Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ehem....ini adalah contoh karangan bahasa Melayu pasar yang tidak sepatutnya dicontohi oleh remaja belasan tahun yang masih dibelenggu cara-cara membuat karangan yang gebu dan mantap.
Ramai gadis lebih cenderung untuk menempek muka di skrin laptop setiap hari daripada menempek muka di buku Mc GrawHill. Kenapa? Jika ditanya para jejaka normal, sudah tentu mereka akan menjawab para gadis ini mempunyai sindrom suka berangan. Jika ditanya pula kepada para jejaka tidak normal, mereka tidak akan pernah menjawab soalan itu.
Kenapa?
Ya....kerana mereka hanya akan menyampaikan bisikan-bisikan tentang cerita Korea yang lebih menarik untuk ditengok.
Tanggapan bahawa para gadis tergila-gilakan cerita Korea kerana kehenseman dan kekacakan pelakon lelakinya adalah kurang benar sama sekali.
Ada sesiapa yang tidak setuju??
Jika anda tidak setuju, anda berada dalam denial mode. Rupanya selama ini anda hanya berada dalam kegelapan. Teruskan membaca untuk mendapat sedikit lampu lilin yang malap-malap.
Sebenarnya, bukan rupa yang menjadi ukuran. Tapi, baju yang mengikut ukuran badan yang menjadi pujaan hati. Para gadis, setuju kah anda bahawa baju-baju yang dipakai pelakon Korea sangat domo domo ohsem??
Dress up mereka sangat stylish dan macam custom made untuk sekor-sekor. Sebabnya aku jalan-jalan kat Malaysia ni macam tak jumpa pon orang pakai baju cenggitu. Maksud aku baju-baju pelakon Korea tidak menggunakan mix and match concept. Ini memang seketul baju tu cun.
Kalau tak caya sila tengok gambar-gambar ni. Baju-baju ni macam takde jual je kat kedai kan?
Kalau tak caya sila tengok gambar-gambar ni. Baju-baju ni macam takde jual je kat kedai kan?
Kemeja yang sangat stylo milo. Sesuai untuk badan sedap-sedap.
Ok. Tak nak explain. Sudah terang dong @_@
Tutup mata kanan cepat!!!!! HeHe =)
Winter Jacke yang direka dengan gigih oleh designer. Dengan spec hitam lagi @_@
Winter Jacke bulu-bulu yang nampak macam murahan beli kat Ha Und Em tapi aku rasa ohsem. HeHe.
Sut yang cantik.......
Dari belakang macam ni.......
Banyak lagi sebenarnya..tak larat nak Google. Kredit kat tuan nya ek.
Jadi memang kami para gadis tidak memandang rupa. Seyes! Kami para gadis tak kenal pon sape ntah mamat-mamat ni. Bhahahahahaha :D
Jika anda masih dalam denial mode, tak mengapa. Anda silalah bertapa 7 hari 7 malam dalam terowong Smart.
Ouh..lupa nak cakap. Aku baru je abis tengok cerita Flower Boy Ramyun Shop. Banyak kali aku gelak sorang-soranG. HaHa. Kisah ala-ala romantic comedy yang banyak flirting. Homai...fainted.
Kesimpulannya, kami para gadis suka tengok cerita Korea kerana:
- Dress up yang cantik.
- Pelakon Korea tall, fair and handsome.
- Storyline yang best.
HeHe (^^,)
Tapi kenapa pula ada para jejaka yang turut meminati cerita korea??
8 comments:
lelaki suka tgk cerita korea sbb heroin yg comel...haha
suke tengok citer korea of-coarse sebab lelaki-nya jual muka. ooops, aku jua terpikat :))
man...lelaki juga ada sindrom suka berangan la. haha =)
repunzel...aishh...tengok satu episod, tak tido malam seminggu. haha. citer tu dah abis sebulan pon masih terkenang2 lagi (^^,)
haha..mmglah, laki pn same je cam perempuan..ade jenis yg kuat berangan..haha
den x suko tgk cite korea..den suko tgk ustazah pilihan..weeeeeee...
yela tu...jge anak baik2. susukan diorang hari2 ye. nnti mati plak yg lain2. jadi lah bapa mithali. ada paham? bagus2.
paham bosh!
Knape jejaka suka tgok cite korea? Sebab suka dok berangan nk jadi mcm hero dlm cite tu kot, walaupun duk kata hero korea lembik, pondan dan sebagainya
Post a Comment