Perut kenyang bukak puasa. Tapi tekak sentiasa tak puas hati dengan apa yang dimakan. Seriously, aku dah la ade kuota untuk makan makanan sedap. In the end, kalau makanan tu tak sedap, tak ke membazir kuota tu? Kalori nak kena kira jugak. So harapan aku, biar la aku rasa sedap dan puas hati bila makan.
Ni semua asik so-so je T____T
Ye aku paham...hidup ni kena bersyukur. At least aku ade makanan untuk berbuka. Tapi aku ni bukannya ada privilege untuk makan sesuka hati sebanyak mungkin. Kalau tak sedap, order lauk lain plak. NO! Apa yang aku makan, sedap tak sedap, semua kena masuk calorie counter. Namun atas nikmat perut kenyang tu, alhamdulillah...
Enough moon! Straight to the point.
Kali ni aku nak cakap pasal perbezaan gender. Lelaki ngan perempuan. Aku nak highlight satu je perbezaan. Iaitu perempuan jenis yang berkira dalam segala hal terutamanya duit. Lelaki tidak pula begitu. Kenapa ya? Oh yeah..panas tak? panas tak??? HaHa.
Aku bagi contoh situasi kat kedai makan.
Kalau makan ramai-ramai, time nak bayar tu kalau geng perempuan mesti semua nak bayar solo-solo. Kalau tak boleh bayar solo pon, mesti mintak resit in advance! Berkira betul bab-bab duit ni. Ape kau makan dan minum, itu je kau nak bayar kan? Abis kalau kau cubit sana-sini serba sket amacam? Tak pulak kau hulur sorang singget!
Kalau geng lelaki lain plak ceritanya. Brader kedai tu cakap je berapa total. On the spot semua kuarkan duit letak tengah. Rasa makan banyak kuarkan extra sket dari orang lain. Memang tak mengharapkan baki pon. Kalau ada baki, sape yang tukang kumpul duit tu dihalalkan aje masuk poketnye. Selalu tak de la lebih sampai berpuluh pon.
Aku observe geng bf aku semua macam ni. Tak berkira. Benda pon cepat setel. Adik lelaki aku pon cerita benda yang sama. Kalau diorang makan kat kedai, or tapau pizza dan sebagainya, semua pakat campak je duit kat tengah tak kira berapa.
Samalah juga ketika nak bayar court futsal!
Ade korang pernah dengar lelaki kutip duit court futsal ade nilai sen-sen? Rm5.60?? or Rm8.10??? Takde kan....kalau geng perempuan, siap bawak kalkulator 570 kot sebab otak semua pakat berkarat. Nak bahagikan 60 dengan 11 pon macam adventurous kan? Kalau lelaki, 60 bahagi 11 sama dengan 6. Baki bawak ke depan. Tak kisah la ke depan tu kau main lagi ke tak. Halalkan aje.
Kalau perempuan, nak genap-genap gitu, baki nak bawak ke next game, ade je suara "Esok aku tak main, susahhhhhhhh." Sigh.
Takpe laa...dah lumrahnya begitu nak buat camne. Sebab tu orang cakap semangat kekawanan lelaki ni lagi kuat. Walaupon aku perempuan, aku puji sikap lelaki yang ternyata lebih menyenangkan semua pihak.
Aku try gak nak follow kan..tapi bila aku kuarkan extra, orang mintak lagi extra! Hmm...cenggini tak payah la moon.
5 comments:
http://nowwhytwo.wordpress.com/hadis/jangan-mencela-makanan-dan-sunnahnya-memuji-makanan/
di manakah baris ayat yang menunjukkan saya mencela makanan?
Burrpp
haha, xpenah perasan plak tapi bla hg tulis ni, rasa betoi gak.
aku rasa sebab lelaki ni mmg otak bundar kot. semua benda, bundarkan ja. round up. malas nak kira. bagus la kan, x berkira sama kawan2.
tapi kalau berniaga, bahaya gak la. sebab tu selalu yg bisnes berjaya, kalau lelaki tu cermat, ataupon bini dia pegang akaun.haha
haha..part last yg hg pointed out tu aku setuju. laki memang suka spend duit tanpa berkira. seluk poket bagi ja. kalau pompuan, asingkan dulu duit mengikut warna. haha.
Post a Comment