Bagai hanjeng dengan bayang-bayang, orang tamak selalu rugi!
Pernah tak korang jumpa orang yang dalam hidupnya selalu tak puas hati dengan segala benda, particularly tak puas hati dengan boyfriend atau girlfriend, lagi teruk kalau tak puas hati dengan suami atau isteri sendiri? Ramai orang dalam dunia ni selalu compare partner masing-masing dengan partner orang lain. Wadehel?!
Contohnya, boyfriend kau anak orang kaya, bab harta cukup serba-serbi, kalau kau jadi kawen pon tak kebulur la...tapi kau tak puas hati dengan sikap dia yang tak caring, tak understanding, tak berapa nak charming and so on, macam boyfriend kawan kau. So kau akan compare every single thing, kau busy body nak tau boyfriend kawan kau tu cenggini cenggitu tak macam boyfriend kau.
Kau akan paksa kawan kau meletakkan dirinya dalam kasut kau, pastu camna dia akan react kalau boyfriend dia perangai macam boyfriend kau. Kau bagi tekanan kat kawan kau supaya bagi jawapan yang kau nak, kalau dia respon tak ikut skrip kepala kau, kau paksa lagi dan lagi. Bila kawan kau back up boyfriend kau, kau naik hangin. Sebenarnya kau nak suruh kawan kau tu maki hamun boyfriend kau seround ke? Nak maki senang je, berbakul-bakul skrip sampai besok pon tak habis.
Dalam kes ni aku rasa memang patut pon boyfriend kau macam tu. Aku pon boleh jadi tak tahan ngan kau, apatah lagi boyfriend kau. Suppose kita akan jadi diri sebenar depan boyfriend kan? So aku boleh bayang betapa sakit mentalnya boyfriend kau bila kau buat perangai ni. Kau nak boyfriend kau dari golongan kaya-raya, tapi kau expect attitude dia macam orang yang membesar dalam keluarga yang susah-payah demi sesuap nasik, punya kesabaran yang tinggi, sanggup susah senang dengan kau, memahami kepayahan kau, terima kau seadanya, memang tak arr. Dalam erti kata lain, IN YOUR DREAM! Kau pon tak terima diri dia seadanya.
Kau jadi tamak haloba sebab nak boyfriend kau tu lengkap serba-serbi. Be careful of what you wish for. Kalau boyfriend kau tu perfect, kau rasa dia nak ke kat kau? Kemungkinan besar dia cari je yang spesis perfect jugak. Ke kau rasa diri kau tu perfect sangaaatttt? *mata ke atas, tangan ke bahu*
Seriously, mana ada manusia yang perfect. Kita ni saling melengkapi kekurangan masing-masing. Sebab tu kita hanya perfect for each other. Kalau tak, we're not meant to be together la. Pada mata orang lain, Mr.D takkan perfect. Aku pon takkan perfect. Never! Tapi masing-masing saling topup kekurangan tu. Aku kalut, dia relax. Aku pemarah, dia penyabar. Aku risau tak tentu pasal, dia buat bodo je. Aku stress, lagi la dia buat dono. Hish. Tapi dia ada je kekurangan sendiri. Ada benda yang aku akan berleter, ada benda yang aku boleh tolerate, ada benda yang aku memang terima seadanya.
Actually aku pon pernah buat keje compare ni. Mr. D pon pernah tanya kenapa asik nak compare dia ngan orang lain, then suh aku gi la kapel ngan orang tu. Time tu aku bukan la nak mintak dia berubah totally tapi ada la berharap dia sweet sket macam orang lain and so on. Hingga lah sampai satu masa, cilakak rupanya perangai orang tu. Aku bersungguh-sungguh cerita kat Mr. D and time tu baru sedar yang aku tak nak boyfriend yang once in a blue moon sweet nak mampus tapi sebenarnya treat girlfriend macam sampah. Mr. D tak pernah buat aku camtu, cukup la..aku tak nak mintak lebih dah.
So, please jangan compare boyfriend kau dengan boyfriend orang lain. Please jangan tamak haloba nak boyfriend kau ada semua ciri jejaka idaman malaya. Instead of wishing something impossible, you better work on something you can control, something you can change, like your attitude. Yes, your freaking awful attitude! Normally I would use the other F word, but I'm trying to behave now.
Please, please, please, jangan sebab kau tak puas hati ngan boyfriend kau, kau expect orang lain plak yang akan puaskan kau. Rule number one, jangan drag orang lain dalam relationship kau. Mr. D pernah cakap, kalau tak puas hati ngan dia, jangan cerita dengan orang lain, cakap terus-terang ngan dia. Biar dia tahu, biar dia ada peluang untuk bagi reason kenapa dia behave macam tu and jangan compare apa yang dia buat dengan orang lain.
Memang kat sekeliling kita ni ramai yang boleh bagi nasihat berguna, tapi tak kurangnya jugak ramai yang boleh jadi batu api. Sepanjang aku dipaksa involve dengan relationship orang lain ni, satu benda ja yang aku tak leh tolerate iaitu maki hamun kesat, kasar dan lucah. Kalau takat kau tak puas hati boyfriend kau nak lepak ngan kengkawan dia, aku akan back up boyfriend kau sebab ada masanya kau pon nak lepak ngan kawan tadika kau kan? Tapi, aku dengar ada orang yang jenis tak pikir panjang, dah la dengar cerita sebelah pihak, terus suruh break up.
Kau sepatutnya tahu apa yang kau nak. Buat apa kau nak tanya pendapat semua orang tentang masalah dalam kelambu ni. Kalau kau tak suka perangai dia sangat, break up je la. Tapi kau sayang kan nak break up dengan ikan besar camtu? Dah tu, tahan je la.. Jangan bising.
aku suka segala point ko.
ReplyDeleteterima kaseh.
Sama-sama..
ReplyDeleteTensen jgk bila experience sndiri berdepan dgn org mcm ni. Haha.
(^__^)
ReplyDelete