Korang baca ape jer?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bosan-bosan kat rumah, korang buat ape jer?
Weekeng keluar dating pegi mana jer?
Dalam purse korang ade duit brape jer?
Kalau orang dh keje, gaji korang brape jer?
Yang blajar lagi tu, result sem lepas CGPA brape jer?

Ha! Annoying tak bila orang tanya korang macam-macam degan imbuhan JER kat blakang soalan tu? Gila sesak nafas kan? Ade jugak nak merasa penampar Asia aku ni. HaHa.

Aku memang selama ni tak paham banyak benda. Ni satu lagi benda yang aku tak paham. Ok fine. Malu bertanya sesat jalan. Tak kisah la kalau nak tanya, tapi apesal ahhhh orang suka sangat nak balun imbuhan JER tu dalam semua soalan? 

Dengan penambahan imbuhan tak diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ni, setiap soalan boleh bikin panas JER! Mana tak nya, setiap soalan macam ada berbaur pen-downgrade-an. Forgive my language. Cari perkataan bahasa Melayu tak jupo-jupo. 

Bila ada orang yang tanya soalan kat aku dengan tambahan imbuhan JER tu, aku terpikir, budak ni perasan die dah hebat sangat letew. Tapi die ingat die sorang je hebat? Huh! Geram aku. 

Contohnya korang malas nak keluar rumah untuk tapau makanan. Pastu korang pon bantai la megi kari dengan telur. Minum plak air barli homemade. Sekali ade orang tanya, tengah hari tadi kau makan ape jer? 

Hamboi Hamboi Hamboooiiiiiiiiiii...

Kau hingat megi tu tak standard? Ape kau hingat megi tu makanan murahan? Megi sekarang dah mahal tau. Dulu bleh la sebungkus 50sen. Sekarang tak dapat la der. Kalori sebungkus megi kari pon dah 340kcal. Tu belum calculate dengan telur sebijik. 

Kalau aku nak, aku mampu JER breakfast Oldtown.
Kalau aku nak, aku boleh JER lunch kat Secret Recipe.
Kalau aku nak, aku start kete shoot pegi dinner kat Austin Steak House makan lamb chop.
Kalau aku nak, balik makan lamb chop aku lepak minum teh tarik kat mapley plak.

Tiap-tiap hari ok!

Itu kalau aku nak. Masalahnya dah aku tak nak. Aku kan on diet. Selalu aku pegi kedai, bila suh makcik tu letak nasik suku, emo plak makcik tu. Padahal takde menyusahkan die pape pon. 

Tapi tu memang bukan sebab aku tak pegi tapau. Sebab utamanya ialah MALAS. Tapi aku malas, aku takde la tak redha bila makan megi selalu. 

Namun, adat Melayu berbudi bahasa. Bila ditanya, aku pon jawab la makan megi dengan telur sambil tersenyum lebarrrrrr. Mudah. Kalau aku tak ikut adat ni, dah panjang lebar jawapan aku. Senyum pon jadi tak lebar sangat dah.

So korang pon mesti pernah dipersoalkan macam tu. Tension tak? Ke aku sorang yang terlebih reseptor?

Ape jer yang korang makan tadi?

Itu jer ker???? Ewwww....takde kelazzzzzz!



Tidak haram ke atas golongan bercinta untuk score Dean List

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku pening la tengok cara manusia bercinta ni. Banyak yang pelik tapi benar. Kebanyakan trend bercinta sekarang ni adalah kecundang dalam pelajaran. Kenapa wahai anak muda? Adakah haram ke atas kamu untuk score A dalam exam? Adakah rukun kapel tu mesti result yang suam-suam kuku sahaja?

Memang masa bercinta hati berbunga-bunga dan rasa sayang gila bangat melebihi segala-galanya. Esok ada exam tapi bila awek ajak teman pegi tengok movie, konon sanggup berkorban letew. Kalau dah tau kita tak prepare, cuba tegaskan diri tu untuk cover semua topik yang masuk exam supaya esoknya takda la kita rasa macam nak terjun bangunan.

Awek amik course lain. Tapi kita sanggup pegi masuk jgk kelas dia yang langsung takda kena-mengena dgn kita. Pastu kita buat-buat salin nota dan concentrate kepada benda yang tak patut. Kot ye pon nak sehidup semati, tak payah la sampai menyibuk kat kelas orang. Tempat yang kita duduk tu better bagi kat budak lain yang memang serius nak belajar. Betul tak?

In case lah kalau kita nak jugak keluar date walaupon esoknya exam, kita kena la mengaplikasikan strategi mendenda diri. Contohnya, sebelum keluar tu mesti jauhkan diri dari Facebook dan Twitter, then study hardcore punya. Sape pon tak boleh kacau. At least, balik date nanti tinggal nak photographic memory je. Takde la kita jadi macam orang gila malam tu.

Or better kuar la beberapa hari sebelum exam supaya kita still ada masa untuk cover semua topik. Tak kisah lah apa pon strategi. Tapi make sure kita puas hati dengan apa yang kita usahakan. Orang selalu salah anggap yang bercinta ni punca kecundang dalam pelajaran. Tapi semua tu sebenarnya atas sikap masing-masing jugak. 

Walaupon semua kefahaman ni mengambil masa yang lama untuk dicerna, tapi kalau kita start bercinta kat universiti, semuanya haruslah ekspress. Tak boleh la nak makan angin 3 tahun, pastu final year baru nak gelabah. Susah sebenarnya bila baru nak bagi komitmen. Lepas tempoh masa yang lama baru la kita faham apa bentuk komitmen yang patut kita bagi. 

Soal masa depan, jangan jadi bodoh. Sekali buat silap, takda jalan mudah untuk perbaiki kesilapan tu. Even dah baiki pon still takkan perfect macam yang kita harapkan. Cuma masa kita buat silap tu, kita sebenarnya terlupa kejap apa target kita. Semua orang kena belajar untuk seimbangkan cinta dan cita-cita. 

Jadi, jika belum salah langkah bersyukurlah. Jika rasa kita dah cacatkan result exam kita, maka insaflah. Takkan awek kita grad first class degree, kita pulak grad cukup-cukup makan. Kalau kelas pon nak sekali, takkan grad nanti nak duduk jauh-jauh or even hari lain-lain kan. Belum tentu lagi awek tu nak kat kita kalau begitu lah kisahnya. Takut nanti sia-sia je kita 'berkorban'.



KARMA


Bak kata omputeh........


Pernah tak kita terpikir yang diri kita sebenarnya banyak buat salah dengan orang di sekeliling? Kadang-kadang tak sedar pon. Mungkin jugak selalunya kita sengaja sakitkan hati orang. 

Kita rasa geram bila orang sakitkan hati kita. Tapi itu mungkin karma. Maybe ada orang yang tak boleh tido malam sebab pikir kita aniaya dia seploh tahun lepas. Mana la tau kan..

Pendek kata, anggap saja bila kita kecik hati ngan orang, maknanya kita ada kecikkan hati orang lain. Bila nasib kita tak baik, ada la benda tak baik yang kita buat. 

Walaupon kadang-kandang kita rasa macam nak berdendam kesumat selamanya, tak perlu la kita buat plan A sampai plan Z untuk balas dendam dan kacau-bilaukan hidup orang tu. 

Sebabnya setiap perbuatan ada balasannya. Kalau kita bernasib baik, orang tu akan terima balasannya depan mata kita. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak kan. Atau bak kata omputeh lagi...


Tapi kita pon mesti muhasabah diri sendiri. Mungkin kita pon layak ditimpa balasan kerana karma perbuatan kita terhadap orang lain. Bak kata Hanis Zalikha, kita tak boleh buat semua orang sukakan kita. Sebab kita pon tak suka semua orang.

Omputeh cakap karma tu bitch. Tapi sebenarnya karma tu bitch bila kita bitchy. Tapi jangan risau, karma ni boleh jadi lagi bitchy dari kita. Siap la wahai bitches. HaHa. 

Jadi buat masa sekarang ni la tahzan. Jangan abiskan masa dan tenaga untuk pikir benda-benda sampah. Untuk release sikit kekangan otak tu, apa bukak Youtube dan search lagu Karma. Goyang-goyang sikit macam Alicia Keys. 

Konpem pastu dah boleh tidur dengan tenangnya. Ouh...jangan lupa baca doa tidur ya. Esok pagi bangun dah boleh senyum sampai telinga ^_____^