Durian crepe turqoise plak!

Short update ya...

Aku baru lepas workout pilates for 30 minutes. Malam ni ade kelas ganti pukul 8. Tapi nak jugak post menatang ni. HeHe.



Amacam? Ada improvement tak?

Durian Crepe Hot Pink

Weh korang.

Korang buat pe je cuti Krismas ni?

Aku kan, lepas lunch tadi terus tergerak hati nak buat durian crepe. Aku kalau dah tergerak hati memang tak menyempat. So encik boifren terus bawak cari lori durian kat tepi jalan. Katanya durian Giant tak fresh. Ala...die bukan makan pon. Huh.

So hasil gigih aku selama dua jam buat, ini la hasilnya. Jeng jeng jenggggggg!!!!



Aku tahu buruk bentuknya. Kulit tebal, pastu pecah plak tu bila dilipat. Whipped cream terkuar-kuar. Tapi....ye ade tapi. Aku dah testing dua bijik sebelum masuk dalam peti ais tadi. Dan rasanya sedap! Aku tak kesah la sebenarnya yang sedap tu inti die je. Inti die pon memang durian ori and whipped cream yang aku blend sesuka hati. 

So kalau ikut anak tekak aku ni, tak kisah rupa paras. Maka aku rasa bangga gila sebab kalau orang tanya pernah buat ke tak, pernah! Cantik tak cantik belakang kira yo. Resepi ni aku follow blog cik epal. Pandai-pandai la pi google na.

Tunggu sejuk, lewat petang jap g dah boleh ngap!


Update: Komen encik bee =)




Touching T_T

Cerita pasal durian crepe

Love, love and love. One can never have enough of this. Like me ^_^

Semalam tetibe aku mengidam durian crepe. Ouh fyi, aku memang penggemar durian sebab ayah aku penggemar durian. Kalau musim cempedak ke rambutan ke...takde maknanya nak balik kampung. Tapi kalau musim durian, terus pack beg dan balik kampung sebab nak feeling-feeling CSI cari durian luruh. 

So aku gugel durian crepe ni mostly takde jual yang siap dah. I mean, kau kena order and pick up later. Namun hasil aku gigih blog jumping, aku jumpe info yang kejadah ni ade dijual siap kat Mid Valey. Die jual kat booth Sumptuous Desserts yang terletak kat LG betul-betul depan Sushi Tae. Turun eskalator, then jangan belok kiri kanan macam aku tadi. Sebab nanti sia-sia je kau menapak. Instead, move forward dengan mendadanya..muahahaha. Dan kau akan terkinja-kinja bila nampak Sushi Tae, apatah lagi bila booth durian crepe kat depan tu. Oh yeah O_O




So ni lah ghope durian crepe yang telah aku Instagram kan. Kamon la..gambar sekarang kalau tak Instagram memang tak sah! Najis mughollazoh jadi nya kalau tak disamak dengan any photo editing software. Sumptuous jual 6 pieces ni dengan harga RM10.00 which can be considered as harga standard aroung KL. Yang tak standardnya ialah saiz bantal tu. Sesetengah penjual die letak sama harga tapi kurus cekeding je. In fact, yang ni pon takde la besar sangat. HaHa.

Masa aku nak naik eskalator tu ke atas, ade satu booth lain yang jual benda ni. Booth tu ade sign DURIAN. Sume desserts durian kot die jual. Durian crepe die kaler hijau tapi bapak mahal. 6 ketul kecik die jual RM 13.50 dan ramai plak tu kerumun. Aku macam nak tolong promote je Sumptuous kat depan tu. Maybe sebab turun eskalator je nampak booth tu. So orang lain yang lagi tahap menggigil ketagih crepe ni pikir, "That's it! Aku nak tapau 10 paket." 

Seyes, aku pon nak tapau 10 paket. Tapi poket la lobang-lobang. Abis duit cicir ntah mana-mana. Lols. Ouh korang tahu tak aku sampai Mid pukul 3.00 petang. Then pukul 3.20 petang aku dah gerak dari parking. Tapi still kena bayar first three hours parking flat rate sebanyak RM3.00.....takpeeeerrrr...Doyan punye pasal. I sanggup!

Yang tak sanggupnya ialah encik boifren yang memang tak makan durian. Emo die mengadap jalan jam. Aku duk dalam kete diammmmm je. Dah la kitorang dari Sentul, then jalan nak gi Mid tu jam, die pegi pusing ke jalan yang tak jam, tapi sebenarnye bukan jalan yang membawa ke Mid. Sampai begitu sekali! Pastu suh aku bukak Sygic nak cari jalan. Vodo punya Sygic tak hupdate satu simpang, terus aku diberi tekanan nak belok ke tak. At last tak belok dan nasib baik itu lah jalan kebenaran. Terus aku pon emo kat Sygic yang menyebabkan aku tertekan.

Anyway, aku sampai jugak and rembat 2 paket. Dah abis dah pon. Ade hati nak simpan sampai besok. Pas dah beli tu aku pon mulakan misi memujuk boifren. Kesian la jugak sebab paham-paham la KL kalau jam memang macam nak tercabut anak tekak maki hamun. So aku ajak la die g makan luar pas tu. Kitorang lepak mamak je. Then aku bukak Ipad, terus snap gambar die banyak-banyak. As in click, click, click and click! Dalam duk control tu sengih jugak pastu malu sebab orang tengok. Ala kuci-kuci, tomel plak haishh..



 Masih control.



Cover muka yang nak tersenyum.



Kenot cover by hand sebab diameter senyuman dah melebar.




Pandang kiri-kanan plak. Taktik je tu.


And that's it...I have my sweet boifren back! Huhu..Baru la senang hati nak bedal maggi goreng mamak tadi. Walaupon sebenarnya kalau teknik memujuk ni tak berjaya, aku bedal jugak la maggi tu dulu, then baru pikir. HaHa. 

Kepada encik boifren, thanks tunaikan hajat nak makan durian crepe hari ni. Jasamu dikenang ye. Thanks for everything ^_^ love. 

Ok lah...mulut dah berbau doyan. Tanak gosok gigi boleh tak? Nanti rasa die dah hilang =( Kalau mintak nak pegi lagi mesti tak dapat dah. Fine! Nanti kalau mengidam lagi, aku suh encik boifren hantar sampai komuter je. Pastu demi doyan, aku akan sanggup bergasak dalam coach wanita. Huh.


Dah pukul 12.07 tengah malam. Dua hari ni aku rest dari sebarang assignments. Esok adalah hari FYP sampai Jumaat nanti nak present. Oh yeah~

3 highlights of my life

Ok guys, since I am ahead of my tight schedule, so I want to update this lovely blog! Yes I know, I've just changed the lousy layout to a new sweet-vintage-pastel concept. But don't ask me where the vintage part is. Haha @_@

First story. I left my Dermalogica make-up remover at home. By home sweet home, I mean in Perlis. Gosh! I called my dad just to ask him to keep the bottle safe, and only then ask how he was doing. lols. So for now, I found a wayyyy cheaper way to clean my everyday make-up, which is the extra virgin olive oil. 

My skin is so sensitive to the water based make-up remover, as you need to squeeze a small amount on the cotton facial pad and then tonyoh your face. Especially around the eyes area. I always wear thick brown or black eyeliner, doesn't matter the colour actually, and last time I tonyoh the eyes area, I woke up a day later with super dry eyebags. Pedih woo T_T. So now when I use oil-based remover, my eyes shine and sparkle! 

Wohoaahhhh..............tipu besar ni -_-

No need for cotton pad because guna jari pon bolehhhhh =)

Second story, my final year project presentation for phase 1 is approaching. Wait! I've never told you about the project right? Hmm...ok. My project is long life RFID ear tag. Tajuk macam cool kan? But let me before apa-apa put a picture resembling the project.




HE is my temporary best friend now. He could be big, dark and macho or bigger, darker and macho-er. I am his earring designer and he is my client. The problem is he always lost the earring and I have to design the best practical locking mechanism so that bila dia oppa gangnam style di mana-mana pon, benda tu tak jatuh.

I've just completing my Power Generation assignments, and after this, I will give my all to him. Sweet kan? I'll definitely put this picture in my presentation slides. So macho and seductive. Awwwwww @_@

Third story, I'll be having my internship on this coming February until May. Alhamdullilah, an oil and gas consultant firm is willing to give me the chance to perform. So, I have to perform la kan. With that 4-digits allowance, I definitely HAVE to perform. So, prior to the internship, after my final exams, I plan to go to a rehab for sleep deprivation. Mostly because it is the cause of obesity and I don't want to be late on the first day! 10 pm sharp, I'll sleep. Yes, THAT is the plan. 

What else...hmm...macam dah tade. Dazzit la kot. Have a nice weekend my lovely readers (^o^)



Warm wish

Lately ni sangat busy dengan projek, assignment, test and so on...tadi pon ade final paper untuk subjek Leadership and Entrepreneurship. On the way ke exam hall dapat satu wish yang berbunyi:

"Best of luck. Mulakan dengan bismillah. Do ur very best. Bismillahi tawakkaltu a'la Allah"

I feel warm O_O

And i really did my best fyi. Smile.



Penembak tepat mencari kerja...Boleh mula on the spot.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni setelah sekian lama aku tak tengok berita, bukan sengaja okay...tapi channel yang tak dapat. Hmm...ekceli aku tengok berita tadi pon sambil siap-siap nak pegi kelas. Kalau tak silap, berita first sekali pasal kes arwah Aminurrasyid. Dan aku rasa, dalam kelam-kabut tu aku dengar yang rayuan terhadap hukuman penjara 5 tahun diterima hakim mahkamah tinggi dan pesalah dibebaskan.

Kisah tu dah banyak diceritakan, jadi aku tak payah nak elaborate panjang. Lepas aku dengar berita tu aku jadi emo. Bila aku google dan baca komen orang yang agaknya PDRM fan, aku lagi la emo. Ada yang komen parents tak pandai didik and so on. Maybe diorang takde adik or adik diorang sume tengah belajar engineering kat overseas. So diorang takde perasaan.

Adik aku pon amat la degil. Tak mendengar cakap. Maybe kat depan tak buat, tapi belakang buat. Walaubagaimanapon, aku tak rasa istilah 'parents gagal mendidik anak' tu sesuai kalau anak tu tak mendengar kata. Ada je anak yang memang setan kat luar tapi peluk cium mak ayah. Habis tu semua penjahat dalam dunia ni patutnya tak boleh dihukum la sebab semua salah ibu mengandung. Patutnya kalau anak tu mencekik orang sampai mati, hukumannya cekik mak dia sampai mati plak. Kalau anak tu buat lagi, cekik ayah plak.

Aku rasa kalau aku kena tahan kat road block pon aku cuak dan panik. Rasa macam nak tekan pedal minyak dan pecut sampai lesap. Aku lesap ke lubuk mana tu tak tau la kan. Tapi disebabkan otak aku ni berusia 25 tahun, jadi aku pon kensel la pecut-pecutan sebab konpem suria aku give up kan. Kalau otak aku masih 15 tahun, kalau kena tangkap ni mak marah, ayah libas ngan tali pinggang, tak boleh kuar main 2 bulan. Oh tidak.....at least kalau aku pecut, aku ada chance 50-50 nak lepas ni. 


Back to the story, ha...aku emo sebab aku ni takde keje otomatik terbayangkan kalau la peluru sesat kat belakang tengkuk adik aku sendiri, NAUZUBILLAHI MIN ZALIK. Hati seorang kakak pon hancur berkecai, inikan pula hati seorang ibu dan seorang ayah. Plus dilabel plak penjenayah. Dalam tv pon selalu ada scene macam tu, tapi bukan ke selalu kalau tak konpem tu penjenayah, polis dalam drama tu akan tembak tayar dulu? Dan kalau tak silap la kan, bukan ke senjata api di negara kita ni hanya boleh digunakan untuk mempertahankan diri? 



Ok fine. Allah itu maha mengetahui. Cuma my personal view, 5 years are nothing la untuk kau tersalah cabut nyawa orang. Membunuh tanpa niat pon kena bayar diyat kot. Berdasarkan memori aku yang memang every sem ctrl+all then del ni diyat dia 100 ekor unta dibayar secara terus tanpa tangguh! No installment. Begitu besarnya harga sebuah nyawa yang telah ditetapkan. Harga unta dah la hampir tripple harga lembu. Declare bankrupt je la.



Aku bukan nak suh gantung sampai mati plak. Sebab dah katanya tanpa niat kan. Masa aku Islamic Studies dulu ada la sikit-sikit sentuh bab jenayah. Ustaz cakap dalam hukum jenayah Islam, kuasa memaafkan pesalah sengaja atau tak, adalah di tangan keluarga mangsa. Tapi kat developing country macam Malaysia ni..........................................

Kalau keluarga tak maafkan, kena la post 100 ekor unta tu pakai Fedex. Sebab tidak dapat tidak secara terus tanpa bertangguh. Fedex kan pantassssss. Tapi since diorang setuju nak pakai sivil, 5 tahun tu patutnya dah grateful. I don't know...Ini hanya persepsi sebelah pihak. Maybe the other side memang pandang arwah sebagai penjenayah, so tak puas hati asal plak kena 5 tahun, buat rayuan nak bebas bergaul dengan masyarakat sebagai pembuuuuuuuuru.

The thing is, memang aku tak tau the whole story dan tak kuasa nak google. Tapi sayu kot. Aku rasa masa kejadian ada member duduk sebelah arwah kan? Trauma tak? Elok la tu...hancur lagi satu masa depan. It was really an expensive mistake. 

Simple engineering, peluru tu takdenye nak keluar melengkok-lengkok macam cerita Wanted. Motionnya hanyalah linear atau tegak atau lurus. Kat mana kita hala, kat situ lah peluru tu akan pegi. Tapi bila dia singgah kat kau, kau la yang pegi. 

Sekian saja pidato ini. Terima kasih banyak sebab membaca...




Weight Loss Plateau

Assalamualaikum wbt

Ade tak sesiapa di luar sana yang sedang berdiet macam aku? Sebab aku nak cerita pasal ketensionan aku pasal satu perkara yang omputeh panggil weight loss plateau. Dalam bahasa kasarnya, tiga patah perkataan ini membawa maksud yang berat. Meh sini aku nak cerita amenda yang berat sangat tu.

Kalau korang start diet kan, plus korang exercise sama ada jogging dalam bilik or atas treadmill kat gym, it doesn't matter which, korang konpem akan turun berat tu secara banyaknyaaaa....bila timbang pon senyum-senyum sampai telinga. Aku pon tok sah citer la kan betapa bahagianya hidup bila baju suar longgar bagai. 

Tapi setelah aku hilang almost 14kg kan, with the same portion of nasik yang aku makan, and same exercise, berat aku dah tak turun-turun and maintain je. Tension aku. Teramat la tension. Even aku dah subscribe gym pon still macam tu jugak. Rutin aku kat gym 30 minutes on treadmill, 20 minutes on cross trainer. Atau pon 20 minutes cross trainer, 20 minutes cycling, 10 minutes treadmill. Kot mana pon memang 50 minutes je. Sebab 10 minutes tu untuk aku rest in between, beli Gatorade yang berharga RM3.00 kat situ and telan. 

Dan situasi ini lah yang dinamakan weight loss plateau di mana badan dah immune dengan segala jenis rutin. Muscle sume dah paham yang aku buat cenggini cenggitu, so die relaks la...means that your body is fully prepared of whatever coming from your routine. 

Masa aku kat gym tu memang berpeluh sakan la..kalau pakai baju light colour tu boleh jadi colourless. Portion nasik yang aku makan pon antara 1/4 ke 1/3 je. So sape-sape boleh suggest tak menatang apa lagi yang boleh aku buat untuk hilangkan lagi 6 kg ni. Serious tension. Tapi ini adalah waktu-waktu mencabar dalam kitaran hidup manusia yang berdiet. Aku tengok ade member yang bukan main sakan promote Herbalife masa dia hilang first 10 kg, pastu tetibe senyap je takde dah kuar iklan pasal Herbalife. Wujud jugak kan Herbalife plateau?

Sekarang ni nak toning pun mencabar. Especially inner thigh and abs. Toning ni selalunya kau buat takkan berpeluh sangat. Tapi rasa la muscle tu sedang bekerja keras. Tapi jugak, bila kau tak berpeluh tu kau tak yakin yang benda tu boleh pakai. Hmm...aku pernah buat solid 2 weeks inner thigh exercises masa kaki aku terseliuh dulu. After 2 weeks, ukur lilit thigh berkurang 5 mm. Kira memang berkesan la kan. Tapi lepas kaki aku elok, aku terus eksaited nak senaman yang keluar peluh mencurah-curah.

Tapi tu la...aku rasa jugak badan aku dan immune treadmill ni. Even berpeluh, aku macam boleh mamai-mamai dan berangan masa kat atas tu. Bila tengok heart beat, memang kalau ikutkan carta untuk fat burn tu, dah terlebih-lebih dah. Aku ingat lepas pegi gym 2 bulan ni, ade la hasil sikit. Orang yang dah lama tak jumpe ade la cakap aku nampak makin slim. Tapi aku tak percaya sebab mesin penimbang aku sama je. Ukur lilit pon sama je. So diorang sebenarnya berilusi. 

Ouh..aku nak share sikit. Korang pelik tak nape orang kurus yang kuat makan tapi maintain kurus je? Ha...kemungkinan ini yang terjadi kepada diorang.



Lemak ni ade dua jenis. Subcutaneous fat adalah lemak yang berlapis-lapis kat bawah kulit tu. Lemak yang ini dengan mudahnya boleh disetelkan dengan diet dan senaman bese-bese. Lagi satu jenis lemak pulak ialah visceral fat. Dalam bahasa kasarnya, ini adalah lemak yang membaluti jantung, buah pinggang, hati, hempedu dan sebagainya. Antara kedua-dua lemak ini, visceral fat adalah lebih bahaya dan hanya boleh dihapuskan melalui high intensity exercises. 

So berkemungkinan, orang yang kuat makan tapi kurus ni sedang mengumpul lemak yang membaluti jantung, buah pinggang, hati dan hempedu ni. Begitu juga orang yang nak kurus hanya berbekalkan strict portion of food intake. Kot mana pon, 3 kali senaman dalam seminggu tu bukan mitos. Kalau korang rasa even tak senam 3 kali seminggu tu pon korang still maintain berat, makanya dalam diam sebenarnya korang tengah kumpul visceral fat. 

Untuk selebihnya, sila lah google ye. Untuk kes aku ni, aku rasa nak kena cut calorie intake. Sebab senam dah ok dah. Hmm...Strict calorie intake ni bukan apply masa nak lose weight je. Tapi it is indeed a whole life routine. Omoooo...begitu besarnya pengorbanan aku. Percaya tak yang satu meal KFC boleh mencecah 1000kcal? Means kalau bagi kes aku, kalau makan KFC, tiada lagi portion untuk makan pada hari itu. Apatah lagi Pizza Hut di mana sepotong pizza mencecah 300kcal. 

And I have to stick with this my whole life. Can you imagine that?? Be grateful people. Korang yang sedia kurus patut bersyukur, seriously.



Rahsia Otak Yang Unknown


Assalamualaikum wbt.


Selalunya kan, kita tak sedar yang kita ada buat salah kat orang. Tapi selalunya, kita akan on the spot sedar yang orang buat salah kat kita. Betul tak? 

Aku dulu-dulu terbaca satu artikel hasil kajian seorang pakar anatomi manusia dari German yang bertajuk "Rahsia Otak Yang Masih Tidak Diketahui Umum". Artikel tu boleh tahan la best. Sebabnya aku baca sampai habis. Kalau tak best, paling jauh pon satu perenggan boleh pegi kot. So aku nak share sikit la amenda yang masih tidak diketahui umum tu kan. Lepas ni boleh la aku plak karang artikel pastu letak tajuk "Rahsia Otak Yang Telah Diketahui Umum Khususnya Pembaca Blog Saya". Muahahaha.

So kisahnya, artikel tu ada lapan perenggan. Nak aku copy paste ke nak aku extract isi penting je? Ha...pikir cepat. Aku tunggu jawapan korang.


Senyuman menawan seekor monyet menjadi iklan berehat sebentar entry ini.

Ok. Aku malas dah tunggu jawapan korang sebab dari tadi takde sorang pon jawab. Artikel tu ada banyak benda yang diceritakan. Tapi satu je yang aku berminat nak hapal iaitu sebenarnya saluran deria dari otak ke bahagian mulut adalah connection yang tidak kekal. Maksudnya ada ketikanya otak seolah-olah tidak bersambung dengan bahagian mulut. Maksud tidak bersambung ini pula ialah arahan dari otak tidak sampai ke mulut. Kan seluruh aktiviti badan kita dikawal oleh otak.

So in short, kadangkala bahagian mulut tidak dapat dikawal oleh otak. Paham? 

Jadi kesimpulannya, sebab itu lah dalam dunia ni ramai manusia yang akan tiba-tiba menggunakan bahagian mulut tanpa pengawasan otak. Dalam bahasa pasarnya, manusia yang bercakap tak pakai otak. Paham?

Aku tak tau la aku yang terlebih sensitif or memang la penyakit deria mulut terputus ni common di kalangan orang lain. Walaupon orang tu bercakap dalam nada lawak or bersahaja, benda sensitif tetap sensitif kan? Ni aku malas nak berkawan-kawanan ni. Susah nak sampai tahap gelong sekali and no touching-touching dah. The on-the-way process tu I kenot bear la.

I don't care lah. Aku malas nak kisah sebab aku ada kelas Pak Arip malam ni. Kelas ganti. Dua minggu berturut-turut aku ada dua hari kelas malam. 

Rasa sangat.......ooowwww crappppp!



Entry sebelum tidoq

Assalamualaikum readers sekalian...

Short update je k. Hehe. Actually aku sepatutnye kne tido ni sebab esok pagi ade tournament futsal kt uniten. Tournament utk charity ni adalah projek subjek kepimpinan dan keusahawanan kitorg. Tapi organizer pon bedal masuk. Lantak lah..nama pon organizer. So suke hati la kan? Muahahaha...

Tapi kalau kalah esok, macam maluuuuu je.

Court uniten dah la diperbuat daripada simen batu. Kalau terseret ni macam sadis je signature kat kepala lutut tu. Hmm...tak pe. Main for fun je pon. Tapi bila da masuk court, takde maknanya nak main for fun. Tambah-tambah tadi dah friendly dengan team yang masuk jugak esok, memang serious je nampaknya. Takpe..takpe..aku percaya kepada Mercurial yang aku beli kat Al-Ikhsan wholesale ritu. Cumanya Mercurial tu yakin tak ngan aku?? 

Orang cakap kasut baru kena gigit dulu eh kat muncung die? Aku tak pernah la plak gigit-gigit kasut ni. Tapi tadi ok je rasmi. So far so good. Try my best la nanti. Ade rezeki jadi la champion. Huhu. 

Eh, dah ngantuk la. Sebelum karang blog ni baca entry Irine Nadia. Macam eksaited je nak kahwin. Haha. Awal-awal ni memang la planning nak stay mood honeymoon 2 tahun. Tapi bak kata Irine, dah kahwin nanti mesti ade je plan berubah. Ohoho...

Takpe. Bab kahwin yang best ni lain kali citer. Memang aku dah start collecting ideas dari google ni. Duit je takde. Ayoyo. Semoga segala perancangan berjalan lancar hendaknya..

Ceh, macam nak kahwin bulan depan je. Pui!







E.G.O

Assalamualaikum wbt

Semalam aku gaduh ngan encik Bee. Ok fine. Aku bertekad tak nak layan mesej or kol dia. At least untuk seharian! Yer...aku memang manusia yang tak pernah berjaya merajuk lebih daripada sehari dengan encik Bee. Masa gaduh tu aku cakap lepas ni tak yah dah syg-syg or bby-bby. Dia balas ok, suke hati.....Fine!

Esoknya pagi-pagi buta dia dah mesej mintak maaf dan mengakhiri ayat dengan Love u syg.  Amboi...semalam bukan main kejantanan lagi ye. Hari ni dah suweet plak? Takpe..aku cekalkan diri. Aku tak balas. 

Petang tadi sampai lagi mesej. Syg, jom makan! Aku tak tau la which part yang aku kenot resist. Part syg ke part makan. So aku pon balas. Saya teman je la awak makan. Memang aku baru je lepas makan. Maintain saya-awak walaupon aku dah tak berjaya nak menahan diri dari meng-ignore mesej dia. 

Dia amik aku pukul 5.30 petang. Aku still maintain merajuk secara kool. Yang encik Bee plak aku tak tau la nape, tapi hari ni melimpah-ruah plak syg dia. Ceh..aku maintain lagi. Jaga air muka merajuk. Dia nak makan beriyani kambing kat mapley. So kitorang pon pegi la Warta Bangi ni sebab lepas tu nak masuk Giant. 

Sembang cam bese lagi. Aku cakap la nak pegi pasar malam ngan dak umah jap lagi. Dia respon, owhhhh....beli barang untuk masak kat b esok ke? Sambil tersipu-sipu malu plak tu. Ceh. Aku pon tanya la nak makan ape sekian yada-yada.

Then masuk Giant beli barang. Encik Bee nak beli megi. Abis sume brand yang menjual megi perisa asam laksa dia cekau. Pelik betul aku. Perisa tu la orang selalu tak suke, tapi dia suke giler plak. Then dia nak amik nescafe instant plak dua paket. Dah tak cukup tangan tu aku pon volunteer la nak pegangkan. Boleh plak berebut nak pegang paket nescafe tu. Dia suh aku cakap dulu, Syg sayang b, baru dia nak bagi. Ceh...bertahan lagi.

Tak pe la...melihatkan dahsyatnya bf aku ni borong barang, aku pegi la amik bakul. Dah beli sume barang yang diperlukan di Giant, kitorang pon check out. Dah masuk dalam kete, aku tanya la asal tak nak saya-awak ni? Geram plak aku. Encik Bee cakap nanti tak romantik. Jadi aku rasa macam tension plak nak saya-awak ngan dia memanjang. Last sekali aku cakap, b...letih la nk saya-awak (Sambil mencebik mulut). Ye memang aku give up. Serious penat. Nak bercakap pon kena cautious. Perjuangan ni macam tak ke mana je. So no point!

Dan buat ke sejuta kalinya misi nak merajuk lebih dari sehari tak berjaya. Selama 6 tahun bersama, memang tak pernah gaduh lebih dari sehari. Hmm...nak kata tak de ego, tak mungkinnnn. Degil tu memang sifat semulajadi aku. Tengok la y'olls...daddy i sogok i dengan ipad kot sebab merajuk dia tak nak belikan samsung corby sebagai henpon sampingan aku. 

Pengajaran untuk daddy i, kalau dia belikan samsung corby tu pon dah selamat ribuan duit dia. Balik umah telan panadol la kejanya. Sorry daddy. I am definitely your doter. But i am still learning to tolerate with others.

Pengajaran untuk korang-korang pulak, tak payah la ego sangat. Degil tu tak bawak ke mana pon. Walaupon degil aku membawa kepada ipad seketul. Korang jangan tiru aksi bahaya ni di rumah. Sebab aku ni psiko. Hanya psiko je boleh tiru. Haha. 

Aku nak cakap yang degil or ego or wutever-u-call-it itu tak patut berlebihan. Sebab in the end, no point korang nak sakitkan hati orang yang korang sayang. Betul tak? Lain la kalau korang gaduh dengan manusia yang picisan je. Itu boleh consider la kalau nak degil. Macam kes aku tadi, ekceli penyebabnya ialah encik Bee demam malam tu, so dia sembang dalam phone pon cam tak semangat. 

Sebab gaduh pon picisan sangat. Jadi tak payah la degil tu panjang sangat. Kan? Pape je la...tak nak terima nasihat, sudah. Kalau hati tu dah bengkak sebabkan degil je, jangan plak nak salurkan kat orang lain. Muntah darah aku nak digest. 

Tu je. Kthxbye.



Awak nak panggil saya apa?

Wahhhh...lama sungguh tak update. Tahun ni memang tak produktif. Dah nak abis Oktober tapi baru satu entry aku publish. Takpe..yang penting kualiti, kedua baru kualiti. Back up diri sendiri. Haha.

Kali ni just nak cerita pasal pendapat peribadi tentang perkara cintan-cintun ni. Kepada yang baru nak menggatal bercinta tu, mesti duk pikir nak guna nama panggilan ape kan? Mesti punya la..Tu belum lagi pikir nak cari yang pelik-pelik sebab tak nak sama dengan jiran sebelah. LoLs.

Bagi aku la kan...aku suka lagi dengan panggilan yang sweet contohnya baby, sayang, hubby, honey, love and so on. Sebabnya esok-esok kalau korang gaduh pon, still kedengaran sweet. Haha. Meh sini aku cipta dialog untuk memahamkan korang.

Boyfriend: Apesal sayang tak angkat phone semalam? (Nada tinggi)

Girlfriend: Eh..suka hati sayang la nak buat pe. Baby ape kesah? Pegi la lepak ngan kengkawan hari-hari pasni.

Boyfriend: Lepak ngan kawan pon tak boleh dah sekarang? Dah lama tak jumpe. Takkan 24 jam nak mengadap sayang je huh?!

Girlfriend: Kan sayang dah suruh baby pegi lepak ngan kawan je pasni. Ape plak yang nak mengadap sayang 24 jam tu? Tak yah mengadap langsung pon takperrrrr. 

Boyfriend: OK!

Girlfriend: (Melempar pandangan ke luar tingkap)

Ha...paham x? Tak paham...meh sini aku compare dengan dialog drama gaduh yang takde sayang-sayang ni k. 

Boyfriend: Apesal U tak angkat phone semalam? (Nada tinggi)

Girlfriend: Eh..suka hati I la nak buat pe. U ape kesah? Pegi la lepak ngan kengkawan hari-hari pasni.

Boyfriend: Lepak ngan kawan pon tak boleh dah sekarang? Dah lama tak jumpe. Takkan 24 jam nak mengadap U je huh?!

Girlfriend: Kan I dah suruh U pegi lepak ngan kawan je pasni. Ape plak yang nak mengadap I 24 jam tu? Tak yah mengadap langsung pon takperrrrr. 

Boyfriend: OK!

Girlfriend: (Terjun ke luar tingkap)

Nampak tak? Kalau tak nampak, lagi tiga Jumaat la tu. Point yang aku nak highlight di sini ialah, panggilan manja-manja ni boleh mengurangkan kekasaran bahasa ketika bergaduh. Sebab gaduh ni tak boleh nak elak. 

Ni pendapat aku je la...Aku rasa betul. Biasa la..aku sorang je yang sentiasa betul. Huhu. Tapi teori aku ni tidak la dapat membuktikan yang hubungan korang tu akan berpanjangan hanya dengan panggilan super cair ni. Ade je panggil bulan bintang langit kilat petir guruh, tapi sebab tak serasi, break up akhirnya.

So..it depends. Wah...anniversary gue sudah hampir. *wink*




Sambung belajar or keje?

Isu lepas habis degree, nak sambung belajar ke nak masuk industri?

Untuk kes aku macam susah sket nak decide. Kalau nak buat jadual pro n con, pon susah jugak. Macam aku, parents for now still keje lagi. Mama keje nurse tapi dah nak pencen tak lama lagi. Papa plak kontraktor yang tidak berpendapatan tetap. 

Isunya yang payah sangat sekarang ialah.....................................

Kalau aku sambung belajar, then mama plak pencen dan dapat maximum 70% la kot dari basic sekarang without the allowance, papa plak macam tadi aku cakap tak de income tetap, so how will the family goes on?

Untuk sesaper yang parents memang akan bekerja untuk at least lagi 10 tahun or memang dah 10 tahun pencen, memang takde isu sangat la sebab there will be no major change in their daily life. Tapi untuk situasi macam aku, banyak sangat soalan-soalan yang akan timbul.

  1. Nanti cukup ke nak cover perbelanjaan rumah?
  2. Boleh tak kitorang at least maintain keselesaan hidup sekarang?
  3. Cukup ke perbelanjaan aku? Haha
  4. Sape plak nak sara parents aku kalau semua anak-anak masih belajar?
  5. Kalau sambung belajar, bila aku boleh ada asset macam orang lain?
  6. If aku just kena depends on pinjaman or tajaan, cukup ke aku nak fulfil the desires tanpa berkira-kira?


Whatever pon, kerisauan yang paling penting ialah aku tak boleh imagine kalau total income family berkurang 50% tu. Mama cakap loan rumah tak habis bayar lagi. So daripada pencen nanti, tolak lagi dalam 1k. 

Serius tak leh bayang weh! For now papa prefer sambung belajar. Mama prefer keje dulu. Papa rasa die mampu cope dengan that major change. Mama plak sangat la memahami anaknya ini yang bajet hidup macam princess! Alahai...

Bukan tak yakin ngan papa. Tapi kalau mama pencen, that means papa kena double hardworking which is not suitable for his age. Plus kalau ade abang or kakak yang dah stabil takpe jugak. So at least the responsibility is not ours totally kan? 

Aku plak anak sulong. Adik aku sorang tu lagi 4 years abis belajar, sorang lagi baru lepas SPM. Still long way to go. So actually kalau duit tu bukan masalah, aku pon tak kisah nak sambung belajar. Aku risau kalau duit cukup-cukup je. 

Ade member buat PHD sekarang dan orang bayar every month RM2500. For now macam ok la kan. What if PHD tu takes full five years. Lima tahun tu kalau masuk industry dah boleh at least ganda dua dah. Kot la kan. Kalau company dahsyat, lagi la berganda-ganda.

Kalau aku buat PHD, lima tahun lagi, berapa harga sebuah condo di Selangor? Aku sekarang pikir nak beli umah je. Sebab horror kot tengok harga hartanah memael lambung. 

Kiranya sekarang dua isu utama kalau aku sambung belajar ialah:

  1. Masa aku tengah belajar tu, sape nak support extra expenses family.
  2. Bila aku habis belajar, aku takut dah terlampau lambat untuk catch up dengan orang lain.

Kau bayang kan, kononnya dah habis PHD, orang lain dah ade banglo, aku baru terkedek-kedek nak sewa apartment. Ntah la...mungkin aku ni dah masuk alam professional sket. Ahaha. Kapel dah lama, so memang target nak stabilkan diri. Aku tengok, semua kawan-kawan aku yang single sume sambung belajar. Selain dari yang single tu, lepas keje setahun je sampai la kad jemputan. Nampak sangat lepas grad terus keje sebab nak settle down. Betul tak teori aku?

Tak betul pon ade aku kisah?

Takde hokay!

Tapi jodoh tu bukan kat tangan kita. Aku paham itu. Namun trend ni memang obvious dalam masyarakat. At least untuk sekeliling aku. 

Haishh...even dah nak abis karang entry pon still dalam dilema. Hanya Allah saja yang tahu perkara terbaik bagiku. Lepas degree ni kahwin tetap kahwin! Ahahaha...cumanya majlis tu nak grand ke tak. Kalau nak grand, gi keje setahun kumpul duit. Kalau tak, kenduri bajet student la gamaknya. Melainkan mak bapak tan sri. 

Lepas kahwin tu, nak makan sedap, kene keje. Kalau tak, makan la megi sokmo. Tu je beza. But still a hard decision to make. 

Buat mama, elok la kalau mama nak pencen. Mama pon dah makin tua dan tak larat. Papa pon sama. Takkan nak bebankan papa double plak lepas ni. Bertuahnya hidup adik-adik aku sebab tak payah pikir pasal ni. Esok korang nak further study ke hape, kakak korang kan adeeeee...Die kan engineer bahagian cop duit kat bank negara =P

Arghh..memang selalu dengar citer sedih ni. Anak sulong mesti terpaksa korbankan cita-cita sebab nak bantu keluarga. Even family aku pon ade history gini. Anak sulong banyak pikir untuk meringankan parents. Anak bongsu plak banyak pikir cara nak membebankan lagi parents. Anak tengah-tengah bila aku sound, baru insaf sket. Bila agak-agak dah lama tak kene maki, nak pegi Korea plak dahhhhh...Wadehek kau adik?!

Jadi guys, berdasarkan story aku, sambung belajar ke keje? Malas lah pikir. Tanye korang lah. Haha =D



Manusia dan game menembak

Manusia bernama Abdullah bin Zaini itu memang suka main game kat tab. Tension aku! Lepas beli tab ni, tetibe dia beli porch baru. Besar plak tu, sebabnya nak muatkan tab 7 inch dia tu laaaa....

Pegi makan pon bawak tab wooo sekarang. Lepas makan je main game tembak-tembak. Makin besar ke makin kecik balak aku ni?? Mentang-mentang orang teknologi maklumat, kalau korang campakkan dia dalam perigi buta, jangan lupa campakkan sekali tab dia tu ye. Selimut bantal tak payah pon takpe.

Pastu tadi aku mesej tanya dah makan lum. Dia balas belum, budak umah tengah goreng ikan, rehat-rehat la dulu. Amboi...suh rehat plak. Padahal aku takde pon pegi menoreh ke ape petang tadi. Haishh...saje je la aku tanya dia tengah buat ape kan. Rupanya tengah main game! 

Pandai yer suh rehat-rehat tenangkan fikiran, padahal dia tak nak diganggu sebab tengah main game! Ceit!

Korang kalau ada balak celik IT ni memang la senang. Laptop jahanam je antar kat dia. Tapi, kalau la ada gadget baru depan mata dia, jenuh la nak menunggu jakun dia tu habis. Kalau aku bagi buku teka silang kata, nak buat semuka pon setahun amik masa. Kalau sudoku apa tah lagi weh =(

Disebabkan mood aku sekarang tengah hepi giler...jadi aku rajin plak nak mengedit gambar dia dan disebabkan aku ni terlampau berbakat seni, makin hensem balak aku lepas dikerjakan. Muahahaha (^_^)\/
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Baru pas on call, dia cakap masa tengah perang mana boleh main mesej. Nanti mati laaa...Ceh! Cakap macam dia tengah menembak kat perang dunia kedua je. Perang ekau tu boleh pause la -_-

Padan muka awak Encik Abdullah Zaini!



Motivasi untuk student tahun akhir yang plan nak kahwin after grad

Selalu aku rasa tertekan sebab high expectations daripada orang lain.

Tapi hari ni aku baru kononnya tersedar bahawa selama ni aku strive hard bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri juga. Just imagine when you get low mark in your exam, when all people console you, do you feel better? Yes, for a while. Tapi nanti bila nak tidur, teringat-ingat la balik. Kan? So, memang sebenarnya diri sendiri yang berkehendak tinggi-tinggi kelapa bali begitu.  

Para Para Sakura sekalian,

Memang korang akan rasa setahun tu macam kejap, tapi macam lama kan? Normal la tu.  Otak student memang terer putar-belit. Masa orentasi universiti, bila kena buli ngan fasi, korang rasa sungguh damn sebab lambat lagi nak habis belajar. 

Bila dah tahun akhir, korang akan slumber cakap kat junior, "Chill la babe. Pejam celik kejap je habis." 

Tapi bila korang sembang ngan coursemate, "Boleh tak malam ni tido, esok bangun terus dah grad?" 

Coursemate pon berkata, "Kau rasa berus jamban tu pahit ke payau?" 

Korang patut balas, "Kalau kau nak tau sangat, aku ambikkan nak?"

Haha...Aku terer bab menjawab ni. Jangan berani coba-coba. Jangan give up. Teruskan target tinggi-tinggi ke bulan. Kalau tak dapat pon, at least korang akan  bersidai-sidai di celah bintang!

Purpose korang usaha sampai nak tercabut rahang ni adalah untuk masa depan jugak. Di samping tu, dah tak payah susah-susah buat plastic surgery untuk reshape muka. Isk...Aku google, untuk ubah muka yang petak ke bujur, doktor akan kikis tulang rahang or cabut terus! Scary..kalau tetibe kena penampar arab dah takde protection dah.

Ok dah lari topik T_T

Hurm...hurm...Para Cikura dan Cikaro sekalian,

Anggap saja korang belajar dahsyat-dahsyat ni adalah untuk:
  1. Secure a post at international oil and gas company, gaji bayar dalam USD.
  2. Buat wedding yang grand. Tak perlu pecah kepala nak bajet. Pilih je memana design yang korang suka dari katalog.
  3. Beli aset sewenang-wenangnya seperti banglo dua tingkat setengah. Tengok signboard tepi highway, parking tepi, terus call lawyer untuk setelkan proses selebihnya.
  4. Honeymoon di tempat paling romantik di dunia. Tak perlu aktiviti adventurous sebab itu lain kali saja. Tido resort 5 bintang yang ada private pool, private kitchen, segala-gala yang private lah.
  5. Hobi masa lapang ialah main golf, go-kart, naik kuda, weekend pegi shopping kat Singapore dan tak hesitate masuk LV boutique kat Orchard Road.
  6. Dan banyak lagi!

Walaupon korang akan berkata, "In your dream!"

Aku akan balas, "Konpem tak nak ikut?"

Ahahaha...

Kan aku cakap, biar mimpi sampai ke bulan. Tapi kan, bukan ke kita akan jumpa bulan dulu baru jumpa bintang? Patutnya terbalikkan la idiom tu.

Memang la tak realistik dan terlalu optimis, tapi at least kalau korang tak ke laut sekarang, ade la sipi-sipi nak sama dapatnya nanti. Kan?

Dan jugakkkkk, final year student mentang-mentang duit Mara banyak, jangan nak membazir tak ketahuan, simpan duit tu supaya nanti on the graduation day itself, boleh la korang propose kat parents untuk risik-risikan dan tunang-tunangan. Ewahhhh....hehe. 

"Papa, Hanim ada 10 ribu ni, boleh la buat kenduri kesyukuran ngan majlis tunang sekali. Eh...sasul plak."

Sedap sikit ayat kan? Kalau korang takde duit, berani ke? Berani? 

"Papa, anakmu ini miskin harta tapi kaya budi bahasa. Jadi bolehkah kiranya anakmu menikah?"

Papa akan menjawab, "Oh anakku, walau indah budi bahasamu, indah lagi selipar Jepunku."

Haishh....duniawi. Ukhrawi nya ke laut. 

Para padaiyappa sekalian,

Sebagai penutup, bersabar lah menunggu hari itu. Hari korang akan diijabqabulkan dengan cikura dan cikaro sekalian. Buat masa sekarang, tuntut lah ilmu, simen lah otak supaya kedap udara agar tak bocor masa exam, score well dalam your last paeeeeperrs, pastikan saving ada.

Lepas grad nanti, tuntut lah pula janji Allah di mana akan dipermudahkan oleh-Nya pemuda yang ingin bernikah. Amin ya rabb al-'alamin.

InsyaAllah...jodoh kita tak ke mana =)



Trauma zaman sekolah

Sape takut nak pegi jumpa doktor gigi?

AKU! Homai...dah lalu sebelas kali depan klinik gigi pon belum tentu aku confident nak masuk. Ini semua berpunca dari pengalaman tak berapa nak pahit di zaman sekolah dulu. Sebenarnya aku takut rasa ngilu-ngilu masa dia nak bersihkan gigi tu. Tak kisah la dia guna angin ke air ke, ngilu tu aku rasa sampai  ke lapisan gusi yang ke lapan! 

Sekarang ni gigi takde la masalah besar. Just orang asik sebut-sebut scaling ni aku teringin jugak la nak mencuba. Benefits dia memang tok sah citer la kan. Bagi la sembilan pon, tapi seram tu tetap ada. Bila aku tanya sakit ke tak, diorang pon bercerita la macam mana doktor buat. Tapi yang aku bayangkan memang ngeri-ngeri belaka.

Last sekali aku pegi jumpa dentist masa kat Jemen dulu. Time tu ada insurans. So daripada membazir bayar insuran monthly, kitorang ramai-ramai decide nak pegi dentist. Itu pon orang lain pegi dulu. Pas aku interbiu-interbiu, baru tok guru mai. Haha. Kat Jemen pakai bius. Doktor cucuk gusi dengan syringe yang bapak besar, pastu kau akan rasa kebas sampai nak bukak mulut sendiri pon tak upaya. So doktor akan letak alat untuk mulut kau stay nganga. 

Plus kau tak yah kejap-kejap bangun ludah. Ada nurse cun yang akan pegang alat penyedut air liur. Pastu doktor tu akan buat suka hati kat mulut kau tanpa belas kasihan. Gerudi ke hape ke, kau just akan rasa gegar je. Takkan sakit langsung!

Kat sini, even kat tempat swasta yang mahal pon aku tak sure sakit tu ada ke tak. Tapi kalau aku tak try mana nak tau kan. Cuma nak try tu seram sejuk. Dulu masa sekolah, saper kena panggil time kelas beserta kad hijau tu, mula lah langkah dihayun longlai. Bila dah abis, bila nurse suruh panggil kawan lain beserta kad hijau mereka, berdesup aku sampai kelas. Haha. Tak sabar nak kenakan orang lain plak =D

Well, aku kena jugak pegi. Salah satu persediaan pengantin nanti ialah pegi dentist. Kalau pegi lewat, kalau ada prob, tak sempat plak nak touch up dah. Naik sem ni aku bertekad nak pegi kat Lita Alis sebelah umah tu. Tempat mahal mesti tak sakit kan? Hopefully....



Korean slim and slender legs secret

I am in denial state.

Now I know that I can never have Korean beautiful slim legs because I have a pair of muscular calf. It may result from the cardiovascular exercises that I have been doing for the past 16 months. I have been dreaming to have the SNSD legs without knowing that almost all Korean and Japanese celebrities have undergone a process called Calf Reduction Surgery.

This kind of surgery is so popular in Korea and Japan that even the Caucasians are craving for their plastic surgeons. It sounds like a matter of life and death surgery but in fact, it is just a simple process. According to my research, the process involves inserting a sharp needle-like instrument surgically into the calf area and severing certain nerves which will cause excess muscles to relax, or rather be said to be dead, and later naturally reduce in size. 

They say that almost 80% of the mass will be reduced and the remaining muscle is just enough for the women to continue their daily activities. Here, let me show you the typical before and after pictures of a doesn't-matter-what's-her-name's calf. 


The left one looks like mine. The Korean plastic surgeon say that Asian women have shorter legs and thicker calves than the Caucasian. But I still wonder if actually ALL the Korean celebrities have this kind of surgery and get their muscles 'relax'. Haishhhh...


Here is another picture. Do you see the red dots on the right side? I think those are the needle marks that are used in the surgery. They are so tiny like an insect bite that I bet would not leave any visible scars. The process seems so easy right? And it is cheap. However, it takes months to recover. And believe me, recovery sucks.

But the phrase 'severing the nerves' scares me as nerves are not there for nothing. Although initially I thought that they would cut your legs open and remove 1kg of muscle each side, I still find these sharp needle-like things creepy. 

So, I think it is best to set a new target. I still want to get rid of the inner thigh fat so that  my left and right thighs would split. But as for the calf, people know when your calf is built of fats or muscles. 

But they say, wearing heels can cause your calf to be bigger and thicker since all of the forces are focussing on the balls of your feet. This is quite a conflict. So do not walk wearing heels, but walk using your heels, not your balls. Understand? Just try now.

Have you tried it? Weird huh?

Anyway, I found a short video on Youtube but maybe, the technology has been advanced that they are using alternating current to kill the muscle. It seems painless but somehow, when I heard the beep-beep sound, and I watched the muscles got weakened, I feel sad. Just imagine you watch the Cerekarama and there is a scene where people dies in ICU with the beep-beep sound, like that la...So heart touching. 




The conclusion is, I love my muscles and I will not let them experience any injustice. Thank you for reading.