Random story di opis

Dulu masa belajar bahasa German, cikgu selalu cakap yang colleague tak sama dengan friend. Macam musykil sikit sebab kalau sekelas, haruslah sekawanan. Cikgu explain kalau kawan ni, kita akan share banyak benda. Kalau sekadar classmate or dak opis, kita share hal-hal keje je. Strictly business gitu.  Aku pon OOOOOoooooooooo panjang,

Bila dah keje, baru aku paham beza dak opis dengan kawan. Dengan kawan ni kau boleh jujur, tak yah jaga muka sangat. Ada aktiviti pape kalau takde bajet nak join, direct je cakap takde duit. Tapi dengan dak opis lain. Contohnya ada tournament paintball antara department. Syarat plak mesti ada dua perempuan dalam group, so dak opis akan ajak kau sungguh-sungguh sebab nak cukup kuota. Tapi kau tau la paintball ni kan sukan untuk orang kaya. Bapak mahal sekali main. Kalau ahli Sports Club, boleh la diskaun 50%. Tu pon 50 hengget kena bayar. Kalau nak join club, tetiap bulan akan potong 5 hengget. Masa tu kau memang takde duit nak berjimba. Kau rasa apa kau nak jawab apa kat dak opis?

Hal ni jadi kat aku sebenarnya. Aku cakap aku takut nak main. It's a war! Gila kau nak pegi perang dengan iman tak cukup. Walaupon diorang cakap tak sakit pon kalau kena tembak, aku still cakap taknak. Nebes! Tapi bila jawab camni, sakit hati jugak bila ada yang senyum sinis. Haishh....dah eksaited nak pegi, kete plak rosak, bateri kong, gas masak pon habis time goreng nugget. Apa la nasib...mungkin kalau aku main paintball tu, patah-riuk jadinya, sebab tu tak jadi pegi.

Takpe la...mungkin next time. Hopefully diorang dah tak trauma ajak aku join. Ajak sekali tak nak, ajak dua kali tak nak, nak suh ajak kali ketiga memang gi mampus la. Sighhhh....

Ok lah. Tu je nak citer. Kisahnya, spesis macam aku ni lagi rela dikatakan pengecut, perempuan lemah daripada orang tau yang aku ni belum tengah bulan poket dah kering. Haha. Ini applicable untuk dak opis yang strictly business je la. Kalau kawan, orang tak ajak pon aku volunteer. Takde duit, suruh orang belanja. Muahahahaha.




Misi menakluk Broga

Pernah terdetik dalam hati, bestnya jadi doktor. Gaji masyukkkk...jadi houseman dapat gaji tiga bulan 15 ribu weh! Well, keja banyak tapi kalau kau buat something yang ko minat, takde la rasa beban sangat. Sepupu aku masuk keja 7 pagi, balik 10 malam...tanya mak ayah apa khabar, pastu masuk tido. Haha. Anak-anak nanti hidup senang yang penting. Money small matter lah!

Melihat kehidupan seorang doktor, husben cakap nasib baik aku tak jadi doktor. Kurang masa dengan mak ayah, kurang masa dengan anak-anak, kurang masa dengan dia. Ya...jadi doktor memang masa kurang dengan family. Bersyukurlah ye. Duit memang susah dicari, tapi masa yang lepas dah takkan kembali. Trust me, I'm an engineer! Haha.

Sebut pasal meluangkan masa bersama husben, today aku naik Broga follow dak opis husben. Dulu selalu nyebok secara illegal, sekarang nyebok secara official. Hehe. Badan dah naik, tapi gue tetap fit hokay. Kalau naik, tak payah la ber-sweater bagai. Nanti separuh jalan, sah kau rasa nak bogel. Make sure kasut sesuai dan badan fit untuk mendaki. Ouh...bawak torchlight comel or boleh beli dengan harga seploh hengget kat aunty cina bawah tu. 


Berseni tak gambar aku ambik? Hahahaha. Sampai atas je, tangkap gambar banyak-banyak ye. Sebabnya ntah bila nak naik lagi kan.


Ni la dak opis husben yang berjuang abis-abisan nak sampai atas. Tekad setekad-tekadnyaaa.


Kau tengok photographer tak bertauliah ni ambik gambar. Sampai senget nak center kan gambar, Kalau anjak kanan setapak dah tak perlu bersusah-payah macam ni. 


Kitorang naik sampai puncak kedua je. Puncak tinggi tu macam dah takde space untuk lepak je. Dan juga...dari jauh kau nampak jalan naik tu macam scary. Bersyukur dengan apa yang ada je la.



Okay. Muka aku macam pinggan! Hidung kembang bak kata ayah aku. Lols. Husben aku cakap macam indon. Ahhh...nak naik tinggi ni tak payah nak shawl bagai. Mengundang makian je sepanjang perjalanan. 


Orang lain kemain bukak henset. Nak check in Broga lettew. Tapi aku punya Digi macam shilaka sket. Husben bukak hotspot, announce password kuat-kuat. Elok la tu. Kang satu bukit ni pkai hotspot Abdullah wifi. 


Last but not least, ini lah muka kitorang yang tak mandi pagi, baju basah dan badan tengik. We've made it! Punya la lama berhajat nak naik Broga. Alhamdulillah, semua selamat naik dan turun. Lepas turun, selamat jugak melantak roti canai dan nasik lemak. Lalalalalalala.

Pakat-pakat upload gambar kat group wasap sebab nak bagi yang lain jeles. Ada satu tu gambar cantik. Tanya husben, budak ni pakai phone ape. Husben jawab pendek, "iPhone." Oooo...patutlaaa....aummmmm O_O


Pelik macam mana barang besar gajah boleh hilang O_O

Okay....aku tipu. Barang tu takde la sebesar gajah. Tapi still la hampir menyamai anak gajah baru lahir. Baru-baru ni aku punggah merata cari baju hujan yang tak pernah pakai langsung. Elok je terletak dalam beg Givi. Recall last sekali nampak, pastu dah nampak, ade tak tangan aku gatal ubah ke tempat lain etc. Sejam recall, habuk je penuh. Barangnya tak jumpa.

Pastu aku google la petua-petua nak cari barang hilang. Jumpa la ayat-ayat yang disarankan baca masa mencari, moga Allah bagi petunjuk. Tak jumpa jugak! Tapi Allah maha berkuasa, suka hati Dia lah nak bagi petunjuk ke tak kan. Dalam hati ni, memang berdoa la supaya jumpa. "Ya Allah, aku banyak dosa, Tapi boleh tak tunjukkan aku kat mana baju hujan tu?" Allah maha pengampun dan maha penyayang...kita doa je la kan. 

Dah letih cari, aku pon mandi. Dalam bilik air makin rancak aku berimaginasi. Macam dapat petunjuk. Masa kemas barang masuk dalam kereta, macam ada scene aku cakap nak masuk ambik baju hujan tu and seludup bawak balik KL. Setelah dipastikan yang imaginasi tu macam real, aku pon tenang. 

Malam tadi aku naik bas dengan tenangnya...sampai umah terus cari. Tengok dalam umah takde, pegi kat kereta usyar depan belakang bawah seat sampai tertonggeng-tonggeng pon takde jugak. Haishh...pelik aku. Memang pelik. Lalu aku berimaginasi lagi. Macam ada scene masa nak angkat barang naik rumah, baju hujan tu aku tinggalkan dulu sebab dah tak cukup tangan. Tapi bila nak sambung story line tu aku dah musykil. Macam mana boleh ghaib dari dalam kereta??!!!! Steressss okay pikir T__T

Ada orang cakap, semua ini milik Allah dan kita hanya peminjam. Bila satu barang tu hilang, anggap saja Allah dah ambil balik dengan sebab yang hanya Dia yang mengetahui. So dalam kes kehilangan baju hujan aku ni, nampak gayanya kena beli baru. Sobs sobs.