Dulu masa belajar bahasa German, cikgu selalu cakap yang colleague tak sama dengan friend. Macam musykil sikit sebab kalau sekelas, haruslah sekawanan. Cikgu explain kalau kawan ni, kita akan share banyak benda. Kalau sekadar classmate or dak opis, kita share hal-hal keje je. Strictly business gitu. Aku pon OOOOOoooooooooo panjang,
Bila dah keje, baru aku paham beza dak opis dengan kawan. Dengan kawan ni kau boleh jujur, tak yah jaga muka sangat. Ada aktiviti pape kalau takde bajet nak join, direct je cakap takde duit. Tapi dengan dak opis lain. Contohnya ada tournament paintball antara department. Syarat plak mesti ada dua perempuan dalam group, so dak opis akan ajak kau sungguh-sungguh sebab nak cukup kuota. Tapi kau tau la paintball ni kan sukan untuk orang kaya. Bapak mahal sekali main. Kalau ahli Sports Club, boleh la diskaun 50%. Tu pon 50 hengget kena bayar. Kalau nak join club, tetiap bulan akan potong 5 hengget. Masa tu kau memang takde duit nak berjimba. Kau rasa apa kau nak jawab apa kat dak opis?
Hal ni jadi kat aku sebenarnya. Aku cakap aku takut nak main. It's a war! Gila kau nak pegi perang dengan iman tak cukup. Walaupon diorang cakap tak sakit pon kalau kena tembak, aku still cakap taknak. Nebes! Tapi bila jawab camni, sakit hati jugak bila ada yang senyum sinis. Haishh....dah eksaited nak pegi, kete plak rosak, bateri kong, gas masak pon habis time goreng nugget. Apa la nasib...mungkin kalau aku main paintball tu, patah-riuk jadinya, sebab tu tak jadi pegi.
Takpe la...mungkin next time. Hopefully diorang dah tak trauma ajak aku join. Ajak sekali tak nak, ajak dua kali tak nak, nak suh ajak kali ketiga memang gi mampus la. Sighhhh....
Ok lah. Tu je nak citer. Kisahnya, spesis macam aku ni lagi rela dikatakan pengecut, perempuan lemah daripada orang tau yang aku ni belum tengah bulan poket dah kering. Haha. Ini applicable untuk dak opis yang strictly business je la. Kalau kawan, orang tak ajak pon aku volunteer. Takde duit, suruh orang belanja. Muahahahaha.
No comments:
Post a Comment
Hey guys...thanks for dropping by here. I'll be glad to know your thoughts about this entry. Please leave your track ok ^___^