Lepas kenduri kahwin, kitorang bangun awal pagi untuk basuh kawah. Muafakat membawa berkat. Seronok jugak sental-menyental dengan husben. Haha. Kemas balik apa yang patut, semangat nak setel cepat-cepat sebabnya malaun berdua ni ada udang di sebalik batu iaitu menyimpang ke Perth.
Ada apa dengan Perth? Themepark takde, entertainment ape la sangat untuk kita kan. Orang cakap bosan la berbanding Sydney or Gold Coast. Tapi bila pergi berdua, hutan pon aku kata menawan. Dah memang kalau pergi tempat orang, mesti ada benda yang kita akan amaze.
Sampai kat airport, curik la brochure yang tersergam indah tu. Berguna okay kalau kau seorang pelancong. Tak feel la kalau kau tak penuhkan handbag dengan benda ni. Walaupon sebenarnya buat berat beg je.
"Hello Perth!" Ini la gambar pertama husben snap sebaik saja kaki dah jejak bawah. Grab okay, ini benda wajib kalau pergi tempat orang. Kerajaan Ostolia takkan sesaja membazir duit cetak banyak-banyak for free. Brochure ni menyenangkan kita, takde la setiap masa tanya sana-sini menyusahkan rakyat dia.
Before sampai dah gugel cara bajet dari airport ke hotel. Dah touch down sana jangan harap sangat la kau cekal nak tarik beg lompat-lompat. Pegi tempat teksi, sit back and relax. Kitorang dapat plak driver teksi yang dulunya seorang engineer. Engineer hokayyyy...pakcik tu belajar kat German plak tu. Benti keje sebab dah bosan jadi engineer. Aku memang tabik spring kat pakcik tu. Driver teksi yang sangat educated. Speaking German macam air yang penting. Dan yang lagi pentingnya, even Deutsch aku katastrophe pon dia layan weh.
Dah sampai apartment kitorang. Review cakap orang Malaysia suka duduk sini. Aku pecayakan aje lah. Rate pon murah compared to other hotels yang harapkan cantik je. Lepas check-in, kitorang terus pegi stadt sebab nak beli barang dapur. Kat apartment kitorang tu ada dapur, so boleh la masak benda simple.
Ini adalah aksi typical rusa masuk kampung. Map tak boleh lepas tangan weh. Study dulu kat ceruk mana ada supermarket. Makcik reception tu umo dah 60 tahun pon cakap supermarket tu walking distance. Makanya, mari lah menapak ke sana. Kalau makcik boleh, saya kot mana pon kena boleh. On the way tu, apa saja yang dijumpai, dipersilakan posing. Haha.
Kaki besar, peha besar, semua besar!
Ni la apartment kitorang stay. Macam kuarters polis tapi comfortable enough untuk stay lama. Walking distance to CBD yang supposedly the heart of the city.
Dah sampai CBD, bukak map lagi. Lets go bebeh! Punya la lama nak sampai supermarket sebab nak pegi sopping sambil bawak camera. Maklum la..bukan hari-hari kau boleh datang kan.
Aku tak tahu sape patung ni, tapi gaya dia menarik untuk ditiru. Musykil aku macam mana diorang boleh letak kat mana-mana je patung camni. Macam takde motif lain selain memberi props kepada pelancong jakun macam kitorang. LoLs.
Serious CBD ni bersih. Minum kopi tepi jalan pon kau takkan rasa tercemar. Aku tak tahu diorang ni balik keje pukul berapa. Jalan tak jam langsung. Diorang bawak kete pon makan angin je. Kat KL kalau kau makan angin camni, konpem masuk sepital. Sama ada kau kena belasah atau kiok terus sebab pencemaran udara.
Kan aku dah cakap, map tu penting. Tiang ni kat mana-mana pon ada. In case dalam map tak tunjuk keseluruhan tourist hotspot, kau boleh rujuk tiang ni. Map kan dah sesak dengan supermarket, bank, hospital etc.
Muka eksaited bila impian jadi kenyataan. Dan juga sebab semua perancangan berjalan dengan lancar. Plan trip sendiri memang jimat kos dan best. Kau boleh decide mana nak pegi sesuai dengan minat dan bajet.
Husben bergaya dengan dinding kat luar Woolworths. Cuaca tak sejuk, tak panas. Kitorang pegi hujung Feb ritu. Tengah peralihan Summer-Autumn. Tu yang cerah tapi windy. Just nice lah untuk orang pan Asia ni. Haha,
Masuk je Woolworths terus jakun tengok tempat bayar. Self operated tu..kat German pon aku tak jumpa menatang nih.
Tengok ni berapa station ada. Memang efficient kalau ada sistem ni. Kita jimat masa, supermarket ni pon boleh jimat pekerja. Tapi diorang ada la sediakan jugak conventional cashier. First time beli barang, takde maknanya la aku nak menempah nahas bayar sendiri. Haha.
Dah masuk banyak kali, aku dah macam orang Ostolia je. Bukan susah pon nak operate benda ni. Tak payah nak jimat plastik sangat. Kalau berat berlebihan, satu supermarket boleh dengan suara dia kasi warning. Yang syoknya kau boleh feeling jadi cashier supermarket sebab boleh scan sendiri. Baru kau tahu susah-payah mencari barcode.
Barang dah penuh kat tangan. So dalam perjalanan balik, takde la kau nak posing sakan. In fact, takde maknanya nak posing bila separuh nafas kau berjalan. On the way balik, jumpa lagi sorang yang tak dikenali ni.
Seperti yang aku dah maklumkan, diorang kan memang suka berada di merata-rata tempat tak kira siang atau malam, hujan atau panas. Pape pon, tabahkan hati untuk snap jugak buat kenangan. Pastu, lari-lari anak tak sabar nak boom.
Tabah hang menaip na. Hehe. Neway thanks for everything
ReplyDelete