RESOLUTIONS 2013 updated

Alhamdulillah...16.01.2013 tepat jam 5.30 petang, telah berakhir juga paper final aku untuk sem ni. Perasaan toksah citer la...berapa minggu aku dah mengabaikan blog ni sebab nak bagi full commitment kat exam (KONON SANGAT). 

Meh aku bukak story dengan bait lirik lagu yang aku rasa sweet gilos ni.

The day we met
Frozen I held my breath
Right from the start
I knew that I've found a home
For my heart beats fast

Sape recognize lagu ni angkat kening. Sape tak cam boleh boooooo sebab anda bukan peminat Twilight seperti saya! Hehehe. Lirik ni membuatkan aku terkenang first date dulu. Aku ingat lagi DH pkai baju ape, seluar ape...ok seluar aku tak ingat sebab jeans sume sama kaler, tapi aku ingat die takde misai time tu sebab baru pas eksiden...ekceli ni pon tipu sebab aku tak perasan pon. HaHa. TAPI...i know that 

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid
I've loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

So recap balik resolutions 2012, satu perkara tak cukup kuota, satu lagi fail sampai sudah tak buat. Tahun lepas berjaya kurangkan 4 kgs je. Even senam as usual pon berat susah sangat nak turun dah. Then pasal nak saving tu memang la tak dapat sebab aku ni pantang sale! Resolution 2011 pon ada satu benda tak berjaya buat iaitu pemberhentian merokok DH. Haishh...Niquitin pon tak jalan caner? 

Resolutions 2013? Jeng jeng jeng...ada yang recycle dari tahun-tahun lepas sebab tak tercapai-capai lagi. Dan ade yang tambahan memandangkan hidup mesti pandang ke depan kan? Muahaha.

Jadi ni lah resolutions 2013. Aku tak berani nak high hope sangat kat certain things tu. Tapi insyaAllah akan cuba. So korang, doa-doa kan lah untuk benda baik ye. Hehe. 



Thanks for reading this blog. Baru or lama, korang tetap sapoters terbaik! Okthxbye =)


Tak logik

Selalu aku rasa aku ni cepat sangat nak judge orang. Selisih bahu je aku dah judge budak tu sombong, berlagak and so on. Ni contoh la...selalunya aku kalau kelas pukul 2, hmm....pukul 2.15 baru siap parking kat uniten tu. Memang jalan pon tak perasan sape lalu sebelah. Pastu rempuh pintu kelas sampai semua orang tengok, aku jalan masuk buat deq je. Lecturer pon dah biasa kot. Hari ni aku patutnya kelas pukul 8. Tapi sampai kelas pukul 8.15 and masuk je ada member cakap aku late as always. Deym u Sri. Dah la hari ni last class.

Sebab tu aku selalu duk belakang je. Bila salin nota, mula la formula tu aku gubah sendiri. Main teka-teka simbol apa berdasarkan hujung ekor yang aku nampak. Balik buat soklan, emo tak dapat jawapan. Check ngan orang lain, eh...ade square root rupanya. Tapi rupanya...rupanya kan, member tu pon salah salin. Haha. Sebab tu lepas square root pon tak dapat jawapan. Lols.

Ok. Aku macam dah melalut kan? Itu la yang dinamakan mukadimah. Aku nak cerita..aku selalu judge orang negatif. Aku ni jenis malas nak amik tahu kalau orang tu takde kepentingan kat aku. Haha. Friends for benefits of course lah kan. Tapi bila aku amik tahu, aku expect la the other party tu appreciate the chance he or she had been given.

Tapi as always....memang tak salah apa yang aku judge mula-mula tu. Memang itu lah perangainya. Spesis yang aku dah cakap 10 kali, tapi masih degil tak nak paham. Aku tak tau la otak diorang ni wujud ke tak dalam kerangka tengkorak tu. Tension tau.

Contohnya kes mesej orang lain, orang tu tak balas, kol aku plak tanya aku tido ke hape. Tak ke cetek akal namanya? Ingat aku boleh baca gelombang ke ape sampai mesej kat phone orang lain pon aku boleh tau. Nape tak kol ke nombor yang sepatutnya je kan. Kalau memang aku tengah tido, so tak ke dah mengganggu aku nak develop gelombang sendiri. Aku nak emo lebih-lebih pon kesian sebab nampaknya budak ni dah hilang logik. Stress final exam kot. 

Dulu aku judge dia tak gentleman. Sekarang, aku pon takde idea nak panggil ape sifat macam ni. Last skali aku distracted, nak fokus balik membazir setengah jam aku. Serious aku rasa aku langsung tak bersalah dalam hal ni. Aku memang patut marah, banyak ke sikit lain citer.

Aku rasa better aku stick dengan prinsip biasa. Hmm..aku musykil jugak selama ni prinsip ape aku pakai. 

Tapi kisahnya, aku malas dah nak cari member untuk sembang merepek. Biar budaknya muka sombong tapi dalam kepala ada ilmu yang bermanfaat daripada orang yang peramah tapi percakapannya sia-sia. Aku bukan tak friendly, cuma aku lagi suka memilih untuk friendly dengan certain types of people. Maybe kali ni aku dah tersalah pilih. Or maybe sebenarnya tak boleh all out. 

Sebab ape, bila boundary tu dah takde, orang suka takde advantage. Tapi kalau dah over sangat, aku tak kisah pon nak cut off everything. Dengan orang yang aku value pon aku mampu buat, ape tah lagi teman biasa. Ye dak? 

Mesti korang rasa aku ni kejam. Tapi buat pe nak simpan benda yang tak elok. Esok penuh maggot, lagi teruk nak buang. Kan?