Korean Drama Fever...why ahh?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ehem....ini adalah contoh karangan bahasa Melayu pasar yang tidak sepatutnya dicontohi oleh remaja belasan tahun yang masih dibelenggu cara-cara membuat karangan yang gebu dan mantap.

Ramai gadis lebih cenderung untuk menempek muka di skrin laptop setiap hari daripada menempek muka di buku Mc GrawHill. Kenapa? Jika ditanya para jejaka normal, sudah tentu mereka akan menjawab para gadis ini mempunyai sindrom suka berangan. Jika ditanya pula kepada para jejaka tidak normal, mereka tidak akan pernah menjawab soalan itu. 

Kenapa?

Ya....kerana mereka hanya akan menyampaikan bisikan-bisikan tentang cerita Korea yang lebih menarik untuk ditengok. 

Tanggapan bahawa para gadis tergila-gilakan cerita Korea kerana kehenseman dan kekacakan pelakon lelakinya adalah kurang benar sama sekali. 

Ada sesiapa yang tidak setuju?? 

Jika anda tidak setuju, anda berada dalam denial mode. Rupanya selama ini anda hanya berada dalam kegelapan. Teruskan membaca untuk mendapat sedikit lampu lilin yang malap-malap.

Sebenarnya, bukan rupa yang menjadi ukuran. Tapi, baju yang mengikut ukuran badan yang menjadi pujaan hati. Para gadis, setuju kah anda bahawa baju-baju yang dipakai pelakon Korea sangat domo domo ohsem??

Dress up mereka sangat stylish dan macam custom made untuk sekor-sekor. Sebabnya aku jalan-jalan kat Malaysia ni macam tak jumpa pon orang pakai baju cenggitu. Maksud aku baju-baju pelakon Korea tidak menggunakan mix and match concept. Ini memang seketul baju tu cun. 


Kalau tak caya sila tengok gambar-gambar ni. Baju-baju ni macam takde jual je kat kedai kan?





Kemeja yang sangat stylo milo. Sesuai untuk badan sedap-sedap.



Ok. Tak nak explain. Sudah terang dong @_@



Tutup mata kanan cepat!!!!! HeHe =)



Winter Jacke yang direka dengan gigih oleh designer. Dengan spec hitam lagi @_@



Winter Jacke bulu-bulu yang nampak macam murahan beli kat Ha Und Em tapi aku rasa ohsem. HeHe.



Sut yang cantik.......



Dari belakang macam ni.......


Banyak lagi sebenarnya..tak larat nak Google. Kredit kat tuan nya ek.

Jadi memang kami para gadis tidak memandang rupa. Seyes! Kami para gadis tak kenal pon sape ntah mamat-mamat ni. Bhahahahahaha :D 

Jika anda masih dalam denial mode, tak mengapa. Anda silalah bertapa 7 hari 7 malam dalam terowong Smart.

Ouh..lupa nak cakap. Aku baru je abis tengok cerita Flower Boy Ramyun Shop. Banyak kali aku gelak sorang-soranG. HaHa. Kisah ala-ala romantic comedy yang banyak flirting. Homai...fainted.

Kesimpulannya, kami para gadis suka tengok cerita Korea kerana:

  1. Dress up yang cantik.
  2. Pelakon Korea tall, fair and handsome.
  3. Storyline yang best.

HeHe (^^,)


Tapi kenapa pula ada para jejaka yang turut meminati cerita korea??



Sebelum pon tak da masalah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Melihat ramai kenalan jauh dan dekat mendirikan rumahtangga, hati berasa dengki dan jeles. Standard la kan? Akhirnya sampai juga ke jinjang pelamin setelah beberapa hari/bulan/tahun bercinta. Beberapa hari??? Ada ke? Pon boleh la...

Setelah 5 tahun bersama, of course la keinginan tu membuak-buak. Untuk pengetahuan semua, pasangan yang berkapel lama-lama ni bukan diorang nak pon mencecah anniversay ke 10. Yang jadi bertahun-tahun tu sebab tak mampu lagi nak kahwin sebab masih belajar atau duit tak cukup. 

Mak aku cakap selagi tak habis belajar jangan kahwin. Sebab mak cakap bila dah kahwin tanggungjawab besar. Hmm...adakah mak aku ada pengalaman ngeri membesarkan aku?? Mungkin dari segi nak stabilkan diri kot..Hidup pelajar ni memang tunggang-langgang. Duit kerajaan bagi pon cukup-cukup untuk lepas satu perut bersaiz L.

Aku baru tengok satu video yang orang share kat Facebook. Tak kisah la dari minit pertama sampai sudah tu sweet, yang membuat aku berfikir ialah kata-kata pada minit terakhir tu. Tapi....aku tak ingat apa dia cakap. HaHa.

Hmm....aku rasa lebih kurang macam ni lah isi pentingnya. Bercinta lepas kahwin adalah lebih bagus. Ye la...dah sah tu nak romantik lebih-lebih pon dah halal. Aku pon tumpang gembira la kat pasangan tu. 

Tapi...........

Aku rasa dipandang rendah beberapa sentimeter sebab aku bercinta sebelum kahwin. Tetiba semua orang nak bercinta lepas kahwin. HaHa. Walaubagaimanapon, kisah hidup semua orang tak sama. Makanya tak boleh dibanding-banding. Ada pasangan yang cuba bercinta lepas kahwin tu berjaya, ada yang tak. 





Yes! Single but not available =)

Ada member share kat Facebook. Haishh..lambat lagi nak abis belajar. InsyaAllah hujung tahun 2013. Ada lagi tak tarikh cantik lepas tu?? HaHa. Tak kisah lah.. Berebut-rebut nak sangat tarikh cantik, buat kenduri takde orang nak datang. Lagi menyedihkan. Aku tak nak lah buat majlis time cuti sekolah. Set.

Berbalik kepada isu tadi. Ouh..perenggan yang atas ni hanya selingan. Mintak maap ye. Aku rasa before kahwin, mesti ada sesi mengenal hati budi. Jadi aku rasa tak wujud la bercinta lepas kahwin. Kot mana pon, memang dah kenal sebulan dua sebelum kahwin, and of course dah start bercinta time tu. Ye tak? Ada ke orang yang tak kenal langsung bakal suami/isteri nya sampailah beberapa minit sebelum akad nikah? 

Cuma tempoh sesi suai kenal tu yang berbeza-beza. 10 hari atau 10 tahun tu yang menjadi pengukur tahap kematangan sebuah perhubungan. Memang secara lumrahnya, usia mematangkan kita. Hmm...pendek kata, nak buat cmna dah aku dipertemukan dengan dia awal. Walaupon aku tidak ditakdirkan bercinta lepas kahwin, doanya moga aku terus bercinta lepas kahwin.

Amin.





Saja-saja

I promised to sing this song dedicated to someone. But this song neither came out in the radio nor at the Redbox. So instead, I put it here =)

Please..please...please bare with me. HeHe.



video



Long Distance Relationship

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Why oh why? Kenapa jarak seringkali dijadikan alasan kepada punca retaknya sebuah perhubungan. Mungkinkah selama ini kita bertanggapan bahawa cinta hati kita itu fungsinya tukang tapau makanan, tukang teman tengok movie, tukang driver yang antar dan ambik kita dari stesen bas? Mungkin juga kita sudah terbiasa dengan keadaan itu dan tanpa disedari kita sudah tidak boleh mengurus diri sendiri tanpa menyusahkan orang. 

Jarak menjadi masalah kepada golongan yang tidak boleh tidak ditemani. Cinta itu bukan memiliki. Kita tidak punya hak untuk menahan cinta hati dari pergi memenuhi cita-cita sendiri. Kita tidak pernah punya hak untuk mementingkan diri sendiri dalam perhubungan. Apakah kita lupa pada perkongsian yang dipersetujui? Separuh hatinya untuk kita, separuh lagi untuk seluruh yang lain selain kita. 

Kita tidak berkongsi dengan sesiapa bahagian kita. Jadi kenapa kita nak pertikai separuh lagi yang dikongsi sejuta benda? Bila dia pergi jauh, kita rasa dia buang kita. Bila dia tak telefon, kita rasa dia dah lupakan kita. Bila dia tak ambil kisah, kita rasa dia dah tak menyinta. Semua ini mitos bullshit!

Jarak menyebabkan kita mudah mengukur dan berkira. Pegi dua bulan, balik dua hari. Bila balik, sehari ada hal. Tinggal sehari untuk kita. Kita rasa tidak adil dan mula berkira-kira. Sebenarnya bukan kuantiti yang patut dirisaukan. Tapi kualiti masa yang diluangkan bersama-sama. Tapi kita selalu tamak kan?

Dan mereka yang sepi itu sentiasa menyalahkan jarak. Padahal mereka malu mengaku yang memang mereka kecundang dengan pelawaan yang lain. Adakah mereka yakin, jika tiada istilah jarak ini, mereka tidak curang?? Sungguh hipokrit. Tiada hubungan yang pernah tewas kerana jauhnya mata. Hakikatnya berlambak yang berpisah kerana jauhnya hati. 

Dua hati umpama magnet. Umpama kutub selatan di hujung sana, kutub utara di hujung sini. Jauhnya separuh lilitan bumi namun tidak pernah berhenti tertarik. Jadi kenapa sekarang jarak jauh itu menjadi masalah? Adakah manusia semakin ortodox hingga tak kenal smartphone dan skype? Atau sekurangnya Yahoo Mesenger? 



Walau bagaimanapon, sesuatu itu memang memakan masa untuk terbiasa. Setahun pertama bercinta, memang kita tak biasa tanpa dia. Tapi kita harus belajar berdikari. Kerana kita pon tak sentiasa ada di sisi dia. Bila berjauhan, janganlah mendesak. Cubalah memahami. 

Haishhh...cinta itu unik. Walaupon semua orang tahu lumrahnya cinta itu membahagiakan, sayangnya tak semua orang tahu betapa lapangnya dada jika di cuping telinga dengar dia berkata I Miss You lalu gagang diletakkan setelah kita berkata I Miss You Too. 




Cinta bukan memiliki dan kekadang harus dilepas



Cinta itu adalah perasaan yang rumit. Cinta membuatkan kita hilang pertimbangan dan kadang-kadang mendorong kita untuk melakukan satu pengorbanan yang mungkin pada pandangan orang lain ialah satu kebodohan. Kisah cinta setiap orang berbeza. Jadi memang susah untuk kita membanding-bandingkan dengan kisah cinta teragung yang lain. 

Selalunya hanya kita yang memahami diri sendiri dan keperluan kita daripada cinta. Ada yang memerlukan perhatian sepanjang masa, ingin pergi ke mana bersama dan mengisi kekosongan hari dengan si dia ada di sisi. Cinta ini hanya berkisar antara dua nyawa yang hampir melupakan dunia sekeliling. Matanya gelap ketika menoleh ke kiri dan kanan, tapi tidak bila kekal ke depan. Mungkin pada mereka, yang lain tidak penting asalkan ada satu sama lain.

Namun ada juga yang tidak perlu clingy. Hanya komitmen, kejujuran dan kesetiaan yang dipinta. Cinta ini mungkin boleh dipanggil cinta dewasa kerana tidak semua orang memahami bahawa cinta itu bukan ditafsirkan sebagai memiliki. Cukuplah sekadar memiliki hatinya kerana jasadnya mungkin lebih diperlukan oleh ibunya atau bapanya. Cinta dewasa tidak mengongkong.

Ada juga cinta yang tak kesampaian. Cinta yang bertepuk sebelah tangan. Kata orang, cinta jenis ini wujud kerana pengecut yang tidak berani meluahkan perasaannya dan tidak berani menerima penolakan. Mungkin lebih baik mencintai dalam diam, merenung dari jauh dan mengirim doa semoga dia baik-baik aja. Ada yang lebih selesa memutarkan lagu cinta berkali-kali dan menghayati lirik seolah-olah kisah hidup mereka telah dijadikan lagu. Tiada mustahil ada yang selesa begini.


Dan jangan terkejut kalau ada juga cinta yang lebih baik tidak wujud. Cinta yang menjadikan kita bodoh. Lebih dungu jika kita sedar akan kebodohan itu. Beza pengorbanan dan kebodohan ialah, pengorbanan itu sepatutnya membawa kepada perkara yang lebih baik. Manakala kebodohan hanya mengusutkan keadaan. Cinta yang kononnya sanggup buat apa saja demi dia. Cinta yang sentiasa memerlukan bukti. Jika cinta, tunjukkan bukti itu dan ini. Jika tiada bukti, cinta tidak akan diberi. Cinta yang berlandaskan sogokan bukti ini sepatutnya tidak ada. Kerana cinta adalah perkaitan hati. Bukan perkaitan gaji besar, kereta besar, rumah besar dan boobs besar. Ini cinta yang palsu. Tiada cinta dalam dirinya. Jadi berhentilah!


Dalam banyak banyak cinta, cinta yang mana kita harap akan lalui? Tentunya cinta yang paling sempurna. Tapi cinta yang sempurna itu luas takrifannya. Mungkin ada yang mengatakan cinta yang sakit itu lah yang sempurna. Kerana itu mereka tidak mahu berhenti menyakitkan diri sendiri kerana cinta. Mungkin ada yang mahu kekal cinta dari jauh. Kerana itu mereka menyimpan perasaan itu dalam-dalam, takut terluka jika diluah. 

Apa yang penting, cinta itu membuat kita gila jika gagal mengawalnya. Ia membuatkan kita curang jika menyintai lebih dari satu. Namun dengan kawalan yang baik, cinta itu sangat membahagiakan. Cinta itu boleh menjadi nikmat jika ia hadir pada masa yang betul, tempat yang betul dan diserahkan kepada orang yang betul. Cinta menjadi satu masalah kiranya ianya datang pada masa yang salah, tempat yang salah dan diserahkan kepada orang yang salah. 


Shouting the melody

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni sangat happy sebab finally aku boleh ber-karaoke di RedBox dan bukannya di jamban. Sempena musim cuti sekolah ini, student price valid untuk setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad. Keluarkan RM12++ dan boleh rock satu Starhill. Sangat berbaloi-baloi. Memang hari ni temanya all out. Lagu tinggi lagu rendah semua aku bantai. Seb baik dia provide sorang dua gelas air sedap. HaHa. Untuk harga fix tu, dia bagi melalak 3 jam tanpa henti. Suka hati kau lah nak nyanyi sampai anak tekak pecah pon. Huahaha.

Menyanyi secara tak komersial ni adalah satu terapi jugak. Kadang-kadang kita macam nak keluarkan segala karat-karat dalam otak tu kan, tapi tak tau kat mana nak tempik kuat-kuat. So apa lagi mau tunggu, pegi karok lagu Aerosmith satu. Konon-konon semua masalah macam keluar berterabur ikut anak tekak ni la. Takde masalah pon takde hal nak pegi. Menyanyi jugak memang sebenarnya telah terbukti dapat menolong pesakit stroke untuk recover. So, memang ini terapi yang best dan awesome!

Namun, aku tak cakap menyanyi sepanjang masa tu boleh tenangkan jiwa yang sedang lara. It's just one of the million ways. Lain orang lain pendekatannya. Simply said, aku memang dari kecik suka menyanyi lah. Dulu-dulu tak malu nak nyanyi tepi jalan kat stesen keretapi. Bukan nyanyi kosong aje. Orang lalu-lalang siap bagi duit. Mak aku la citer. Aku time tu 4 tahun mana nak ingat. My supportive dad pon terus balik tu beli karaoke set kat rumah. Memang geng melalak sehati sejiwa.


All in all, hari ni aku have fun sangat-sangat. Lepas nyanyi tengok Ombak Rindu. Aaron Aziz and Maya Karin datang. Dah la die tetibe cut masa scene senggama. Hilang penghayatan aku. Haishh...dah dua kali jumpa Aaron Aziz. Ada la face to face 20 meter jaraknya. Der...orang lain bersepah gambar sebelah-sebelah. Tak kisah lah. Jauh di mata dekat di hati. Bila la nak jumpa Adi Putra plak ni. Isk Isk Isk.



Love the way you lie

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hari ini adalah hari yang baik kerana aku rajin nak karang entry. Dan isu kali ini adalah berkaitan dengan kepercayaan antara satu sama lain dalam relationship. Dalam setiap relationship, kita sentiasa trust partner kita yang dia akan sentiasa jujur dengan kita. Tak kisah lah dalam apa situasi sekalipon, buruk atau baik, kita harap partner kita jujur. Bila ditanya, sentiasa memberi jawapan yang benar dan tidak putar-belit.

Namun adakalanya kita rasa ada sesetengah perkara yang tak perlu untuk diberitahu dengan alasan untuk menjaga hati. Contohnya kita keluar weekend dengan lelaki lain atau main mesej dengan lelaki lain ataupon kita gayut sampai subuh dengan lelaki lain. 

Kebiasaannya perkara yang paling kita tak nak beritahu partner kita adalah berkaitan lelaki lain. Ini daripada sudut pandangan perempuan lah. Sebabnya hanya satu. Kita tak nak melukakan hati orang yang kita sayang namun kita sendiri tak nak hentikan benda-benda yang kita buat kat belakang tu.

Langit tak selalunya cerah. Semua yang kita simpan dalam-dalam tu akan terkantoi jugak. Dan tahukah anda, jika partner kita mengetahui perkara itu bukan dari mulut kita sendiri, hatinya akan terluka 1000 kali ganda berbanding jika kita mengaku awal-awal. 

Apatah lagi jika partner kita sengaja ingin menguji kejujuran kita dengan menanyakan soalan pelik secara tetiba, dan kita memilih untuk menipu demi menjaga rahsia yang tersembunyi, maka hatinya akan rabak 1000 kali ganda lagi. Wait a minute!! Do you expect he will chill after hearing all those craps....


when he actually knows that you are spitting lies?

Dan lepas kita tau yang kita dah kantoi, tidak kah kita rasa seperti mau membaling handphone ke dinding atau nak terjun sungai? Bukan sebab marah..tapi sebab malu dan rasa bersalah yang amat. 

Setelah bermain kayu tiga sekian lama, jangan lah kita expect semua nya kembali normal dalam masa sehari. We owe them a long explaination. Kita hendaklah tidak menjadi pengecut dan lari setelah memperkotak-katikkan anak orang. Walaupon masih rasa berat, kita hendaklah sehabis jujur menjelaskan penipuan kita dari mula sampai akhir. Dan kita jangan expect apa yang kita jelaskan tu dah cukup.

Once a guy had said this to me, 


I caught you in a lie, now it makes me questioning everything you say.


Dan mengikut pengalaman, jika alasan kita menipu adalah untuk menjaga hati, lagi la nampak yang sebenarnya kita tiada niat untuk berhenti main kayu tiga. Walaupon sebenarnya kita hanya lah berkawan-kawan secara liar, namun sesuatu perkara itu menjadi salah bila kita menjadikan ianya rahsia. Of course la kita rahsiakan benda tu sebab kita tau benda tu tak patut buat kan?


Dan satu isu lagi, kita selalu rasa kita bukan menipu, cuma tak cakap. Ini juga salah satu ayat femes para pendusta bijak. Kita tak cakap sebab kita nak simpan rahsia yang minggu lepas kita date dengan ex-schoolmate what so ever, which means kita sedang menipu la jugak kan? So, I don't see any difference here. 

Perasaan setelah kantoi sangat dasyat. Kita akan jadi speechless yang amat sebab mulut ni rasa berat nak mengucapkan setiap kesalahan yang kita dah buat. Sesetengah relationship gagal diselamatkan lepas kantoi ni. 

Namun ada juga relationship yang berjaya diselamatkan. Caranya nampak mudah tapi susah. Kita berjanji untuk takkan ulang lagi dan lepas ni akan sentiasa jujur. Tapi sekuat mana kita untuk memegang janji tu? Dan kita akan mula pikir banyak kali dan mungkin mengulangi cycle yang sama.

Walaubagaimanapon, bak kata omputeh, lightning don't strike the same place twice. Kali pertama, rasa cinta masih utuh. Namun kali kedua mungkin tidak lagi. 


Jadi pendapat aku, selepas kita come clean dengan semuanya, kita mesti berubah sementara diberi peluang. Kita pon tak suka kalau orang tipu kita kan? Kalau partner kita menipu, belum tentu kita boleh bagi peluang yang sama macam yang kita dapat kan? 

But then, do you know why people cheat and lie?

To start all over again, don't cling to the past. Man makes mistakes. But there's always a way to correct our mistakes. 


Get over with regrets because it takes you to no where. The present time is more important since future is not us to see, Que Sera Sera. 




Tak nak buat Fluid

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cerita 1

Sem ini, setiap hari Rabu lepas lab MOM aku and the geng akan menketedarah lunch di Restoran Hajah.Walaupon berminggu-minggu muka aku ada di situ setiap tengah hari Rabu, perbualan antara aku dengan makcik tukang cedok nasik tetap tidak berubah. 

Aku : Makcik, nak nasik suku.

Makcik: Cukup? (Die cedok nasik separuh senduk) 

Aku : Owh..cukup. (Berpuas hati kerana makcik tu paham kehendak pelanggan)

Makcik : Sikitnya..baik tak yah makan! (Ada nada menyindir di situ)

Aku : Diet makcik. (Sengih-sengih lalu blah)

Aku rasa masa aku mintak nasik suku tu, makcik tu letak setengah senduk dengan harapan nak menyindir secara halus. Die expect nanti tengok nasik sejemput tu, aku akan suh die tambah. Padahal secara ikhlas dari hati sanubari, memang aku nak nasik setengah senduk tu. Jadi die bengang plan tak menjadi, die sindir secara kasar. 

Dan salah satu hari daripada hari Rabu yang aku pegi tu, terjadi plak dialog ini antara aku dan makcik kat kaunter bayar.

Makcik : Student? (Bermuka garang tak pernah senyum)

Aku : Aah. (Pendek je jawab sebab malas nak ramah-tamah ngan makcik tu)

Makcik lain yang penyibuk : Haishh...tanya macam tu semua orang mengaku student. (Batu api yang menambah minyak)

FYI, Restoran Hajah ini jual murah kat student. Terus lepas tu aku sengaja sarung kad matrik bila pegi kedai tu padahal dalam Uniten harem nak pakai.

Pegi makan tempat lain pon sama je. Kalau aku order nasik separuh, yang datang macam nasik penuh. Tu pon aku order separuh sebab nak bagi Boyfie separuh dari separuh tu. Kalau aku order nasik suku, yang datang konpem lagi haru-biru. 

Isunya, kenapa la orang tak nak bagi aku makan nasik suku??? Sekarang, aku prefer pegi tapau kat kedai yang aku boleh cedok nasik sendiri. Setel hal.

Cerita 2

Rumah aku kat Sungai Petani ade 2 toilet. Toilet dalam bilik luas sikit. Toilet belakang kecik sikit. Satu hari ayah aku sakit perut. Die langsung bergegas ke toilet belakang yang lebih jauh 20 tapak dari toilet dalam bilik. Plus die memang berada dalm bilik ketika kejadian.

Lalu lepas die kuar, terjadi lah perbualan ini.

Aku : Papa, awat papa pi toilet belakang? Dalam bilik kan lagi dekat. (Puzzle)

Papa : Toilet dalam bilik tu luas. Rasa pelik nak berak.

Aku : .... (Still puzzle)

Weekend ni aku duk umah sorang-sorang. Semalam aku sakit perut yang amat, terus meluru ke toilet lalu menutup pintu. Semasa beriadah di dalam toilet itu, aku terpikir kenapa aku tutup pintu padahal memang takde orang kat rumah. Padahal kalau nak elak air terpercik kat luar, sape malaun sangat nak simbah air ke luar dengan dasyatnya kan? Jadi konklusinya, teori papa dibuktikan benar. Manusia memang tak suka sempit-sempit kecuali ketika berak. HaHa.

Cerita 3

Hari ni aku tengok Breaking Dawn part 1. Di tengah-tengah cerita ketika aku sedang asik tengok, rupanya Boyfie tertidur!! Ok fine..cerita Twilight kali ni memang 180 degree tahap keseronokannya. Hanya Twilight die hard fans saja yang in denial tetap mengatakan Breaking Dawn ni best. Jadi jika korang bukan peminat setia, sila jangan tengok. Aku sebagai Twilight fan dah letih meng-explain kat Boyfie ke-significant-an cerita itu begitu lembab kali ini supaya Boyfie berpandangan positif dan sudi teman tengok lagi part 2 nanti. Haishh... 

Cerita 4

Aku beli set kusyen best untuk kereta. Boyfie cakap nape beli untuk belakang jugak padahal takde orang duduk pon. Aku cakap sebab saja nak matching ngan yang depan. HaHa. Sarung stereng pon dah beli. Lepas ni tak payah komplen lagi stereng berasap bila parking kat tempat panas. Tapi Boyfie tak suke drive sambil duduk atas kusyen. Die cakap perut die tersangkut kat stereng. HaHaHa. Muncit =)

Terima kasih kepada Boyfriend yang dicintai dan dirindui sentiasa kerana sudi dating walaupon awak letih. Awak memang terbaikkkkkkkk!!! Saya memang tak larat nak list semua kebaikan awak di sini.



 1437 sweetheart



Muka bahagia serasi bersama (^_^)


Itu saja kali ini. Gudnite peeps.



Cinta Yang Membawa Masalah

Cinta dalam dunia, banyak jenisnya.
Cinta dalam dunia,banyak madunya.
Namun cinta dalam dunia, ada pahitnya.

Cinta kepada Tuhan, cinta yang terpuji.
Cinta kepada ibu, cinta yang tiada berganti.
Cinta kepada kekasih, cinta yang dicintai.
Cinta kepada mimpi, cinta yang tersembunyi.
Cinta kepada mimpi juga adalah cinta yang tak pasti.

Kita selalu mengeluh jika terjatuh.
Kita selalu berduka jika terluka.
Kita bingung jika bermasalah.
Kita rimas kerana hati selalu berbelah.
Namun kita sendiri sudi menjatuhkan diri, melukakan hati.
Kerana kita sendiri sudi mencintai mimpi.

Dia dianggap kekasih hati.
Ditempatkan di sudut mimpi.
Kita sebenarnya tahu jelas dan nyata.
Dia hanyalah kekasih khayalan jiwa.

Cinta tak sepatutnya membawa masalah.
Cinta tak sepatutnya membawa bencana.
Cinta sepatutnya memberi semangat.
Cinta sepatutnya peneman di kala gelora.

Tapi ada cinta yang bermasalah.
Cinta bertepuk sebelah tangan.
Cinta yang sudah terang tidak berbalas.
Hanya kita yang masih berpaut.
Pada ilusi cinta yang karut.

Memang baik jika mencintai.
Alangkah baik jika dicintai.
Masa terhabis mengulit mimpi. 
Tanpa disedar menghambarkan emosi.
Kita pasrah kerana cinta hadir sukar ditolak.

Cinta yang membuatkan kita lemah.
Cinta yang membuatkan kita tak tentu arah.
Cinta yang mengucar-kacirkan jiwa.
Cinta yang mendera emosi.
Cinta ini, cinta yang jahat. 
Cinta ini, cinta yang kejam.
Cinta ini, cinta yang zalim.

Cinta yang menenteramkan jiwa.
Cinta yang mengawal marah.
Cinta yang menghilangkan dendam.
Cinta yang merapatkan kita dengan Tuhan.
Cinta ini, cinta yang adil.
Cinta ini, cinta yang baik.
Cinta ini, cinta yang kekal.
Cinta ini cinta yang bermasa depan.

Kata janji mudah dilafaz.
Namun janji mudah dimungkiri.
Cinta itu subjektif.
Lain orang, lain cintanya.
Kita tak suka cinta yang bermasalah.
Namun ada antara kita tetap memilih cinta yang salah.
Kerana cinta yang salah itu sememangnya meragut logik.
Dan kita tak nampak jalan yang lain.
Selain hanyut dalam kemerepekan.
Dan sedih, kita tidak terdetik untuk berpatah balik.

_______________________________________________________________________________

Aku terkedu melihat dunia. Aku ingat cinta hanya satu. Rupanya setiap manusia ada cinta yang berlainan. Tak mungkin sama. Hanya yang mencinta dan dicintai mempunyai kisah cinta yang sama.





Teater Badai Semalam namun ini bukan review.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam iaitu tanggal 17 November 2011, aku berkesempatan pegi tengok teater di Istana Budaya atas undangan khas classmates aku yang bernama Mimi. Berpadanan dengan tiket yang aku beli berharga RM 30, maka seat yang aku dapat adalah nun di atas kayangan. Tiket bajet ini menempatkan aku di tingkat 3, jauhnya dari pentas sehingga aku tak nampak muka pelakon tu. Takpe la...pengalaman pertama tengok teater. Macam jakun sket la. HaHa.

Sinopsis cerita ni boleh baca kat laman web Istana Budaya or korang baca aje mana yang dapat kat Google. Aku rasa genre die drama. Maybe sebab aku duduk atas sangat, jadi macam tak menghayati sangat. Tapi si Mimi yang duk sebelah aku lagi la expressionless. Time lawak pon die tak gelak. At least aku tersengih la jugak. Sorang lagi tu tak yang citer la. Bergegau kerusi. HaHa.

Bagi aku not bad la.. Just aku memang tak prefer genre drama. I think I would go for another theater again with Mr. D and then just go to the cinema. Yela..aku memang suke tengok citer yang lebih mengarut-ngarut, citer vampire, citer mistik dan yang ade super power. Nak paksa manja Mr. D balik tengok Breaking Dawn ngan aku next weekend. Ngeh Ngeh Ngeh =)

So, yang best nya pasal pegi Istana Budaya ni mesti lah bergambau. Kiri kana orang tangkap gambar, jadi tak perlu segan nak posing lentok macam mana pon. Pastu lepas abis pementasan, boleh jumpe Aaron Aziz and bergambar ngan die. Excited aku tengok pakcik tu. Masa watak die kuar je, semua orang tepuk tangan kuat. Termasuk lah aku! HaHa. Mesti mama jeles bangat aku dapat tangkap gambar Aaron Aziz. Mama cakap die suke pakcik tu sebab comel. Comel ape ke benda nya? Handsome kot.

Maka, ini lah hasil tangkapan di Istana Budaya yang korang tunggu-tunggu tu. Yeke? Sket la kan? HaHa. Layan je la...

Snap satu pic sebelum gerak. Hentam saja pakai ape yang ada dalam wardrobe. Benti makan kat kedai, terasa macam out of place >..<


Ini buktinya memang aku pegi tengok Badai Semalam kat Istana Budaya. Jangan tertipudek skrin yang besar tu. Nanti die dah angkat skrin tu, nampak semua benda besar semut je.


Tunggu lama sangat, cam whoring dulu. Sebelah kanan aku tu la Mimi. Thanks kepada parents Mimi yang sudi antar kitorang pegi ke sinun. Parents die dah tengok awal-awal dah. Cerita novel masa Form 4 katanya.


Jurugambar adalah Mimi. Excited nak tayang tiket keras tu. HaHa. Tiket ni boleh beli online kat Ticket2u.biz tapi sekarang tayangan die dh nak abis. So tak leh beli situ dah. Kena pegi kat kaunter tiket Istana Budaya.


 Snam gambar ngan Mimi plak. Photographer Ecah. Mimi ayu pakai baju kurung. Aku punya dress up macam nak pegi clubbing. 


 
Masa kat dalam teater orang tu suruh off phone. So masa break 15 minit, aku kol la Mr. D. Henpon Nokia wat hal tak leh nak start. Seb baik bawak yang Sony tu. Tapi sekarang Nokia dah ok. Rupanya just kena hard reset je. Data yang hilang pon just yang dalam phone memory. Sekarang macam mana pon kita google dulu sebelum terpikir nak antar kedai. Kalau boleh buat sendiri kan free aje.


Ni lepas gayut. Nak makan kudap-kudap, rasa bersalah plak. So ini je la yang aku tau untuk memenuhi masa lapang. HAHA.


Dan ini lah gambar Aaron Aziz yang aku dapat tangkap. HAHA. Kalau ikut hati, sanggup beratur panjang. Tapi dah namanya pon menumpang. Tak leh bertindak di luar batasan. Takpe...bila-bila boleh jumpe lagi Aaron Aziz. @_@

Btw, akak tudung pelangi dalam gambar di atas berjaya bergambar dengan Aaron Aziz woo...Aku perasan die kuar awal, mesti sebab nak standby kat depan sekali. Huh. Jeles ai. 



Paris Hilton BFF

People say, when you have nothing nice to say, don't say anything at all. But you don't need to pretend in front of others like you care about your manners and so on. Just be moderate. I get it when you want to maintain your perfect profile outside. But what's the point of hiding the real you now and later being found out in more tragic way? You have been granted the freedom in speech. 

When I wrote this, I came up into a conclusion. Those people who treat me nicely have a bright place in my heart. When I meet them, I feel happy and blessed. And when they are lost at the end of the road, I will take their hand and walk with them. If I cannot lead them back to the right path and we are stranded there, at least I keep them company. Simply because those people see the bright side of me. 

Today, a friend of mine suddenly realized that I'm not that good person with manners. The friend was a little bit shocked. And to that friend, you should be glad that you are now not a stranger to me. 

When I said, I wanted to make friends, I really meant it - not a teman tapi mesra or scandal or spare part or what so ever. And for that only purpose, do I have to gedik-gedik? A big NOOOOOOOOOOOOOOO! 

Correct me if I'm wrong guys.


This cat serves a purpose to chill this entry. If you happen to find this cat is so out of place, you are just not a cat lover like me. Poor those cats, I still can't see their bright side which is supposed to be adorable. 



Famous Amos Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni terasa hidup sungguh bermakna kerana aku kembali membuat kuih. Walaupon tulang belakang rasa sengal-sengal, tapi boleh la membuahkan hasil jugak. Semalam aku google resepi dan terjumpa satu yang di-claimed kan sebagai resepi original Famous Amos Chocolate Chip Cookies. Tak tau lah betul or tak. Tapi no harm cuba. Tengok komen kat bawah pon macam banyak yang cakap sedap, 90% menghampiri Famous Amos punya. Aku follow sejibik resipi ni. Untuk makan cikai-cikai kat rumah, better separuhkan semua sukatan. Boleh dapat 1 tin Dumex 2kg.


Bahan-bahan:

2 cups of butter
4 cups of flour
2 tsp of baking soda
2 cups of granulated sugar
2 cups of brown sugar
5 cups of blended oatmeal (measure the oatmeal and blend to a fine powder) or can be substitute with desiccated coconut
680 grams of chocolate chips
1 tsp of salts
510 grams of Cadburry bar (grated)
4 eggs
2 tsp. of baking powder
3 cups of chopped nuts (your choice, favourable pecans)
2 tsp of Vanilla



Sekarang, takat tenung-tenung je bahan die ni tak menjadi kuih korang. Cenggini nak buat die. Aku takde hand mixer pon. So sesaper yang ada tenaga batin terpendam tu dialu-alukan mencuba. Famous Amos 100 gram dah RM 9. Kalau beli barang-barang ni kat Yummies, modal dalam RM20++ dah boleh dapat banyak =)

Cara-cara membuat:


Pukul butter, gula putih dan gula perang sampai kembang. Sesaper yang follow aku pakai senduk kayu je, sila lah guna kekuatan kaki untuk memegang mangkuk besar ni dan gunakan kedua belah tangan anda untuk memutar. Kalau butter campur gula putih je, suppose bila dah kembang die jadi warna putih. Hmm...campur skali gula merah ni aku rasa dia jadi kaler light yellow. Alaaa...nanti korang buat, korang tengok pon dah tau die kembang bam bam dah.





Campurkan telur dan esen vanilla. Suppose kaler die berubah menjadi lebih kuning dan adunan menjadi cair sket. Aku tak sure plak pantang-larang nak letak telur ni. Aku pecah je semua dalam satu mangkuk then tuang. Aku buat half adunan je. 



Kemudian masukkan tepung, oat atau kelapa parut, garam, baking powder dan baking soda. Abaikan yang hitam-hitam tu. Al-kisahnye aku terlupa nak ambik gambau lepas gaul-gaul semua bahan tu dengan sebati. Teksture die akan jadi kasar sket sebab ade aku pakai kelapa parut. Ade je oat kat Yummies, tapi aku memang pemalas nak blend kering oat tu. Tapi resepi asal pakai oat ye. Rajin-rajin kan lah diri korang untuk blend oat tu. Alaaa..senang je, bukan blend pakai gigi pon.



Kemudian baru lah masukkan chocolate chips dan Cadburry. Carburry tu parut ye. Bukan cairkan. Aku takde tempat parut tu. So aku hiris-hiris je pakai pisau. Dah namanya pemalas, kasar je aku potong. Lagi halus lagi better. Sebab Cadburry tu takkan fully cair masa bake. So kalau gedabak sangat, liat nanti cookies korang.



Dan ini lah hasilnya lepas gaul-gaul semua bahan dengan sebati. Oh ye...teksture die memang lembik ek. Jangan memandai nak tambah tepung. Yakin lah ape yang anda buat tu betul. Die memang sejak azali begini.



Ok, untuk letak dalam loyang bakar, pakai dua sudu kecik untuk gentel-gentel sama saiz. Actually, nak pakai tangan pon boleh. Tapi kalau tak nak serabut, pakai la sudu macam aku buat ni. Sekarang aku dah paham kenapa bentuk Famous Amos tak simetri. Memang cenggini lah yang aku dapat. Jarak antara cookies ni 2 inches ok. Sebab die bapak la mengembang tym baking. 


Dan lagi satu nak kene achtung, saiz sebijik cookies dalam loyang ini ialah 50sen syiling. Bila aku try buat kecik-kecik, hangus dowh. Tapi kalau korang pandai adjust masa dan temperature tak pe la. Untuk bakar dalam suhu 190 degree C selama 10 minit, buat besar-besar ye.  Dan jangan penyetkan die. Sebab nanti korang punye kuih nipis sangat plak.




So lepas kuar over, ini lah rupanya. Aku tau langsung tak serupa dengan Famous Amos.  Kaler plak lain-lain version. Berdasarkan pengalaman buat ni tadi, maybe sebab saiz aku gentel yang tak consistent. So ingat, Kalau terlebih besar, tak masak. Kalau halus sangat, hangus hitam. 3 tray aku buang sebab ala-ala nigga gitu. HaHa. 




Pengajaran yang aku dapat, patut la mahal beli kat kedai. Untuk half dough ni pon pakai satu setengah bar Cadburry chocs. Kalau korang nak substitute coklat masakan cikai-cikai, aku tak jamin ye. 

Chocolate chips aku pakai tak cukup sebenarnya. Plus aku cari pecans kat Yummies takde. Tak berani nak cuba nut lain. Tapi suka hati korang la nak letak ape pon. Cosmetic je tu. Hmm...itu saje kot. Sape berminat nak try, selamat mencuba =)