Tuan...jangan saman saya

Hai guys!

Excited nak cakap aku dah ada kat home sweet home. Tapi ni baru sampai kat persinggahan je..nanti Friday baru balik Perlis saing ngan mama. Mama pon dah tak larat nak ulang-alik keje kat Sg Petani, wikend balik Perlis. Tu yang die bercita-cita nak pencen awal tu.

Semalam gerak dari Bangi dalam pukul 3.30 petang. Berhenti solat sambil isi minyak kat Gunung Semanggol pukul 6.30 petang. Masa tu aku dah impress dengan kecargasan diri drive kete. 3 jam dari Bangi dah sampai situ. Fine la..pkul 7.10 malam dah setel sume aku pon gerak. Papa kol aku pukul 7.20 malam tu, aku cakap la baru 10 minit gerak dari Semanggol. Then die cakap sejam lagi sampai la umah mama.

Nak dijadikan bukti kecargasan aku lagi, aku sampai umah awal 20 minit dari jangkaannya. So total perjalanan termasuk rehat dan rawat ialah 4 jam 30 minit. Aku selalu dengar papa cakap naik CRV 4 jam je pegi KL. So aku sangat berbangga dengan kete comel aku. Haha. Aku cakap kat Mr. D pon die syak aku bawak laju. Laju tak laju mana laaaa...

Alhamdulillah...sepanjang aku drive dari Bangi balik ke Perlis sorang-sorang ni Allah pelihara dengan menjauhkan musibah. Niat bermusafir untuk balik jumpa mak ayah, berhenti solat, Insyaallah lancar. Kete aku bukan in good condition sangat. Dah banyak kali dah, elok je aku sampai umah, jap lagi nk start balik enjin, dah tak boleh. 

Ari tu aku balik sampai SP, tukar kete ngan papa sebab ade prob ngan brake. Esoknya papa nak balik,  kete terbehenti kat tengah jalan betul je kat simpang nak keluar taman. Tow ke kedai terdekat, rupenye gearbox pecah. 

Last time balik, brake buat hal lagi. Kau bayangkan kat round about semut-semut je kete aku nak gerak. Nak cecah 20 km/hr pon rpm dah sampai 5000. Nasib baik ade satu bengkel tu tau masalah dan sudi bukak tengok brake pump. Bearing hancur, pump kembang. Sebelum ni kedai nak service je. Tukar brake pad 1000 kali pon kejap je haus. 

So apa yang aku nak cakap sebenarnya ialah, dengan condition kete aku macam tu, tanpa rahmat Allah aku takkan selamat sampai dengan jayanya. Kete kat highway masing-masing mengaum dengan hebatnya. Kalau kete aku tetibe stop tengah highway tu tak ke melambung-lambung ke gaung? Alhamdulillah...berkat doa sendiri dan doa mak ayah, aku sampai juga.

Semalam kat highway ade dua eksiden. Kan hujan lebat. Hujan pon tak kuasa aku nak ikut belakang lori yang bawak 80 km/hr je tu. So duk lane kanan, bawak berpandukan line putih. Nasib baik first time bawak kat highway ngan papa dulu hujan. So dah boleh bertenang kalau tak nampak pape kt depan. Yang penting, line putih tu harus nampak, dan juga lampu kete lain. 

Tak kisah la lelaki or perempuan yang bawak kete, ade je lelaki yang tak cekap bawak sampai pagar depan umah pon nak langgar kan, yang penting aspek keselamatan. Para pemandu semua ada mutual understanding tentang sape nak pegi dulu, sape kemudian. So jangan la buat perkara luar tabie di jalan raya. 

Ouh btw, semalam berjaya cucuk kete wira kat highway. Nak makan angin bawak la kat tepi. Aku yang dari KL takde maknanya nak tengok bukit-bukau tu sangat. Lepas kuar bengkel ni, 140 km/hr no hal la. Haha...roadtax aku dalam beberapa hari nak kena renew. Kita tengok saje lah nanti ye berapa ekor saman aku kutip sepanjang jalan. 

Sekarang boleh la cakao besar kan. Betul-betul ada saman nanti baru ketaq lutuit. Bulu kalau laku takpe jugak. Harap-harap la takdeeeeee...amin.





What I did after exam, sambung raya la...haha

Hey you guys....have you been good? Well, exam mode is so damn gone! 

Haha...semua orang of course la happy nak mampus kalau exam dah abis. So do I. Jadi apa lagi, before drive balik Perlis, memang plan nak enjoy kaw-kaw! Sebab last 2 weeks kan dah balik celebrate raya. So macam it's okay kot balik lewat sikit kan. Haha.

Lepas abis exam kitorang pegi makan ayam penyet lagi! Gilo lah..makcik tu letak dadah ke ape. Makan banyak okay! Lain kali aku nak hire videographer lah untuk buat video masa aku makan supaya menjadi peringatan di masa akan datang. Tengok ulang tayang sendiri makan mesti gerun. 

Then ari ni aku pegi open house rumah balak dak umah kat Bandar Seri Putra. Ntah camne ejaan sebenar. Makan banyakkkkkk jugak. Ada nasi briyani, sate, laksam, pulut kuning, nasi impit dan kuih raya. Serius aku melantak macam-macam. Abis diet aku sepanjang berpuasa ritu. Kenot resist maaa...

Sebelum makan sempat jugak la snap beberapa keping gambar. Nk tengok gambar tak? Eden pakai baju raya wooo...kaler dah la macam signboard jalan je. Redha je la ek...layankan....zassss....




Ehsan Mat Ju amikkan gambar, mula-mula malas nak bangun berdiri.



Pastu kena paksa berdiri jugak untuk dapatkan angle baik. Ni la adik-adik manis yang hari-hari tengok muka masing-masing dah nak dekat dua tahun dah. HaHa.



Ayu dop? Speechless kan? gagagagaga =)



Ni after makan bila ruang depan dah clear ngan makcik-makcik sume. Kitorang plak amik port shooting. Bese la...makcik-makcik bukan shooting lama pon kan....



Finally ini lah dia pose terakhir sebelum balik. Sempat lagi tuh...Terima kasih kepada tuan rumah yang menjemput kitorang datang. Rumah cantik. Tapi macam banyak lagi kosong. Agak-agak sempat kot aku rembat satu nanti. Ahaha.


Btw, sume gambar ni diambik dengan Ipad 3. Serious memang nice upgrade dari Ipad 2. Macam mana aku tahu pasal Ipad 2? Ouh...ritu kedai tu tersalah bagi Ipad 2 untuk price Ipad 3 kat aku. So sempat la aku pakai dalam 3 minggu. Then seb baik aku curious nak tahu pasal beza Ipad 2 ngan Ipad 3. Terus kol papa about that and nak dijadikan cerita, resit tu missing in action. Mana ntah aku campak. Serious macam ghaib tetiba. Seb baik papa kalau bab berdiplomasi ni the best. So walaupon abang tu putar belit kona segala macam, papa yng ohsem berjaya membawanya pulang ke pangkal jalan. HaHa. 

So dapek lah eden merasa kedua-duanya....Cuma yang Ipad 3 ni stock takde kaler putih. Hitam pon hitam la...plus, aku rasa bila frame hitam ni, display dia bertambah cantik dan terang. Pape pon, hitam ke putih, bendanya dah memang ohsem laaaaa...lalala. Hati gumbira dah abis exam. Taun depan grad dah boleh tawen ler...hihihi 



Nasi Ayam Penyet terbaik di Bangi RM 6 jer

Assalamualaikum...

Lama bangat aku tak hupdate. Maklum la dah nak final year ni banyak projek yang nak kena submit serentak. Then esok dah start paper final aku. Ya Allah...permudahkanlah urusan ku.

Ok, actually short update kali ni nak suggest warung nasi ayam penyet best kat Bangi ni. Rasanya warga Bangi ni dah familiar ngan Wang Solo dan AP. Aku pernah pegi sekali je ke dua kedai ni.

Wang Solo bagi aku tak genuine la sambal ayam penyet die. Tak de moisture langsung plus biji cili tu bersepah-sepah die curah kat atas ayam aku. Then sambal die pedas giler spesis cili yang tak tumis habis. Even dah asing pon pedas tu dah meresap dalam ayam. Tapi ramai je orang...maybe diorang suke sambal ayam penyet style sambal belacan melayu tu. Price plak more than RM10 rasanya satu set.

AP plak average la..cuma ayam goreng die sejuk, means dah lama goreng. Sambal die better daripada Wang Solo. Bagi aku la...ade la ciri-ciri indon sket. Price RM10 plus jugak. Even die boleh diterima tekak la jugak kan, tapi untuk pegi lagi tu tidak la.

Kerana......

Ada yang lebih sedap daripada itu!

Die warung je. Plus yang meniaga tu memang indon. Pendek kata memang kedai tu kat kawasan hostel pekerja indon. Tempatnya di Seksyen 4 sebelah Petronas. Kalau tak silap nama hostel pekerja kilang tu ialah Sri Ayu. Serious sedap! Harga plak RM6 je. Murah la bagi nasi ayam penyet. Sekali datang kau mesti nak pegi lagi....jika dan hanya jika kau tak kisah makan warung.

Layan gambar dulu.


So ni la full set yang korang dapat dengan RM6 tu. Kalau nak tmbah tempe, sayur, nasik or sambal takde extra charges. Kalau nak bantai ayam extra, ade la tambah.



Ayam + Kobis + Tempe + Pucuk ubi + Timun + Sambal sedap
Ayam die bila orang order baru goreng. Tapi die dah half cooked la...So takde la lambat dapat.




Encik B cakap tak yah tangkap gambar lama-lama sebab die dah lapar.




Lepas cedok ke pinggan sendiri, kerana gentleman lalu dicedoknya ke pinggan aku pula. Portion of course 1/3 dari portion die. HaHa.




Konon seni la ni gambar senget-benget. Aku paksa gak die snap sekeping sebelum makan. Agaknye dah lapar sangat, asal boleh je pegang kamera. Tapi turns out macam ok la...ade seni sket.

Tapi korang beware, pucuk ubi ngan kobis memang ade angin. So kekadang perut aku tak tahan, memang kembung je perut sampai esok. Tapi itu tidak langsung mematahkan semangat untuk melantak di situ lagi. Eheh =)

Just in case korang nak pegi, kat situ ade dua kedai ayam penyet sebelah-menyebelah. Yang sedap tu sebelah kiri. Sambal die pedah manis gitu. Aku suke. Tak tau la korang camne. Kalau kedai sebelah lagi tu orang kureng sket. Maybe sambal die tak berapa kick. Tak pedas tapi manis. So tak feel. HaHa. 

Cumanya air kat situ memang mahal sket. Tapi still harga warung. Air kosong 40 sen. Teh o ais RM1.50....Tak banyak choice pon. Juice takde ye...Kalau nak pegi, set dalam kepala nak jadi typical malay yang makan pakai tangan je k. 

Ouh..dah lewat. Sok exam dah. Selamat malam semua...Have a nice day =)