Masih ingatkah korang tentang kehidupan seharian ketika masih single dulu-dulu? Aku pon cuba-cuba nak ingat la walaupon samar-samar. Bukan apa, takut langsung terlupa. Hmm...kalau dari sekolah dah kapel-kapel ni, tak banyak la benda-benda menarik yang korang buat sorang-sorang. HaHaHa.
Ok lah, aku rini nak bercerita tentang kisah sebelum 4.5 tahun yang lepas. Tapi aku skip la masa sekolah. Sebab masa sekolah, aku hari-hari pegi sekolah. Bila dah masuk foundation, hehe...berlobang-lobang attendance aku >.<
Masa berlobang-lobang ni lah aku banyak melakukan aktiviti songsang seorang diri tatkala kawan-kawan pegi dating. Tapi budak umah ramai. Wikend pon ada yang senasib menghabiskan masa di balkoni mcm aku. Pendek kata umah aku tak pernah kosong. Jadi tak la sedih dan suram sangat...
*Feezah Hanimoon tepuk-tepuk habuk dengan bulu ayam *
* Feezah Hanimoon basuh baju satu mesin die sorang je *
Masa tu, survival skill sangat tinggi. Apa yang aku maksudkan dengan survival skill ni? Ouh, tentu lah pegi cari makan sorang-sorang. Perut sendiri adalah diutamakan. Sanggup turun tingkat 4 hostel tu untuk membeli nasi goreng thai dan milo ais kat kedai Abg Bob.
* Feezah Hanimoon memanjang happy bila makan *
Sedikit pengenalan tentang kedai Abg Bob. Kedai ni ala-ala cafe hostel yang terletak ground level. Umah aku ataaaasssssss sekali! Tokey kedai ni bukan Abg Bob. Dia waiter jer. Tapi sebab dia comel-comel macam teddy bear, jadi kedai tu jadi dia yang punya. HaHa.
* Feezah Hanimoon rasa buncit selepas makan *
Selain tidak malas pegi mencari makanan, aku juga rajin untuk berjalan berkilo-kilo meter untuk ke class dan ke station LRT. Walaupon muka macam nak mengamuk sebab kelas pukul 8.15, berbekalkan semangat yang seciput alam itu aku jalan menonong tak tengok kiri kanan dah. Tapi takde la aku jalan hari-hari. Ye la, aku bukan pegi class hari-hari pon. gagagagaga >.<
* Feezah Hanimoon bengang. Sampai class pon muka tak berubah*
Lepas sebulan masuk hostel, papa beli motosikal jenama terhebat time tu iaitu Kristar (^0^)
* Feezah Hanimoon buat muka bangga *
Aku pernah pegi tengok wayang sorang-sorang weh~ Hebat tak? HaHa...Tak semua orang pernah sanggup nak menyelahkan diri di tengah-tengah stranger gelap-gelap tu. Tapi tym tu sebenarnya mogok ngan Mr. D, so kira survival skill la jugak. Aku naik moto sorang-sorang pegi Time Square dengan baju unipom kaler maroon, pastu beli tiket citer Transformers.
* Feezah Hanimoon slumber otai masuk wayang bawak popcorn besar utk sorang makan*
Nasib baik kehebatan citer tu dulu melenyapkan rasa kekok time tu. Tapi bila nak banguk keluar tu baru teringat,
"Aku ni datang sorang-sorang rupanya. Sebelah mana nak keluar ni ek?"
Lepas balik umah tu,
"Yessss!!! Pecah rekod. Tak de orang pernah tengok wayang sorang-sorang lagi. HaHaHa!"
* Feezah Hanimoon menari tak hengat dunia *
Banyak lagi lah benda yang aku boleh buat sorang-sorang. Tapi lepas kapel, bila Mr. D not available je aku dah jadi malas. Lapar pon malas nak pegi beli makanan. Malas nak pegi memana sendiri. Pendek kata, aku jadi terlalu dependent.
* Feezah Hanimoon kena tinggal sebab Mr. D pegi outstation*
* Feezah Hanimoon tak dapat terima hakikat yang nasik goreng hanya ada di kedai *
Serious...memang nak buat apa pon tak semangat. Rasa nak pegi memana semua nak berteman. Macam la ada hantu duk ikut aku time tu. Kalau tak, memang tak gerak lah punggong ni. Melekat kat katil. Sebab tu berat berganda-ganda naik!! Isk Isk Isk.
* Feezah Hanimoon tak suke timbang berat *
Ecehhhh...salahkan itu plak. Padahal memang aku malas bersenam. Hobi plak memakan. Blurghhhh!
Walaubagaimanapon, setelah bertahun-tahun praktis aku dah balance kan balik hal-hal duniawi ni. Aku sekarang mengamalkan konsep berkapel secara profesional. Kita tak semestinya berkepit 24-7. Masing-masing mesti ada life sendiri. Life ngn kengkawan dan family.
Bila kita sukarela menerima hakikat yang kita tidak perlu berbelangkas setiap hari, lama-lama kita akan develope balik sifat survival skill dulu-dulu tu. Kenapa kita perlu bersedia dengan situasi ni? Sebabnya takde orang yang nak favour hal kau memanjang okey. Semua orang tak nak pegi keje jauh-jauh. Tapi ada bos kau kesah kalau kau cakap hamster kau baru beranak?
Boleh je kalau nak berkepit selalu. Tapi sila makan pasir! Sekian.
1 comment:
cepat la balik.... >.<
Post a Comment