Hadiah kepada ibu bapa yang telah dijemput Allah.

Monolog dalaman : 

Sakit otak pikir idea nak update. Haishhh >.<

Okey...tajuk entry adalah seperti di atas. Mukadimah malas nak buat. Mintak maap kepada cikgu bahasa Melayu darjah 6 yang penat-penat ajar aku buat karangan dulu. 

Monolog dalaman lagi :

Sebenarnya cikgu, saya memang malas sungguh nak mukadimah-mukadimah ni. Tapi disebabkan cikgu tak nak bagi markah kalau saya tak buat, jadi terpaksa lah saya buat. Sekarang saya sudah bebas! HaHaHa.

Kebiasaannya, setelah mengarut-ngarut panjang macam ni, baru lah aku kembali ke jalan yang benar. Dalam dunia ni, ada yang datang dan ada yang pergi. Begitulah kitaran hidup manusia di dunia ni. Banyak kenalan dekat dan jauh telah kehilangan orang yang tersayang. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Atau peribahasa lain yang seerti dengannya : 

Cakap boleh la...cuba kena kat batang hidung sendiri. Tengok langit tu tinggi ke rendah >.<

Alhamdulillah aku masih lagi berpeluang bersama dengan kesayanganku. Tapi ia adalah sesuatu yang tidak kekal. Kesedihan itu pasti akan dilalui kecuali aku yang dijemput dahulu. Kita tak tahu bila malaikat Izrail datang mencabut nyawa. Dan kita tidak tahu sedahsyat manakan sakitnya mati. 


Kata Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, “ Kesakitan dipukul atau ditetak dengan pedang masih boleh meminta tolong dan memekik kerana masih ada kekuatan pada hati dan lidahnya. Tetapi sakit dicabut nyawa, pekikannya tenggelam dan terputus dalam kesakitan yang kian dahsyat meresapi seluruh ruang tubuh dek bersangatan pedihnya. Kesusahan sudah bersangatan padanya. Mendaki ke hatinya dan sampai ke setiap tempat, ceruk dan ruang. Menggoncang segala kekuatan dan melemahkan seluruh anggota badan. Lalu tidak tertinggal lagi baginya kekuatan untuk meminta pertolongan.
Keadaan akal pada ketika itu sudah tertutup oleh kesakitan dan berada dalam keadaan sangat kacau-bilau. Lidah telah dikelukan oleh kesakitan. Sendi-sendi badan telah dilemahkan oleh kesakitan. Dan ia (badan) ingin jikalau boleh istirehat dengan mengeluh, menjerit serta meminta pertolongan. Tetapi tak ada apa yang boleh dibuat lagi. Jikalau masih ada padanya kekuatan, nescaya kekuatan itu memperdengarkan beginya keadaan pencabutan nyawa dan penarikannya, bunyi berbolak-balik nyawa dari kerongkong dan dadanya.
Kepedihan itu berkembang di dalam dan di luarnya, sehingga terangkatlah dua biji matanya ke pelupuk mata. Terkupaslah dua bibirnya. Beralihlah lidah dari dasarnya. Dan hijau anak-anak jarinya. Kejanglah setiap urat daripada urat-uratnya. Kemudian setiap anggota dari anggota-anggota badannya mati beransur-ansur. Pertama-tama dingin tapak kakinya. Kemudian dua betisnya, kemudian dua pahanya. Dan bagi setiap anggota badan itu sakarat sesudah sakarat. Kesusahan sesudah kesusahan. Sehingga sampailah sakarat itu ke kerongkongan. Terputuslah pandangannya dari dunia dan isinya. Dan tertutuplah pintu taubat baginya.”

Ibu bapa yang dah pergi, pastinya dah merasai kesakitan yang tak terbayang oleh kita yang masih boleh bergoyang-goyang kaki ni. Tapi orang yang beriman akan redha dengan qada' dan qadar. Kehilangan orang yang tersayang adalah ujian. Allah dah cakap, jangan memandai-mandai anggap diri ni beriman melainkan setelah diuji. Dan Allah cakap lagi, khabarkan la berita gembira kepada orang-orang yang bersabar....


Kawan-kawan, yang pergi takkan kembali. Dalam kesedihan yang amat itu, redha lah kerana orang yang kita sayang itu tak pergi ke mana pon. Ibu bapa yang pergi itu dah on the way ke suatu tempat yang baik. Mati itu adalah pintu untuk berjumpa Allah. Jadi kawan-kawan. la tahzan. 


Ayat terakhir kata-kata Imam Al - Ghazali, apabila nyawa bercerai dari jasad, maka tertutuplah pintu taubat. Kawan-kawan, jangan risau hidup kita di dunia tanpa mereka. Kita masih ada kudrat untuk berusaha. Kita masih ada bahagian nikmat yang Allah dah janjikan untuk setiap manusia. Dan yang paling penting, kita masih ada peluang untuk bertaubat dan mengumpul harta akhirat. 


Ibu bapa yang telah pergi dah tak da nikmat ni semua lagi. Jika kita tak redha dengan ketentuan ni, kita sendiri konpem-konpem la berdosa. Jangan ingat phrase kubur masing-masing tu boleh pakai. Anak-anak itu adalah ujian kepada ibu bapa. Walaupon anak-anak dah akil baligh, jangan ingat dosa kita tu tak efek orang lain. Ibu bapa kita ada bahagiannya. Ingat tu! 


Kita tak tau berapa banyak harta akhirat yang menjadi bekalan yang dah pergi tu. Jika banyak, alhamdulillah. Jika sikit, nauzubillahi min zalik. Kalau kita boleh nampak Mungkar dan Nangkir mengazab ahli kubur, nescaya kita tak bangun dari sejadah. Kalau kita nampak macam mana ibu bapa diseksa, konpem kita menangis sampai buta untuk mintak Allah ampunkan dosa-dosa mereka. 


Ini adalah peringatan untuk diri sendiri jugak. Sebab terasa diri ni dah jauh menyimpang tapi masih degil untuk kembali ke pangkal jalan. 


Kepada kekasih-kekasih hati khususnya Abdullah Zaini, Azra Atiqka, Siti Nur Ilham dan Dayang Nurhan, nobody actually needs cheesy greeting cards. Tiga perkara yang kita akan bawak hanyalah sedekah jariah, ilmu yang diwarisi dan doa anak-anak yang soleh. Even mereka masih hidup, jangan putus berdoa untuk ibu bapa. Paling tak sempat pon, sebutlah ibu bapa kita dalam doa dan amin. 


Jangan risau kalau kita tak sempat nak doa untuk diri sendiri. Sebab Allah akan bukak pintu rezeki seluas-luasnya kepada anak-anak yang mendoakan ibu bapa. Berdoa adalah cara paling jimat tapi paling mujarab. Greeting cards maybe akan menggembirakan hati ibu bapa kita. Tapi untuk yang telah tiada, ada greeting cards yang paling cheesy untuk mereka. Free of charge for life. Jangan lupa jugak untuk berpesan kepada orang sekeliling, doakan kita jika kita yang dijemput dahulu. 


Bersyukurlah kerana yang hidup masih berpeluang untuk bertaubat.
Bersyukur jugak kerana terhentilah penambahan dosa kepada yang telah pergi.


Kawan-kawan, jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap kali selepas solat. Sebab doa ini dihantar secara supersonic express delivery. Kalau Poslaju It lembab. Kalau kita sedih, jangan asik menangis di bahu orang lain. Jangan jadi selfish. Instead of bazirkan masa kita teresak-esak dengan orang tu, baik kita teresak-esak dengan Allah, mohon Allah ampunkan dosa ibu bapa kita yang kini teresak-esak seorang diri di alam lain. 


Kawan-kawan, aku memang tak memahami sepenuhnya kesedihan korang. Tapi aku pasti akan melaluinya pada satu saat yang telah ditetapkan. Takkan cepat atau lambat walau sesaat. Kalau korang rasa aku hanya bercakap menggunakan akal logik sekarang, memang ya. Tapi memang setakat ini sajalah yang dapat aku bagi. Sedikit penenang hati yang tak seberapa. Semoga post ini menjadi ilmu yang bermanfaat. 


No comments: