Orang cakap kahwin ni bermaksud komitmen. Kalau tak nak commit, tak payah kahwin. Semua orang memang ambik masa sikit nak adjust lifestyle. Sebelum kahwin kita agak free nak buat apa, pergi mana and so on, lepas kahwin tidak lagi. Semuanya mesti dibincangkan dan mendapat persetujuan dua pihak. Kali ni aku nak list down lima perkara yang dulu lain, sekarang lain untuk senang nak bagi orang paham apa itu komitmen.
- Dulu mengidam iPhone, usaha kumpul duit untuk beli. Sekarang duit dah cukup pon pikir lapan belas kali sebelum beli. Duit tiga ribu ni baik simpan untuk renovate rumah, beli perabot or appliances lain. Dalam erti kata lain, dulu cita-cita kecik, sekarang lagi besar. Dulu nak ada kete je, sekarang nak ada rumah sendiri, dah beli condo nak beli landed house pulak. Gaji tak banyak, resign, tukar keje or totally bidang lain yang boleh buat duit lagi banyak. Dah start pikir masa depan, lima tahun lagi nak jadi apa.
- Dulu awal bulan terus belanja untuk diri sendiri like beli baju baru, pergi spa. Sekarang belanja untuk diri sendiri tu letak last sekali kot ada duit lebih. Before belanja untuk diri sendiri, utamakan belanja untuk sama-sama. Contohnya bayar sewa rumah, bil api air, bil internet, installment rumah sendiri..bukan sama-sama tengok wayang okay. Quota belanja untuk diri sendiri tu dah habis kat installment kereta. Hahaha.
- Dulu cuti panjang je, konpem dah destinasi tu ialah kampung halaman tercinta, balik jenguk mak ayah, jiran tetangga dan kucing kat rumah. Sekarang belum tentu lagi nak balik mana, tiba-tiba ada banyak tempat wajib pergi...kampung sendiri, rumah mertua, rumah pakcik belah ayah sendiri, rumah paklong belah mak sendiri, rumah makngah belah mak mertua, rumah maksu belah ayah mertua, rumah nenek, rumah atuk dan sebagainya. Soalan paling glamer kalau gather, "Bila nak datang rumah, ala...bukan jauh pon. Balik hari pon boleh."
- Dulu kawan ajak lepak, salin baju, start kete, jalan. Sekarang kawan ajak lepak, tengok husband kat sebelah, dalam hati terdetik "Takkan nak tinggal dia sorang-sorang." Kita pon tak nak dia tinggal kita kan. So selalunya kena ambik pakej, ajak husband, wife ikut sekali. Hehe. Kadang-kadang tu boleh la buat pengecualian. Gossip time with best friends ke, ini cari gaduh kalau bawak husband sekali. Muahahaha.
- Dulu nak jaga makan senang. Nak diet, kurangkan makan, jangan masak, jangan pegi kedai. Sekarang kalau sorang tak nak makan, sorang lagi nak, still kena masak or pegi tapau. Actually bukan tak nak makan, tapi bertahan. Dah nampak lauk depan mata, gila tak makan. Nak masak pon takkan seketul peha je nak buat. Periuk nasik pon kalau masak satu pot, separuh tu jadi kerak. Jadi semua kena masak lebih la. Abis tu, camne nak diet bagai. Macam badan aku ni kurangkan makan pon tak jalan. Kena tak makan baru reti nak kurus.
Ha...ini baru kahwin tujuh bulan. Lain ye masa kapel dengan sekarang. Masa kapel memang la ada share benda, tapi lepas kahwin, everything is zerious bizness. Masa kapel pon ape je share...tiket wayang, karaoke dan segala kos berjimba lain. Pui! Dah kahwin ni banyak belajar. Tak boleh ikut kepala sendiri, lepas buat salah kena minta maaf. Bila marah, diam. Diam sampai esok pon takpe, janji jangan keluar kata-kata yang menyakitkan hati. Aku pon masih belajar. Maklum la, dulu pikir diri sendiri je. Sekarang kena pikir untuk kebaikan bersama, kena tolerate, give and take. Kena tahu apa itu erti adil dan saksama, tahu ikut giliran, tak boleh makan sorang. Paham?
1 comment:
Paham puan!!!
Post a Comment