Jangan sedih kalau tak cantik

Hari ini hari Jumaat. Jadi tema entry kali ini ialah untuk menaikkan semangat. Nak tau apa kena-mengena Jumaat dan semangat? Langsung tak ada kena-mengena. HoHoHo >.<

Iye..jangan sedih kalau tak cantik. Tapi jeles boleh. HaHa. Aku tak nak bahan orang yang muka cantik tapi cacat perangai. Sebab point ini semua orang dah tau. Jadi tak payah la makan space blog ni. Kan?

Memang manusia sukakan kesempurnaan rupa paras. Aku pon suka. Kalau tak, tak yah la aku beriya nak diet ni. Kalau aku cakap aku berdiet sebab utama nak sihat, TIPU! Pertama nak cantik, kedua nak pakai blouse cantik, ketiga nak pkai skinny cantik, keempat nak posing cantik, kelima ok...nak sihat.

Tengok mereka yang cun, jangan sedih. Jeles takpe. Kenapa takpe? Sebab jeles itu boleh menaikkan semangat korang untuk berusaha menjadi cantik. Tapi lepas baca ni korang jangan la gi buat botox plak. Maksud aku, buat benda yang logik sket. Contoh? Malas la nak tulis...hehe

Ok, kali ni aku nak bagitau dua sebab kenapa korang tidak patut bersedih jika tidak cantik.

1. Walaupun tak cantik, korang masih makan pakai tangan, jalan pakai kaki.
Korang cukup semua pancaindera. Bersyukurrrr!!!! Bersyukur sebab korang ade semua tu. Ini bermakna segala kekurangan pada diri masih boleh diperbaiki. Kalau gemuk, still boleh exercise hari-hari. Muka penuh jerawat, New York Skin Solutions ade free trial. Kalau rambut kurang, pikir dua kali jugak la kalau nak pegi Yunnam ok. Kalau Allah tarik nikmat kaki tangan tu, tak ade spare parts ye. Percayalah..semua orang sanggup jadi hodoh kalau boleh trade in dgn sepasang kaki atau tangan. Jadi jangan sedih. Simpan sedih itu sebab Allah masih tidak menguji korang seberat-beratnya. 

Ini pengalaman sendiri. Aku pernah cakap, orang yang sakit mesti automatik kurus. Tak payah susah-susah senaman. Dulu, apa aku cakap tu ade jugak la terselit niat berdoa. Tapi bila sakit, Allah saja yang tau macam mana aku rasa nak tarik balik doa tu. Orang cakap nak masuk dewan bedah ni menakutkan. Tapi bila sakit, tak sabar-sabar aku nak suruh doktor bedah sekarang jugak. Akhirnya dapat la parut 6 inch sia-sia. Kurusnya tidak >.<

2. Walaupon tak cantik, korang ade boyfriend yang penyayang.
Ye, aku tau. Memang benda ni tak leh apply kat semua orang. Tapi biar la aku nak jadikan point pon. Sebab aku tengok, yang cantik-cantik ni rajin benau kapel-break-kapel-break. Aku pun tak paham. Pindah sekolah, budak kelas sebelah usyar. Masuk matrik, minggu orentasi nak tukar-tukar no phone. Masuk U, tiap-tiap tahun jumpe mamat hensem. Malangnya korang sebab tak sempat nak bahagia. Aku tak tau lah teori ni datang mana, tapi cuba tengok sekeliling. Betul tak aku cakap? 

Tak kisah la orang nak kata, orang tak cantik ni tak banyak pilihan ke ape. Tapi kalau tiap-tiap malam mengelap hingus, ade aku kisah? Korang pon jangan kisah... Aku pernah la buat ayat touching then cakap kat bf, "Terima kasih sebab tak tengok rupa. Saya tak cantik pon, awak suka." Tapi dibalas dengan ayat yang lebih touching, "Sape cakap saya tak tengok rupa?" Meleleh-leleh air mata sebab Mr. D reply macam tu.....ok, yang ni serius aku tipu. HaHa. Jadi kali ni, kredit kepada Mr. D yang memilih aku menjadi jelitawan di hatinya. Andainya aku kurus nanti, aku tetap akan mengambil Mr. D sebagai suami (^^,) Ok, ayat itu bunyinya pelik. 

_____________________________________________________________________

Beauty is subjective. Entry ini sebenarnye nak naikkan semangat diri sendiri jugak. Misi sem baru ialah menguruskan badan. Kalau sekarang pon dah hot melampau cenggini, dah kurus nanti fuh! Tenggelam timbul yang lain. Ngeeeehehe ;)



A Marriage

Ok. Tok guru dah mai.. Jadi ini ialah entry serius!

Bila tengok kiri kanan depan belakang, semua kengkawan dah ready nak settle down. Tak salah sebenarnya. Lagi digalakkan sebab benda elok kan? Tapi korang-korang, jangan lah tension smpai otak kulua-kulua sebab pikir pasal benda ni. Kalau tak ready lagi, tunggu dulu. Lambat tak ape...

Nak membina keluarga ni bukan senang mak cik oiii... Bukan semata-mata atas dasar cinta dan nafsu serakah mau cuddle-cuddle itu. Korang-korang haruslah stabil dalam segala segi. Terutamanya kewangan. Sekarang ni org nak kawen pon hutang sana-sini. Hantaran letak tinggi-tinggi nak menunjuk punya pasal, padahal bukan cash pon. Ansuran pon belum tentu. Bagi check pon ntah-ntah bank tendang. 

_________________________________________________________________

Itu lah fenomena sekarang. Pastu kalau nak kawen jugak dalam tak cukup duit tu, ada cita-cita plak nak jemput ramai pegi kenduri kawen die. Ok..aku bukan nk kutuk certain-certain tempat yang ada budaya ni. Tapi sakit hati la orang datang jauh-jauh tapi kena treat mcm ni. Yang aku maksudkan ialah budaya tukang cedok lauk. Jemput ramai, tapi bajet cket, jadi in the end, catuan lauk untuk tetamu. Sungguh tidak sopan! 

Ade ke patut daging 2 ketul je die bagi kat aku? Kalau termasuk extra seketul dalam senduk, die buang babe! Kedekut! Aku tak paham la..bajet kecik, jemput cket sudah la.. Ini dari utara sampai selatan datang. Sampai mak ayah aku warn la awal-awal. 

"Makan banyak-banyak kat sini, sebab kat sana nanti lauk die cedok." 

"Kite pegi kendiri sini dulu lah. Yang cedok tu last-last."

Jadi korang-korang, tolong la ubah tradisi ni kat tempat yang berkenaan. Sedekah tu biar ikhlas. Makcik sekelian pon tak yah la memenatkan diri sendiri nak berdiri cedok lauk dari pagi sampai petang. Orang pegi nak doakan pengantin bahagia, silap-silap sebab makan tak kenyang terus terbalik doanya. Jamu orang makan, biar sampai kenyang.

_________________________________________________________________

Isu kewangan lagi...lepas kawen, kalau tak stabil mcm mna korang nak hidup. Betul tak? Nak mintak duit mummy daddy lagi? Kamon la...u olls takde balls ke? Tengok orang kawen memang seronok weh.. Seriously aku cakap. Rasa bahagia tu tempias-tempias kat aku yang tengok dari jauh je ni. Tapi aku pikir, kalau aku beriya nak kawen jugak sekarang ikut trend, boleh tak duit elaun mummy daddy bagi macam biasa tiap-tiap bulan? TAK BOLEH! 

Tak boleh weh...sekali sekala takpe la. Dah kawen ni, mummy daddy dah lepas dari tanggungjawab sara makan minum kita ni. Mungkin ada parents yang tak kisah. Aku pon tak tau la parents aku mcm mana sebenarnya kan. Tapi ini pendapat seorang anak la. Orang selalu cakap, "Dah beranak-pinak pon menyusahkan mak bapak lagi."

Jadi, stabilkan diri dulu sebelum berkahwin. At least, make sure diri akan stabil nanti. Kot nak kawen masa final year ke. Jangan sebab nafsu semata-mata, korang nak kawen cepat-cepat. Banyak benda nak kene pikir woo...korang ingat aku saja-saja tak kawen lagi? Rumah nak kene cari, sewa or beli sebijik trus. Periuk-periuk, pinggan mangkuk...takkan nak harap wedding gifts orang bagi je. Ade orang nak bagi mesin basuh kat kau? Takde kan... Ade duit nak beli? Takde?? Ha..menyental la kau smpai subuh.

_________________________________________________________________

"Aku tak kesah la pape, asalkan dapat kawen cepat."

Hotak kau! Desperate ke hape? Kalau dah jodoh tak ke mana...rase insecure ek?? Hmm...boleh selesai ke masalah insecure-insecure ni dengan sebuah ikatan perkahwinan. Maksud aku, ade pompuan gatal usyar balak korang kat fesbuk. Pastu balak korang cam bagi respon balas komen bagai. Korang pon lepas stalk seminggu, rasa tak sedap hati terus ajak kawen. Jangan la desperate...lepas kawen tu lagi berganda masalah yang timbul kalau memang tak ready lagi. Gaduh punya gaduh, lepas tu bercerai-berai. Mintak simpang la hai..

_________________________________________________________________

Kalaulah lalang yang tumbuh di laman umah aku tu berdaun emas, aku dah kawen awal dulu dari korang. HaHa. Masalahnye TAK! Lalang umah aku daun die kaler hijau. Lepas letak racun tukar kaler perang. Selalu buat kaki aku gatal-gatal plak tu. Kalau aku bertapa 7 malam pon, takde nye duit seposen jatuh dari lalang tu. 

Walaupon korang nampak kewangan ni masalah utama, tapi banyak lagi benda yang mesti dipertimbangkan. Tapi aku pon tak terpikir apa lagi benda-benda tu. Yang aku tau, nak kawen ni bukan senang. Bila sebut tentang ni, semua orang ada expectations yang tinggi. Kalau tak benda dah jadi mudah la kan? Kita yang nak kawen, takkan nak abiskan ASB mummy daddy kot. Bukan semua orang anak datok oiii....



"Pembaris Meter Serbaneka!!" kata Doraemon

Satu hari aku dan mama ke kedai Avon Kangaq setelah merembat membership card Cik Nab jiran se-lorong. Lalu terjadi lah perbualan ini.


Aku : Eh, awat besaq sangat ni?

Mama : Ya la..sama saiz ngn mama. 

Aku : Isk..takkan la Hanim sama saiz ngn mama kot??

Mama : Mama mmg pakai saiz tu.

Aku : Patut la besaq...tapi selalu Hanim pakai saiz ni. Memang ikut brand kot. Kalau brand lain, saiz ni kecik lagi.

Makcik Avon : Eh, tak dak lah. Sama la semua.

Aku : Ya ka? Kalau gitu amik yang kecik sikit lah.


Pengajaran di sini, makcik Avon pon tau yang 1 inch adalah sama seluruh dunia. 1 inch di Amerika adalah sama dengan 1 inch di Malaysia. Tapi ya Tuhan, mengapa kaki ku hari ni saiz 38, esoknya saiz 39? Dulu B, pastu C, semalam B? homai >.<

*dah boleh lawan Patehi lukis kat Paint. haha*



Zaman Kejahatan Seorang Kanak-kanak

Feezah Hanimoon got updatessss!

Hari ini aku nak citer kat para pembaca setia sekalian tentang kejahatan seorang kanak-kanak yang bernama seperti di atas. Lepas korang baca ni, konpem korang nak sula aku dari bawah tembus sampai atas. Nak citer ke tak, nak citer ke tak? Hmm....Ok lah, kalau citer separuh nanti anak lahir keluar separuh. Mitos paling tak leh blah. Tapi dalam tak percaya, aku selalu guna jugak. HaHaHa. 

Ikuti siri kejahatan kanak-kanak comel yang ber-DNA pengganas.


Memaksa Mak Sedara Menderma Syiling Untuk Memenuhkan Tabung.

Masa tu aku umor 2 tahun kot. Kalau tak silap la....sebab tengok gambar dulu-dulu, comel belaka aishh. Makcik aku ni cikgu sekolah menengah. Dulu die pakai handbag kaler coklat. Jadi setiap kali pegi umah die or die datang umah aku, tengah orang-orang tua sembang tu, aku mesti ada agenda yang tersendiri iaitu memproses handbag itu untuk cari duit syiling. Duit keping-keping 50 ke 100 ke aku tak nak. Asal dapat je duit syiling, aku rembat. Mau tak penuh tabung aku! HaHa. Nampaknya mak ayah aku dah pupuk niat menabung dari kecik lagi. Aku ade tabung buluh dulu. Best woo...korang ade? Sekarang ni minat menabung aku dah berkurang. Aku suke melabur plak. Duit yang dilabur tu selalunya pergi tak kembali la. GAGAGAGA.


Memanggang Anak Kucing Peliharaan Selepas Pengasuh Memanggang Ikan

Ini lagi satu story yang bakal mengundang kemarahan pencinta kucing. Kalau tak silap, ye la...mana aku ingat kan, umur aku 4 tahun kot. Mak aku la rajin citer ni. Mak aku keje kerajaan jadi nurse. So biasa la budak-budak baru nak up ni diletak di bawah pengasuh. Aku dulu mne pegi nursery. Mak antar kat jiran-jiran yang dah pencen or import sanak-sedara yang takde keje. Al-kisahnya, satu hari Mak Teh aku tu bakar la ikan nak buat lauk. Takkan nak buat sabun basuh baju plak kan. Owh..bercakap pasal tu, sabun basuh baju dah abis la. Esok mesti beli. Okok, sambung balik. Mak aku dah pesan, lepas bakar ikan mesti simbah air kat bara api tu. Takut aku main nanti hangit plak tangan aku. Apa yang tidak disangka-sangka, bukan aku yang hangit, tapi anak kucing malang tu la. 

Aku tak ingat plak suara tangisan or ngauman or miowwwwan kucing tu. Tapi mak aku citer, die balik je terkujat beruk tengok separuh kucing tu dah merah sebab aku bakar sebelah je kot. Obviously la kan. Pastu bulu die sebelah tercabut abis dan kulit jadi cam sopak. Dari sini lah bermula kisah aku takut ngn kucing sebab aku geli tengok kulit die cenggitu. Aku rasa terkena sumpahan la.  Korang mesti curious kan nak tahu ape jadi kat kucing tu?

Okok..seb baik mak aku nurse. Jadi die pon treat la kucing tu macam orang yang melecur badan. Letak ubat penumbuh bulu segala bagai, akhirnya kucing itu survive dan sihat walafiat. Mak aku pon sama phobia, lepas tu sekor kucing pon tak pernah jejakkan kaki dalam umah aku. Mak aku just cakap bulu kucing boleh sebabkan lelah. Pastu nanti lekat kat baju, kotor. 


Mencubit Sesiapa Yang Ingin Merampas Kuasa Sebagai Penjaga Pintu Van Tadika

Yang ni aku ingat. Aku tadika, so umur 6 tahun gitu kot. Aku pegi tadika naik van pakcik botak. Ramai la geng tadika kat rumah aku ni. Kan seat dalam van yang tepi pintu tu boleh lipat-lipat bila orang nak masuk belakang kan? HA!! Yang tu lah seat aku setiap hari. Sape duduk, siap la aku cubit sampai nangis. Balik mesti mengadu kat mak. HaHa. Bila aku pikir sekarang kan, seat tu la yang paling orang tak nak duduk. Dah la kusyen nipis, pastu kejap-kejap nak bangun. Pastu kene bukak tutup pintu lagi. Tapi masa itu, di saat itu, aku rasa tu kerja paling terhormat woo. Kawan aku dah besar-besar ni die sendiri citer kat aku, yang aku dulu cubit die sampai lebam sebab conquer tempat aku. Aku pon bereaksi, "Ye ke? Tah ingat.. Heh." Die pon sambung citer..Balik die ngadu kat mak die. Tau ape ayat die? "Mak..tadi budak gemuk tu cubit adik sampai lebam." Aku terkebil-kebil and for a second bersyukur sebab aku cubit die time tu. 


Merompak Surat Jiran Sebab Curious

Ok, ini cam haram je perangai. Yang lain pon cam haram jugak la. Satu hari posmen datang delivered surat kat rumah. Tapi aku tunggu punya tunggu, posmen tu tak singgah pon rumah aku. Takde surat nak bagi la. Tapi die letak surat kat post box rumah depan. Aku dengan curious tahap gaban telah pegi ke rumah depan tu, pastu berusaha masukkan tangan ke lubang post box tu untuk ambik surat die. Sakit tangan aku, tapi puas hati. Aku pon bukak surat tu dengan ganasnya sampai terkoyak. Rupanya surat bank je pon. Lepas baca lebih kurang dan langsung tak paham, nak letak balik cam cuak sebab dah rabak. Tau aku buat pe?? Aku buang dalam longkang. Pastu lari balik rumah. Haishh...Evil kan? Owh..takde orang pon tau hal ni. Aku tak cakap kat sesape. Jiran-jiran pon tak bising, so takde orang nampak la kot. Selamat~


________________________________________________________

Selepas aku masuk skolah darjah 1, aku dah matured. HaHa. Dah tak buli orang, perangai pon baik je. Cikgu-cikgu sume suke. Masa darjah 3, setahun jugak la aku dera kerani pejabat sekolah. Sebabnye, aku langgan komik KAWAN. Pastu pegi letak alamat sekolah. So, tiap-tiap bulan la Abang Pa tu ketuk pintu kelas aku nak bagi komik tu. Kelas aku ngn pejabat jauuuhhhh plak tu. Seronok baca cerita Dr. Nina...Tu yang cecita nak jadi doktor memula. Tapi takat tu je la keganasan aku. Pembulian yang berhemah tatkala tumbesaran. 

Korang ade tak kisah-kisah yang lagi evil dari aku? Sape boleh challenge? Inilah zaman kejahatan seorang kanak-kanak yang bernama Feezah Hanimoon!!! >.<



Entry Kesyukuran

Selalu orang buat jamuan kesyukuran, kenduri kesyukuran, ucapan kesyukuran, lagu kesyukuran. Tapi itu memerlukan modal. Kecuali kalo korang nak datang kenduri makan angin. Tak pon amik bau. HaHa. So aku hanya mampu membuat sujud kesyukuran dan ini dia lagi satu masterpiece journalist terpendam....entry kesyukuran.

Aku bersyukur sangat kerana Allah s.w.t masih mengurniakan akal yang waras untk di-cramp-kan pada malam hari exam. Esok exam, malam ni baru kalut tengok2 sampai nota bersepah dari kiri ke kanan. Tapi sebelum tu ada la buat latihan at least 3 hari sebelum ke. Aku ni bukannya Wonder Girl yang nak khatam semua dalam satu malam. Past year question mesti buat no matter what. But of course, diiringi doa dan tawakal. 

Dan akhirnya, sem ini sekali lagi ada rezeki untukku yang akan menjadi modal untuk memaksa orang kaya bagi scholarship. Dapat GPA 3.91 then tambah GPA sem lepas 3.80 pastu bahagi dua sebab jumlah kredit hour 2 sem ni sama, so total CGPA ialah 3.86 :) 

Selepas membaca entry ini, jangan ade mulut jahat nk cakap aku riak. Aku bukan riak, tapi aku berpendapat reserve itu tidak bagus. Sebab aku open untuk pendapat. Tapi ye la kan, orang selalu reserve, rahsia-rahsia, tak mau cakap, tukar topik sebab tak sanggup nk dengar pendapat yang opposite. Ok, aku paham bila orang tak nak cerita. Tapi, yang aku panas bila hal aku nak tau sangat. Ini aku tak paham...bayangkan aku bercakap dalam nada gembira. Sebab entry pon mood gembira kan >.<

K lah, nak tido.
Good night everybody \.,./



Entry bersumberkan fesbuk

Statement hari ini...

Aku rasa frekuensi update blog ini akan berkurang sebab esok pagi aku nak balik kampung. Hoyeah!!!!!

Jadi sebagai peninggalan, meh sini aku update untuk cover seminggu punye cerita. Korang jangan risau... Aku bagi cerita best punye. Hak Hak.


1. Gambar profile Facebook paling distracting bagi aku.


Semenjak aku delete Friendster dan Myspace aku dan berkecimpung ngn Fesbuk, ini lah gambar profile kawan aku yang paling distracting. Bukan aku marah pon kawan aku ni pakai gambar cenggini. Tapi dalam seminggu lebey ni, selalu pulak die update status. Bila aku baca kat home, mesti rasa macam-macam. Korang feel tak? Hishh...nyilu bagai menujah lemak sampai ke tulang. Kalau tengok boleh kurus tak pe gak. Sanggup aku print buat poster tampal kat bilik cha!


2. Gambar yang paling aku paling tak suka tengok.



Memang tak suka tengok. Tapi takde la distracted sangat. Hidup mesti diteruskan. Cuba teka kenapa aku tak suka? Ala...korang kalo tengok pon konpem tak suka jugak. Kalau tenung-tenung pon tak nampak jugak, klik untuk tumbesaran yang sihat dan kuat! Kalau tak nampak jugak, korang mungkin mengalami astigmatism atau pon rabun silau macam aku. Boleh pkai cermin mata atau pon buat contact lense yang berharga RM600 sepasang. Haishh..nak kena kumpul duit ni. 6 bulan lagi nak kena tukar dah >.<


3. Shout out Facebook yang lawak dan menghiburkan.


Tanggal 5 April 2011, jam 4.02 petang, Ejat post shout out ini dengan mengatakan dirinya comot setelah memakai sliper ke kelas kot. Dengan langkah kaki yang begitu gagah bak Merong Mahawangsa, bersungguh-sungguh sliper itu digunakan sehingga haus hari itu.


1 jam 44 minit kemudian, Ejat baru sedar yang hujan sangat lebat maka secara otomatiknya berbangga memakai sliper cap fipper itu. Bila aku bayang Ejat pose macam kartun tu, aku rasa entertained. haha.. Lalu aku pon tiru secara terang-terangan pakai spesis kartun itu bila menge-shout di Fesbuk. 


Contohnya shout out ini. Come on Moon! You can duet!! You can duet!!! You manada duet!!!!



Sekarang caring and understanding ada makna


Jika dilihat secara kasar, memang Boyfriend tak nak susahkan Girlfriend-nye. Nanti kene beli barang and bangun awal pagi untuk masak. Sangat la caring dan understanding hingga ke tahap touching! Walaupun Girlfriend tak kisah pon nak masak demi mencapai the real picnic. Yela..picnic tapau ni tak best la kan. Baik kite makan kat kedai, lepas minum air dan basuh tangan sume baru pegi terjun botol. Hmm...tak feel lah camni.

Tapi Boyfriend sebenarnye bukan saja-saja nak caring ni. Nanti dah kahwin, Girlfriend kene bangun awal pagi untuk siapkan breakfast, lunch tak pe makan kat luar, tapi balik keje penat-penat harus masak untuk dinner ye. Semua ini berlaku HARI-HARI. Walau pun masih caring dan understanding, namun tidak lah touching kerana makan tetap makan derr. Sape tukang masak? Bini kat umah laaaaaa >.<





Girlfriend sangat meng-consider belanjawan Boyfriend memandangkan die memang makan banyak. Kadang-kadang Boyfriend minum je pon. Girlfriend yang bantai licin mee goreng mamak. Jadi ape salahnye belanja Boyfriend yang cium bau je tu kan? Lagi pun, tak nak lah Boyfriend balik umah makan megi je sebab dah nak jimat untuk belanja Girlfriend tiap-tiap kali. 

Tapi syaratnya selepas kahwin, duit makan+shopping+minyak kete+susu anak, haruslah sponsor dari Boyfriend yang dah jadi laki orang ni. HaHa. Lepas makan kat kedai tu, memang takkan terniat lah nak keluarkan purse sendiri. Macam Mama aku la...dah kenyang makan die just cakap, "Cepat Papa, g bayar!" Amik kau...sekarang Girlfriend nak belanja tu jangan tolak. HaHa.





Boyfriend sanggup letihkan badan sendiri dan tak nak susahkan Girlfriend lagi. Walaupun letih, selagi mampu mesti bertahan sampai sudah. Kata pujangga Langkasuka, "Akan ku bawa ke mana saja kau mau pergi." Touching! Touching! Boyfriend bagi Girlfriend rehat diam-diam kat sebelah sambil melalak lagu yang keluar kat radio Sinar.fm tu. Kalau nk tukar Fly.fm pon boleh sebenarnye...

Jeng!..Jeng!..Jeng! Mesti korang dah expect aku nak pakai penanda wacana ape plak. Hmm...aku pon dah kehabisan idea. 

Setelah janji dimeterai di hadapan tok kadi dan kad nikah diberi, segala kunci rumah dan kereta akan disangkut di paku tepi pintu. Jikalau Girlfriend yang dah jadi bini orang ni nak pegi Warta, sila lah amik kunci yang bersangkut itu dan drive sendiri ek. Kalau dah ade kete 2 bijik, lagi la survival skill diuji. Jadi, kepada kengkawan yang belum mengambil lesen kete, contohnya Azra Atiqka, balik nanti terus daftar weh. Saing ang nanti semua budak baru lepas sekolah tau. HaHa.

____________________________________________________________________

Kesimpulannya, give and take. Saya masak, awak buat laundry ye. Dah janji kan....xoxo


Photoshoot at I-CITY Shah Alam

Yeehaaaa! Akhirnya aku dan Mr. D menjejakkan kaki ke I-CITY Shah Alam. Mr. D drive sampai pusat bandar Shah Alam pastu kitorang jegilkan mata luas-luas untuk tengok sign board. GPS phone Symbian kitorang sangat lah tidak memainkan peranannya kali ini. Tapi GPS aku signal satelit pon tak dapat. Ces! Mogok bebenau phone aku semenjak aku dah jadi orang Kolumpo ni. Tapi nak pegi Tol Jalan Duta sesat jugak la.

Sampai saja kitorang dah laburkan RM10 untuk parking. Aku berharap la dengan harga secekik darah itu, boleh la dapat parking berbumbung dan ber-air cond. Hakikatnya, yang ada hanyalah open air parking yang ditambak dengan batu yang menyebabkan sesape yang pakai heels susah nk survive tanpa bersujud sajadah. Walaupun semarhalah jaraknya dari lokasi lampu kaler-kaler tu, aku redha. Boyfriend kat sebelah redha memanjang la. Ngeeee heh heh >.<

Masa nak gerak tu, teringat jugak nak bawak DSLR digital camera. Tapi teringat phone ada, malas la nak bawak. Yang cantiknya, setelah aku sampai je dalam kete, bukak phone lalu tengok bateri ada 1 seteng bar lagi. Ces! Ini tidak adil untuk ber-cam whoring! Lalu aku rembat charger kete Mr. D. Terasa seperti bayi yang baru lahir ke dunia! Yezzzaaaaa~

Lepas bersungguh-sungguh jalan sampai kaki tak cukup tanah, tanpa segan silu terus photoshoot. Tapi kalau nak tunggu line clear takde entiti kat belakang, sape cakap tak boleh? Boleh je, tapi sampai ade batu karang pon belum tentu dapat der. Jadi kitorang selit je tepi sesape. Sebab tu gambar kitorang banyak entiti pelbagai rupa. Kitorang pon semestinya menjadi entiti asing kat memana DSLR ni. HaHa. Fair and square. 

Ok, layankan gambar photoshoot amatur yang aku pejam-celik-pejam-celik edit ni. Ye, memang gigih. 


Pembuka sesi photoshoot. Random pics.


 Yezzzzaaaaa!!!! Ini dia yang kita mahu. Go baby go!


Kalau posing macam Mr. D nanti tercabut pulak pokok ni. Tenggek gitu-gitu sudah...


Mr. D posing gaya silang kaki. Tengok la sape yang ajar teknik cam whoring tanpa sempadan. HaHaHa.


Posing kangkang ala-ala Next Top Model. Sudut kangkangan tu yang penting >.<


Ni la contoh entiti asing yang aku cakap tadi. Tonggek nape ntah. Takpe, fokus kat abang badan ketak-ketak je k.


Pose ini sebenarnya terhasil dari niat ingin membetulkan handbag yang nak slide dari bahu. Sebab tu macam nak tak nak je pegang bear tu.


 Lain yang kite suh buat, lain yang die buat. Isk Isk Isk >.<


 
Pose gaya menghantar signal kepada Mr. D supaya berhenti merokok.




Signal diterima dan diprotes serta-merta. Demokrasi la kata kan. Kalau dihimpun duit rokok selama ni, mesti dah dapat beli VW Polo.




Last skali tangkap gambar sendiri. Takde sape nak tangkapkan gambar korang. Sebab sume orang datang untuk tangkap gambar sendiri-sendiri pastu upload kat fesbuk.



Lupe plak nak cite. Ade pameran reptilia jugak. Ade dua pakej. Kalau nak free, tengok poster kat luar je. Kalau nak masuk, bayar sorang RM 5. Bro tu cakap berbaloi-baloi masuk. Ade 100 spesis reptilia. Tapi dah masuk, tak de lak aku kira betul ke tak.

Dan reptilia paling photogenic mengalahkan aku ialah.....

si cicak iguana ini! Aku duduk depan cermin tu 5 minit jgk la..kejung gini je sampai ke sudah. haishh...surrender aku last-last.


Kesimpulan :
  1. Puas hati dapat pegi akhirnya. Beyond expectations. Ingat kecik je tempat die. Besar rupenye. 
  2. Berbaloi la jugak bayar parking RM 10 sebab die pakai sejuta LED kot. Letrik kan mahal. 
  3. Masuk pameran reptilia tu, berbaloi jugak la bayar RM 5. Niatkan sedekah kat ular yang pemalas lepas makan, penyu yang boleh berdiri, tarantula yang menggerunkan, cicak iguana yang photogenic serta rakun yang gebu dan montel. 

Info tentang ular sawa batik merangkap satu-satunya info yang aku ingat lepas keluar pameran tu.
  1. Ular sawa batik tidak mendapat nutrien yang mencukupi dari makanannya. Ini menyebabkan bahagian kepala dan ekornya kecik tapi perutnya besar.
  2. Ular sawa batik hanya makan dua kali sebulan. Tapi sekali makan empat ekor ayam. Lepas belit bagi mampus, baru die telan.
  3. Info pertama hanyalah rekaan semata-mata >.<

Okey lah...minum teh ais malam-malam sakit perut sudah. Calo~