Ohoi..happy new year!
Tahun ni malas dah nak buat resolutions sebab memanjang tak complete. Plus, tahun ni just nak kuruskan badan dan kumpul duit kawen. Haa..simple tak simple sangat la resolutions aku.
Kali ni nak blog pasal penemuan baru. Lepas grad ni aku dah takde keje kan, so malam memang jadi burung hantu. Tido pas subuh, bangun plak dah boleh lunch. Makanya agak risau dengan tabiat ni memandangkan nanti kalau keje, tunggang-langgang hidup. Jadi aku dah start prektis tido awal at least before 2 am.
Hari tu, pusing-pusing mata ni tak nak jugak lelap. Main Candy Crush, Odus aku asik jatuh then habis life begitu je. Tensen aih. Odus tu plak masa nak jatuh tu kan terkinja-kinja bikin panas. Tapi Mr. D lagi lawak..haha. Boleh plak bila dia tengok contohnya kaler biru tu kritikal, mangkuk Odus tu dah senget habis dah, dia pegi jalan yang biru jugak. Psiko. Tapi habis la dia main dua hari. Nyampah.
Kisahnya, akhir sekali Mr. D suggest tengok youtube pasal 'How to fall asleep fast'. Aku pon follow and interested dengan satu video insomnia hypnosis. Yang aku bukak tu duration dalam 12 minit lebih. Ada banyak lagi, tapi yang ni macam tak terlalu pendek and tak terlalu panjang. Ni kat bawah ni.
Tapi aku nak try jugak la. Aku follow instruction. Tak habis-habis suh relax everything, you deserve this bla bla bla. Imagine relax tu dari kepala turun ke tapak kaki. Lepas tu bayang ada kat pantai. Aku pon imagine la pantai kan...cantik kemain pantai aku.
Last sekali, tak sempat snorkeling ke naik banana boat ke, aku terus terlelap. Macam tu je. As simple as that! Vodo. Aku kononnya nak challenge la yang aku boleh stay sampai video tu habis. Pastu esoknya bila aku terjaga, siap dia tulis kat ending video tu 'Please like and subscribe when you wake up.'
Cehh. Tetap tak nak ngaku kalah. Aku tak like, aku tak subscribe.
Sape-sape yang tak leh tido tu sila lah try. Tengok tahap keberkesanan hypnosis ni. Seram plak. Macam ada jin jampi-jampi kat sebelah.
Scary.
No comments:
Post a Comment
Hey guys...thanks for dropping by here. I'll be glad to know your thoughts about this entry. Please leave your track ok ^___^