Tak cakap pon.....korang yang rasa sendiri.








Seriously, aku amik kat Facebook je gambar ni. Ada member share. Aku bukan nak bagi ceramah satu round lagi pasal ni sebab semua orang pon dah paham kan. Just aku rasa ada benda patut aku cakap pasal ni. Kalau tak cakap, mesti aku asik terpikir sepanjang malam.

Aku pelik kenapa ramai orang cipta ayat-ayat macam ni untuk dijadikan satu statement. Aku rasa ramai je yang frust sebab tak couple or tak ada teman tapi mesra or tak ada ikan besar kecik or something like that. Tapi statement ni macam nak cakap semua orang tak couple dalam otak diorang ade thought macam ni. Aku yang sekarang sedang ber'couple' ni bermula dengan tak couple jugak. So, aku tau la perasaan tu macam mana. Manusia biasa, walau macam mana sekalipon nak elak, mesti ada kalanya kita pikir bukan-bukan. 

Normally kita mesti ada crush kat somebody. Tak kisah la schoolmates ke, jiran selang sebuah rumah ke, tapi for sure lah selalunya ada. Pastu kita tak nak orang tu tahu kita crush kat dia sebab kalau dia tau ang dia buat dono, maksudnya dah kena reject. So sedikit sebanyak, statement ni walaupon bagus, tapi indeed tak mewakili semua orang. 

Bila keluar statement2 gini, aku rasa macam instead of diorang sedapkan hati yang tak couple yang memang trang tang tang takde dosa-dosa berkaitan tu, asal tak invest dalam mengajak orang yang couple ni menjadi lebih baik? Salahkah bila kita fall in love for each other and decide untuk declare something? Aku rasa takde pon orang cakap orang yang couple ni tak laku. Just diorang sendiri yang nak emphasize this fact and put a reason behind it. Pastu nak say it out loud untuk yakin kan diri sendiri that this is the truth, this is the truth. 

Talking about relationship yang halal, aku sendiri bukan nak sangat couple 5 or 6 tahun ni. Bila aku tengok pics wedding kengkawan, takde la aku tension mana pon. Just wish them a great life ahead and I know that someday, I will have my wedding album too. Tapi bila mention pasal relationship yang halal ni, macam tempias plak kat aku. Or maybe ada orang lain yang berperasaan macam aku. Sape tak nak kawen huh? Aku rasa ayat-ayat tu macam nak cakap orang yang couple ni sengaja nak tambah dosa kering dan tak nak menghalalkan hubungan. 

Kita sendiri je akan rasa diri kita tak laku. Takde orang even bisik kat telinga kau pon yang kau tak laku. Jadi ape point nak create slogan-slogan cenggini. Seriously, rasa macam terhina sangat. Ha...kan dah keluar dah point utama aku. Guys, stop la doing this. For sure memang aku sikit pon tak cakap kau tak laku. Adik aku pon tak couple. Tapi aku tak ada negative thoughts pon kat dia. 

So, jangan la tertekan babe sampai macam sajer je nak bakar-bakar. Takkan kau expect aku break up on the dot lepas baca slogan-slogan gini semata-mata untuk dapat title bagus tu. Aku suggest kalau nak berdakwah tu, bagi tips nak cakap kat mak ayah macam mana nak kawen time belajar, or tips celah mana nak korek duit nak buat kenduri-kendara semua tu. Fine la kalau kau cakap orang couple ni banyak maksiat. Then help us to overcome this. 

Sekali lagi, apa motif kau sebar benda-benda gini selain nak sedapkan hati sendiri? Sedangkan yang lebih memerlukan bantuan adalah orang yang ber'couple', yang memang nak kawen, tapi banyak halangan. Bukan nak mintak bantuan zahir pon. Just another motivation for us to build the strength and aim for redha Allah. Orang yang tak couple ni InsyaAllah memang Allah redha dah. 

Ntah la....aku pon makin lama makin kusut kepala.
.
.
.
.
.
.
update: Tracker aku ada detect orang google 'single itu menyakitkan' and end up kat blog aku. At least one person agree with me that sometimes our brains have that thought. Maybe I should share the pic to his/her Facebook so that he/she can be in piece.

Tips untuk orang malas minum air kosong

Assalamualaikum semua...

Air sangat penting untuk badan berfungsi dengan baik. Tapi aku admit yang aku sendiri memang tak selera nak minum air kosong. Sebotol air mineral 1.5 Liter boleh bertahan tiga hari dalam bilik aku. Dah la beli air mineral murahan. So, memang jimat.

Namun, jika korang berminat nak mengurangkan berat badan, most websites suggest that you consume enough amount of water daily. By enough, they mean eight glass of water. 

Jadi aku nak bagi tips macam mana pengguna gula tegar seperti aku boleh tolerate dengan air kosong ni. Air kosong terutamanya air suam memang hanya sedap bila tekak sakit. Tu pon lepas seminggu tak baik sebab degil jugak nak order teh o ais kat kedai makan. 

Ini lah dia tips berguna yang aku duk gebang dari tadi:


1) Minum air dalam cawan yang kecil.

Sebab ape, kalau minum dalam gelas besar, konpem korang akan tertekan dan bernafas banyak kali untuk habiskan air tu. Maybe korang akan give up dan tuang air tu terus ke dalam singki. Kalau minum dalam cawan kecil, sekali nafas dah boleh jalan. Plus, tetibe je air tu dah habis. So, setel secawan kan? Tukar la dari lapan gelas tu kepada lapan cawan.

2) Minum sambil duduk.

Korang dah la pahala pon tak banyak. HaHa. Aku pon. Jadi jangan la menambah lagi dosa-dosa kecil ni. Plus aku perasan, bila kita minum sambil duduk, badan akan balance dan takde la masa minum tu terhoyong-hayang. Kau minum air kosong je pon, bukan Carlsberg. Kalau nak minum depan fridge pon, tenggek je la kat situ kalau dah pemalas tahap gaban nak ulang-alik.

3) Campurkan satu sudu kecil kordial sedap.

Ni bukan main tipu, tapi semua benda ada tolerance tambah tolak kan? So aku rasa tak menjejaskan sangat pon khasiat air kosong tu. Kot la korang tak suke minum air kosong sebab rasa tak sedap ke...bagi aku memang tak sedap pon. Plain je. At least kalau campur kordial sikit, die rasa macam air bancuh yang tawar je. 

4) Buat jadual minum air.

Pastu kalau minum, pangkah kat column yang berkenaan. Target la 5 cawan air ke sehari. Sekali minum, pangkah satu kotak. Nanti lama-lama bila tengok jadual kita camcamerba, mesti rasa bersalah and nak tak nak kena minum jugak. By the way, kaedah ni berkesan dalam sebulan je untuk aku. HaHa. Pastu dah malas nak buat jadual cantik dah. Aku tau korang rajin kan? teheee =)

5) Beringat lah tentang penyakit kencing manis.

Ari tu mama bawak balik kit untuk check glucose untuk papa, aku nyebuk nak check jugak. Lepas makan, alhamdulillah 6 je. Tapi mama 5.6...adik aku si Wani tu 4 je kot. Ariff tak berani check. Ceh. Badan je besau. Jadi, sebelum kencing korang manis, better berjaga-jaga. No turning back woo....Aku sekarang dah jadi misi tak bertauliah dah kat rumah sebab nak menjaga makan minum papa. Plus mama cakap, penyakit ni keturunan jugak. Cantik lah...orang cakap muka aku ikut papa. Maka ada potensi segala bagai nak keturunan papa ni. Adoiyai..


Well, itu sahaja kot. Cukup la kan. Minum air je pon. Tu pon beriya aku nak jadikan entry. Tapi aku pasti, ramai je spesis tak suka minum air macam aku. Developed sebab masa sekolah dulu tak nak selalu pegi tandas sebab kena bukak kasut and pakai terompah. In the end, terbawak-bawak......

Okthxbye!

Bergaduh dengan adik sambil basuh kuali


Kan aku pernah cerita yang adik aku banyak fatwa.......



Aku : Ang tu katak bawah tempurung. Asik nak berkepit ngan mak ayah. Risau nak tinggal kawan ang yang bukan-bukan tu!


Adik : Tak pa la kalau jadi katak bawah tempurung. Sekurang-kurangnya tak kena hujan. Katak luaq tempurung kena hujan!


Aku : Kena hujan la adventure. Ang lelaki patutnya suka adventure!


Adik : Buat pa nak kena hujan. Hujan tu dosa!


Aku : Aik..tak penah akak dengaq yang hujan tu dosa. Mana dalil yang kata hujan tu dosa. Selalu orang kata hujan tu rahmat!


Adik : Tu la ang tak tau. Adik cakap ada makna yang mendalam. Tu la ang tak paham. Sekurang-kurangnya adik duk dekat ngn mak ayah tak dapat dosa.


Aku : Ang duk dekat sebab nak menyusahkan mak ayah. Tak dapat dosa apanya. Mak yang nak kena masak untuk ang, basuh baju untuk ang! Ang tu jadi ayam daging ja kat umah.


Adik :  Ang tu jeles sebab kena basuh baju sendiri!


Aku : Nak jeles pasaipa plak. Akak tak rasa basuh baju tu beban. Ang tu kena berdikari!


Adik : Apa pentingnya berdikari? Tak guna la orang laki kawen ada bini. 


Aku : Tak pa kalau ang nak suruh bini ang basuh baju ang. Tapi ang kena bagi dia makan, beli baju semua!


Adik : Memang adik nak bagi dia makan. Tak dak masalah lah!


Aku : Masalahnya ang nak bagi dia makan apa? Kalau macam ni la caranya! Esok akak nak habaq kat semua pompuan supaya tak payah kawen ngn ang!


Adik : Pasaipa plak?!


Aku : Ang tanya lagi???!! Ang tu dah la katak bawah tempurung. Tempurung plak duk dalam gua. Mata celik tapi tengok dunia gelap-gelita. Apa pon tak boleh!


Adik korang bebal macam adik aku tak? Susah bila otak ni pandai ke lain. Aku teruk-teruk belajar nak kerja bagus-bagus, esok nak kena bela dia jugak. Apa pon tak dapat! Haishhh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...