Footprints

Kenapa kita jatuh cinta?

Sebab apa yang kita cari ada pada si dia.

Namun, mengapa si dia menolak cinta kita?

Sebab apa yang si dia cari TIADA pada kita.

As simple as that.....always and forever. Macam tu jugak dengan kapel yang break up. Itu kerana tiba-tiba apa yang dicari sudah tidak diketemuin donggg. Selagi satu pasangan itu saling melengkapi, melainkan ajal dan maut, insyaAllah mereka akan berjodoh panjang. 

Semua orang ada kehendak masing-masing kan? Nak boyfriend cenggini, nak girlfriend cenggitu. Kita pon ada preference, so konpem-konpem la orang lain pon ada preferences tersendiri. Kan?

Kita tak leh puaskan hati semua orang. Pendek kata, dalam hidup ni mesti ada la orang yang tak puas hati ngan kita. HaHa. Dalam konteks soal hati ni, cinta tak boleh dipaksa weh. Sekali datang mesti sentap habis lah! Bertahun-tahun pon belum tentu hilang.

Ketika waktu mendatangkan cinta

Aku putuskan memilih dirimu

Setitis rasa itu

Menitis dan semakin parah

Macam kanser, bila dah parah, memang dah kena pasrah. Sebab tu kalau boleh la....elak dari selalu sangat crush kat sana-sini. Sebab belum tentu dia crush balik kat kita. Kalau nak selamat, just admire je. I mean, admire the intelligence or anything yang worth it. 

Tapi aku tau benda ni tak leh control. Dalam duk berjaga-jaga tu konpem terkandas jugak. Misteri betul hati manusia. Selalu tak tau apa yang nak, tapi tau apa yang tak nak. In the end, sendiri susah. Orang sekeliling hanya datang dan pergi. Namun ada yang sempat tinggalkan affection pada kita kan?





No comments: