Showing posts with label Kitchen. Show all posts
Showing posts with label Kitchen. Show all posts

Cubaan pertama buat dorayaki

Aku memang suka tengok gambar makanan. Bila bukak resepi, terus semangat nak buat. Tapi aku memang dilahirkan takde bakat memasak. Cubaan kali pertama selalunya disasters. Dulu aku buat karipap, kau tengok apa jadi.


Ini karipap paus namanya. Kalau nak tengok lagi banyak first try aku yang fail, boleh la klik label Kitchen. Aku pernah jahanamkan deep fryer orang sebab nak goreng kentang. Kisahnya tak pernah guna dan tak reti guna. Yakin je sampai terbakar la aku keje kan. Itu epic fail.

Tapi aku tetap tak insaf. Kali ni ada hati nak buat dorayaki. Resepi kacang giler. Tutup mata pon boleh buat. Tengok bahan semua ada, kuali capati pon aku ada. Permulaan macam okay je kan.


Kau tengok. Lebih kurang sama je dengan gambar bawah ni kan. So aku excited dah la nak show off kat husband aku. Aku suruh dia jadi photographer. Confident tahap dewa kali ni mesti jadi. Minum petang kali ni konpem special.



Aku maintain api slow je. Kalau tak nanti hangit. Tapi tak tahu mana silapnya, bila aku terbalikkan dorayaki ni.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

macam-macam tone ada! Cilakak betul!!
 

Gaya dah ada. Husband aku bantai gelak time tu jugak. Kemain susah tak nak bagi gambar goyang. Tahun 2009 dulu karipap aku jadi paus, sekarang 2015 dorayaki aku yang pertama dalam dunia ada banyak tone. Pastu paksa photographer tangkap gambar dari angle yang paling cantik. Tugas berat katanya. Deym.


Tapi kalau dah memang champion bab makan, hangit sebelah apa ada hal. Sapu nutella mahal, terus ngap masuk mulut. Makan semua cepat-cepat sebab tak sanggup nak tengok dah. Betul la orang cakap, tak hensem takpe, tapi rupa tu biar sedap mata memandang.



Durian Crepe Hot Pink

Weh korang.

Korang buat pe je cuti Krismas ni?

Aku kan, lepas lunch tadi terus tergerak hati nak buat durian crepe. Aku kalau dah tergerak hati memang tak menyempat. So encik boifren terus bawak cari lori durian kat tepi jalan. Katanya durian Giant tak fresh. Ala...die bukan makan pon. Huh.

So hasil gigih aku selama dua jam buat, ini la hasilnya. Jeng jeng jenggggggg!!!!



Aku tahu buruk bentuknya. Kulit tebal, pastu pecah plak tu bila dilipat. Whipped cream terkuar-kuar. Tapi....ye ade tapi. Aku dah testing dua bijik sebelum masuk dalam peti ais tadi. Dan rasanya sedap! Aku tak kesah la sebenarnya yang sedap tu inti die je. Inti die pon memang durian ori and whipped cream yang aku blend sesuka hati. 

So kalau ikut anak tekak aku ni, tak kisah rupa paras. Maka aku rasa bangga gila sebab kalau orang tanya pernah buat ke tak, pernah! Cantik tak cantik belakang kira yo. Resepi ni aku follow blog cik epal. Pandai-pandai la pi google na.

Tunggu sejuk, lewat petang jap g dah boleh ngap!


Update: Komen encik bee =)




Touching T_T

Nasi Ayam Penyet terbaik di Bangi RM 6 jer

Assalamualaikum...

Lama bangat aku tak hupdate. Maklum la dah nak final year ni banyak projek yang nak kena submit serentak. Then esok dah start paper final aku. Ya Allah...permudahkanlah urusan ku.

Ok, actually short update kali ni nak suggest warung nasi ayam penyet best kat Bangi ni. Rasanya warga Bangi ni dah familiar ngan Wang Solo dan AP. Aku pernah pegi sekali je ke dua kedai ni.

Wang Solo bagi aku tak genuine la sambal ayam penyet die. Tak de moisture langsung plus biji cili tu bersepah-sepah die curah kat atas ayam aku. Then sambal die pedas giler spesis cili yang tak tumis habis. Even dah asing pon pedas tu dah meresap dalam ayam. Tapi ramai je orang...maybe diorang suke sambal ayam penyet style sambal belacan melayu tu. Price plak more than RM10 rasanya satu set.

AP plak average la..cuma ayam goreng die sejuk, means dah lama goreng. Sambal die better daripada Wang Solo. Bagi aku la...ade la ciri-ciri indon sket. Price RM10 plus jugak. Even die boleh diterima tekak la jugak kan, tapi untuk pegi lagi tu tidak la.

Kerana......

Ada yang lebih sedap daripada itu!

Die warung je. Plus yang meniaga tu memang indon. Pendek kata memang kedai tu kat kawasan hostel pekerja indon. Tempatnya di Seksyen 4 sebelah Petronas. Kalau tak silap nama hostel pekerja kilang tu ialah Sri Ayu. Serious sedap! Harga plak RM6 je. Murah la bagi nasi ayam penyet. Sekali datang kau mesti nak pegi lagi....jika dan hanya jika kau tak kisah makan warung.

Layan gambar dulu.


So ni la full set yang korang dapat dengan RM6 tu. Kalau nak tmbah tempe, sayur, nasik or sambal takde extra charges. Kalau nak bantai ayam extra, ade la tambah.



Ayam + Kobis + Tempe + Pucuk ubi + Timun + Sambal sedap
Ayam die bila orang order baru goreng. Tapi die dah half cooked la...So takde la lambat dapat.




Encik B cakap tak yah tangkap gambar lama-lama sebab die dah lapar.




Lepas cedok ke pinggan sendiri, kerana gentleman lalu dicedoknya ke pinggan aku pula. Portion of course 1/3 dari portion die. HaHa.




Konon seni la ni gambar senget-benget. Aku paksa gak die snap sekeping sebelum makan. Agaknye dah lapar sangat, asal boleh je pegang kamera. Tapi turns out macam ok la...ade seni sket.

Tapi korang beware, pucuk ubi ngan kobis memang ade angin. So kekadang perut aku tak tahan, memang kembung je perut sampai esok. Tapi itu tidak langsung mematahkan semangat untuk melantak di situ lagi. Eheh =)

Just in case korang nak pegi, kat situ ade dua kedai ayam penyet sebelah-menyebelah. Yang sedap tu sebelah kiri. Sambal die pedah manis gitu. Aku suke. Tak tau la korang camne. Kalau kedai sebelah lagi tu orang kureng sket. Maybe sambal die tak berapa kick. Tak pedas tapi manis. So tak feel. HaHa. 

Cumanya air kat situ memang mahal sket. Tapi still harga warung. Air kosong 40 sen. Teh o ais RM1.50....Tak banyak choice pon. Juice takde ye...Kalau nak pegi, set dalam kepala nak jadi typical malay yang makan pakai tangan je k. 

Ouh..dah lewat. Sok exam dah. Selamat malam semua...Have a nice day =)





First Time Buat Cream Puffs With Custard Fillings

Guys..

Hari ni nak crite yang aku telah melakukan cobaan membuat cream puff berbekalkan YouTube =)




Tapikan...bentuk yang terhasil takde la megah sangat. Ada something wrong jugak la sebab even aku pakai pipe bunga-bunga, bila bakar je hilang. Plus die penyet sikit. Takpe, cobaan pertama ni bila makan sedap jugak. Tu yang penting. HaHa. First time memang la tak perfect. So jom tengok gambar cream puffs aku yang bagaikan kuih beger Malaysia ni. 



Ouh...aku tak beli icing sugar. Kalau tak, boleh tabur-tabur kasi cantik. 



Untuk inti aku google resepi custard fillings. Kalau korang ikut video pon ok jgk. Cuma aku nk sep bajet pakai je ape ade kat rumah. Tu pon aku keluar la jugak pegi Yummies time orang solat Jumaat tadi. Gigih jugak. HaHa.

Lepas ni nak try buat Eclair plak. Tu pon ntah camne bentuk die nanti. Macam ulat gonggok kah? HaHa. We'll see ^_^



Famous Amos Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni terasa hidup sungguh bermakna kerana aku kembali membuat kuih. Walaupon tulang belakang rasa sengal-sengal, tapi boleh la membuahkan hasil jugak. Semalam aku google resepi dan terjumpa satu yang di-claimed kan sebagai resepi original Famous Amos Chocolate Chip Cookies. Tak tau lah betul or tak. Tapi no harm cuba. Tengok komen kat bawah pon macam banyak yang cakap sedap, 90% menghampiri Famous Amos punya. Aku follow sejibik resipi ni. Untuk makan cikai-cikai kat rumah, better separuhkan semua sukatan. Boleh dapat 1 tin Dumex 2kg.


Bahan-bahan:

2 cups of butter
4 cups of flour
2 tsp of baking soda
2 cups of granulated sugar
2 cups of brown sugar
5 cups of blended oatmeal (measure the oatmeal and blend to a fine powder) or can be substitute with desiccated coconut
680 grams of chocolate chips
1 tsp of salts
510 grams of Cadburry bar (grated)
4 eggs
2 tsp. of baking powder
3 cups of chopped nuts (your choice, favourable pecans)
2 tsp of Vanilla



Sekarang, takat tenung-tenung je bahan die ni tak menjadi kuih korang. Cenggini nak buat die. Aku takde hand mixer pon. So sesaper yang ada tenaga batin terpendam tu dialu-alukan mencuba. Famous Amos 100 gram dah RM 9. Kalau beli barang-barang ni kat Yummies, modal dalam RM20++ dah boleh dapat banyak =)

Cara-cara membuat:


Pukul butter, gula putih dan gula perang sampai kembang. Sesaper yang follow aku pakai senduk kayu je, sila lah guna kekuatan kaki untuk memegang mangkuk besar ni dan gunakan kedua belah tangan anda untuk memutar. Kalau butter campur gula putih je, suppose bila dah kembang die jadi warna putih. Hmm...campur skali gula merah ni aku rasa dia jadi kaler light yellow. Alaaa...nanti korang buat, korang tengok pon dah tau die kembang bam bam dah.





Campurkan telur dan esen vanilla. Suppose kaler die berubah menjadi lebih kuning dan adunan menjadi cair sket. Aku tak sure plak pantang-larang nak letak telur ni. Aku pecah je semua dalam satu mangkuk then tuang. Aku buat half adunan je. 



Kemudian masukkan tepung, oat atau kelapa parut, garam, baking powder dan baking soda. Abaikan yang hitam-hitam tu. Al-kisahnye aku terlupa nak ambik gambau lepas gaul-gaul semua bahan tu dengan sebati. Teksture die akan jadi kasar sket sebab ade aku pakai kelapa parut. Ade je oat kat Yummies, tapi aku memang pemalas nak blend kering oat tu. Tapi resepi asal pakai oat ye. Rajin-rajin kan lah diri korang untuk blend oat tu. Alaaa..senang je, bukan blend pakai gigi pon.



Kemudian baru lah masukkan chocolate chips dan Cadburry. Carburry tu parut ye. Bukan cairkan. Aku takde tempat parut tu. So aku hiris-hiris je pakai pisau. Dah namanya pemalas, kasar je aku potong. Lagi halus lagi better. Sebab Cadburry tu takkan fully cair masa bake. So kalau gedabak sangat, liat nanti cookies korang.



Dan ini lah hasilnya lepas gaul-gaul semua bahan dengan sebati. Oh ye...teksture die memang lembik ek. Jangan memandai nak tambah tepung. Yakin lah ape yang anda buat tu betul. Die memang sejak azali begini.



Ok, untuk letak dalam loyang bakar, pakai dua sudu kecik untuk gentel-gentel sama saiz. Actually, nak pakai tangan pon boleh. Tapi kalau tak nak serabut, pakai la sudu macam aku buat ni. Sekarang aku dah paham kenapa bentuk Famous Amos tak simetri. Memang cenggini lah yang aku dapat. Jarak antara cookies ni 2 inches ok. Sebab die bapak la mengembang tym baking. 


Dan lagi satu nak kene achtung, saiz sebijik cookies dalam loyang ini ialah 50sen syiling. Bila aku try buat kecik-kecik, hangus dowh. Tapi kalau korang pandai adjust masa dan temperature tak pe la. Untuk bakar dalam suhu 190 degree C selama 10 minit, buat besar-besar ye.  Dan jangan penyetkan die. Sebab nanti korang punye kuih nipis sangat plak.




So lepas kuar over, ini lah rupanya. Aku tau langsung tak serupa dengan Famous Amos.  Kaler plak lain-lain version. Berdasarkan pengalaman buat ni tadi, maybe sebab saiz aku gentel yang tak consistent. So ingat, Kalau terlebih besar, tak masak. Kalau halus sangat, hangus hitam. 3 tray aku buang sebab ala-ala nigga gitu. HaHa. 




Pengajaran yang aku dapat, patut la mahal beli kat kedai. Untuk half dough ni pon pakai satu setengah bar Cadburry chocs. Kalau korang nak substitute coklat masakan cikai-cikai, aku tak jamin ye. 

Chocolate chips aku pakai tak cukup sebenarnya. Plus aku cari pecans kat Yummies takde. Tak berani nak cuba nut lain. Tapi suka hati korang la nak letak ape pon. Cosmetic je tu. Hmm...itu saje kot. Sape berminat nak try, selamat mencuba =)





I actually did something on the 14th...Chocolate Chip Muffins!

Sempena 14 Februari ini (tiada kena mengena ngn Valentine's Day), aku yang terlampau malas untuk buat tutorial, tapi terlebih rajin nk buat kek telah membuat Choc Chip Muffins chumyl untuk kengkawan semua. Siap decorate pakai fondant yang warna-warni tau. Sesedap rasa secantik rupa, maka ambik lah sorang satu ye... Jangan berebut kawan-kawan!!!


Dida dan Ainul badan kecik ja. Jadi boleh share. Harap maklum!


Tapi kan korang jauh-jauh semua. Hmm...jadi aku ingat nak pos pkai Fedex. Aku pon beli la kotak cantik khas untuk muffins setelah siap dihias-hias sesuka hatiku.


See!! Aku dah siap tutup kotak ni n selotep kiri kanan atas bawah tau. Semut pon tak boleh bolos masuk dalam ni. Macam nak buat hantaran kawen la plak. HaHa. Gatal!

Tetiba aku baru teringat, mana ada pejabat pos bukak malam-malam cenggini. Hurm...makanya aku terus turun start kereta dan memandu membelah Bangi. Cewah..Bangi je pon. Lalu sampai la di Seksyen 4.

Akhirnya aku pasrah, tak jadi lah pos. Sayang kalo nk buang...Jadi aku hadiahkan kan mamat cun ni. Die pon tersengih-sengih sampai muka berseri-seri bila dapat muffins paling chumyl di dunia ni. Hoyeahhhhhh!!!!!


Kan aku dah kata bukan untuk Valentine!



p.s : dolmun1437



Dari Dapur Hostelku

It was history when finally the real karipaps were produced with my own hand together with my housemates. Served with teh susu panas, ouh....it was a great legend in Uniten in Ramadan afternoon. Dear Aishah, I'm so sorry that you missed the moment meaning ang dah terlepas makan karipap panas sedap weh! But I have something left for you.... A couple of snaps right before they were complete gone, together with the marvelous teh susu yang aku gedik tambah ais, maka jadi la teh ais.







Chicken Cordon Bleu

After doing TM2 this early morning, I was a bit stress because I've already expected the outcome. Just nice. Haha... I went to buy some chocs for beloved Malaysian and also the half-everything needed for my chicken cordon bleu. I didn't manage to find toothpick anywhere at Aldi or Norma. Plus, I was so lazy to go and buy chicken ham at the mosque. It's not that I'm lazy to go to the mosque OK~

I used my chef skills to slice the chicken breast by using a chef knife. Washed them with a little bit of flour and let them dried. Meanwhile, I sliced the frankfurter and boiled it with water for about 10 minutes as a substitute for ready cooked chicken ham. Then, the normal process started, rolling and kept rolling, secured with 1/4 lidi satey yg ditajamkan sendiri guna chef skills jgk :P




Then, I used 3 ultimate rolling stage to make sure that it will have the best taste in the world. Hyperboles lagi. First stage was with Kentucky flour, second with eggs and the third with slammed-with-big-stone-by-Aimi bread. Can't you imagine that? Luckily all the Germans like to eat hard-like-stone bread. Finally, I put them in a baking tray, baked them with 200 degree for 40 minutes.




And now, I'm waiting for them to cook while loud hip hop musics coming out from my stomach. Eh, it's a loud TING!!!! Horrayyyyyyyy!!!!!!! (^^,)




Ok, I'm so full right now. So yummiessssss!!!!! Urghhh...Rabbit!

Dumplings at 3 a.m

Today, I did something unexplainable as early as 3 a.m again. Last time, I tried to make doughnuts, but it failed. Haha. This time, it was a Chinese dumpling! Walawei...semangat! And it tastes quite well. Finally I did something today. These dumplings are dedicated to all my London travel mates and thanks to Asma' curiosity, we managed to know what is actually a dumpling :P

All I need was a small cup of flour and a small amount of water to make the dough. For the filling, I substituted the chicken breast with chicken sausage, carrots, mushrooms (optional) and onions. Mixed them with 1/2 tp of salt, 1 tp of pepper, 1 tp of sugar, 1 tp of oil and 1/2 tp of oyster sauce.




Then, I just rolled the dough with my very big ketchup bottle which I kept only due to this purpose. I had really trying hard to produce the similar shape as the dumpling I once ate. And they seems ok for me. Haha.. A cup of flour can produce 6 cute dumplings. When I ate 3 of them, I'm already full. Hadoiyai...




This is my first attempt to prepare a non Malay traditional food, except for spaghetti. But what to do, seems like my stomach can't tolerate much with unfamiliar food. Next time, I'll try the cordon bleu. Only that now I don't have any toothpick to stick the chicken breast together. Otherwise, I would have been eating them vigorously now (^^,)

Midnight Snack...Yummie :)

Lapar...lapar...lapar!!!!!!!!!!

Consideration:

1) Megi WEKA - siang dah makan megi
2) Benjo sedap - siang dh letak telor dlm megi

3) Spegheti - Malasnya nk rebus, tumis2 lagi
4) Makaroni sup - Aha! Sedap2...buat makaroni sup yg sihat. Hoyeah!!!!!!!

Cara-cara:

->Isi periuk/pan dgn air.
->Campakkan bawang besar,bawang putih dan halia
.
->Tambah cili padi ikut tahap kepedasan yg termampu.
->Campak plak udang.
->Letak sikit kiub ayam dan sos tiram.
->Jangan tambah garam sebab dah cukup masin.
->Resepi kejayaan, tuang je makaroni keras tu ke dlm pan ikut tahap kelaparan.

->Campak sayur sesuka hati plak.
->Lepak jap tulis blog smpai makaroni tu kembang.
->
Upload gambar makaroni sup yg tengah berasap ni.





->Lahap je terus dalam pan tu. Jimat air, masa dan tenaga. Lagipon, boleh kekalkan teksture dan rasa. Haha. Pemalas!
->Tukar sudu besar tu kepada sudu kecil.
->Dah boleh makan!!!!!!!

Yahooooooooooo <(^_^)>




On the scene : Deep fry on fire!

Alkisahnya begini....

Perbualan di Yahoo Messenger.

Jessica :
Eh, jom mlm ni celebrate besday Angelina. Kite buat pizza ke.. x pon bihun goreng. Cece..mcm aku je nk mkn sbnrnye. Hehe..

Cathrina : Boleh ja.. Pukul 11 naik la. Start msk.

Jessica : Aku nk goreng fries la.. Dlm deep fry Johny ni. Tp aku angkut bwk naik bilik ang la.

Cathrina : Oh, boleh ja. Jom masak.

Jessica : Jom!

Perbualan di bilik Cathrina.

Cathrina bertugas utk menggoreng bihun. Manakala Jessica plak teruja utk menggoreng fries menggunakan deep fry Johny.

Jessica : Hish..Cat, cmne ntah nk bukak bende ni. Dh la si Johny ni x basuh. Berminyak-minyak.

Cathrina : Sejak kat bilik ang tu mmg x basuh la. Jaring ni boleh bukak. Yg bwh ni cm melekat ja.

Jessica : Eh, mesti bleh bukak. Cmne nk basuh kalo melekat gini.

Cathrina :
Kalo bleh bukak pon msti dh melekat sb dh lma x basuh ni. Ang basuh mcm ni ja lah. Pi basuh dlm shower.

Jessica pon terus msk ke shower room. Dia pon menyental-nyental deep fry itu dgn tekunnya. Semangatnya utk menggoreng fries berkobar-kobar. Permukaan yg berminyak dibersihkan dgn berhati-hati utk mengelakkan badan deep fry tu terkena air.

Jessica : Eh Cat, ni suhu brape ek?

Cathrina :
Buat la 100 ka.. Mcm ayaq mendidih tu. Ok kot.


Jessica :
Die berasap-asap dowh. Mne minyak aku td?


Cathrina :
Ang ltk ckt dlu kot minyak tu.

Jessica pon menuangkan minyak ke dlm deep fry. Tetiba api marak menyala dan menjulang tinggi. Jessica terkejut dan terus ke belakang. Melihat api yg menyala-nyala, Cathrina menjerit.

Cathrina : Eh... Power supply Jess! Cabut plug!!

Jessica :
Hish..hish...Takut aku.


Cathrina :
Bukak tingkap Jess! Cmna ni Jess???!!!
(Dtg dekat smbil memegang segelas air)

Jessica :
Rileks Cat, rileks! Die padam sendiri nnti.


30 saat menanti, api menjadi lg marak membakar deep fry itu.


Jessica :
Cmne ni Cat?? Api die makin kuat dowh!!


Catherina :
Rileks Jess.... X leh guna ayaq sebab ni minyak. Pasir! Pasir! Pasir!

Jessica : Mne nk crik pasir ni Cat??

Catherina : Jess, tepung ang boleh?

Jessica :
Boleh Cat.. Boleh!!

Cathrina mencapai tepung yg berdekataan. Kebetulan bru lepas buat muffin. So tepung tidak disimpan kembali ke atas almari. Lalu tepung dituang ckt ke dalam api yg marak itu.

Cathrina : Hish... dia sambaq ni. Tinggi plak tu api.

Cathrina terkejut dan menarik tangan. Abis tepung berselerakan. Masing-masing x tahu apakah nasib seterusnya. Are we gonna be a legend?? Terbayang-bayang muka Leda. Sapa suh x amk insurans harta benda yg dia promote tu.

Jessica : Api die cm biru ni.

Cathrina :
Eh, api mcm slow ckt ni. Try tuang lg. Ok Jess, ad ckt lg. Tp tepung dh nk abis plak!


Jessica :
Ad lagi x tepung?? Mne nk cri pasir ni?


Cathrina :
Last ni..padam la api ni.

Setelah tepung habis digunakan, api pon padam.. Kedua-dua sahabat ini pon lega sambil melihat bilik yg penuh dgn tepung. Nasib baik ad vacuum power kesayangan.

Jessica : Aku dh nmpak selimut ang dh td. X pon nk cmpak bende ni kluar.

Cathrina :
Selimut aku?? Seb baik ang x cmpak. Kalo x lg la marak.


Jessica :
Cmne la nk bgtau si Johny ni. Baik ang tolong usyar harga kat ebay.


Cathrina :
Apa ek deep fry bahasa German?

Jessica :
Ang try la Pommeskocher ka..

Perbualan ini berlarutan dgn lawak jenaka yg x berkesudahan. Oh ya, gmbr selepas kejadian sempat diambil. Tapi semasa kejadian tu, x dapat la.. Menyesal jgk la x terpikir nk amk gmbr api tu.













Beger Malaysia siap!!


Tanggal 2 April 2009....aku telah berjaya menghasilkan beger ikan bilis yg hudoh tp sodap! Better dr karipap dulu la..Sebelum menggoreng, doh bulat2 telah diperap seketika membiarkan yeast menjalankan mekanisma pengembangan. Begini lah rupa doh bulat2 yg comel. Semuanya 12 bijik. At this point, I wonder how they may look like later....






Selepas menggoreng, proses penyumbatan sambal ikan bilis pon bermula. Susah rupanya nk sumbat2 ni. Kena hati2 takut nanti terputus dua plak beger ni. Sumbat sebanyak mana bilis yg boleh. Haha...Kawan2 rsa sedap tak beger ni?? Don't judge a book by its cover. Walaupon buruk..tp boleh diterima perut la. Bak kata org...x da la horror sgt. Hohoho:)







Cubaan berani membuat karipap!


Ari ini Jumaat 27 Mac 2009, kali pertama dlm hidup aku telah membuat 4 biji karipap berbekalkan resepi yg ku google.

Ciri-ciri karipap ini:
1)Berkulit tebal hingga agak keras dan tidak rangup.
2)Berinti sardin yg pedas dan sedikit masin kerana digoreng bersama sambal olek.
3)Berbentuk tidak sekata kerana aku telah mengelim sesuka hati asal melekat.

Selepas ini, aku tak mahu lagi membuat karipap. Haha...Nk beli kat kedai ja. Sebijik karipap telah masuk ke dalam perut. Kini aku sdg mencari jln untuk menyumbat ketiga-tiga karipap ini plak. Lepas ni, aku nk try buat burger ikan bilis plak. Kita lihat hasilnya nanti. Hohoho..