Tiap-tiap kali mesti cakap dah lama gilerrr tak update. Bosan tak? Ok, tak nak cakap. Aku sebenarnya dapat idea nak update ni lepas abis major room service kat bilik sendiri ni. Siap mop pakai Ajex kot. Sesuatu yang luar biasa. HaHa.
Ok, back to the topic today.
Kenapa korang suka dengar sesebuah lagu itu berkali-kali? Tak kisah la lagu dari mana pon..
Hmm...aku pikir-pikir sambil pasang cadar tadi, ada la beberapa ketul faktor.
Faktor 1 : Hendak menghafal lirik naturally.
Kalau aku nak hafal lirik lagu, memang bukak berkali-kali. Sebabnya takkan nk menghadap kertas lirik tu dari subuh sampai isyak. Jadi sambil-sambil buat Circuit tu pasang lagu yang at the moment aku suka tu. Memang sengaja buat setting repeat. At last, mmg aku hafal pon. Sekali dengan rap Eminem masuk. Tapikan, Circuit nya tak masuk-masuk jugak. TAPI, mesti la ada tapi lagi kan, tapi misi menghafal lirik berjaya la. Omputeh cakap, "Shoot for the moon, if you fail you'll land among the stars." Itu pasal dalam kes ni, Circuit aku jadi taik bintang je. gagagaga >.<
Faktor 2 : Perasan suara sedap dan match dengan lagu.
Ehem, kalau dah aku yang tulis entry ni, mesti la aku cakap berdasarkan pengalaman kan. Selalu jer aku repeat lagu Mariah Carey. HaHa. Aku punya idola kecil kot tu. Mariah Carey campak lagu apa pon sedap. Dah la tone kejap halus kejap kasar. Lagu I Can Make It Through The Rain tu la aku rasa mencabar teknik seni suara. Aku selalu bukak lagu tu la. Mesti dah ada yang nak muntah sekarang kan. Silakan aja dong..... Lepas muntah boleh sambung baca balik. Tapi betul la, kita bukak lagu tu berkali-kali mesti la sebab kita nak nyanyi sekali. Kalau tak apakah jadahnya.
Faktor 3 : Lirik lagu ada kena mengena dengan kisah hidup.
Ini konpem lah. Kalau hari-hari pasang lagu break up, mesti realitinya memang dah break pon. Sebab orang tak selalu pasang lagu gembira bahagia teruna dan dara time tengah sweet berchentew tu. Sekarang nak break dah la senang. Dedicate je memana lagu Sixth Sense. Tak pon lagu Pasha Ungu tu. Or in another case, tengah duka lara atas sebab-sebab seperti orang yang kita stalk dah kapel ngn orang lain ke. HaHa. Realiti kan? Atau pon tengah perang besar ke.... 24/7 Jar of Hearts. Kadang-kadang kita sebagai outsider dah boleh relate benda yang jadi. Contoh lagu Perfect Nightmare. Kan? Sape setuju? Biarlah salah buat conclusion pon, tapi lantak la nak pikir ape. HaHa.
Faktor 4 : Leka buat Thermodynamics.
Bagi aku, kalau dah fokus tu memang sah-sah la malas nak tukar lagu or at least buang setting repeat tu. Lagu tu kadang-kadang jadi background music untuk speed up daya pemikiran. Ni bukan teori doktor memana k. Ni teori Moon yang buat. Kalau baca notes Islamix Studies, jangan mengada-ngada plak nak ikut benda lagha ni. Syaitan memang sedia banyak. HaHa. Kalau baca buat Thermo, setakat lenguh-lenguh je. Kalau baca Islamix, sampai syahid aku tenung kertas tu. Isk Isk Isk. Loq Laq!
Ok, da abis da.....Ada tak yang aku tertinggal?
No comments:
Post a Comment