Why oh why? Kenapa jarak seringkali dijadikan alasan kepada punca retaknya sebuah perhubungan. Mungkinkah selama ini kita bertanggapan bahawa cinta hati kita itu fungsinya tukang tapau makanan, tukang teman tengok movie, tukang driver yang antar dan ambik kita dari stesen bas? Mungkin juga kita sudah terbiasa dengan keadaan itu dan tanpa disedari kita sudah tidak boleh mengurus diri sendiri tanpa menyusahkan orang.
Jarak menjadi masalah kepada golongan yang tidak boleh tidak ditemani. Cinta itu bukan memiliki. Kita tidak punya hak untuk menahan cinta hati dari pergi memenuhi cita-cita sendiri. Kita tidak pernah punya hak untuk mementingkan diri sendiri dalam perhubungan. Apakah kita lupa pada perkongsian yang dipersetujui? Separuh hatinya untuk kita, separuh lagi untuk seluruh yang lain selain kita.
Kita tidak berkongsi dengan sesiapa bahagian kita. Jadi kenapa kita nak pertikai separuh lagi yang dikongsi sejuta benda? Bila dia pergi jauh, kita rasa dia buang kita. Bila dia tak telefon, kita rasa dia dah lupakan kita. Bila dia tak ambil kisah, kita rasa dia dah tak menyinta. Semua ini mitos bullshit!
Jarak menyebabkan kita mudah mengukur dan berkira. Pegi dua bulan, balik dua hari. Bila balik, sehari ada hal. Tinggal sehari untuk kita. Kita rasa tidak adil dan mula berkira-kira. Sebenarnya bukan kuantiti yang patut dirisaukan. Tapi kualiti masa yang diluangkan bersama-sama. Tapi kita selalu tamak kan?
Dan mereka yang sepi itu sentiasa menyalahkan jarak. Padahal mereka malu mengaku yang memang mereka kecundang dengan pelawaan yang lain. Adakah mereka yakin, jika tiada istilah jarak ini, mereka tidak curang?? Sungguh hipokrit. Tiada hubungan yang pernah tewas kerana jauhnya mata. Hakikatnya berlambak yang berpisah kerana jauhnya hati.
Dua hati umpama magnet. Umpama kutub selatan di hujung sana, kutub utara di hujung sini. Jauhnya separuh lilitan bumi namun tidak pernah berhenti tertarik. Jadi kenapa sekarang jarak jauh itu menjadi masalah? Adakah manusia semakin ortodox hingga tak kenal smartphone dan skype? Atau sekurangnya Yahoo Mesenger?
Walau bagaimanapon, sesuatu itu memang memakan masa untuk terbiasa. Setahun pertama bercinta, memang kita tak biasa tanpa dia. Tapi kita harus belajar berdikari. Kerana kita pon tak sentiasa ada di sisi dia. Bila berjauhan, janganlah mendesak. Cubalah memahami.
Haishhh...cinta itu unik. Walaupon semua orang tahu lumrahnya cinta itu membahagiakan, sayangnya tak semua orang tahu betapa lapangnya dada jika di cuping telinga dengar dia berkata I Miss You lalu gagang diletakkan setelah kita berkata I Miss You Too.
4 comments:
i miss u bebeh!!
hee...mishu too =)
Wow mun, boleh dikatakan 3 articles berturut-turut pasal relationship yg mun post. i bet mun mesti ade bnyak lg. Dh tiba masanya utk buat tag baru," relationship for dummies" no?
uish..tu nanti kena saman copyright plak. haha. just an idea yg tetiba datang. perasan jgk mcm topik yg satu genre kebelakangan ni. haha...sila sabar melayan dehe =)
Post a Comment