Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Pedas

Mr. D tengah berusaha untuk berhenti merokok. Paling mencabar tu lepas makan. Ada hari lepas makan dia tak merokok, ada hari kena jugak sebatang. Aku pelik jadi aku pon tanya.


Aku: Kenapa hari ni tak boleh tahan? Hari tu boleh.

Dia: Lepas makan pedas ni tak boleh tahan la. Kena merokok jugak.

Aku: Owhhhh....lepas ni tak nak masak pedas dah. Makan sup je.

Dia: Alaaaa...jangan la. B suke pedas.

Aku: Arghh...takde.


Hmm....padahal masak sambal la paling senang dalam dunia. 



Kenapa dia makan banyak pon body maintain?

Aku memang fully utilize Google untuk tanya benda-benda yang aku tak puas hati. 

Kenapa belly fat susah nak hilang? 
Kenapa badan naik kejap je kalau tak senam?
Kenapa ada orang makan banyak tapi badan tak naik?

Kenapa oh kenapa...sigh.

So hasil yang aku google ialah secara amnya, ada tiga jenis bentuk badan manusia. Nak tentukan kita dapat mana satu, itu ikut genetik yang kita tak boleh ubah. Yang kita leh buat ialah belajar terima hakikat and live with your bodies. 

It is either you're an Ectomorph, the classic hard gainer, a Mesomorph, the body builder, or an Endomorph, which is the fat guy. 


Credit to source
Ciri-ciri Ectomorph:
  • Frame badan kecik
  • Flat chest, no boobs
  • Small shoulders
  • Kurus, nampak tinggi
  • Lean muscle mass
  • Berat payah naik, lemak or muscle maintain
  • Metabolic rate tinggi
Ciri-ciri Mesomorph:
  • Athletic
  • Well defined muscles, pendek kata sado lah
  • Nampak tegap, gagah perkasa
  • Senang bina otot
  • Senang jugak bina lemak, compared to Ectomorph
Ciri-ciri Endomorph:
  • Badan bulat, tekstur lembik
  • Senang bina otot, senang-lenang bina lemak
  • Selalunya nampak pendek
  • Badan lebar, fizikal bulat
  • Muscles not well defined
  • Lemak memang degil dan bebal
  • Senang naik badan
  • Metabolism lembap

Aku baca explaination tu sekali lalu, tak payah pikir empat hari dah tahu body type yang mana. 

Badan bulat dan lembik - betul, perut boleh buat emoticon.
Senang bina otot - tak perasan plak.
Senang-lenang bina lemak - ohoiiii...ni macam buku bertemu ruas, bagai aur dengan tebing, air dicincang takkan putus!
Nampak pendek - tak pernah lagi orang cakap aku pendek.
Badan lebar dan bulat - betul kedua-duanya.
Muscle not well defined - betul jugak, kecuali betis aku yang macam ahli maraton gara-gara stepper dulu.
Lemak degil dan bebal - ini tepat sekali, rasa kalau buat tummy tuck baru setel.
Senang naik badan - tak payah citer panjang.
Metabolism lembap - ini pon buat sakit hati je.

Pendek kata, orang Endomorph ni low carbohydrate tolerance. So, diet Atkins tu memang gu sangat-sangat laa. Kalau Ectomorph, lebih makan carb, cepat-cepat dia bakar. Yang kita ni, ada je extra carb, memang nahas. Even makan tak sebanyak orang lain pon, kalau tak aktif, nangis la kau kat tepi bila berat naik. Jeles kan dengan orang yang boleh menikmati buffet mahal sesuka hati.

Dulu ada orang post kat Facebook pasal dilema orang kurus. Salah satunya susah nak cari baju.

Reaksi aku? Huh! Tak payah nak dilema sangat laaaa...



Tips untuk tertido tiba-tiba

Ohoi..happy new year!

Tahun ni malas dah nak buat resolutions sebab memanjang tak complete. Plus, tahun ni just nak kuruskan badan dan kumpul duit kawen. Haa..simple tak simple sangat la resolutions aku. 

Kali ni nak blog pasal penemuan baru. Lepas grad ni aku dah takde keje kan, so malam memang jadi burung hantu. Tido pas subuh, bangun plak dah boleh lunch. Makanya agak risau dengan tabiat ni memandangkan nanti kalau keje, tunggang-langgang hidup. Jadi aku dah start prektis tido awal at least before 2 am. 

Hari tu, pusing-pusing mata ni tak nak jugak lelap. Main Candy Crush, Odus aku asik jatuh  then habis life begitu je. Tensen aih. Odus tu plak masa nak jatuh tu kan terkinja-kinja bikin panas. Tapi Mr. D lagi lawak..haha. Boleh plak bila dia tengok contohnya kaler biru tu kritikal, mangkuk Odus tu dah senget habis dah, dia pegi jalan yang biru jugak. Psiko. Tapi habis la dia main dua hari. Nyampah.

Kisahnya, akhir sekali Mr. D suggest tengok youtube pasal 'How to fall asleep fast'. Aku pon follow and interested dengan satu video insomnia hypnosis. Yang aku bukak tu duration dalam 12 minit lebih. Ada banyak lagi, tapi yang ni macam tak terlalu pendek and tak terlalu panjang. Ni kat bawah ni.



Awal-awal video tu memang dia dah cakap jangan tengok masa driving or buat keje yang kau memang kena sedar. Cehhh..skeptikal aku. Takpe..layankan lagi. Then dia siap cakap, by the end of this video, you will fall asleep. Yela tu.

Tapi aku nak try jugak la. Aku follow instruction. Tak habis-habis suh relax everything, you deserve this bla bla bla. Imagine relax tu dari kepala turun ke tapak kaki. Lepas tu bayang ada kat pantai. Aku pon imagine la pantai kan...cantik kemain pantai aku.

Last sekali, tak sempat snorkeling ke naik banana boat ke, aku terus terlelap. Macam tu je. As simple as that! Vodo. Aku kononnya nak challenge la yang aku boleh stay sampai video tu habis. Pastu esoknya bila aku terjaga, siap dia tulis kat ending video tu 'Please like and subscribe when you wake up.'

Cehh. Tetap tak nak ngaku kalah. Aku tak like, aku tak subscribe.

Sape-sape yang tak leh tido tu sila lah try. Tengok tahap keberkesanan hypnosis ni. Seram plak. Macam ada jin jampi-jampi kat sebelah.

Scary.



Contact lense untuk astigmatism a.k.a rabun silau

Disebabkan aku tengah rimas dengan spec mata ni, maka aku nak cerita sket pasal astigmatism a.k.a rabun silau. Rupanya ramai jugak yang ada rabun silau teruk. Definisi teruk untuk rabun silau adalah sangat berbeza dengan rabun jauh atau dekat. Jika korang ada rabun silau lebih daripada 200, maka itu sudah teruk. 

Kenapa ianya teruk?

Well, ini bukanlah post dari seorang pakar mata tapi ini adalah melalui pengalaman. Rabun silau ni disebabkan oleh bentuk kornea yang camca merba instead of bulat kejung. So, kalau rabun jauh, means benda jauh blur. Kalau rabun dekat, means benda dekat la yang blur. Tapi kalau korang rabun silau, dekat atau jauh sama jer. Iaitu dedua blur! Haha..hebat tak?

So kalau pergi kedai spec biasa-biasa, mostly diorang akan cakap rabun silau power lebih 200 tak boleh pakai contact lense. Itu tidak benar sama sekali! Aku pon first time memberanikan diri masuk kedai nak tanya pasal lense ni, keluar dengan hampa jer. Padahal diorang yang tak cukup info or malas nak explain or nampak aku selekeh macam budak maka.....malas nak explain.

Power aku roughly kiri dan kanan 500 tambah tolak. Selain tu aku ada rabun jauh 200 tambah tolak. Second time aku memberanikan diri masuk kedai spec England Optical untuk tanya lagi. Tapi ni pon sebab Mr. D encourage memandangkan aku dah makin tak nampak dan degil tak nak pakai spec, or actually dia rasa aku buruk pakai spec?

Hmm...esok aku akan tanya.

So, orang England Optical tu cakap sebenarnya aku BOLEH pakai lense! Tapi bukan lense biasa yang dijual over the counter tu. Lense aku haruslah di-manufactured custom made. Ok. Sila abaikan bahasa tak ketahuan ni. Sebab aku nak emphasize benda tu, so bahasa rojak macam memberi impak terbaek. Yeke?

Dear my comrades, korang pon boleh ye nak pakai lense. Jangan tertipu dengan aunty kedai spec biasa. Tapi jangan eksaited dulu. Lense yang aku pakai ni bukan soft lense biasa, tapi soft toric lense. Perbezaan obvious yang korang boleh nampak or rasa bila pegang ialah:
  1. Toric lense lagi tebal dan keras. Sebab lense ni suppose untuk betulkan contour kornea. Kalau lense biasa, pelepap je dalam mata, dia terus ikut bentuk mata. So no point la kalau toric lense ni pelepap ikut bentuk mata. Maka, ianya hendaklah keras sket untuk resist contour mata.
  2. Toric lense lebih kebiru-biruan. Mungkin sebab dia lagi tebal.
  3. Toric lense tebal di satu bahagian dan nipis di bahagian yang lain. Nipis pon masih tebal berbanding yang biasa. Perbezaan ketebalan toric lense sangat la obvious. Masa nak pakai, yang tebal tu adjust supaya berada di bawah. Kalau tak nak adjust pon takpe, nanti dia terpusing sendiri. In case dia tak pusing, korang kena pusingkan. Sebab vision akan blur kalau kedudukan tidak tepat. 
Namun, ada berita buruk yang ingin aku sampaikan jugak. Maka bersedialah!
  1. Toric lense TIDAK BOLEH dibuat berkaler-kaler. So, kalau bercita-cita nak hazel ke kelabu asap ke, mintak maap lah yer. Jadi, aku membuat konklusi bahawa lense kaler-kaler yang bersepah jual tu sebenarnya telah mengabaikan power rabun silau. Memandangkan mostly rabun silau ni minor je, maka tanpa meng-consider silau, diorang still boleh nampak.
  2. Jangka hayat standard toric lense ialah setahun. Tapi kalau pandai jaga, boleh la nak lajak setahun lebih. Selalu yang dah experience macam aku..ehem..dah boleh detect ketidakselesaan lense aku tu sebulan sebelum masa wajib tukar. Aha...camne tu? Kalau korang tak pandai jaga, korang akan menjadi buta. Sebabnya korang akan menangis air mata darah 7 hari 7 malam.
  3. Kenapa 7 hari 7 malam? Sebab harganya sangat lah mahal bagi sesetengah orang. Bagi customer baru, England Optical cas RM300 sebelah mata. Lense ini dibuat satu-satu kat kilang. Kalau ada masalah dengan sebelah je, korang return sebelah je. Memang diorang tak perlu nak tengok yang sebelah lagi. So sepasang RM600. 
Nak order toric lense ni kena allocate masa sebulan. Sebab ianya di-manufactured bukan di Malaysia. Kalau ikut kedai aku tu, diorang order dari Hong Kong. Sebab tu aku kena develop skill forecast jangka hayat lense. Aha..Sebulan lagi aku bajet dah memang tak leh blah, maka aku terus ke kedai bese.

Aku maintain kat England Optical di The Mines dari dulu sampai sekarang. Tapi spec aku buat kat Perlis je. Dah 4 kali aku buat lense situ, last price dapat RM500 sepasang sebab dah VVIP. Haha. Kat Perlis pon kedai spec aku tu boleh buat. Price dia lagi rendah RM450 last aku tanya. Tapi sebab jarang balik kampung, tu yang buat kat KL je. 

Walau bagaimanapon...aha..power 500 tu dah kira ekstrem untuk pakai contact lense. So, aku berharap je power silau aku fluctuate around tu je. Kalau aku rasa lense aku tu ok, aku malas dah nak cek mata. Sebab nak bukak kat situ, then tunggu 30 minit baru boleh cek. Tak koser. Melainkan aku detect something has change. Mungkin power rabun jauh naik. Tapi takpe, asalkan silau tak naik lagi. Diorang pernah cakap kat aku yang kalau silau lebih 500, memang tak leh nak buat dah. 

Maka aku pon cuak kalau lense aku dah tak berfungsi. Tapi lepas aku pusing-pusingkan, alhamdulillah ok. Ouh..aku slumber je pusingkan manually dalam kelas pon. Dah tension tak nampak slide or whiteboard. Haha.

Tapi satu nasihat aku untuk yang berhajat nak pakai lense, sila lah cuba-cuba pakai lense tanpa power yang kaler-kaler tu dulu. Kalau konpem boleh masuk mata, baru la yakin nak invest. Kalau slumber order, nanti tak reti nak pakai or tak boleh pakai, bazir plak. Aku dulu test pakai kaler pepel sebulan. Dah okay, terus order. 

Dan lagi satu, ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri yang amat bertentangan dengan bukti saintifik what so ever..iaitu:
  1. Teori aku, disebabkan lense ni tebal dan keras, maka potensi untuk dislocate adalah rendah. Dia selalu pusing je, tapi nak bergerak ke atas bawah kiri kanan tu sangat jarang. Seingat aku pernah jadi sekali je. Dan of course la aku cuak nak mampus. Haha. Tapi blink banyak kali, it shud be fine. Maka, mengikut pengalaman sendiri, kalau terlelap sekejap, tak pernah lagi la lense tu hilang ke belakang mata or what. Tapi dia jadi kering. 
  2. Teori aku jugak, atas sebab yang sama, toric lense ni tahan lasak. Lense aku pernah terjatuh masa nak pakai dan cari-cari tak jumpa. Ada la dalam dua hari hilang. Akhirnya roommate aku jumpa dalam baldi dia SELEPAS dia siap basuh dan sidai semua baju. Lense tu betul-betul ada kat lantai baldi tu. Aku test pakai lepas tu, ok je. Nasib baikkkk...kalau tak, 7 hari 7 malam woo. Aku tak sure la lense tu dah terendam air sabun ke tak..tapi survive la.
Tapi amaran keras. Jangan tiru dua aksi di atas. Jangan tido pakai lense. Sebab kawan sekolah aku pernah terlelap, pastu dah tak leh bukak mata. Pegi ke klinik rupanya sklera dah terkoyak. Scaryyyy. Aku ni jenis tido mata terbukak. Jadi mungkin sebab tu macam okay je kan, namun ini adalah kes terpencil. Jangan tiru!

Ok lah..sebelum ni ada la beberapa orang tanya. Harap info ni berguna untuk golongan berkenaan. Sila lah terjah ke kedai spec yang besar dan tanya segala benda ye.

Sekian, adios.


Risau di malam hari, hina di siang hari

Satu pagi aku tengok kuliah kat tv pasal hutang. Ustaz tu cakap ada tiga jenis hutang iaitu hutang yang menjadikan kita semakin kaya, hutang yang menjadikan kita semakin miskin dan hutang yang menyebabkan kita memerangi Allah. Alhamdulillah aku sempat dengar penjelasan mengenai dua yang pertama. 

Hutang yang menjadikan kita semakin kaya adalah seperti hutang untuk pelaburan. Pelaburan yang baik akan memulangkan hasil seperti membeli hartanah. Atau jenis-jenis pelaburan yang lain yang untungnya melebihi ansuran tahunan. Aku rasa macam pelaburan ASB. Pinjam seratus ribu untuk 20 tahun, bulan-bulan bayar RM657, so kalau aku kira in the end kita bayar kat bank extra RM57680. Tapi kalau kira dividen cincai 8% setahun, dapat la RM8000 kan. Kalau every year kita keluarkan pon, totally dapat la RM160000 and the earlier hundred thousand itself. 

Tapi aku pernah baca pasal larangan terhadap perkara ini sebab kita seolah-olah memilih untuk terjebak dengan riba. Yang ni aku tak sure sebab tak nampak larangannya berkuatkuasa. Kalau ingin menkaji lebih lanjut, tanyalah pada yang arif. Mama cakap kat aku tak yah la buat. Biar bakal suami je buat. Haha. Aku boleh support komitmen lain. Haha. 

Hutang yang menjadikan kita semakin miskin adalah seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan skim ansuran mudah. Sekarang orang berbangga memiliki kad kredit. Sebabnya jenis kad kredit tu dapat menunjukkan status sosial pemilik. Tapi bak kata penceramah, kalau la kad kredit tu dipanggil kad hutang, konpem yang ada pon buat-buat takde. Pegi pasaraya nanti cashier tanya "Encik ada kad hutang?" Memang tidak ler tangan tu nak menarik kad keluar wallet. Kena plak kad yang memang dah melekat lekit tu, buat malu je dengan orang beratur belakang.

Hutang yang menyebabkan kita memerangi Allah....sayangnya esok tu aku dah tak tengok. Yang part 1 ni pon aku tengok sebab baru sampai dari KL pagi buta tu. So stay la jap sebab tak ngantuk. Tapi teringin jugak nak tahu hutang apa yang dahsyat ni. Google pon tak jumpa tapi serius nak tahu. Mungkin ada kaitan dengan hutang yang membuatkan kita berbuat jahat kepada orang lain plak. Contohnya sebab kita berhutang, kita curi duit orang lain untuk setel hal kita je. Pastu anak bini orang lain tu kebulor. Logik jugak kan.

Penceramah tu cakap, dalam satu kajian mengatakan bahawa otak manusia ni akan sentiasa berpikir dua perkara. Pertama ialah bagaimana untuk berhutang dan yang kedua ialah bagaimana untuk tidak membayar hutang. MasyaAllah...terasa kena dengan diri sendiri. Masa nak mintak loan belajar dulu, sanggup bersusah-payah kan? Sekarang bila dah abis belajar, mula lah pikir nak buat rayuan diskaun bayaran balik or lagi bagus kalau tak payah bayar langsung. Tak payah buat kajian jauh-jauh, diri sendiri pon percaya dengan statement ni. 

Penceramah tu cerita, Rasulullah SAW pon tak nak solatkan jenazah yang meninggalkan hutang melainkan ada di kalangan yang hidup sudi menjelaskannya. Sebabnya baginda tak nak bagi syafaat kat orang-orang macam tu. Sabda baginda yang bermaksud:

"Berhati-hatilah kamu dalam berhutang. Sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari."

Ini adalah satu warning. Kalau berhutang malam tido tak lena, siang plak kalau bank call masa kita tengah bersembang dengan orang lain, tak ke rasa hinanya? Ya Allah...semua ni aku senang-senang je boleh relate dengan diri sendiri dan sekitar. 

Aku malu dengan orang yang aku berhutang. Sungguh. Ya Allah, kurniakanlah aku rezeki yang melimpah-ruah untuk aku mampu melangsaikan hutang aku dan keluargaku serta menjauhi hutang di kemudian hari. Namun aku bersyukur kerana di saat genting, ada hati yang terbuka untuk menghulurkan bantuan. Terima kasih atas pertolongan. Tapi demi Tuhan, dengan kamu itu, aku malu! 


Girls Generation's Thin, Shapely Legs

Assalamualaikum.

You know...I've been craving for the Girls Generation's thin legs and I found out today that they were not born with that luxury. Ouh...ade orang tak kenal ke diorang? Schade....ha, take a look at these legs. Long, shapely legs....




Ohsem kan? I mean, amik dari sudut positive la...Jangan la tengok dengan perasaan horny. Muahahaha....They actually worked hard for it by doing some easy home workouts. After a while, I came up with a conclusion that running alone won't do. 

I can proudly say that I've lost 14kg with my own effort and I would prefer to lose another 6kg. This last kilograms should be focusing more on shaping and toning. They say that wearing a corset for 8 consecutive hours can burn more calories (around 800kcal) compared to jogging (roughly 300kcal). 

But it is what it is only if you wear the Premium Beautiful corset! HaHa. Gotcha! Mine is just Avon 180+ (kot)...of course it is nothing to compare with the 1000+ PB. Anyway, I searched for Youtube videos of SNSD exercises. And they have actually shown them on TV and here is one of the videos. 



SNSD Jessica - How to have a prefect pelvis.

Some of us may or may not know that besides Body Mass Index calculation, in fact there is another calculation that we can use to measure our body line. It is called the Waist-to-Hip Ratio. 

Well, you can use your measuring tape and your calculator (Waist/Hip). Or if you are such a lazy asshole, use this online calculator. But you still need the measuring tape though...Haha. Then, you can compare with this chart. 


acceptableunacceptable
excellentgoodaveragehighextreme
male< 0.850.85 - 0.900.90 - 0.950.95 - 1.00> 1.00
female< 0.750.75 - 0.800.80 - 0.850.85 - 0.90> 0.90





Now, what happen if your WHR is unacceptable? You should be worry laaa....Mine is 0.82. See! Even my BMI is 22. 15 right now, but my body line is....UNACCEPTABLE?? Ok. After using the online calculator (yeah..I'm such a lazy asshole), it says that:



Your Waist to Hip Ratio is 0.82 and appears to indicate an increased risk for heart disease and diabetes.


You may wish to talk to a doctor about losing weight. Or you can get started on your own by eating right and getting regular exercise.


And Jessica from SNSD has that of value 0.70, not just acceptable but excellent. What did I do? I went to the back and searched for a long stick and I found it. One commenter of the video on Youtube said that her mom stares at her as she doing this workout using a broom stick. At least she got the courage. Haha. 

So from now on, I'll be doing this along with my exercise routine and hopefully I can have those thin, sexy legs =)

Update: I found a link that tells about SNSD workouts and meal plan. Do cekidout! 

Haaa.....time to sleep. Good night guys ^_^



Aku tengok rancangan pendidikan



Petang tadi sebelum kuar jogging, aku layan National Geographic channel kat Astro. Aku khusyuk yang amat tengok I Didn't Know That. Kisahnya dua saintis gila-gila ni pegi siasat macam-macam perkara yang simple tapi mengaplikasikan konsep yang hebat. 


Contohnya,  hanya empat bateri AA diperlukan untuk angkat load 150kg apabila pakai elektromagnetik. Bullet train di China boleh bergerak selaju 500km/hr dengan konsep yang sama. Solero kat Genting tu pon pakai magnet somewhere along the height untuk suddenly slow kan solero tu after having free fall. Ni yang aku dapat tangkap sikit-sikit la dari cerita tu. 


Then die tunjukkan jugak pasal cat. Satu episod tu nak cerita pasal cat je. Benda macam simple, kita tengok cat pon tak bernafsu nak tanya lebih-lebih kan. Tapi tadi diorang tunjuk macam-macam. Fakta menarik yang aku tunggu-tunggu dari awal, hujung-hujung baru die nak cerita. 


Cuba teka, macam mana orang cat jambatan? Aku ingat canggih sangat la pkai mesin spray berkuasa tinggi. Rupanya manual je pakai tangan. Even bawah jambatan pon bersesak-sesak la naik bot sampai abis cat hujung ke hujung. 


Aku bukan cakap pasal jambatan nak masuk kampung tu. Ni suspension bridge yang panjangnya yang cecah 1.5km, lebar lebih 30m. Amik masa 3 tahun woo die cakap tadi. Gigih gila mengecat. Aku cat umah 3 hari pon macam kena karate je tulang tengkuk ni. Ini kan plak nak cat bawah jambatan?? Homaigod. 





George Washington Bridge from Wikipedia


3 tahun babe nak cat menatang ni? Tak boleh aku bayangkan, tapi dah terbukti ianya memang possible. 


Ada lagi satu fact menarik. Ni sebenarnya aku nak update kat Facebook. Tapi aku tak tau naper, Facebook tak bagi aku buat apa-apa. Tak boleh update apa-apa pon. Aku tekan 'post' takde mende jadik pon. Google cakap ade jgk orang yang mengalami problem yang sama dua hari lepas. So, takpe. Aku rileks dulu dari menghupdate. Bila aku finally nak share benda berguna ni la yang macam-macam plak halangan. Adoiyai..

Die nak kaji pasal airbag kete. Aku tengok video die buat eksperimen pon tetibe je dah membulat benda tu. Even dua orang saintis gila-gila tu pon cakap, "That was too fast! What happened?" Aku ni duk depan tv lagi la terkebil-kebil. Fokus sebab nak dengar diorang explain. 

Ni jawapannya. Btw, ni aku copy paste aje lah dari status tak jadi aku tu. Cakap omputeh sikit la noh. Hehe...


Do you know that an airbag takes only 35 miliseconds to come out out of no where in you car after it detects a sudden change in acceleration? Do you know that your eyes take 200 miliseconds to blink? Then do you know that you will miss the airbag coming out if you blink? Superb!


So, dah memang aku tengah terkebil-kebil pon. Jadi of course la airbag tu tetibe popup je. HaHa. Next time, jangan kejip mata. Jangan kejip mata okay!




Review Dermalogica Selepas 5 Bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bulan Januari 2012 dah nak habis. Nampaknya aku sungguh tidak produktif kerana hanya satu entry saja yang aku publish. Loser gila! Fine, dah lama aku nak buat benda ni. Tapi asik tertagak-tagak dan tertangguh-tangguh. 

Entry ini adalah kesinambungan dari entry dahulu kala yang bertajuk Treat Your Skin The Best So That You're Sedap Mata Memandang.

Malas nak baca??? Takpe, aku buat sinopsis. Dalam entry tu kan aku cerita yang akibat nafsu kewanitaan yang meningkat, kulit muka aku dah jadi pelik-pelik. Gedik nak pakai eyeliner ngan eyeshadow tapi sebat eye makeup remover murahan je. Pastu siap nak pakai BB cream plak dahhhhhhh.....namun apakan daya, tak reti nak bersihkan balik muka plastik tu. 

Sebelum ni pakai Clearasil. Old formula memang sangat best. Dulu masa sekolah hingga lepas sekolah, tercari-cari pencuci muka yang seswai. Nasib baik that time a friend of mine yang bernama Ejad telah suggest pakai Clearasil + ubat jerawat Oxy. Within two days, muka clear habis. Consider my problem time tu tak la teruk sangat. Tapi still la bengang dengan that annoying whiteheads.

Apakan daya, Clearasil new formula hanya indah khabar dari rupa. Toner die lagi la MasyaAllah......Efek toner tu macam kau gesek muka dengan berus dawai. Sebelum Watson ngan Guardian clear habis the old formula, jumpe je semua aku rembat. Kalau ade tiga bijik, semua bawak ke kaunter. 

Ok lah. Long story short, lepas bawah mata aku kering dengan dasyatnya sampai pedih dan mengelupas, aku start concern lebih sket tentang kulit muka aku. Itu pon atas nasihat akak yang lentikkan bulu mata aku kat expo MAHA 2011 tu. Tahan la sebulan lentiknya. HaHa. Akak tu cakap, kalau tak treat, nanti berkedut. TIDAKKKKKK!! Plus, whiteheads dan jerawat besar tumbuh dengan melatanya di negeri beta. Kat bawah ni ade secebis gambar yang dasyatnya mengalahkan Kari Ngeri dowh...



Ini lah jerawat empat sekawan yang menawan pipi kananku. Sungguh menjengkelkan. Bila terlalu banyak letak Oxy, surface jadi kering tapi dalamnya ada aja dong. Geram tapi tak tau nak buat apa. 

Google punya google, bermalam-malam mengkaji review di Malaysian Babes, akhirnya aku berani mati nak cuba satu produk yang suatu masa dulu, aku nak lalu depan kedai dia pon jalan kepit-kepit. HaHa. Setelah memaksa diri untuk percaya reviews tu aku pon dah start buat bajet. User dia banyak yang dah bertahun-tahun pakai. Seperti yang aku dah cakap dalam entry dulu, aku pon dengan machonya masuk kedai tu kat Mines tanpa jalan kepit-kepit lagi. Aku pegi sorang-sorang weh. Betapa kentalnya hati aku. Terus aku cakap kat amoi situ, "Saya nak try produk Dermalogica." Amoi tu pon suh duduk lew sebab nak sembang panjang kan. HaHa.

Untuk pengetahuan, Dermalogica ada jual trial set or sebenarnya travellers kit. Satu set kecik tu kalau jimat boleh tahan sampai tiga bulan. So cukup la untuk mengetahui yang kulit kita ni seswai ke tak kan. Kulit aku ni amoi tu cakap Normal/Oily. So dia bagi la kit tu suh aku balik cuba. 

But then, aku ternampaklah pulak promotion 70% of for new customer yang nak buat facial ngan dia. Since amoi tu cakap macam mana pon, yang sedia menanak kat muka aku ni kena extract jugak dulu. Then baru produk tu boleh slowly baiki dan bedebahkan apa yang tak patut berada di mukaku. Aku pon saja gatal la nak try. Facial tu dari harganya RM400+ tinggal RM100+ je including eye and neck treatment. Kit tu plak price die RM180+ lepas tolak 5% diskaun. Cannot recall la harga dia eventhough aku simpan je semua resit dalam purse tapi malas yang amat nak bukak. HaHa. 

Seriously, walaupon mahal, tapi service dari therapist Dermalogica tiada tolok bandingan. Aku pegi dengan muka penuh whiteheads, bila pegang pipi mata berkaca-kaca je. Tapi lepas buat facial kat situ, terharu siot. Tanpa tengok cermin, bila pegang balik rasa macam pipi perfect gila. Benjol ke bonjol ke semua hilang. Tapi bila tengok cermin, gigih gila amoi tu nak keluarkan seketul-seketul. Jangan risau, itu lah bezanya buat sendiri ngan buat kat therapist. Kesan extraction tu last only for two days. Kalau buat sendiri, parut kekal la jawabnya...berserta kawah bulan la. 

Lepas habis trial kit aku, aku terus ke kedai untuk beli the real one. Ingin diingatkan, walaupon bapak mahal, tapi stok itu memang dicipta untuk bertahun setahun or lebih. Sebabnya aku memang jimat habis la pakai produk ni. Sebabnya aku student lagi. Tapi takpe, kena lah dengan misi aku yang sedang berdiet ni. Makan sikit, duit habis campak ke Dermalogica T_T

So, ini list produk yang aku pakai sekarang. Korang kalau berminat boleh kaji satu persatu kat website ye.

Precleanse 
150ml RM 187

Special Clensing Gel 
500ml RM 232

Multi Active Toner 
500ml RM 158

Skin Hydrating Booster 
30ml RM 252

Active Moist 
100ml RM 246

Age Reversal Eye Complex 
15ml RM 238

Skin Hydrating Masque 
75ml RM 181

Solar Defense Booster SPF 30 
50ml RM 258

Skin Prep Scrub 
75ml RM 181


Harga adalah plus minus dan mungkin berbeza. Namun most probably berada dalam range harga yang sama. Lepas lima bulan pakai dengan jimat cermatnya, ini lah lebih kurang hasilnya. Mungkin tak la impressive sangat. Tapi for the time being, foundation mampu cover all those blemish and uneven skin tone. Pengajarannya, jangan memandai buat facial sendiri. 


Ini adalah pipi yang sama seperti di atas. Alhamdulillah masalah boleh dikatakan 85% setel. Amoi Dermalogica cakap untuk uneven skin tone tu nanti boleh buat whitening treatment or try produk untuk whitening plak. Tapi tu nanti-nanti lah... Application of sunblock tu sangat penting. Dari situ lah kita nak prevent masalah-masalah lain. 

Aku rasa review untuk setiap produk tu tak perlu kot. Die greasy ke pekat ke cair ke, in the end hasil positive yang kita nak kan? Hopefully, info ni dapat membantu those yang really need help. Instead of cuba-cuba produk di Watson dan rosakkan kulit muka sendiri dengan lebih teruk, better seek for dermatologist. Lupe plak...aku ada amik pakej facial. Tapi pegi bila rasa perlu je. Die tak kol paksa datang. HaHa. 

Setiap RM 100 yang kita belanjakan untuk produk die akan dapat satu cop. Kumpul sampai 10 cop, kita akan dapat satu sesi facial free yang bernilai RM168. Yang ini adalah paling basic. Aku rasa amoi tu cakap macam extraction and a few basic stuffs je. Tapi really worth it. Terbaik lah extraction die. Daripada pegi kat saloon RM40 tu, takde perubahan pon. Alasan die, takut nak tekan kuat-kuat nanti berparut. Padahal tak reti sebenarnya. Separuh mati aku dikerjakan amoi kat Dermalogica tu, takde pon visible scars kat muka. Huh!

Macam dah panjang je aku crita. Hee...terima kasih sebab sudi baca sampai bawah. Harap dapat membantu @_@

#update:
Aku dah tukar pencuci muka Hada Labo Moisturizing set. Dermalogica ni bagus, cuma maybe tak cukup untuk moisturize surface kulit muka aku yang terlampau kering. So, even after months pon masalah whitehead tak hilang. Whitehead ni due to extra oil production. Extra oil production ni adalah kerana kering lah. Walaubagaimanapon, surface kulit aku tak oily. Sebab oil tu terperangkap bawah kulit menjadi whitehead. Setakat ni, Hada Labo best!

#update:
Now I know punca whitehead yang sebenar. Dulu aku pakai foundation Revlon. Then bila tukar ke Body Shop, alhamdulillah 95% whitehead gone. So aku akan stick kepada foundation ni. Sekarang ni continue balik Dermalogica. Precleanse memang tip top! Sesuai untuk muka kering yang nak buang make up. Then followed by the cleanser. Cuma moisturizer aku pakai Organic Aid. Jimat! Hehe. Lagi pon sesuai ngan muka dah. Tapi ada hati lagi aku nak try Scrub Vitamin C Body Shop. Katanya boleh memancarkan cahaya keimanan. Haha. Sebab seminggu kena dua kali jugak kan buang sel mati tu. We'll see camne nanti k.


Vulgar fashion statement

Tahukah anda asal-usul fesyen pakai seluar londeh tayang seluar dalam yang kini diamalkan setiap hari oleh golongan lelaki melebihi amalan wajib solat Jumaat seminggu sekali?

Fesyen ini sebenarnya bermula di penjara US. Dulu kala orang jahat ditangkap dan disumbat dalam penjara dengan pakaian asal diorang. Selalunya diorang mesti la pakai belt. Bila masuk penjara, hidup mula resah gelisah. Ada yang nak bunuh diri dan ada yang tak tentu pasal nak cari gaduh. So, satu-satunya senjata yang available ialah belt diorang la. 

Jadi, lepas makin menjadi-jadi plak bunuh diri ngn gaduh-gaduh ni, pihak penjara pon buat la uniform terhormat untuk penduduk penjara. Uniform ni dah la besar. Pastu belt dah tak dibenarkan pakai dengan harapan orang-orang jahat ni mati kutu sket takde belt. Orang bagi pakai belt, diorang tak reti guna. Maka bermulah sesi gaduh tarik-tarik seluar. HaHa. Ini aku tokok-tambah.

So dari situ lah start pakai seluar londeh nampak seluar dalam ni. Yang aku pelik, mulanya dari dalam penjara. Ntah macam mana tradisi pelik ni keluar plak kat masyarakat. Dalam kalangan pelopor dalam masyarakat tu, ada la kot bekas penghuni penjara. Dah keluar tu, agaknya lupa cara pakai belt. 

Hari tu kat kedai photostat kat Uniten, ada mamat Cina tu lagi la dasyat. Dah la tak pakai belt, seluar dalam pon tak pakai! Secara jujurnya, memang aku nampak half bontot dia. Geli ok. Dia ingat dia sorang nk photostat nota??

Guys out there, are you too dumb to buy a belt? Or do you have trouble on finding a pair that fits? Kain pelikat arwah atuk aku lagi berseni coraknya dari seluar dalam korang. Ada hati nak show off. Al-Fatihah untuk atuk aku.



Kenapa saya suka KFC Original Recipe? Finger lickin' GOOD



Satu family makan OR Chicken. Even mama papa pon suka OR ni. Sebabnya bila makan terasa bagai memakan ayam yang berlum ternoda. HaHa. Kalau makan spicy, dah rasa pedas rempah-ratus. OR ni pon for sure ada rempah, tapi maybe abang tukang masak KFC ni dah gaul 3 jam kat belakang tu supaya sebati. Kecik-kecik dulu memang KFC lah pujaan hati. Sekarang pon. Mama papa memang tak leh masuk ngn fastfood lain. Kalau jamu KFC, tak boleh tolak...selalu ambik Family Feast yang ada 9 ketul tu. Mama makan sikit. So die punye kuota seketul je. Kitorang yang lain semua 2 ketul sorang. Ishhh...terliur plak. Hmm...nak Kepci @_@

Selain tu, lately ni aku kan nak jadi calorie freak. So hasil google aku, OR chicken ternyata mempunyai kalori yang lebih rendah berbanding Spicy chicken. Ini adalah info yang aku copy paste sendiri dari website nutrition KFC. 

OR Whole Wing - kat Malaysia kepak takde
Spicy Whole Wing - 204 kcal

OR Chicken Breast - 342 kcal
Spicy Chicken Breast - 353 kcal


OR Drumstick - 160 kcal
Spicy Drumstick - 179 kcal

OR Thigh - 287 kcal
Spicy Thigh - 313 kcal

OR Rib - 275 kcal
Spicy Rib - 328 kcal

Dengan ketinggian dan berat badan semasa aku, untuk terus hilangkan 1 kg dalam masa 1 minggu, aku hanya boleh top pup 1094 kcal sehari. Kalau nak makan lebih, aku mesti buat extra exercise untuk balance kan balik the equation. So, lagi la aku bersyukur aku memang sejak azali suka makan OR chicken ni.


Malangnya cheesy wedges ini mengandungi kalori yang sangat tinggi tetapi tidak mengenyangkan iaitu 310 kcal. Kalau campur ngn ayam 2 ketul, wah wah wah....abis la kuota top up aku. Deym! Tapi KFC sungguh tempting dan membuat aku drooling di kiri dan kanan >..<

Selain itu, aku suka makan OR sebab malas nak kunyah kuat-kuat. Takut terseliuh tulang rahang. Sebabnya bila aku cuba makan spicy, mesti kulit die keras atau pon dalam bahasa modennya crunchy. Tapi lagi dasyat kalau die liat. Adeh...at least aku dah takde gigi nanti still boleh makan ayam KFC. Hua! Hua! Hua! Akan ku gelakkan Mr. D sebab nanti dah umur 70 tahun, die hanya mampu amik bau je KFC aku =) Takpe, die makan jugak OR. So boleh share SIKIT. 

Ouh..sedikit info. Air paling kurang kalori di KFC ialah 7 UP Revive. Hmm...nanti aku nak order air ni je. Jimat lebih kurang 20 kcal dari air lain. Paling banyak kalori ialah Iced Milo. Seperti diduga la. Nama pon minuman pembekal tenaga. 


Kenapa? Kenapa tetibe ade gambar Zinger burger kat sini? Sebab ia adalah feberet aku? Memang pon! Berbanding McD (no offense McD die hard fans), aku lebih berselera menatap Zinger Burger. Kalau menatap pon dah nafsu membuak-buak, ini kan pula setelah masuk mulut. Silap-silap boleh tersumbat esofagus aku sebab tak sempat mengunyah.

Ouh TIDAKKKKK!!! Aku semakin craving. Dan jiran keliling umah aku ni tak reti-reti nak benti masak? Pukul 5 pagi pon aku boleh bau Maggi Ayam? LoLs...Dosa tau tak hulur. Isk Isk Isk.



Bercakap pasal Chicky Club ni, aku dulu punye la merayu-rayu nak join and dapat kad comel ni. Kalau tak silap, die untuk under 12 je kot. Yang pandirnye, setelah akhirnya mama papa bagi join menatang ni, umor aku dah lebih had. Melepas aku barang mainan yang die pamer dalam cermin kaca tu. How sad T_T


Ok fine. Dalam hati nak macam-macam. Tapi kalau dapat Snack Plate pon jadi la. Aku pelik asal die panggil snack. Padahal ini dah lebih separuh limit kalori aku. Haishh.... one find day, bila aku puasa lagi...baru boleh makan ni! Ada paham! 

Credit gambar kat website KFC Malaysia. Aku tak dapat free Snack Plate ke buat advertorial tak berbayar ni? HeHe.



Let's change our habit and follow the Sunnah

Credit kepada pemilik asal gambar dan jugak empunya Fesbuk yang share benda ni ;)


Assalamualaikum kengkawan sekalian ;)

Lama kot aku tak update. Busy btul ngn assignment ngan project. Ok, tipu sket. Project aku tak start buat pon. Haha..Due date? Dah nak dekat dah. Tapi tak perlu cuak sebab in the end, everything will be fine. Heee....

Ok lah. Saje aku tampal besau-besau sket gambar ni. Semenjak terkena angin KL dan kemudian angin Eropah pulak, nilai-nilai murni kurang dipraktikkan. Isk Isk Isk. Akibat angin-angin urban berkenaan, aku pasti benda-benda yang kita buat kat sekolah asrama dulu, dah ke laut dalam.

Jadi, jom lah ramai-ramai kita apply balik benda-benda baik tu. Memang lah orang akan cakap tak cool, then ada persepsi bila orang jawab InsyaAllah tu macam tak boleh janji kan. Tapi itu lah yang sepatutnya. Semua yang berlaku dengan keizinan Allah.

Aku ingat lagi kat GMI dulu sembang-sembang ngn Su. Su bakal isteri Gern tu. Dia cakap, kalau orang tu cakap InsyaAllah, sebenarnya sampai masa Allah akan ingat kan dia untuk buat sesuatu tu. Hebatkan?

Kesimpulannya, kalau tak dapat buat yang besar, buat lah yang kecik-kecik dulu. Okey?



Treat your skin the best so that you are sedap mata memandang

I have to admit that my skin is aging!!! Demmit!

Dalam erti kata lain, aku dah tak boleh pakai pencuci muka kanak-kanak seperti Clearasil yang aku pakai bertahun-tahun lamanya dulu. Reasonnya, mereka sudah tidak mampu melawan agen pemusnah kulit akibat daripada panas terik matahari dan pemakaian make up. 

Mana tak nya...dulu pegi sekolah pakai baby powder je. Bertempek-tempek kat muka. Sekarang Revlon gitu. Sejak dari itu, muka aku dah jadi tapak semaian whitehead plak. Plus, dengan penggunaan eye make up remover yang tak sesuai, keliling mata jadi extra dehydrated dan menyumbang kepada fine lines. Kerepot habis lah!

Ahhh...tak sanggup nak describe kulit muka sendiri. Itu belum elaborate pasal muka tak glow segala bagai. Lebam sana-sini. Ok. I'm done with this kecacatan muka. Lepas ni promise to myself that I will spend more on my facial products.

Nak kurus, boleh pegi senam dan kontrol makan...tak payah pegi London Weight Management. Jadi sebelum aku terpaksa pegi New York Skin Solutions untuk treatment yang beribu tu, baik aku invest untuk product yang a bit mahal tapi worth it. Sementara boleh jaga sendiri kat rumah.

Yang penting, kita harus kenali kulit sendiri. Ada orang yang takde problem. Pakai product apa pon seswai. Untuk kulit sensitif macam aku, harus la diberi perhatian seakan-akan menjaga bayi. HaHa. Serious ni. Kulit aku spesis cerdik sket. Kalau product tu tak seswai, pakai 2 hari dah break out. So, better stop on the dot. 

Kalau seswai plak, memang takkan break out langsung. Begitu lah dulu aku setia kepada Clearasil selama 3 tahun. Lepas 2 hari pakai terus nampak perubahan yang positif. But now, no no no. Have to change it to 'stronger' one. 

Now, I'm using Dermalogica Travel Kit Set. At least, kalau ikut rutin harian aku, set itu akan bertahan 2 bulan. It costs me RM 183. 

Pre Cleanser + Cleanser + Toner + Moisturizer + Scrub + Lip Balm + Masque

Worth it untuk try sebab review pon bagus. No comedogenic ingredients + bla bla bla. Boleh usyar kat website ye. 

Stok dah nak abis. Setakat ini penggunaan product ini menunjukkan perubahan yang positif as in less visible whiteheads and enlarged pores. Jadi aku nak beli stok yang real punya, including:

Cleanser 500ml + Toner 250ml + Moisturizer 100ml + Eye Care 15ml

which cost me around RM 706. WOW! Gadai bulu kalau laku takpe jugak. Takpe, boleh pakai setahun kot. Plus eye care die review best. Apply couple of days dah kurang fine lines. So, why not give it a try right?  

Kenapa mesti model dia tak pakai baju?? Maybe dia nak highlight skin kot. Tak kesah lah. 

Ouh..lupa plak pasal facial kat Dermalogica. Best woo...tapi pricy la. Paling murah RM168. Saper duit lebih, boleh la sign up pakej untuk setahun. New customers still ada banyak benefits like discounts what so ever. Tapi aku yang serdak-serdak ni, hopefully my skin wud be ok to depend on their products only. 

For Mr Bf yang for sure akan condemn pasal ni, please aci this one for me. Aci laaaa >..<


Di sebalik kedudukan jerawat

Ini trang tang tang mengaku copy paste dari blog orang lain. Tapi banyak je orang buat. HaHa. Takpe, sharing is caring~


DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress. Kumpulan ini biasanya panas baran.
Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yang cukup dan minum air banyak.

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.



Photoshoot at I-CITY Shah Alam

Yeehaaaa! Akhirnya aku dan Mr. D menjejakkan kaki ke I-CITY Shah Alam. Mr. D drive sampai pusat bandar Shah Alam pastu kitorang jegilkan mata luas-luas untuk tengok sign board. GPS phone Symbian kitorang sangat lah tidak memainkan peranannya kali ini. Tapi GPS aku signal satelit pon tak dapat. Ces! Mogok bebenau phone aku semenjak aku dah jadi orang Kolumpo ni. Tapi nak pegi Tol Jalan Duta sesat jugak la.

Sampai saja kitorang dah laburkan RM10 untuk parking. Aku berharap la dengan harga secekik darah itu, boleh la dapat parking berbumbung dan ber-air cond. Hakikatnya, yang ada hanyalah open air parking yang ditambak dengan batu yang menyebabkan sesape yang pakai heels susah nk survive tanpa bersujud sajadah. Walaupun semarhalah jaraknya dari lokasi lampu kaler-kaler tu, aku redha. Boyfriend kat sebelah redha memanjang la. Ngeeee heh heh >.<

Masa nak gerak tu, teringat jugak nak bawak DSLR digital camera. Tapi teringat phone ada, malas la nak bawak. Yang cantiknya, setelah aku sampai je dalam kete, bukak phone lalu tengok bateri ada 1 seteng bar lagi. Ces! Ini tidak adil untuk ber-cam whoring! Lalu aku rembat charger kete Mr. D. Terasa seperti bayi yang baru lahir ke dunia! Yezzzaaaaa~

Lepas bersungguh-sungguh jalan sampai kaki tak cukup tanah, tanpa segan silu terus photoshoot. Tapi kalau nak tunggu line clear takde entiti kat belakang, sape cakap tak boleh? Boleh je, tapi sampai ade batu karang pon belum tentu dapat der. Jadi kitorang selit je tepi sesape. Sebab tu gambar kitorang banyak entiti pelbagai rupa. Kitorang pon semestinya menjadi entiti asing kat memana DSLR ni. HaHa. Fair and square. 

Ok, layankan gambar photoshoot amatur yang aku pejam-celik-pejam-celik edit ni. Ye, memang gigih. 


Pembuka sesi photoshoot. Random pics.


 Yezzzzaaaaa!!!! Ini dia yang kita mahu. Go baby go!


Kalau posing macam Mr. D nanti tercabut pulak pokok ni. Tenggek gitu-gitu sudah...


Mr. D posing gaya silang kaki. Tengok la sape yang ajar teknik cam whoring tanpa sempadan. HaHaHa.


Posing kangkang ala-ala Next Top Model. Sudut kangkangan tu yang penting >.<


Ni la contoh entiti asing yang aku cakap tadi. Tonggek nape ntah. Takpe, fokus kat abang badan ketak-ketak je k.


Pose ini sebenarnya terhasil dari niat ingin membetulkan handbag yang nak slide dari bahu. Sebab tu macam nak tak nak je pegang bear tu.


 Lain yang kite suh buat, lain yang die buat. Isk Isk Isk >.<


 
Pose gaya menghantar signal kepada Mr. D supaya berhenti merokok.




Signal diterima dan diprotes serta-merta. Demokrasi la kata kan. Kalau dihimpun duit rokok selama ni, mesti dah dapat beli VW Polo.




Last skali tangkap gambar sendiri. Takde sape nak tangkapkan gambar korang. Sebab sume orang datang untuk tangkap gambar sendiri-sendiri pastu upload kat fesbuk.



Lupe plak nak cite. Ade pameran reptilia jugak. Ade dua pakej. Kalau nak free, tengok poster kat luar je. Kalau nak masuk, bayar sorang RM 5. Bro tu cakap berbaloi-baloi masuk. Ade 100 spesis reptilia. Tapi dah masuk, tak de lak aku kira betul ke tak.

Dan reptilia paling photogenic mengalahkan aku ialah.....

si cicak iguana ini! Aku duduk depan cermin tu 5 minit jgk la..kejung gini je sampai ke sudah. haishh...surrender aku last-last.


Kesimpulan :
  1. Puas hati dapat pegi akhirnya. Beyond expectations. Ingat kecik je tempat die. Besar rupenye. 
  2. Berbaloi la jugak bayar parking RM 10 sebab die pakai sejuta LED kot. Letrik kan mahal. 
  3. Masuk pameran reptilia tu, berbaloi jugak la bayar RM 5. Niatkan sedekah kat ular yang pemalas lepas makan, penyu yang boleh berdiri, tarantula yang menggerunkan, cicak iguana yang photogenic serta rakun yang gebu dan montel. 

Info tentang ular sawa batik merangkap satu-satunya info yang aku ingat lepas keluar pameran tu.
  1. Ular sawa batik tidak mendapat nutrien yang mencukupi dari makanannya. Ini menyebabkan bahagian kepala dan ekornya kecik tapi perutnya besar.
  2. Ular sawa batik hanya makan dua kali sebulan. Tapi sekali makan empat ekor ayam. Lepas belit bagi mampus, baru die telan.
  3. Info pertama hanyalah rekaan semata-mata >.<

Okey lah...minum teh ais malam-malam sakit perut sudah. Calo~