Selalu aku rasa aku ni cepat sangat nak judge orang. Selisih bahu je aku dah judge budak tu sombong, berlagak and so on. Ni contoh la...selalunya aku kalau kelas pukul 2, hmm....pukul 2.15 baru siap parking kat uniten tu. Memang jalan pon tak perasan sape lalu sebelah. Pastu rempuh pintu kelas sampai semua orang tengok, aku jalan masuk buat deq je. Lecturer pon dah biasa kot. Hari ni aku patutnya kelas pukul 8. Tapi sampai kelas pukul 8.15 and masuk je ada member cakap aku late as always. Deym u Sri. Dah la hari ni last class.
Sebab tu aku selalu duk belakang je. Bila salin nota, mula la formula tu aku gubah sendiri. Main teka-teka simbol apa berdasarkan hujung ekor yang aku nampak. Balik buat soklan, emo tak dapat jawapan. Check ngan orang lain, eh...ade square root rupanya. Tapi rupanya...rupanya kan, member tu pon salah salin. Haha. Sebab tu lepas square root pon tak dapat jawapan. Lols.
Ok. Aku macam dah melalut kan? Itu la yang dinamakan mukadimah. Aku nak cerita..aku selalu judge orang negatif. Aku ni jenis malas nak amik tahu kalau orang tu takde kepentingan kat aku. Haha. Friends for benefits of course lah kan. Tapi bila aku amik tahu, aku expect la the other party tu appreciate the chance he or she had been given.
Tapi as always....memang tak salah apa yang aku judge mula-mula tu. Memang itu lah perangainya. Spesis yang aku dah cakap 10 kali, tapi masih degil tak nak paham. Aku tak tau la otak diorang ni wujud ke tak dalam kerangka tengkorak tu. Tension tau.
Contohnya kes mesej orang lain, orang tu tak balas, kol aku plak tanya aku tido ke hape. Tak ke cetek akal namanya? Ingat aku boleh baca gelombang ke ape sampai mesej kat phone orang lain pon aku boleh tau. Nape tak kol ke nombor yang sepatutnya je kan. Kalau memang aku tengah tido, so tak ke dah mengganggu aku nak develop gelombang sendiri. Aku nak emo lebih-lebih pon kesian sebab nampaknya budak ni dah hilang logik. Stress final exam kot.
Dulu aku judge dia tak gentleman. Sekarang, aku pon takde idea nak panggil ape sifat macam ni. Last skali aku distracted, nak fokus balik membazir setengah jam aku. Serious aku rasa aku langsung tak bersalah dalam hal ni. Aku memang patut marah, banyak ke sikit lain citer.
Aku rasa better aku stick dengan prinsip biasa. Hmm..aku musykil jugak selama ni prinsip ape aku pakai.
Tapi kisahnya, aku malas dah nak cari member untuk sembang merepek. Biar budaknya muka sombong tapi dalam kepala ada ilmu yang bermanfaat daripada orang yang peramah tapi percakapannya sia-sia. Aku bukan tak friendly, cuma aku lagi suka memilih untuk friendly dengan certain types of people. Maybe kali ni aku dah tersalah pilih. Or maybe sebenarnya tak boleh all out.
Sebab ape, bila boundary tu dah takde, orang suka takde advantage. Tapi kalau dah over sangat, aku tak kisah pon nak cut off everything. Dengan orang yang aku value pon aku mampu buat, ape tah lagi teman biasa. Ye dak?
Mesti korang rasa aku ni kejam. Tapi buat pe nak simpan benda yang tak elok. Esok penuh maggot, lagi teruk nak buang. Kan?
4 comments:
Mun, ko susah nak jawab mesej aku!
Ape pandangan ko terhadap aku? Cepat, terus-terang
Haha..henpon mmg aku jarang bukak. Sb henpon aku kn tak canggih nk main tym kelas. So bila perasan msg kau ke, mcm dh terlambat nk reply or kau dh tnye kt org lain dah. So aku abaikan je la. Muahahaha. Ampun maap ye dehe.
Ape pandangan aku? Aku pandang kau kecik besar kecik besar je skrg. Hehehe. X de lah. Kau ok je. Jarang jumpe kn skrg...aku ke kau yg bz eh? Arghh...x sbr nk grad!! #tetibe
Aku ingtkan ko boikot aku, isk isk
Har khamis kita kelas sebelah2 kot, tp sebab kelas sebelumnya kt ba, kene rush. Selalu je aku nmpk ko dgn echa masuk lambat ha ha
Haha...maknanya kelas ems la tu. Aku mmg asik lambat je kalau kelas ems. Ntah la nape.
Post a Comment