Assalamualaikum wbt.
Selalunya kan, kita tak sedar yang kita ada buat salah kat orang. Tapi selalunya, kita akan on the spot sedar yang orang buat salah kat kita. Betul tak?
Aku dulu-dulu terbaca satu artikel hasil kajian seorang pakar anatomi manusia dari German yang bertajuk "Rahsia Otak Yang Masih Tidak Diketahui Umum". Artikel tu boleh tahan la best. Sebabnya aku baca sampai habis. Kalau tak best, paling jauh pon satu perenggan boleh pegi kot. So aku nak share sikit la amenda yang masih tidak diketahui umum tu kan. Lepas ni boleh la aku plak karang artikel pastu letak tajuk "Rahsia Otak Yang Telah Diketahui Umum Khususnya Pembaca Blog Saya". Muahahaha.
So kisahnya, artikel tu ada lapan perenggan. Nak aku copy paste ke nak aku extract isi penting je? Ha...pikir cepat. Aku tunggu jawapan korang.
Senyuman menawan seekor monyet menjadi iklan berehat sebentar entry ini.
Ok. Aku malas dah tunggu jawapan korang sebab dari tadi takde sorang pon jawab. Artikel tu ada banyak benda yang diceritakan. Tapi satu je yang aku berminat nak hapal iaitu sebenarnya saluran deria dari otak ke bahagian mulut adalah connection yang tidak kekal. Maksudnya ada ketikanya otak seolah-olah tidak bersambung dengan bahagian mulut. Maksud tidak bersambung ini pula ialah arahan dari otak tidak sampai ke mulut. Kan seluruh aktiviti badan kita dikawal oleh otak.
So in short, kadangkala bahagian mulut tidak dapat dikawal oleh otak. Paham?
Jadi kesimpulannya, sebab itu lah dalam dunia ni ramai manusia yang akan tiba-tiba menggunakan bahagian mulut tanpa pengawasan otak. Dalam bahasa pasarnya, manusia yang bercakap tak pakai otak. Paham?
Aku tak tau la aku yang terlebih sensitif or memang la penyakit deria mulut terputus ni common di kalangan orang lain. Walaupon orang tu bercakap dalam nada lawak or bersahaja, benda sensitif tetap sensitif kan? Ni aku malas nak berkawan-kawanan ni. Susah nak sampai tahap gelong sekali and no touching-touching dah. The on-the-way process tu I kenot bear la.
I don't care lah. Aku malas nak kisah sebab aku ada kelas Pak Arip malam ni. Kelas ganti. Dua minggu berturut-turut aku ada dua hari kelas malam.
Rasa sangat.......ooowwww crappppp!