HAPPY 3RD ANNIVERSARY SWEETHEART
Dah 3 tahun bersama.... Rasa mcm bru semalam je kenal. Hehe... Ayat poyo plak ;) Hari ni dia nk pg memancing kat Bukit Merah. Semoga dia selamat pergi and selamat pulang. Hadiah dia untuk saya tahun ni mmg sangat-sangat-sangat-sangat-sangat bermakna. Sebuah peluang yang tak ternilai and I promise I will never let him down again. Sepanjang 3 tahun ni mmg the best lah dlm hidup saya. Tapi mintak maaf sebab banyak sangat wat dia sedih. Hmm...sorry tau. Mesti org cakap poyo kan tulis kat blog. Tapi dah gembira sangat. Takkan time marah ja nk blogging. Hee... Saya kenal dia dulu dgn kaedah typical la. Tak da la jumpa masa jungle trekking or time amik lesen kereta. Haha... FYI dia yg miskol2 dulu tau. Bila saya call, konon nk cari Zul. Tu kira nama spontan yg terpikir la tu. Seb baik tak sebut Tambi. Mau gelak guling2 time tu jgk. Kenal kejap ja. Tapi org cakap, ada chemistry. Fewwwit! (^^,) Sampai sekarang pon ada chemistry lagi kan Mr. D? Hee...
Dia seorang yang....
*pikir panjang
*tak cepat cuaks mcm saya
*rajin bekerja
*menerima setiap perkara seadanya
*gentleman (budak opis dia pon cakap)
*tak suka gosip (mmg tak baca Oh Bulan la)
*minat politik dan berita semasa (hari2 baca Malaysia Kini kot)
*disenangi rakan-rakan (baik laki mahupun pompuan)
*tunggak keluarga
*sangat2 penyabar (jarang marah, tp kalo dia marah terasa diri ni sgt la teruk)
*sweet di saat yg tak dijangkakan (suka wat surprise)
*sangat menghargai saya (kalo saya tak cantik di mata org, tetap cantik di mata dia)
*jarang mengeluh (always try to be the best for me)
*jujur dan setia
*very understanding
....dan banyak lagi lah. 3 malam pon tak habis kalo nk buat list.
Saya sayang dia sebab saya rasa, tak ada lelaki lain yg sanggup menahan ngantuk dan letih untuk on call dgn saya smpai baring atas jalan depan umah dia. Dalam umah takut mak dengar plak. Malam2 plak tu. Kalau ada kereta datang and tak nampak dia cmna? Jangan buat lagi k.
Dulu kat GMI, hari2 datang jumpa saya lepas habis keja walaupon letih pergi site sana-sini. Pukul 12 malam slow2 bawak moto balik Damansara dalam kesejukan. Pukul 1 pagi baru smpai umah. Sok pukul 7 dah bangun nk pergi kerja. 7 hari seminggu datang jauh untuk jumpa. Sebab lepas exam, dah nak blik Perlis.
Pernah sekali ari weekend. Plan nk dating. Tengok2 moto dia tak boleh start. Dia ajak la kawan sorang tu tunda moto pegi kedai. Mekanik tu cakap, boleh la nk start sekarang tapi dia cakap mmg hayat tak lama la. Dia datang jugak. Sepanjang jalan moto banyak kali mati enjin. Tapi boleh start balik. Sampai Bandar Tun Razak, abis lah jangka hayat moto tu. Saya tunggu lama, tengok2 dia datang dlm keadaan berpeluh-peluh and tak bermaya. OMG, dia tolak moto tu dr sana??? Saya tanya kenapa tak mesej, boleh saya bawak moto and pegi tunda sama2. Tapi dia cakap, tak nak susahkan saya. I'm speechless.
Bila saya marah, dia sabar ja. Sebab dia tahu saya ni cepat cuak and tak pikir panjang. And dia tahu yang saya akan sedar relevan sumting yg berlaku tu beberapa minit selepas marah2. Dan saya akan selalu cakap, "Nasib baik b buat mcm tu. Kenapa ayg marah ek td? Buat penat ja marah2." Dan dia pon senyum ja. Alahai Moon, kenapa la cepat sangat melatah ni??
Sehari sebelum 1st miskol dia tu, tak pernah bayang yang saya akan ada sumone. Org cakap bila kita tak pikir langsung pasal sumting, tetiba ja kita akan dapat. And bila dia propose saya 3 tahun yg lepas, tak terpikir pon nk cuba2 dulu. Mmg rasa dh jumpa soulmate. Haha.. Poyo lagi. Biar la. Tengah happy ni.
Ada sekali tu, dia masakkan nasi goreng. Walaupon guna perencah ja, sedap yg tak terhingga and not just literally k. Nasi goreng pertama dari si dia. Sounds good huh! Buat lagi ek nasi goreng nnti+telor masak merah+ikan singgang. Dengar cerita dah makin pandai masak sekarang. Boleh la nk merasa nnti ;)
Perkara paling best ialah memasak untuk bawak bekal makan bersama time picnic. Seronok tgk dia makan dgn bersungguh walaupon rasanya mamak masak sedap lg. Sambil menggigil2 kat tebing tu. Padahal dia ni mandi 5 minit dh naik darat. Pastu snap2 gambar saya tgh dilambung2 ombak or tgh pura2 berenang kat sungai. Haha...
3 tahun perkenalan ni, banyak perkara yg dh dilalui bersama. Kitorang bukanlah org senang yg segalanya sudah tersedia. Dulu tak ada kereta. Nak beli sendiri tak mampu lagi. Sekarang dia dh bekerja, saya happy sebab dia dh capai sebahagian impiannya. Allah permudahkan segala urusannya. Kawan2 opis pun best, kerja pun senang hati walaupun pressure kerja banyak.
Cuma saya tak nak dia tahan lapar lagi. Selalu pesan supaya jgn lupa lunch even sebungkus roti. Duit leh menyimpan slow2. Bos dia ni pon satu. Cepat2 la naikkan gaji and bg la claim OT. Projek banyak, org smpai kena kerja 24 jam. Tapi potong claim pekerja. Banyak cantik muka. Rumah nk buat besar. Duit pergi membazir ke situ plak. Seb baik bermurah hati jgk nk bawak diorang jalan2. Bila saya membebel banyak2 pasal bos dia ni, mesti dia cakap, "Dah dia bos." Adoiyai~
Setahun mempraktikkan hubungan jarak jauh, Alhamdulillah jodoh masih ada. Terima kasih kepada Voice Over Internet Protocol yg membantu mendekatkan yg jauh. Jangan la tetiba bankrupt plak. Semoga bisnes VOIP bertambah maju dan berkembang pesat! Haha... Tak pasal2 dapat doa dari pengguna setia.
Dah sejam lebih mengarang, tapi dh patut berhenti bercerita kah? Patut2...Sebab dh pukul 1.13 a.m dan mata sudah ngntuk. You're the best Mr. D!!!!
SELAMAT ULANG TAHUN KE-3 SAYANG