang akan menjadi buta. Sebabnya korang akan menangis air mata darah 7 hari 7 malam.
  3. Kenapa 7 hari 7 malam? Sebab harganya sangat lah mahal bagi sesetengah orang. Bagi customer baru, England Optical cas RM300 sebelah mata. Lense ini dibuat satu-satu kat kilang. Kalau ada masalah dengan sebelah je, korang return sebelah je. Memang diorang tak perlu nak tengok yang sebelah lagi. So sepasang RM600. 
Nak order toric lense ni kena allocate masa sebulan. Sebab ianya di-manufactured bukan di Malaysia. Kalau ikut kedai aku tu, diorang order dari Hong Kong. Sebab tu aku kena develop skill forecast jangka hayat lense. Aha..Sebulan lagi aku bajet dah memang tak leh blah, maka aku terus ke kedai bese.

Aku maintain kat England Optical di The Mines dari dulu sampai sekarang. Tapi spec aku buat kat Perlis je. Dah 4 kali aku buat lense situ, last price dapat RM500 sepasang sebab dah VVIP. Haha. Kat Perlis pon kedai spec aku tu boleh buat. Price dia lagi rendah RM450 last aku tanya. Tapi sebab jarang balik kampung, tu yang buat kat KL je. 

Walau bagaimanapon...aha..power 500 tu dah kira ekstrem untuk pakai contact lense. So, aku berharap je power silau aku fluctuate around tu je. Kalau aku rasa lense aku tu ok, aku malas dah nak cek mata. Sebab nak bukak kat situ, then tunggu 30 minit baru boleh cek. Tak koser. Melainkan aku detect something has change. Mungkin power rabun jauh naik. Tapi takpe, asalkan silau tak naik lagi. Diorang pernah cakap kat aku yang kalau silau lebih 500, memang tak leh nak buat dah. 

Maka aku pon cuak kalau lense aku dah tak berfungsi. Tapi lepas aku pusing-pusingkan, alhamdulillah ok. Ouh..aku slumber je pusingkan manually dalam kelas pon. Dah tension tak nampak slide or whiteboard. Haha.

Tapi satu nasihat aku untuk yang berhajat nak pakai lense, sila lah cuba-cuba pakai lense tanpa power yang kaler-kaler tu dulu. Kalau konpem boleh masuk mata, baru la yakin nak invest. Kalau slumber order, nanti tak reti nak pakai or tak boleh pakai, bazir plak. Aku dulu test pakai kaler pepel sebulan. Dah okay, terus order. 

Dan lagi satu, ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri yang amat bertentangan dengan bukti saintifik what so ever..iaitu:
  1. Teori aku, disebabkan lense ni tebal dan keras, maka potensi untuk dislocate adalah rendah. Dia selalu pusing je, tapi nak bergerak ke atas bawah kiri kanan tu sangat jarang. Seingat aku pernah jadi sekali je. Dan of course la aku cuak nak mampus. Haha. Tapi blink banyak kali, it shud be fine. Maka, mengikut pengalaman sendiri, kalau terlelap sekejap, tak pernah lagi la lense tu hilang ke belakang mata or what. Tapi dia jadi kering. 
  2. Teori aku jugak, atas sebab yang sama, toric lense ni tahan lasak. Lense aku pernah terjatuh masa nak pakai dan cari-cari tak jumpa. Ada la dalam dua hari hilang. Akhirnya roommate aku jumpa dalam baldi dia SELEPAS dia siap basuh dan sidai semua baju. Lense tu betul-betul ada kat lantai baldi tu. Aku test pakai lepas tu, ok je. Nasib baikkkk...kalau tak, 7 hari 7 malam woo. Aku tak sure la lense tu dah terendam air sabun ke tak..tapi survive la.
Tapi amaran keras. Jangan tiru dua aksi di atas. Jangan tido pakai lense. Sebab kawan sekolah aku pernah terlelap, pastu dah tak leh bukak mata. Pegi ke klinik rupanya sklera dah terkoyak. Scaryyyy. Aku ni jenis tido mata terbukak. Jadi mungkin sebab tu macam okay je kan, namun ini adalah kes terpencil. Jangan tiru!

Ok lah..sebelum ni ada la beberapa orang tanya. Harap info ni berguna untuk golongan berkenaan. Sila lah terjah ke kedai spec yang besar dan tanya segala benda ye.

Sekian, adios.

23 comments:

  1. oooo...

    serius baru tau...

    ReplyDelete
  2. Kat ampang point salesman ni offer 100++ utk contact lense yg rabun silau

    ReplyDelete
  3. Hai..
    Owhhhh...

    ade ye..baru tahu..
    selama ni redha jer dengan spek besar TV ni..

    Teringin nak pakai spek itam bila drive..tapi dah pakai spek... pasrah jerlah..takkan nak pakai 2 spek plak sekaligus...

    http://sihathouse.blogspot.com/2014/08/mata-dah-terang-sikit.html

    ReplyDelete
  4. Brpa erk harga contact lens untk rabun
    Jauh...rsa mcm teringin lak nk pakai

    ReplyDelete
  5. Assalam. Terjumpa entry ni. Walaupun dah lama publish. Kes awak sama macam saya. Saya power silau lagi teruk. 300 lebih! Power rabun pun 300 lebih. So saya pakai lens yang khas punya. Dah custom made. Tp harga lens saya ni xde mahal sgt smpai cecah rm600 setaun. Hak. Saya punya 240 utk setahun. Huk maybe sbb power awk lagi tggi dr saya kot. Btw, tq for the info. Serius byk membantu saya utk tahu lebih dekat lagi pasal lens jenis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya buat dekat mana eh? Saya kat sini dia kata maximum silau 275 je 😭😭 tapi kita 375

      Delete
    2. Kat mane beli tu.. Boleh tau tak..

      Delete
    3. sy pn rabun ngn silau sama teruk..sy beli lens kat kedai optik kat PAS Shah Alam..mmg best lens dorg..

      Delete
    4. Kat mana ye awak buat??

      Delete
  6. Erk silap. Harga 200 lebih utk setengah tahun. So klo beli setahun 400 lebih la kannn. Hee

    ReplyDelete
  7. Saya astig 500, rabun jauh 300...tahun ni lense dah naik harga ke RM650 setahun. GST punya pasal.

    ReplyDelete
  8. Info yang menarik. Saya baru saja buat lens khas untuk org yang silau tinggi macam kita semua. Mmg org silau tak boleh pakai lens yang sedia ada. Mmg khas kena tempah. So far saya buat rm220. Dapat 3 pasang. Dan mampu bertahan untuk setahun. Murahhkan.

    ReplyDelete
  9. saya pun rabun juga
    mata kanan
    pwr :-650
    cly :-200

    mata kiri
    pwr :-725
    cly :-200

    Rabun silau -200 dikira tinggi...so mmg xbole pakai lens yg biasa tu...saya pakai contact lens since 12 tahun lepas..tapi kadang2 je...dulu masa zaman belajar toric lens ni memang mahal, saya order harga dalam RM400 and boleh pakai untuk 1 tahun..yang ni permanent toric lens..tapi zaman sekarang toric lens dah banyak..boleh beli yang permanent, yang monthly disposable pun ade....sebenarnya colour toric lens pun dah ada sekarang...mcm2 brand...

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Ya saya pon nk tau jugak.... Sy pernah buat kat kedai spek tepi kedai roti garden tu... Tp ms tu serba xkena, kanan ok kiri x... Bila tukar kira lak ok kanan xpulak... So frust then terus xp kedai tu dah

      Delete

Hey guys...thanks for dropping by here. I'll be glad to know your thoughts about this entry. Please leave your track ok ^___^