Awak nak panggil saya apa?

Wahhhh...lama sungguh tak update. Tahun ni memang tak produktif. Dah nak abis Oktober tapi baru satu entry aku publish. Takpe..yang penting kualiti, kedua baru kualiti. Back up diri sendiri. Haha.

Kali ni just nak cerita pasal pendapat peribadi tentang perkara cintan-cintun ni. Kepada yang baru nak menggatal bercinta tu, mesti duk pikir nak guna nama panggilan ape kan? Mesti punya la..Tu belum lagi pikir nak cari yang pelik-pelik sebab tak nak sama dengan jiran sebelah. LoLs.

Bagi aku la kan...aku suka lagi dengan panggilan yang sweet contohnya baby, sayang, hubby, honey, love and so on. Sebabnya esok-esok kalau korang gaduh pon, still kedengaran sweet. Haha. Meh sini aku cipta dialog untuk memahamkan korang.

Boyfriend: Apesal sayang tak angkat phone semalam? (Nada tinggi)

Girlfriend: Eh..suka hati sayang la nak buat pe. Baby ape kesah? Pegi la lepak ngan kengkawan hari-hari pasni.

Boyfriend: Lepak ngan kawan pon tak boleh dah sekarang? Dah lama tak jumpe. Takkan 24 jam nak mengadap sayang je huh?!

Girlfriend: Kan sayang dah suruh baby pegi lepak ngan kawan je pasni. Ape plak yang nak mengadap sayang 24 jam tu? Tak yah mengadap langsung pon takperrrrr. 

Boyfriend: OK!

Girlfriend: (Melempar pandangan ke luar tingkap)

Ha...paham x? Tak paham...meh sini aku compare dengan dialog drama gaduh yang takde sayang-sayang ni k. 

Boyfriend: Apesal U tak angkat phone semalam? (Nada tinggi)

Girlfriend: Eh..suka hati I la nak buat pe. U ape kesah? Pegi la lepak ngan kengkawan hari-hari pasni.

Boyfriend: Lepak ngan kawan pon tak boleh dah sekarang? Dah lama tak jumpe. Takkan 24 jam nak mengadap U je huh?!

Girlfriend: Kan I dah suruh U pegi lepak ngan kawan je pasni. Ape plak yang nak mengadap I 24 jam tu? Tak yah mengadap langsung pon takperrrrr. 

Boyfriend: OK!

Girlfriend: (Terjun ke luar tingkap)

Nampak tak? Kalau tak nampak, lagi tiga Jumaat la tu. Point yang aku nak highlight di sini ialah, panggilan manja-manja ni boleh mengurangkan kekasaran bahasa ketika bergaduh. Sebab gaduh ni tak boleh nak elak. 

Ni pendapat aku je la...Aku rasa betul. Biasa la..aku sorang je yang sentiasa betul. Huhu. Tapi teori aku ni tidak la dapat membuktikan yang hubungan korang tu akan berpanjangan hanya dengan panggilan super cair ni. Ade je panggil bulan bintang langit kilat petir guruh, tapi sebab tak serasi, break up akhirnya.

So..it depends. Wah...anniversary gue sudah hampir. *wink*




Sambung belajar or keje?

Isu lepas habis degree, nak sambung belajar ke nak masuk industri?

Untuk kes aku macam susah sket nak decide. Kalau nak buat jadual pro n con, pon susah jugak. Macam aku, parents for now still keje lagi. Mama keje nurse tapi dah nak pencen tak lama lagi. Papa plak kontraktor yang tidak berpendapatan tetap. 

Isunya yang payah sangat sekarang ialah.....................................

Kalau aku sambung belajar, then mama plak pencen dan dapat maximum 70% la kot dari basic sekarang without the allowance, papa plak macam tadi aku cakap tak de income tetap, so how will the family goes on?

Untuk sesaper yang parents memang akan bekerja untuk at least lagi 10 tahun or memang dah 10 tahun pencen, memang takde isu sangat la sebab there will be no major change in their daily life. Tapi untuk situasi macam aku, banyak sangat soalan-soalan yang akan timbul.

  1. Nanti cukup ke nak cover perbelanjaan rumah?
  2. Boleh tak kitorang at least maintain keselesaan hidup sekarang?
  3. Cukup ke perbelanjaan aku? Haha
  4. Sape plak nak sara parents aku kalau semua anak-anak masih belajar?
  5. Kalau sambung belajar, bila aku boleh ada asset macam orang lain?
  6. If aku just kena depends on pinjaman or tajaan, cukup ke aku nak fulfil the desires tanpa berkira-kira?


Whatever pon, kerisauan yang paling penting ialah aku tak boleh imagine kalau total income family berkurang 50% tu. Mama cakap loan rumah tak habis bayar lagi. So daripada pencen nanti, tolak lagi dalam 1k. 

Serius tak leh bayang weh! For now papa prefer sambung belajar. Mama prefer keje dulu. Papa rasa die mampu cope dengan that major change. Mama plak sangat la memahami anaknya ini yang bajet hidup macam princess! Alahai...

Bukan tak yakin ngan papa. Tapi kalau mama pencen, that means papa kena double hardworking which is not suitable for his age. Plus kalau ade abang or kakak yang dah stabil takpe jugak. So at least the responsibility is not ours totally kan? 

Aku plak anak sulong. Adik aku sorang tu lagi 4 years abis belajar, sorang lagi baru lepas SPM. Still long way to go. So actually kalau duit tu bukan masalah, aku pon tak kisah nak sambung belajar. Aku risau kalau duit cukup-cukup je. 

Ade member buat PHD sekarang dan orang bayar every month RM2500. For now macam ok la kan. What if PHD tu takes full five years. Lima tahun tu kalau masuk industry dah boleh at least ganda dua dah. Kot la kan. Kalau company dahsyat, lagi la berganda-ganda.

Kalau aku buat PHD, lima tahun lagi, berapa harga sebuah condo di Selangor? Aku sekarang pikir nak beli umah je. Sebab horror kot tengok harga hartanah memael lambung. 

Kiranya sekarang dua isu utama kalau aku sambung belajar ialah:

  1. Masa aku tengah belajar tu, sape nak support extra expenses family.
  2. Bila aku habis belajar, aku takut dah terlampau lambat untuk catch up dengan orang lain.

Kau bayang kan, kononnya dah habis PHD, orang lain dah ade banglo, aku baru terkedek-kedek nak sewa apartment. Ntah la...mungkin aku ni dah masuk alam professional sket. Ahaha. Kapel dah lama, so memang target nak stabilkan diri. Aku tengok, semua kawan-kawan aku yang single sume sambung belajar. Selain dari yang single tu, lepas keje setahun je sampai la kad jemputan. Nampak sangat lepas grad terus keje sebab nak settle down. Betul tak teori aku?

Tak betul pon ade aku kisah?

Takde hokay!

Tapi jodoh tu bukan kat tangan kita. Aku paham itu. Namun trend ni memang obvious dalam masyarakat. At least untuk sekeliling aku. 

Haishh...even dah nak abis karang entry pon still dalam dilema. Hanya Allah saja yang tahu perkara terbaik bagiku. Lepas degree ni kahwin tetap kahwin! Ahahaha...cumanya majlis tu nak grand ke tak. Kalau nak grand, gi keje setahun kumpul duit. Kalau tak, kenduri bajet student la gamaknya. Melainkan mak bapak tan sri. 

Lepas kahwin tu, nak makan sedap, kene keje. Kalau tak, makan la megi sokmo. Tu je beza. But still a hard decision to make. 

Buat mama, elok la kalau mama nak pencen. Mama pon dah makin tua dan tak larat. Papa pon sama. Takkan nak bebankan papa double plak lepas ni. Bertuahnya hidup adik-adik aku sebab tak payah pikir pasal ni. Esok korang nak further study ke hape, kakak korang kan adeeeee...Die kan engineer bahagian cop duit kat bank negara =P

Arghh..memang selalu dengar citer sedih ni. Anak sulong mesti terpaksa korbankan cita-cita sebab nak bantu keluarga. Even family aku pon ade history gini. Anak sulong banyak pikir untuk meringankan parents. Anak bongsu plak banyak pikir cara nak membebankan lagi parents. Anak tengah-tengah bila aku sound, baru insaf sket. Bila agak-agak dah lama tak kene maki, nak pegi Korea plak dahhhhh...Wadehek kau adik?!

Jadi guys, berdasarkan story aku, sambung belajar ke keje? Malas lah pikir. Tanye korang lah. Haha =D