Friends with benefits

Seriously speaking, aku memang tak pandai bergaul. Sebabnya aku selalu sangat tak suka orang tu, tak suka orang ni. Eleh...macam la orang tu, orang ni suka kat aku kan.  Sebabnya aku selalu berprasangka buruk terutamanya terhadap strangers yang tetiba approach kita di kedai makan or tengah jalan or kat supermarket or mana-mana lah. Add Facebook pon tidak. Apatah lagi nk exchange phone number sume. Mom said, "Don't talk to strangers."

Oleh sebab itu, aku tak ramai kawan. Maksud aku kawan yang sentiasa keep in touch. Tapi mungkin ada satu sebab lagi. Aku berkawan memang sebab nak jadi kawan. I want to be friend with people. I never expect any romantic relationship from them. Mungkin sebab itu, orang tak berminat nak berkawan ngn aku. Friends with benefits right? Kalau dah takde benefits, buat pe nk kawan btul tak?



Tak pon benefit kawan ngn aku ialah senang nak tau pasal sumone yg diorang interested nak kenal. Lepas dah kenal, dah takde benefit la ek? So, aku boleh get lost. HaHaHa. Kawan-kawan aku dulu yang ku ajar korang macam-macam sampai dapat A, mana korang? Aku siapkan projek group sepenuh hati, tapi lepas dapat high marks, mana korang? 

Kawan-kawan yang tolong aku siapkan projek, aku tegur korang dulu sebelum korang sempat say hye. Tapi kalau aku kelam-kabut lambat masuk kelas tu tak sempat la nak hye hye bye bye. Sori ek..Lain kali kita catch up k. 

Orang tak appreciate aku. Bila aku speak up untuk diri sendiri, orang judge aku ni banyak songeh. Ada masa aku cerita kat orang lain bila aku tak puas hati ngn sumone contohnya sorang mamat ni, beriya benar die join sekali. Tapi dalam hati rupanya minat giler kat mamat tu. Cerita plak kat orang lain yang aku tak suka die. Padahal bukan ke die saing-saing ngan aku bergosip dulu? Haishhh...qalbu itu berubah-ubah. 



Kadang-kadang aku rasa, aku dh banyak speak up untuk orang lain. Walaupon korang tak suruh kan. Kontroversinya sampai naik berganda-ganda trafik blog aku. Walau pon apa yang aku cakap tu sebenarnya pendapat ramai, tapi at last aku sorang je kena cop perempuan jahat. Betul tak? Kalau aku tak cakap, takde orang berani nak cakap. Aku pon tak berani jugak. Tapi bila aku dah karang panjang-panjang cenggini, haruslah nekad untuk publish kan.

Adakah orang yang sentiasa reserve tu best untuk dibuat kawan? Aku yang all out ni korang nampak tak sopan, tak ayu, tak bertimbang rasa, tak bertoleransi n tak macam-macam lagi lah. Truth is pain. Aku takde la noble yang sanggup berkorban untuk menegakkan keadilan ke ape. Aku ni chicken jugak. HaHa. Nak cakap depan-depan konpem la ketaq lutuit abih. Aku pon tak tau la nape aku ada gene mcm ni. It is obviously not making me any profit right now.

And ada satu lagi perasaan yang tak best malam ni. Aku rasa macam ada ja orang cerita-cerita pasal aku. Kalau baik, alhamdulillah la.. Kalau sebaliknya, i tak suke tau. Cop! Aku tak cakap yang aku ni suci sangat. Gossiping ni memang sejak azali lagi. Biasa la kita tak suka orang cakap pasal kita walaupon kita suka sangat cakap pasal orang. Tapi semua orang buat macam ni maa...Jadi kenapa aku sorang saja dipersalahkan?

This is really tiring. I end up crying on his shoulder again. So what if I already have a soulmate? Do you simply think that I don't deserve a fair treatment? Some people might just ignoring me on my face, purposely or not. Hey guys, do you really think that you don't need me anymore? Screw you! Sesikit-sikit efek aku pada kau, hidup kau mesti jadi lain kalau aku takde. 

Ouh, pasal strangers tadi...diorang mmg expect nak kenal-kenal, add facebook, main mesej, pastu koling-koling...so logik tak aku takut? Plus aku tak perlukan pon semua tu. See! Ini yang aku dari tadi membebel. Nak berkawan dengan niat yang macam ni. Ok, katakan la diorang takde niat pon nak mengada-ngada, tapi still...takde ke cara lagi professional nak approach orang? 

Plus, orang cakap kalau tak nak tu jangan layan. Kalau layan jugak, akibatnya lagi banyak lah orang yang menderita. Tambahan pulak diri sendiri pernah menderita macam tu. Sampai hati nak buat kat orang pulak? Haishh..aku ni memang tak boleh nak tutup mulut dan duk diam. Ada je benda nak point out. Walaupon apa aku cakap ni betul tapi tak dapat dinafikan lumrah manusia yang memang kejam, like others liking ouselves without any promise to like them back. 

Dan aku yang sekarang ni mengamalkan policy menjauhkan benda-benda macam tu, akhirnya takde kawan. HaHa. Takpe lah. Aku kawan ngn Mr. D saja. Die lah boyfriend, die lah kawan, die lah sahabat, die lah racun dan die lah penawarnya. Sebabnya in this very end aku sedar yang sejuta kawan pon tak dapat mengambil tempat seorang kekasih. For that, I am already very very very grateful. 


Ok, good night everybody. Thanks for reading this entry.

Survival skill penting ketika ditinggal-tinggalkan

Masih ingatkah korang tentang kehidupan seharian ketika masih single dulu-dulu? Aku pon cuba-cuba nak ingat la walaupon samar-samar. Bukan apa, takut langsung terlupa. Hmm...kalau dari sekolah dah kapel-kapel ni, tak banyak la benda-benda menarik yang korang buat sorang-sorang. HaHaHa.

Ok lah, aku rini nak bercerita tentang kisah sebelum 4.5 tahun yang lepas. Tapi aku skip la masa sekolah. Sebab masa sekolah, aku hari-hari pegi sekolah. Bila dah masuk foundation, hehe...berlobang-lobang attendance aku >.<

Masa berlobang-lobang ni lah aku banyak melakukan aktiviti songsang seorang diri tatkala kawan-kawan pegi dating. Tapi budak umah ramai. Wikend pon ada yang senasib menghabiskan masa di balkoni mcm aku. Pendek kata umah aku tak pernah kosong. Jadi tak la sedih dan suram sangat...


*Feezah Hanimoon tepuk-tepuk habuk dengan bulu ayam *


* Feezah Hanimoon basuh baju satu mesin die sorang je *

Masa tu, survival skill sangat tinggi. Apa yang aku maksudkan dengan survival skill ni? Ouh, tentu lah pegi cari makan sorang-sorang. Perut sendiri adalah diutamakan. Sanggup turun tingkat 4 hostel tu untuk membeli nasi goreng thai dan milo ais kat kedai Abg Bob. 


* Feezah Hanimoon memanjang happy bila makan *

Sedikit pengenalan tentang kedai Abg Bob. Kedai ni ala-ala cafe hostel yang terletak ground level. Umah aku ataaaasssssss sekali! Tokey kedai ni bukan Abg Bob. Dia waiter jer. Tapi sebab dia comel-comel macam teddy bear, jadi kedai tu jadi dia yang punya. HaHa. 


* Feezah Hanimoon rasa buncit selepas makan *

Selain tidak malas pegi mencari makanan, aku juga rajin untuk berjalan berkilo-kilo meter untuk ke class dan ke station LRT. Walaupon muka macam nak mengamuk sebab kelas pukul 8.15, berbekalkan semangat yang seciput alam itu aku jalan menonong tak tengok kiri kanan dah. Tapi takde la aku jalan hari-hari. Ye la, aku bukan pegi class hari-hari pon. gagagagaga >.<


* Feezah Hanimoon bengang. Sampai class pon muka tak berubah*

Lepas sebulan masuk hostel, papa beli motosikal jenama terhebat time tu iaitu Kristar (^0^) 


* Feezah Hanimoon buat muka bangga *

Aku pernah pegi tengok wayang sorang-sorang weh~ Hebat tak? HaHa...Tak semua orang pernah sanggup nak menyelahkan diri di tengah-tengah stranger gelap-gelap tu. Tapi tym tu sebenarnya mogok ngan Mr. D, so kira survival skill la jugak. Aku naik moto sorang-sorang pegi Time Square dengan baju unipom kaler maroon, pastu beli tiket citer Transformers. 


* Feezah Hanimoon slumber otai masuk wayang bawak popcorn besar utk sorang makan*

Nasib baik kehebatan citer tu dulu melenyapkan rasa kekok time tu. Tapi bila nak banguk keluar tu baru teringat, 
"Aku ni datang sorang-sorang rupanya. Sebelah mana nak keluar ni ek?" 

Lepas balik umah tu, 
"Yessss!!! Pecah rekod. Tak de orang pernah tengok wayang sorang-sorang lagi. HaHaHa!" 


* Feezah Hanimoon menari tak hengat dunia *

Banyak lagi lah benda yang aku boleh buat sorang-sorang. Tapi lepas kapel, bila Mr. D not available je aku dah jadi malas. Lapar pon malas nak pegi beli makanan. Malas nak pegi memana sendiri. Pendek kata, aku jadi terlalu dependent.


* Feezah Hanimoon kena tinggal sebab Mr. D pegi outstation*


* Feezah Hanimoon tak dapat terima hakikat yang nasik goreng hanya ada di kedai *

Serious...memang nak buat apa pon tak semangat. Rasa nak pegi memana semua nak berteman. Macam la ada hantu duk ikut aku time tu. Kalau tak, memang tak gerak lah punggong ni. Melekat kat katil. Sebab tu berat berganda-ganda naik!! Isk Isk Isk.


* Feezah Hanimoon tak suke timbang berat *

Ecehhhh...salahkan itu plak. Padahal memang aku malas bersenam. Hobi plak memakan. Blurghhhh!

Walaubagaimanapon, setelah bertahun-tahun praktis aku dah balance kan balik hal-hal duniawi ni. Aku sekarang mengamalkan konsep berkapel secara profesional. Kita tak semestinya berkepit 24-7. Masing-masing mesti ada life sendiri. Life ngn kengkawan dan family. 

Bila kita sukarela menerima hakikat yang kita tidak perlu berbelangkas setiap hari, lama-lama kita akan develope balik sifat survival skill dulu-dulu tu. Kenapa kita perlu bersedia dengan situasi ni? Sebabnya takde orang yang nak favour hal kau memanjang okey. Semua orang tak nak pegi keje jauh-jauh. Tapi ada bos kau kesah kalau kau cakap hamster kau baru beranak?

Boleh je kalau nak berkepit selalu. Tapi sila makan pasir! Sekian.



Doa Untuk Ibu Genuine Dari Seorang Anak

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah ya tuhanku.

Aku sangat menyayangi ibuku.
Setiap waktu aku berdoa supaya Engkau menyanyanginya seperti mana dia menyayangi aku di masa kecil.
Aku pinta, kurniakanlah padanya kesihatan tubuh badan supaya dia senang mengerjakan ibadatnya.
Ibuku sudah separuh abad, jadi Engkau permudahkanlah urusannya dalam mencari harta akhirat.
Engkau bukakanlah pintu rezeki seluas-luasnya dan peliharalah dia dari termakan yang tidak halal. 

Ya tuhanku, ibuku sangat sabar dalam menghadapi ujianmu. 
Maka seperti yang Engkau janjikan, tempatkanlah dia dalam golongan orang yang beriman. 
Engkau ampunkanlah dosanya semasa muda kerana kejahilannya.
Engkau ampunkanlah dosanya semasa tua kerana kelalaiannya.
Engkau ampunkanlah dosanya terhadap ibu bapanya dan seluruh manusia yang disakitinya.
Aku pohon kepada-Mu, haramkanlah tubuhnya dari api neraka.
Semoga dia meniti titian sirat sampai ke penghujungnya.

Ya tuhanku, sesungguhnya memang aku tidak sanggup berpisah dengan ibuku.
Namun sekiranya tiada lagi rezekinya di dunia dan tiada lagi udara bahagiannya.
Engkau permudahkanlah sakaratul maut baginya.
Engkau peliharalah jasadnya.
Engkau jauhkan dia dari siksa azab kubur.
Haramkanlah isi dagingnya dari segala ular dan kala.
Luaskanlah persinggahannya dan terangilah ia seperti mana yang Engkau janjikan kepada golongan yang soleh.

Ya Allah ya tuhanku.

Harta dan anak itu adalah ujian. 
Aku pohon, ampunilah dia sekiranya lalai menguruskan hartanya.
Terimalah solatnya, puasanya, zakatnya, sedekahnya dan amal ibadatnya yang lain.
Berilah peluang kepadanya untuk mengerjakan haji sebelum dia tidak mampu.

Dan sekiranya anak-anaknya lalai mengerjakan suruhan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.
Bahawa ibuku telah mendidik anak-anaknya dengan segala kudratnya. 
Jika aku dan adik-adikku lalai dan berbuat dosa, sesungguhnya itu adalah kelemahan kami sendiri. 
Ampunkanlah dosa-dosa kami ya Allah....
Kami tidak mahu menjadi pemberat amalan buruknya apabila dihitung nanti.

Astaghfirullahal'azim.
Robbana atina fiddunya hasanah.
Wafil akhirati hasanah.
Waqina 'azabannar.
Waqina 'azabannar.
Waqina 'azabannar.