Awak nak panggil saya apa?

Wahhhh...lama sungguh tak update. Tahun ni memang tak produktif. Dah nak abis Oktober tapi baru satu entry aku publish. Takpe..yang penting kualiti, kedua baru kualiti. Back up diri sendiri. Haha.

Kali ni just nak cerita pasal pendapat peribadi tentang perkara cintan-cintun ni. Kepada yang baru nak menggatal bercinta tu, mesti duk pikir nak guna nama panggilan ape kan? Mesti punya la..Tu belum lagi pikir nak cari yang pelik-pelik sebab tak nak sama dengan jiran sebelah. LoLs.

Bagi aku la kan...aku suka lagi dengan panggilan yang sweet contohnya baby, sayang, hubby, honey, love and so on. Sebabnya esok-esok kalau korang gaduh pon, still kedengaran sweet. Haha. Meh sini aku cipta dialog untuk memahamkan korang.

Boyfriend: Apesal sayang tak angkat phone semalam? (Nada tinggi)

Girlfriend: Eh..suka hati sayang la nak buat pe. Baby ape kesah? Pegi la lepak ngan kengkawan hari-hari pasni.

Boyfriend: Lepak ngan kawan pon tak boleh dah sekarang? Dah lama tak jumpe. Takkan 24 jam nak mengadap sayang je huh?!

Girlfriend: Kan sayang dah suruh baby pegi lepak ngan kawan je pasni. Ape plak yang nak mengadap sayang 24 jam tu? Tak yah mengadap langsung pon takperrrrr. 

Boyfriend: OK!

Girlfriend: (Melempar pandangan ke luar tingkap)

Ha...paham x? Tak paham...meh sini aku compare dengan dialog drama gaduh yang takde sayang-sayang ni k. 

Boyfriend: Apesal U tak angkat phone semalam? (Nada tinggi)

Girlfriend: Eh..suka hati I la nak buat pe. U ape kesah? Pegi la lepak ngan kengkawan hari-hari pasni.

Boyfriend: Lepak ngan kawan pon tak boleh dah sekarang? Dah lama tak jumpe. Takkan 24 jam nak mengadap U je huh?!

Girlfriend: Kan I dah suruh U pegi lepak ngan kawan je pasni. Ape plak yang nak mengadap I 24 jam tu? Tak yah mengadap langsung pon takperrrrr. 

Boyfriend: OK!

Girlfriend: (Terjun ke luar tingkap)

Nampak tak? Kalau tak nampak, lagi tiga Jumaat la tu. Point yang aku nak highlight di sini ialah, panggilan manja-manja ni boleh mengurangkan kekasaran bahasa ketika bergaduh. Sebab gaduh ni tak boleh nak elak. 

Ni pendapat aku je la...Aku rasa betul. Biasa la..aku sorang je yang sentiasa betul. Huhu. Tapi teori aku ni tidak la dapat membuktikan yang hubungan korang tu akan berpanjangan hanya dengan panggilan super cair ni. Ade je panggil bulan bintang langit kilat petir guruh, tapi sebab tak serasi, break up akhirnya.

So..it depends. Wah...anniversary gue sudah hampir. *wink*