Showing posts with label Amusement. Show all posts
Showing posts with label Amusement. Show all posts

Buku Merah

Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh......


Adik manis: Awak...pernah dengar tak lagu Bawaku Pergi? Suka lagu tu.

Encik kacak: Lagu lirik ntah pape tu? Ntah pape je lagu tu.

Adik manis: Asal plak ngan lirik die? Ok je.

Encik kacak: Yela...buku merah ntah pape.

Adik manis: Buku merah tu passport la. Ok je dengar.

Encik kacak: Asal die tak letak passport je? 

Adik manis: Die nak empat suku kata. Camne nak letak passport. Lagi pon tak sedap lah passport.

Encik kacak: Letak je la passport buat kat imegresen ke.

Adik manis: Huh?? Lagi la tak puitis.


Ada ke patut? Tak patut kan? Lirik 'buku merah' tu nak gantikan dengan 'passport buat kat imegresen'? Fail la awak. Saya tahu awak ada seni melukis komik. Tapi tidak dalam seni-seni lain ye. 

Betul la teori aku. Falling in love is due to similarity, understanding each other and so on. But continue loving each other is just because we are willing to tolerate. 



Volunteer

Hellooo brother.......(dengan gaya Damon Salvatore. Yeay!!! My vamp is back!) 


It's been a while. Miss me? Haha...I've been busy with my final exams and now they're gone. Hopefully for good. For last semester subjects I mean. I have quite a number of topics in mind so lets just start with this one. Volunteer.


No. No. No. I'm not doing any voluntary work for the society.....yet I guess. I wanna talk about the other definition of 'volunteer' and I shall show you a couple of good examples.


Case 1
Six people are going to a place, all will be put in one car, including the driver of course. One of them suddenly said, "Hey, I volunteer to sit in front." 


Case 2
The six people stay in a small hotel room that only has a single bed. Full house. One of them said, "Hmm...." After 30 seconds pause he continues, "I volunteer to sleep on the bed."


Well, what do you think? I am surprised that some people can misuse this word 'volunteer' and make them sound humble. Weird. But it happens. 


I think this is the nicest way to be harsh on people right? Because I bet, we don't know what are we supposed to do and how to react when we heard someone said like that. Actually, we don't know the nicest way to fight back because 'volunteer' is a good word. How can we say 'no' when someone wants to volunteer? 


Ouh...I got an idea. Maybe we can say....


"I'm fat. So I'm supposed to sit in front. All four of you can sit at the back with comfort." 


or 


"My spinal cord is lacking calcium. I can't sleep on the floor. You seem tough. So please excuse me (grinning)."


Be more humble. HaHa. Know someone like this???




Tabiat Seorang Stalker

*Kening terangkat-angkat*

Aku tak cakap aku pon hokeyyy.... Korang jangan macam-macam. HaHa.

Sila kembalikan posisi kening anda keDUA-DUAnya ke tempat asal. Lepas korang dah abis juling-juling ni baru la boleh baca jadah ape yang aku nak tulis ni kan.

Let say korang bangga sangat angkat-angkat kening ni, teruskan lah...teruskan lah....oh begituuuuuuuu......mesti hudoh gilak! KahKahKah!!

Ok, back to Dicember the point. 

Di petang Maghrib yang mulia ini, aku nak cakap sorang-sorang pasal tabiat seorang stalker. Jangan risau...tutorial aku ni memang pakej ngan gambar sekali. Senang sikit stalker-to-be ni nak paham. 

So, ini list benda-benda yang stalker tak jemu-jemu nak buat. 

1. Search orang tu kat Facebook.
Bersungguh-sungguh benarlah kau cari email orang tu. Bila dah jumpa terus bukak Facebook pastu type kat search column. Sekali keluar cenggini :



Terus jadi frust yang amat. Macam tak productive je hidup hari tu. Katakan email orang tu abc@yahoo.com. Dah konpem dah ni. Tapi sebab tak nak mengaku kalah jugak, kau pegi try plak abc@yahoo.co.uk. Pastu abc@gmail.com. Pastu ntah apa plak kau tukar. Jangan plak email company pon nak try kalau sah-sah orang tu tak keje situ. Haishh...kuasa don't givup sangat berleluasa. Betul tak? Ade la tu yang pernah buat ni. HaHa.

2. Bukak page Facebook die hari-hari tapi tak nak add.
Ini dah up sikit pencarian. Sebab dah jumpe kan. Takde la terkapai-kapai tak dapat menerima hakikat macam tadi. HaHa. Hari-hari 24/7 bukak page orang tu. Seronok la kalau boleh stalk wall die. At least la kan...sebab gambar semua dah private. Takat gambar kartun-kartun je boleh tengok buat pe. 

Tapi kalau hari-hari bukak asik keluar menda alah seperti di bawah ini, tak ke songsang jiwa  kau?


Kan? Macam tak puas hati plak orang tu private. Padahal kau pon private. Cehhh! 

2 x 5 = 5 x 2 = -..-

3. Google nama orang tu sebab Google memang bestttttt kan?
Yang tak bestnya kalau jadah ape pon tak jumpe. Haishh..tak rasa susah ke jadi stalker? Asik frust je. Ok la...daripada tak jumpe pape, baik sikit la kalau jumpe camni :



Jumpe balik Facebook die yang private tadi, pastu ade Myspace ngn Friendster yang private jugak. At least korang tau la die threesome. Bantai ketiga-tiga. Ouh...twitter je takde lagi. Tak pon die tak pakai nama sebenar dah. Sebab tau kau stalk die. Jadi die kot-kot la kan...pakai nama....Malaikat Subuh ke? Mana la tau...seram je dengar >.<

Kau expect jumpe la blogspot or wordpress. Punya la tak nak givup, kau pegi type email die kat google. Tak ke error Chrome tu sampai crashing-crashing akhirnya. 

Pendek kata, dah la tu weh...add je la Facebook tu. Kan senang cerita? 

Tapi mana boleh...dalam hati tak boleh ada taman. Kau tegar jugak nak tengok page private tu, jadi teruskanlah....teruskanlah....oh begituuuuuu.......

*Terfakoff*



"Pembaris Meter Serbaneka!!" kata Doraemon

Satu hari aku dan mama ke kedai Avon Kangaq setelah merembat membership card Cik Nab jiran se-lorong. Lalu terjadi lah perbualan ini.


Aku : Eh, awat besaq sangat ni?

Mama : Ya la..sama saiz ngn mama. 

Aku : Isk..takkan la Hanim sama saiz ngn mama kot??

Mama : Mama mmg pakai saiz tu.

Aku : Patut la besaq...tapi selalu Hanim pakai saiz ni. Memang ikut brand kot. Kalau brand lain, saiz ni kecik lagi.

Makcik Avon : Eh, tak dak lah. Sama la semua.

Aku : Ya ka? Kalau gitu amik yang kecik sikit lah.


Pengajaran di sini, makcik Avon pon tau yang 1 inch adalah sama seluruh dunia. 1 inch di Amerika adalah sama dengan 1 inch di Malaysia. Tapi ya Tuhan, mengapa kaki ku hari ni saiz 38, esoknya saiz 39? Dulu B, pastu C, semalam B? homai >.<

*dah boleh lawan Patehi lukis kat Paint. haha*



Zaman Kejahatan Seorang Kanak-kanak

Feezah Hanimoon got updatessss!

Hari ini aku nak citer kat para pembaca setia sekalian tentang kejahatan seorang kanak-kanak yang bernama seperti di atas. Lepas korang baca ni, konpem korang nak sula aku dari bawah tembus sampai atas. Nak citer ke tak, nak citer ke tak? Hmm....Ok lah, kalau citer separuh nanti anak lahir keluar separuh. Mitos paling tak leh blah. Tapi dalam tak percaya, aku selalu guna jugak. HaHaHa. 

Ikuti siri kejahatan kanak-kanak comel yang ber-DNA pengganas.


Memaksa Mak Sedara Menderma Syiling Untuk Memenuhkan Tabung.

Masa tu aku umor 2 tahun kot. Kalau tak silap la....sebab tengok gambar dulu-dulu, comel belaka aishh. Makcik aku ni cikgu sekolah menengah. Dulu die pakai handbag kaler coklat. Jadi setiap kali pegi umah die or die datang umah aku, tengah orang-orang tua sembang tu, aku mesti ada agenda yang tersendiri iaitu memproses handbag itu untuk cari duit syiling. Duit keping-keping 50 ke 100 ke aku tak nak. Asal dapat je duit syiling, aku rembat. Mau tak penuh tabung aku! HaHa. Nampaknya mak ayah aku dah pupuk niat menabung dari kecik lagi. Aku ade tabung buluh dulu. Best woo...korang ade? Sekarang ni minat menabung aku dah berkurang. Aku suke melabur plak. Duit yang dilabur tu selalunya pergi tak kembali la. GAGAGAGA.


Memanggang Anak Kucing Peliharaan Selepas Pengasuh Memanggang Ikan

Ini lagi satu story yang bakal mengundang kemarahan pencinta kucing. Kalau tak silap, ye la...mana aku ingat kan, umur aku 4 tahun kot. Mak aku la rajin citer ni. Mak aku keje kerajaan jadi nurse. So biasa la budak-budak baru nak up ni diletak di bawah pengasuh. Aku dulu mne pegi nursery. Mak antar kat jiran-jiran yang dah pencen or import sanak-sedara yang takde keje. Al-kisahnya, satu hari Mak Teh aku tu bakar la ikan nak buat lauk. Takkan nak buat sabun basuh baju plak kan. Owh..bercakap pasal tu, sabun basuh baju dah abis la. Esok mesti beli. Okok, sambung balik. Mak aku dah pesan, lepas bakar ikan mesti simbah air kat bara api tu. Takut aku main nanti hangit plak tangan aku. Apa yang tidak disangka-sangka, bukan aku yang hangit, tapi anak kucing malang tu la. 

Aku tak ingat plak suara tangisan or ngauman or miowwwwan kucing tu. Tapi mak aku citer, die balik je terkujat beruk tengok separuh kucing tu dah merah sebab aku bakar sebelah je kot. Obviously la kan. Pastu bulu die sebelah tercabut abis dan kulit jadi cam sopak. Dari sini lah bermula kisah aku takut ngn kucing sebab aku geli tengok kulit die cenggitu. Aku rasa terkena sumpahan la.  Korang mesti curious kan nak tahu ape jadi kat kucing tu?

Okok..seb baik mak aku nurse. Jadi die pon treat la kucing tu macam orang yang melecur badan. Letak ubat penumbuh bulu segala bagai, akhirnya kucing itu survive dan sihat walafiat. Mak aku pon sama phobia, lepas tu sekor kucing pon tak pernah jejakkan kaki dalam umah aku. Mak aku just cakap bulu kucing boleh sebabkan lelah. Pastu nanti lekat kat baju, kotor. 


Mencubit Sesiapa Yang Ingin Merampas Kuasa Sebagai Penjaga Pintu Van Tadika

Yang ni aku ingat. Aku tadika, so umur 6 tahun gitu kot. Aku pegi tadika naik van pakcik botak. Ramai la geng tadika kat rumah aku ni. Kan seat dalam van yang tepi pintu tu boleh lipat-lipat bila orang nak masuk belakang kan? HA!! Yang tu lah seat aku setiap hari. Sape duduk, siap la aku cubit sampai nangis. Balik mesti mengadu kat mak. HaHa. Bila aku pikir sekarang kan, seat tu la yang paling orang tak nak duduk. Dah la kusyen nipis, pastu kejap-kejap nak bangun. Pastu kene bukak tutup pintu lagi. Tapi masa itu, di saat itu, aku rasa tu kerja paling terhormat woo. Kawan aku dah besar-besar ni die sendiri citer kat aku, yang aku dulu cubit die sampai lebam sebab conquer tempat aku. Aku pon bereaksi, "Ye ke? Tah ingat.. Heh." Die pon sambung citer..Balik die ngadu kat mak die. Tau ape ayat die? "Mak..tadi budak gemuk tu cubit adik sampai lebam." Aku terkebil-kebil and for a second bersyukur sebab aku cubit die time tu. 


Merompak Surat Jiran Sebab Curious

Ok, ini cam haram je perangai. Yang lain pon cam haram jugak la. Satu hari posmen datang delivered surat kat rumah. Tapi aku tunggu punya tunggu, posmen tu tak singgah pon rumah aku. Takde surat nak bagi la. Tapi die letak surat kat post box rumah depan. Aku dengan curious tahap gaban telah pegi ke rumah depan tu, pastu berusaha masukkan tangan ke lubang post box tu untuk ambik surat die. Sakit tangan aku, tapi puas hati. Aku pon bukak surat tu dengan ganasnya sampai terkoyak. Rupanya surat bank je pon. Lepas baca lebih kurang dan langsung tak paham, nak letak balik cam cuak sebab dah rabak. Tau aku buat pe?? Aku buang dalam longkang. Pastu lari balik rumah. Haishh...Evil kan? Owh..takde orang pon tau hal ni. Aku tak cakap kat sesape. Jiran-jiran pon tak bising, so takde orang nampak la kot. Selamat~


________________________________________________________

Selepas aku masuk skolah darjah 1, aku dah matured. HaHa. Dah tak buli orang, perangai pon baik je. Cikgu-cikgu sume suke. Masa darjah 3, setahun jugak la aku dera kerani pejabat sekolah. Sebabnye, aku langgan komik KAWAN. Pastu pegi letak alamat sekolah. So, tiap-tiap bulan la Abang Pa tu ketuk pintu kelas aku nak bagi komik tu. Kelas aku ngn pejabat jauuuhhhh plak tu. Seronok baca cerita Dr. Nina...Tu yang cecita nak jadi doktor memula. Tapi takat tu je la keganasan aku. Pembulian yang berhemah tatkala tumbesaran. 

Korang ade tak kisah-kisah yang lagi evil dari aku? Sape boleh challenge? Inilah zaman kejahatan seorang kanak-kanak yang bernama Feezah Hanimoon!!! >.<



Entry bersumberkan fesbuk

Statement hari ini...

Aku rasa frekuensi update blog ini akan berkurang sebab esok pagi aku nak balik kampung. Hoyeah!!!!!

Jadi sebagai peninggalan, meh sini aku update untuk cover seminggu punye cerita. Korang jangan risau... Aku bagi cerita best punye. Hak Hak.


1. Gambar profile Facebook paling distracting bagi aku.


Semenjak aku delete Friendster dan Myspace aku dan berkecimpung ngn Fesbuk, ini lah gambar profile kawan aku yang paling distracting. Bukan aku marah pon kawan aku ni pakai gambar cenggini. Tapi dalam seminggu lebey ni, selalu pulak die update status. Bila aku baca kat home, mesti rasa macam-macam. Korang feel tak? Hishh...nyilu bagai menujah lemak sampai ke tulang. Kalau tengok boleh kurus tak pe gak. Sanggup aku print buat poster tampal kat bilik cha!


2. Gambar yang paling aku paling tak suka tengok.



Memang tak suka tengok. Tapi takde la distracted sangat. Hidup mesti diteruskan. Cuba teka kenapa aku tak suka? Ala...korang kalo tengok pon konpem tak suka jugak. Kalau tenung-tenung pon tak nampak jugak, klik untuk tumbesaran yang sihat dan kuat! Kalau tak nampak jugak, korang mungkin mengalami astigmatism atau pon rabun silau macam aku. Boleh pkai cermin mata atau pon buat contact lense yang berharga RM600 sepasang. Haishh..nak kena kumpul duit ni. 6 bulan lagi nak kena tukar dah >.<


3. Shout out Facebook yang lawak dan menghiburkan.


Tanggal 5 April 2011, jam 4.02 petang, Ejat post shout out ini dengan mengatakan dirinya comot setelah memakai sliper ke kelas kot. Dengan langkah kaki yang begitu gagah bak Merong Mahawangsa, bersungguh-sungguh sliper itu digunakan sehingga haus hari itu.


1 jam 44 minit kemudian, Ejat baru sedar yang hujan sangat lebat maka secara otomatiknya berbangga memakai sliper cap fipper itu. Bila aku bayang Ejat pose macam kartun tu, aku rasa entertained. haha.. Lalu aku pon tiru secara terang-terangan pakai spesis kartun itu bila menge-shout di Fesbuk. 


Contohnya shout out ini. Come on Moon! You can duet!! You can duet!!! You manada duet!!!!



Moon Mau Story

Lama gilo tak update. Ntah apa jadi kat dunia blogger. Mesti power blogger yang lain pon merindui entry-entry kontroversi aku lagi. HuaHuaHua!! Ok lah. Quick update sempena lusa nak exam Islamix Studies. Lagi seminggu Linear Algebra plak. Tape...lambat lagi. gagagagaga!!!! hahh...penat dah~


Story Besday Botak

Tadi pegi dinner ngan dak-dak ni. Sape lagi kalau bukan Cik Aishah Haron, En Zhafir dan Brother Botak. Kenapa tak guna encik jugak?? Owh..sebab macam sedap je bila sebut. HeHeHe. Mula-mula mengidam nk makan kat Kerisik. Ala..kedai akak yang menang Jangan Lupa Lirik berdozen-dozen tu. Sampai je dah tutup. Ade notis untuk disewa. Aishh...takkan dah bankrup plak. Food sedap. Sebab tu nak pegi kan. Frust! Frust! Jadi kitorang pusing-pusing Bangi sampai la Dusun. Makan manyak wooo...otak-otak yang sedap...LaLaLa~




Inilah besday uncle kitorang.. Dah tua kan? HeHeHe...Kesian die sebab terpaksa melayan karenah anak-anak kecil yang hot molek belaka ni. Kenapa strike? Owh...nanti ada orang tak puas hati. Kenapa aku nak cakap jugak pasal ni? Aku kan memang nk tulis entry kontroversi. HaHaHa. Masa ni lilin 2 batang BESAR ngan 1 batang KECIK tengah menyala-nyala. Tu yang apokobondo pon tak nampak ni ha. Kamera tak canggih. Sob Sob.






Selepas lilin ditiup, paksa Botak potong kek cepat-cepat. Curious rasa guano. Kalau tetibe rasa camharem, boleh tarik balik. HaHa. Tapi not bad la...Dah nama pon blackforest. Apa lagi nak rasa kan? Tak de la...takut chef tu tertuang kicap ke masa buat kek sebab excited tengok Samson Delaila tv3 tu. Tengok muka Zhafir pon tak sabar. Oh ye, otak-otak tu la yang kitorang makan. Sekarang dah siap hadam pon. Pakai NKVE maa..express sajerrr~






Close up kek yang kitorang rembat kat Kedai Kek 100% bumiputera. Die siap letak kat pintu tag bumiputera ni. Akak tu cakap kek chocolate moist dah abis. Isk Isk... Dapat yang tu mesti tangkap leleh la. Ala...wat pe susah, rembat Choc Mud sudah kan?


p/s : tengs belanja (^0^)


_____________________________________________________________


Something I think interesting to share. Cekidout!


Macam-macam plak...


HaHa...Mix yang bagus.


Aku nampak bukit-bukau je...tak paham.


Dah la..malas nak pikir.


Geli dowh...kueh baby hamster? Oh TIDAKKK!!!

k, tido. 

~nite.nite~



Few Memories


I always talk about my crime partner but never put a picture of her right? So presenting to all my reader Miss Azra Atiqka. hehe... I bet she can't even remember where the hell I snap this funny side of her. And this pic became her caller image since then. Whenever she called me as she walked alone down the alley, I could see her...teeheeee (^_^)


_____________________________________________________________





I found this short video in one of my folder. Yeah...it's a memory. It was the first time I saw the snow falling out of my window. The very jakun me didn't waste any second to grab my phone and capture this moment. Thanks to my jakuness, now I still can watch the snow falls whenever I want~


p/s : b, I really forgot that I had something to show you until I watched this again. 
b, tengok salji turun..cantik kan???

_____________________________________________________________



My first semester there. This was a Physic lecturer with Herr Prof. Dohlus. I think he was demonstrating the projectile. He was so funny that others couldn't stop laughing at him. I was the only student who made a video of this. Well, jakun. But thanks for my jakuness once again, whenever I miss to be in that class, I still can right? (^^,)

_____________________________________________________________


Nevertheless, it is still a good memory that I never intend to wash it away. Lightning does strike the same place twice, at least I believe it.






I've invented a fun game


Hey guys... It seems so long before my brain finally throws out an idea for a come back. I've invented a really really tricky and stressful game. So, are you in? If yes, then scroll. If no, GET OUT!

Instruction
You are required to find a hidden word by extracting alphabets one by one from sentences below. There are 10 sentences, so that's mean 10 alphabets all together. 

FAQ
Which alphabet to take from the sentence?
Easy, I give you the coordinate number of it and you don't have any other choice but start counting ;)

Can I quit half way and try to guess it on my own?
Yes, you can. Maybe you lost your brain somewhere in the middle. But you will guess it right only if you be the last man standing. HaHa. Keji tak? 

Let's start....


Sara preferred to take a walk instead of riding a bike. 
(Coordinate no. 41)


That was because she was upset with her love life.
(Coordinate no. 33)


Harry wanted to break up with her on the spot.
(Coordinate no. 28)


He was unsatisfied with Sara because she always had an orgasm first.
(Coordinate no. 46)


I think Sara might want to die now.
(Coordinate no. 22)


Harry still didn't pick up the phone.
(Coordinate no. 05)


Sara thought she had give him a very, very, very good foreplay.
(Coordinate no. 42)


Harry didn't care about Sara until one day he received a letter.
(Coordinate no. 24)


He read the letter while having his latte macchiato.
(Coordinate no. 30)


The letter said, 

Dear Harry, 
You were acting so strange since last week. I thought that you were depressed with your projects and assignment until last night I saw you acting intimately with that guy in the bush. I kept thinking it the whole night and I really didn't want to believe it. Yesterday, you asked for a break up. Ok fine, you were not that good looking. But by any chance, are you a gay? 

Regards, 
SARA

(Coordinate no. 95)


So, what's the word for today? Good day peeps!!!!! (^^,)




10 things I could think of to say to 10 different people at this moment - tagged by Azra

4 jam aku cuba edit blog ni lagi. Last2 tak puas hati, revert back to the original. That's how I always waste my time. Kalau layan cerita Korea dalam laptop adik aku ni dari tadi, mesti dah sampai episode doblas! Ceh.

10 things I could think of to say to 10 different people at this moment

  1. I hate it when you look at me as if you wanna say, "Hey, I have a secret. But I don't wanna talk with you about it."
  2. Mak cik, esok dah nak raya. Bila baju saya nak siap? Jangan longgar sangat ye. Pesak tu kecik sket.
  3. I think you can buy a Suzuki Swift soon if you change your mind about DSLR. Then you can drive quickly to the operation theater. If you buy DSLR, I'm afraid you might mistake it with your stethoscope.
  4. Would you please give him a high raise? He's been a good and hardworking worker. I know...your money is berkepuk-kepuk one. Can la...
  5. Memang kau tak natural beauty. Contact lense kaler-kaler, fake eyelashes, make-up smokey-smokey, selain kau memang cerah, konpem la kau turn out to be cun. Kalau buang semua tu, mata lebam-lebam, tona kulit tak sekata, tak masuk majalah punyer.
  6. Eh eh!! Nanti bagi la lebih sket. Eden dah pokai ni. Eden memang la nak kurus. Tak makan tak apo. Tapi minyak keto ni ha..
  7. Mu ghoyak gapo? Ambo dok pahe ni. Mu kecek mu dok pndai buat lawok, tapi ambo dok tahe nok gelok kat mu selalu. Mu maintain gitu sudah la...urat perut ambo nok putuih dah ni.
  8. (Kecek omputeh pulak) I think you should have a back up list of best friends. As I can see, your current one hasn't been so much help to you.
  9. Please don't make it difficult for me. You surely don't wanna see me head banging and attacked by epilepsy in the exam hall. You know I've been diagnosed with I-am-always-careless cancer?
  10. Awak sangat comel hari ini. Untuk itu saya bagi 10 extra hugs and 10 extra kisses. Tempoh untuk claim bonus ini adalah sebulan dari sekarang. Term and conditions applied. HeHeHe.

Entry kali ini adalah tag dari kawan comelku yang bernama Azra Atiqka. Ouh, number 11 nak tambah kat sini, "Ang bosan-bosan antq signal kat antenna aku na!"

Masa buat entry ni, seketul-seketul muka muncul dalam kepala aku. Muka Encik Dol asik nk take over, tapi aku sep the last for the best. HaHa. Tak caya cuba buat. Dah muncul muka, pikir nak cakap apa plak.

Sempena Chinese New Year, aku nak buat ucapan raya sket. Wahai best friends ku masa tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrik penang, gmi dan seterusnya, aku nak korang cepat kawen dan bagi aku angpowwwwwww!!!!!!!!!!




New Zodiac Sign - Ophiuchus

A friend told me that we are not a Cancerian anymore. I was like, what?? So who we are? Hmm... Asked Mr. Google and I've got ziss!!

Sagittarius: Dec 17 to Jan 20

Ophiuchus: Nov 29 to Dec 17

Scorpio: Nov 23 to Nov 29

Libra: Oct 30 to Nov 23

Virgo: Sept 16 to Oct 30

Leo: Aug 10 to Sept 16

Cancer: July 20 to Aug 10

Gemini June 21 to July 20

Taurus: May 13 to June 21

Aries: April 18 to May 13

Pisces: March 11 to April 18

Aquarius: Feb 16 to March 11

Capricorn: Jan 20 to Feb 16


The new zodiac was added. It's called Ophiuchus. Wadahek! They told me now to be a Geminian. nO nO nO. I'm still a Cancerian, always and forever. Hey you Ophiuchusian, how to pronouce ziss ahh??


By the way, this is the graphic of the new zodiac, a man wearing a piece of cloth around his body who has a snake under his balls and the snake looks horny.



We should be able to see the zodiac in the sky like this bottom pic. This time around the man has traded his last piece of cloth for a new head bangle. Therefore, the snake wraps him up to cover his balls and again, the snake looks hornier.


Just joking. Don't sue me. Where got money la....I can only be sure that I can never see this Octopus in the sky. Haiyooo....so 18SX la ziss one! Plus, don't try this at home. I am not concern about you trying to risk your life and put a snake under your balls. I just can't imagine how the snakeman will look like.



Tips pengkelasan jenis-jenis tahi

Suatu masa dulu masa aku kecik2, aku terbaca artikel yang mama bawak balik bertajuk jenis-jenis tahi manusia. Hari ni aku tetibe teringat dan rasa macam best je nak kongsi ngn korang. Lepas ni korang boleh la usyar sekali imbas bentuk2 artistik tersebut sebelum flush. HaHa.

Ni ade jadual yang aku google. Mne lagi aku nk dapat benda ni kalo tak dari Wikipedia. Ade orang cakap Wikipedia selalu tipu tapi aku nak percaya jugak. Tak kire!





Tapi aku rase kaler yang atas2 tu lagi gelap kan? Takpe, nanti masing2 tolong buat uji kaji ye. Sebenarnye jenis-jenis tahi yang keluar tu bergantung kepada brape lama korang tahan buang air besar tu.


Type 1 and Type 2
Kalau tahan lama sangat, contohnye korang pegi supermarket nak beli barang, pastu tetibe nak terbuang air besar, pastu malas nak bayar 20sen kat tandas awam, lalu korang sedaya-upaya sedut balik naik atas, bila dah sampai rumah, terus hilang nafsu nak membuang, esok konpem korang lama je bertafakur kat dalam toilet. Sebabnya korang dah sembelit. Muka plak senget2 nak push out sampai lutut pon dah menggeletar. Keluar toilet rasa lemah longlai macam baru lepas lari 5 padang olimpik.


Type 3 and Type 4
Kalau lah korang sanggup bayar 20sen kat public toilet tu, takde la korang sembelit sengal2 segala. Yang keluar pon cantik menarik memang da bomb! Tapi aku musykil la mcm mana rupa tahi tu boleh jadi mcm coklat Hershey's cenggini :



Kalau nak dibayangkan, aku rasa masa die keluar tu korang kena goyang-goyangkan punggung dalam circular motion. Macam buat roti bom tu la! HaHa. Tolong eksperimenkan yang ni jugak ye.


Type 5, Type 6 and Type 7
Kalau korang salah makan, camni lah jadinya. Cirit-birit tak tentu pasal dan tak kena tempat. Paling tak leh blah kalau perut memulas-mulas kat tengah highway Utara Selatan. Toilet lagi 5 km pon rasa cam lagi 50 batu. Bawak kete dah memecut semacam pastu bila sampai kat hentian kem salam la nak align parking cantek2. Memang bedal tengah2 jalan jugak. Kotak parking empat segi pon dan jadi pentagon. HaHaHa. Jadi makan tu berhati-hati ye. Kalau tak, stand by la kerusi kat tepi pintu toilet tu. Takut tak sempat je. HeHe.


Info penting sudah diberi, sekarang nak bercerita plak tentang 3 lelaki yang pegi interbiu keje.

Lelaki 1 ni pernah jadi pilot Lufthansa. Balik nak keje kat Malaysia sebab awek German tak cun.
Lelaki 2 plak jurutera elektrik kat TNB. Hidup die asik nak buat anak. Jadi hajatnye nak cari keje gaji lumayan sket la.
Lelaki 3 ni sekolah tak tinggi. Dah la sijil SPM tak dapat, sijil PMR plak hilang. Adeh....bawak diri je la.

Dialognya begini.........................

Lelaki 1 dipanggil masuk.

Boss besar : Saya ada satu soalan. Apakah benda yang paling laju di dunia?
Lelaki 1 : Owh..senang saja. Jawapannya kapal terbang. Kalau pagi ni breakfast kat Dubai, lunch jap lagi kat London.
Boss besar : Bagus jawapan awak.

Lelaki 2 dipanggil masuk.

Boss besar : Soalan yang sama, sebut satu benda yang paling laju di dunia.
Lelaki 2 : Hmm...jawapannya ialah elektrik. Tuan petik suis kat tingkat 1, semua lampu bangunan 100 tingkat boleh menyala tak sampai 20 saat. Berganda-ganda lagi cepat dari kapal terbang tu.
Boss besar : Bagus2! Saya suka jawapan awak.

Lelaki 3 dipanggil masuk. Dengan muka tak puas hatinya boss besar memulakan interbiu.

Boss besar : Awak tau ke ape benda yang paling laju di dunia?
Lelaki 3 : Derr....kacang gini gua tak jawab malu la derr! Benda paling laju di dunia ialah cirit.
Boss besar : Aik? Apesal plak?
Lelaki 3 : Kalau lu cirit, bukan kata nak naik kapal terbang pegi London, tiket pon tak sempat beli. Lu terus rempit masuk toilet, suis lampu pon tak sempat nak petik!

Boss besar tergamam sambil tergelak. Eh, camne tu? Dengan itu, lelaki 3 diambil bekerja. End of the story..




Jawapan Nak Cari Gaduh

Case 1
Sem baru semangat nak photostat buku rujukan yang tebal2. Rasa cam kat stesen bas kajang ada kedai best. Lalu berlangsung lah dialog ini.

Aku : b, kedai kat stesen bas kajang tu boleh photostat buku?

Mr. D : Ntah...boleh kot.

Aku : Camne nak g Kajang dari sini?

Mr. D : Ikut Kajang la.

dear Mr.D...kalau la i tau celah mana ikut Kajang tu, tak yah la i tanya camne nak g Kajang. Nanti u nak datang umah i ikut Mata Ayaq noh.


Case 2
Sem baru jugak, berkenalan la ngn senior yang jadi fasilitator. Tanya2 soklan ice breaking dulu. Lalu berlangsung lah dialog ini.

Aku : Nisa tinggal dalam ke luar?

Nisa : Tinggal kat luar. Tak dapat kat dalam.

Aku : Umah sewa kat mana?

Nisa : Kat Seksyen 7.

Aku : Seksyen 7 kat mana?

Nisa : Erm...Kat sebelah Seksyen 8.


cik Nisa, kalo i tau Seksyen 8 tu kat mana, konpem la i tau sebelah tu Seksyen 7. Alahai cik Nisa. Nasib baik kau gebu.




Side Parking Tak Leh Blah

Ala....bila ada orang nak ajar side parking ni ngn back parking? Tengok ni dah jadi ape. Dah macam parking orang tak tahan nak tercirit je. Orang lain tengok ni mesti gelak terguling-guling esok. Tambah-tambah kete Myvi kat belakang. Salah die la parking makan ruang melampau-lampau kan?


Sempat lagi kitorang snap gambar untuk mengenang zaman-zaman noob side parking nanti. HaHa. Takde la kuar kotak banyak mana pon kan? Sebelum ni ade side parking yang berjaya okay. Sekali je la. HuaHuaHua.


Gambar ini menunjukkan entiti yang asik nak terpacak kat tepi tu. Entiti nan sebatang ini memang ada dendam ngn aku. Kat mana aku nak cuba-cuba side parking, kat situ jugak la die nak terpacak. Aku dah ke depan ke belakang dah. Sama je. Give up!


Ini gambar yang Ecah snap dari tingkat 5. Fine! Belakang tu memang macam luas lagi. Pusing situ sikit sini sikit dah cantik. Tapi situ sini tu celah mana? Resolusi Disember 2010, mesti terer side parking ngn back parking. Tengok lama-lama gambar ni, baru perasan kehorrorannya. Kalo tengok lagi lama, rasa macam nak turun sekarang jugak pegi ubah sampai elok.


Kalaulah kete ni boleh tolak dari tepi je kan senang hidup aku. Kalau korang tengok video kat bawah ni, mesti korang cakap, "Bapak ahh!"





update #1
Housemate balik cakap nampak kete parking camcamerba.

update #2
Housemate cakap balak die gelak kaw-kaw. Demmit!